Pakdi.net

Jom Ulas Buku Pakdi: Rancang Wang Dari Sekarang
Kalian yang telah membeli buku Rancang Wang Dari Sekarang berpeluang untuk mendapatkan ebook edisi terhad 2010, “Mari Belajar Cashflow; Panduan step-by-step Menjejaki ke Mana Duit Anda  ‘Hilang’ Setiap Bulan … dan Apa yang Anda Boleh Buat Untuk  Mengatasinya.”

Syaratnya adalah seperti berikut:

Satu, kalian perlu mempunyai sama ada blog atau facebook.

Dua, tugasnya pula adalah membuat ulasan atau testimonial beserta gambar buku yang telah dibeli. Contoh yang boleh dibuat adalah seperti berikut

Wah, puteri kami pun suka membaca buku Rancang Wang Dari Sekarang!

Tiga, tempoh reviu hanya dari 15 Julai 2010 – 15 Ogos 2010.

Empat, ikut 5 langkah mudah ini.

1. Dapatkan buku RWDS di kedai buku berhampiran.

2. Ambil gambar gaya bebas yang menampakkan sebahagian besar kulit buku RWDS.

3. Upload gambar tersebut dalam pos blog / Facebook.

4. Berikan reviu mengenai RWDS (tulis apa yang anda suka mengenai buku RWDS).

5A. (Blog) Linkkan post blog tersebut dengan post ini.

5B. (Facebook) Tag Pak Di dalam gambar tersebut.

Kemudian, saya akan melihat post tersebut dan akan menghubungi anda semula untuk urusan download ebook yang dijanjikan.

p.s. Saya juga akan memilih 3 post blog / facebook yang paling ‘cool’ penyertaannya. Setiap seorang bakal mendapat 1 buku terbitan PTS yang dia suka.

Bagaimana Untuk Beli Buku Pakdi ?
Buku Rancang Wang Dari Sekarang (RWDS) boleh dibeli dari:

1. Rangkaian kedai buku MPH

2. BookCafe.com.my

3. Kinokuniya, KLCC

4. Pustaka Rakyat, S. 7 Bangi.

5. Galeri Buku Syabab, Kompleks PKNS Bangi

Sekiranya kalian tahu tempat lain yang ada menjual buku RWDS, sila beritahu di ruangan komen ya.

Hukum Melabur dalam ASB
Para pembaca blog saya yang setia barangkali sudah mengetahui saya ada mencatat beberapa kali tentang hukum pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Malah, dalam buku Rancang Wang Dari Sekarang, mukasurat 42-43 saya ada menghuraikan selaku orang awam (yang tidak dilatih dalam disiplin usul fiqh khususnya) apakah sikap yang mesti kalian ambil dalam isu ini.

Hari ini saya terbaca catatan seorang rakan FB mengenai isu ini, lantas membawa saya kepada catatan di website Prof. Dr Mahmood Zuhdi yang merupakan seorang pensyarah di UIAM yang juga terlibat menjadi panel Shariah dan fatwa di beberapa institusi fatwa, instusi kewangan di dalam dan luar negara.

Tulisannya bertajuk Hukum Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Saya salin semula tulisan beliau dalam blog ini untuk bacaan kalian. Sekiranya ada permasalahan, komen dan sebagainya saya sarankan agar terus disalurkan kepada beliau sendiri melalui website beliau. Saya tidak menjawab bagi pihak beliau.

Hukum Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Pendahuluan:

Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah satu jenis saham amanah yang bertujuan untuk membantu kaum Bumiputra meningkatkan ekuiti mereka dalam kekayaan negara. Caranya ialah dengan mengumpulkan dana dari kaumbumiputra untuk dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang  menguntungkan. Malah berbagai inisiatif telah dilakukan bagi menjadikan pelaburan berkenaan sangat menguntungkan, termasuk dengan menggunakan hak istemewa kaum bumiputra sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Sebagaimana maklum, pegangan kaum bumiputra dalam kekayaan negara berada pada paras yang sangat rendah berbanding dengan sesetengah kaum di negara ini. Antara sebabnya ialah kedudukan ekonomi kaum Bumiputra telah diabaikan begitu lama sekali oleh kaum penjajah, sementara beberapa pihak lain mendapat peluang yang jauh lebih baik berasaskan polisi penjajahan yang begitu lama sekali diamalkan dalam Negara ini.

Sehingga hari kemerdekaan,ekuiti kaum Bumiputra dalam kekayaan Negara boleh dikatakan sebagai kosong peratus. Bagi mengatasi keadaan yang sangat tidak adil ini kerajaan telah menetapkan pencapaian 30% bagi kaum bumiputra melalui Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan di Negara ini. Salah satu daripada program yang dilaksanakan bagi memenuhi agenda Dasar Ekonomi Baru berkenaan ialah skim amanah untuk Bumiputra yang dinamakan ASB ini.

Sejak mula ia dilancarkan, skim amanah ini telah memainkan paranan yang berkesan, di samping berbagai skim lain lagi dalam mempertingkatkan pegangan ekuiti kaum Bumiputra di Negara ini. Walaupun matlamat 30% belum dicapai sehingga Daras Ekonomi Baru sudah tamat tempohnya namun kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan sudah mempunyai tapak untuk berpijak dalam ekonomi Negara. Sehingga pada suatu peringkat matlamat itu hampir dapat dicapai dengan sepenuhnya.

Malangnya kekalutan ekonomi dunia pada akhir tahun sembilan-puluhan telah meninggalkan kesan buruk kepada pegangan ekuiti kaum bumiputra di Negara ini. Malaysia sendiri sebagai sebuah Negara mengalami kesan negatif yang parah daripada kemelut yang datang secara mendadak itu. Namun kesan buruk itu dapat diatasi dengan jayanya. Lain ceritanya tentang kaum Bumiputra. Sudahlah matlamat 30% belum tercapai, apa yang sudah dicapai pun tidak dapat dipertahankan. Sebelum ekonomi dunia merudum kaum Bumiputra di Negara ini boleh dikatakan telah mencapai lebih 20% dari keseluruhan kekayaan Negara. Malangnya angka tersebut telah menjadi kurang daripada 20% selepas krisis berkenaan. Sampai kehari ini ternampak sukar sekali angka tersebut untuk ditingkatkan. Salah satu daripada sebabnya ialah sikap negatif kaum Bumiputra sendiri dalam hal ekonomi dan kewangan.

Menyedari pentingnya pencapaian matlamat 30% ekuiti Negara oleh kaum Bumiputra ini, bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk kestabilan Negara, kerajaan telah menegaskan semula untuk mencapai angka tersebut melalui berbagai cara dalam tempoh pelaksanaan  wawasan 2020. Antara acara tersebut ialah melanjutkan program-program amanah seperti ASB ini.

Permasalahan

Walau bagaimana pun, pelaksanaan skim amanah ASB ini dengan segala cara dan objektif yang ada menghadapi berbagai rintangantermasuk daripada kaum Bumiputra sendiri. Antara rintangan tersebut ialah persoalan tentang hukum menyertainya dalam Islam. Ada terdapat dikalangan umat Islam di Negara ini yang meragui kehalalannya dari segi Syarak memandangkan keterlibatan skim amanah tersebut dengan pelaburan  di beberapa kaunter haram, misalnya yang melibatkan penjualan arak, perjudiaan, pengambilan riba dan sebagainya.

Sebagaimana maklum, skim ASB ini terbentuk berasaskan kepada dasar perkongsian keuntungan, iaitu suatu alternatif yangmemberi jaminan halal berbanding kaedah konvensional yang berasaskan kepada peratus tetap keuntungan. Mengikut hukum Syarak, kaedah peratus tetap boleh melibatkan riba yang diharamkan oleh Islam. Sedangkan kaedah perkongsian untung tidak melibatkan hal seperti itu. Oleh yang demikian status halal bagi skim ini, dari perspektif ini tidak berbangkit. Malah inilah kaedah yang sentiasa digunakan oleh skim-skim yang berlabelkan Islam dalam Negara ini, juga di Negara-negara Islam yang lain, seperti perbankan Islam dan sebagai nya.

Apa yang menjadi persoalan, sepertimana yang telah disebut di atas ialah penyertaan ASB dalam pelaburan di beberapa kaunter haram. Mengikut pendapat sesetengah umat Islam di Negara ini penyertaan yang tidak sepatutnya itu  telah menjadikan skim yang berasaskan kepada kaedah halal berkenaan menjadi haram.

Antara alasan yang diberikan ialah adanya percampuran antara yang halal dan yang tidakhalal dalam skim itu. Kaedah yang digunakan ialah  “ ??? ????? ??? ?????? ??????? ???? ??????“ yang bermaksud  “apabila berlaku percampuran antara yang halal dan yang haram maka yang haram akan diutamakan (dalam menentukan hukum). Dengan kata lain, sesuatu yang halal itu akan dengan sendirinya menjadi haram apabila bercampur dengan sesuatu yang haram.

Antara contoh yang diberikan sebagai aplikasi kepada kaedah tersebut ialah apabila sekawah gulai dimasuki oleh sedikit tahi ayam maka gulai yang sekawah itu walaupun banyak akan menjadi najis kerana tahi ayam yang sedikit itu. Bandingannya samalah dengan pelaburan ASB di kaunter-kaunter haram. Walaupun nisbahnya sangat sedikit tetapi ia  boleh menjadikan nisbah pelaburan di kaunter halal yang merupakan majoriti besar dalam skim berkenaan menjadi haram.

Kekeliruan

Walau bagaimana pun pandangan tersebut tidak berasaskan kepada metod penentuan hukum yang sebenar sepertimana yang terdapatdalam pengajian hukum Islam. Ia lebih berasaskan kepada sikap umum Syariat Islam yang sangat tidak suka kepada perkara haram. Sikap umum ini merupakansuatu prinsip yang sangat baik. Kerana ia menggambarkan idealisme Islam itu sendiri yang unggul. Bagaimanapun dalam merialisasikan idealisme ini dalam kehidupan sebenar, dalam Islam sendiri terdapat berbagai kaedah dan cara untuk menjadikan aplikasi tersebut benar-benar rasional dan praktikal. Dengan kata lain, pandangan di atas adalah benar sebagai suatu idealisme yang tinggi tetapi sebaliknya bila dilihat dari sudut praktikal yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Secara ringkasnya, hubungan anatara ASB sebagai satu skim amanah pelaburan dan para pelabur sebagai peserta dalam skim tersebut adalah bersifat hubungan antara dua pihak yang bermuamalah dalam suatu kontrak yang halal, iaitu pelaburan berasaskan perkongsian untung. Dalam hubungan ini ASB adalah satu badan halal yang berniaga berasaskan kaedah yang halal. Iabukan suatu badan tidak halal, seperti kilang arak atau kedai judi yang tabiat kerjanya sendiri haram.

Bandingannya samalah dengan penyertaan seseorang dalam skim perkhidmatan awam di Negara ini. Asasnya ialah memberi khidmat berasaskan upah, iaitu satu kontrak yang jelas halal. Dalam hubungan ini, kerajaan sebagai majikan merupakan badan halal. Kerana ia menawarkan khidmat kepadamasyarakat secara halal. Ia bukan badan tidak halal seperti gerakan bawah tanah yang menjalankan kerja-kerja yang haram.

Apabila ASB melabur dalam beberapa kaunter haram sifatnya sebagai badan halal tidak boleh bertukar dengan begitu sahaja. Seorang muslim yang menerima akidah dan kehidupan Islam secara umum tidak akan bertukarmenjadi kafir apabila melakukan sedikit sebanyak maksiat yang tidak menukarkan identitinya daripada seorang muslim kepada bukan muslim. Cuma orang itu berdosa dan perlu bartaubat. Urusan muslim lain dengannya tetap sah di sisi Syarak. Isteri atau suaminya tidak tertalak dengan kerana itu. Kalau bapanya mati dia masih tetap boleh menerima pusaka dan banyak lagi contoh yang boleh difahami secara mudah.

Samalah juga denga kerajaan yang mengambil cukai arak, cukai pelacuran dan sebagainya. Ia tetap kerajaan yang sah dan halal di sisi Islam. Perbuatannya itu adalah dosa untuknya sahaja dan tidak menjadikan kerajaan berkenaan sebagai badan tidak halal dari segi Syarak. Semua pegawai kerajaan tidak boleh bertukar menjadi orang yang makan harta haram kerana perbuatan kerajaan seperti itu, apalagi perlu meletakkan jawatan masing-masing.

Satu aplikasi mudah bagi prinsip percampuran antara yang halal dengan yang haram ini boleh dilihat kepada banyak contoh prinsip Istihalah dalam hukum Islam. Antaranya ialah air musta’mal menjadi mutlaq apabila bercampur dengan air mutlaq yang lebih dua Qullah. Ucap Salam assalamu alaikum kepada khalayak yang bercampur antara orang Islam dan bukan Islam dibolehkan, bangkai dalam air mutlaq yang banyak tidak boleh menjadikan air itu najis selagi ia tidak mengubah warna, rasa atau baunya, lalat mati dalam secawan teh tidak boleh menjadikan teh itu najis dan banyak lagi contoh- contoh yang sangat mudah difahami.

Malah kalau kita bijak menganalisis Maqasid al-Syariah dalam hukum Islam dan kedudukan ASB sebagai salah satu cara untuk menjamin survival umat Islam di Negara ini tentu sekali kita merasa tidak bijak untuk mengatakan ASB itu haram. Cuma ulasannya sangat panjang dan perlukan kepada kefahaman asas dalam teori hukum Islam untuk memahaminya.

Passive Income Bukan Untuk Jadi Malas
“Sambil tidur pun income masyukkk.” Kenyataan salah sebuah salesletter yang saya baca.

“Duduk diam diam dapat duit!” Fuh. Memang ayat mengancam jiwa yang dibebani hutang.

“Bangun-bangun tidur, masih belum gosok gigi, bukak Facebook tengok-tengok duit dah masuk.” Dakwa salesletter membunuh yang lain.

Betul. Dalam buku Rancang Wang Dari Sekarang (RWDS), saya ada menerangkan mengenai pendapatan pasif (passive income). Pekerjaan yang membolehkan kita memperoleh pendapatan berulang kali secara konsisten tanpa memerlukan kita buat kerja tersebut setiap hari.

Malangnya, ada pihak (khususnya yang tidak baca blog Pakdi dan RWDS) yang membawa fahaman yang salah mengenai passive income ini di dalam masyarakat. Mereka seolah-olah menyatakan tidak perlu buat kerja, lepak-lepak kedai kopi dan goyang kaki pun duit akan masuk dalam poket.

Sedangkan kita perlu gigih bekerja pada peringkat awal untuk memastikan pendapatan pasif itu berterusan masuk ke dalam akaun bank kita. Selepas kita mendapat satu asas yang kukuh, barulah kita boleh menikmati pendapatan ini.

Ya. Anda perlu berusaha gigih terlebih dahulu.

Tanam pokok rambutan pun, pada peringkat awal kita kena jaga, baja, siram secukupnya sebelum pokok tersebut mula mengeluarkan buah rambutan yang merah dan manis rasanya. Selepas mengeluarkan buah pula, kita masih perlu sapu sampah daunan kering, mencantas dahan tertentu dan memberi sedekah kepada orang lain.

Jadi, sekiranya anda memikirkan passive income = tidak buat kerja maka anda perlu buang pemikiran tersebut jauh-jauh. Pendapatan pasif yang lumayan hanya untuk orang-orang yang rajin sahaja.

Bagaimana Kita Terjebak Dengan Hutang Lapuk?
Barangkali kalian tidak pernah merancang bila sepatutnya berhutang. (Ya! merancang hutang juga perlu.) Tahu-tahu sahaja komitmen hutang terlalu tinggi menyebabkan setiap bulan duit gaji cukup-cukup sahaja.

Hati-hati kepada kalian yang belum mengalami situasi ini. Rancang wang (dan hutang) dari sekarang!

Berikut adalah 5 situasi yang selalu menyebabkan kita berhutang yang bersifat hutang lapuk (bad debt):

1. Hutang kerana perkahwinan

Perbelanjaan kahwin pada hari ini amatlah besar. Dalam buku Rancang Wang Dari Sekarang (RWDS), saya menganggarkan kos perkahwinan di bandar khususnya mencecah paling sedikit RM 30,000.

Justeru, kalian yang masih belum berkahwin tetapi sudah berpacaran, jangan terlalu seronok bercinta sahaja. Rancang bagaimana kita boleh berkahwin tanpa berhutang.

2. Hutang membeli kenderaan

Penjual kereta, institusi kewangan dan bank bukan tukang rancang wang kita. Mereka adalah tukang ambil wang dari poket kita. Justeru, walaupun kita layak dan mampu membuat bayaran bulan-bulan kereta sebanyak RM 900 misalnya, belum tentu kita patut beli kereta tersebut. Awas!

Pembaca buku RWDS kini sudah mengetahui 3 cara untuk menentukan kita layak membeli kereta yang mana satu.

3. Hutang kad kredit

Kad kredit adalah bagus untuk kalian yang berdisiplin sahaja. Sekiranya kalian bukan seorang yang mampu mengajar diri sendiri disiplin kewangan yang ketat, lupakan sahaja hasrat kalian untuk mempunyai walaupun satu kad kredit.

4. Hutang membeli rumah (untuk diduduki)

Sekali lagi saya perlu mengingatkan, agen hartanah, syarikat rumah, institusi kewangan dan bank bukan perancang kewangan anda.

Kita perlu merancang dengan baik bagaimana untuk membeli rumah. Sekiranya kalian masih bujang, atau baru berkahwin cukuplah membeli rumah yang biasa-biasa sahaja seperti apartment 3 bilik tidur 2 bilik air sahaja terlebih dahulu.

Jadikan rumah yang anda bakal duduk selama 10 tahun pertama misalnya sebagai salah satu pelan pelaburan selepas 10 tahun sebelum anda membeli rumah lain yang lebih sesuai untuk pembesaran anak-anak.

5. Hutang membeli kelengkapan rumah

Banyak penjual perabot dan elektrik hari ini telah mula memperkenalkan skim ansuran mudah. Bayar serendah RM 10 sebulan selama 24 bulan misalnya. Satu perkara yang perlu kalian ingat adalah, barang elektrik hari ini cepat rosak. Adakah berbaloi untuk membeli kelengkapan rumah berharga RM 300 misalnya dengan berhutang selama 2 tahun ?

Ya, ini belum campur dengan bil-bil tertentu yang dibayar setiap bulan dengan kad kredit!

7 Perkara Tahyul Dalam Pelaburan
Kita semua adalah manusia biasa. Ada buat salah dan silap. Apa yang penting jangan sampai buat perkara yang menjadi dosa besar. Antara dosa besar adalah kita percaya perkara tahyul, iaitu perkara yang karut-marut ini.

Apabila kita mempunyai tanggapan yang tidak betul, maka kita akan silap dalam langkah seterusnya tidak akan buat untung dalam pelaburan. Maklumlah, ada sahaja idea dan kefahaman salah yang kita pegang.

1. Percaya ada produk pelaburan paling sempurna

Beli hari ni, tutup mata, tidur, esok lusa untung. Amboi amboi …

Cari bidang pelaburan yang anda faham. Misalnya, pasaran saham sifatnya cair. Er, mudah nak beli dan jual semula. Walaupun begitu, saham yang dibeli boleh jadi tidak bernilai walaupun harganya tinggi sewaktu kita beli.

Bukan saham, emas, hartanah, pasaran hadapan, MLM dan sebagainya yang jadikan kita kaya, tetapi apa yang kita tahu mengenai bidang-bidang tersebut yang menjadikan kita berduit.

2. Percaya ada teknik pelaburan paling sempurna

Sudahlah mahu cari produk yang paling sempurna, mahu pula tahu teknik pelaburan yang paling hebat. Sedangkan, tidak ada teknik pelaburan yang sempurna.

Walaupun rumah lelong dibeli dengan harga di bawah harga pasaran, tetapi jika kita tidak buat site inspection terlebih dahulu tidak mustahil kita beli rumah yang sudah rosak teruk. Apa yang kita perlu buat adalah cari teknik yang kita faham, bukannya holy grail system.

3. Percaya sifu sentiasa betul, jadi ikut sahaja

“Hari ni sifu beli CPO harga berapa?”

Warren Buffett, manusia paling kaya hanya dengan aktiviti pelaburan pun pernah buat silap dengan kerugian beratus US$ juga. Sifu juga manusia biasa. Cumanya, perbezaan utama anak murid dan sifu adalah …

4. Percaya  cara masuk (entry) lebih penting dari keluar (exit strategy)

Pelabur professional sentiasa ada jalan untuk keluar, baik ketika rugi mahupun ketika untung. Masuk cukup cuma satu pintu, tetapi untuk keluar mesti ada banyak pintu. Malangnya, ramai dari kita hanya berminat mahu tahu yang mana satu pintu masuk tetapi pintu keluar langsung tidak mahu ambil tahu.

Jangan beli beli dan beli sahaja tetapi tidak tahu bagaimana untuk jual.

Ya, exit strategy adalah lebih penting dari entry strategy. Semua orang boleh beli, tetapi bukan semua orang boleh beli dan jual semula dengan keuntungan.

5. Percaya high risk mesti high return

Saya pemalu orangnya bila masuk bab memasak (ayat cover untuk beritahu saya tidak pandai masak). Adakah patut Istana Negara melantik saya menjadi chef untuk majlis santapan diRaja? Orang kata high risk high return bukan ?

Risiko ditentukan sejauh mana kita faham dengan sesuatu pelaburan dan bagaimana kita menguruskan risiko.

6. Mesti sentiasa optimis. Fikir untung untung untung.

Betul, kita melabur untuk buat untung. Tidak ada orang melabur untuk rugi.

Sesungguhnya untuk menjadi pelabur yang berjaya, kita perlu fikir yang buruk-buruk dahulu kemudian baru fikir yang untung. Sekiranya kita terus fikir yang untung-untung sahaja, kita akan dikuasai emosi; emosi pula adalah satu alam misteri.

7. Orang lain akan fikirkan pelaburan saya

Jangan perasan. Tiada siapa fikirkan mengenai diri kita.

Cuba fikir semula, bila kita menatap gambar kita yang diambil beramai-ramai dengan rakan kita, wajah siapa yang kita cari dulu? Diri sendiri, Sudin, Hawa atau Tom ?

Kita pun tak tengok orang lain dulu dan peliknya, kita berharap pula orang lain tengok diri kita dulu. Begitu juga dalam pelaburan. Orang lain tidak ambil peduli mengenai kita melainkan kita ada sesuatu untuk mereka.

Be in control of your own investment.

Rahsia Kekayaan Pelabur Paling Kaya
Nasi lemak yang ada hanya sambal tumis, sedikit kacang tanah, satu atau dua hiris timun dan suku telur rebus, di kebanyakan tempat di Kuala Lumpur dijual dengan harga RM 1 sebungkus.

Kita semua pasti tidak mahu beli nasi lemak biasa-biasa sebegitu sekiranya sebungkus dijual sehingga RM 2 misalnya. Kita boleh dapat nasi lemak dengan telur goreng mata dan sedikit sambal paru dengan harga setinggi itu.

Manakala Ahmad, seorang penjual nasi lemak yang biasa-biasa itu sebenarnya tidak tahu pun memasak nasi. Dia cuma mendapatkan bekalan nasi lemak setiap hari dengan kos RM 0.70 sebungkus.

Seorang penjual nasi lemak yang lain bernama Aminah memperoleh bekalan nasi lemak yang sama dengan kos lebih murah, RM 0.50 sebungkus.

Tetapi dalam pelaburan, ramai dari kita membeli nasi lemak biasa-biasa dengan harga yang sangat mahal. Harga pasaran yang sebenarnya sepatutnya RM 1, tetapi disebabkan percayakan cakap orang lain bulat-bulat kita pun percaya nasi lemak biasa-biasa itu harganya boleh mencecah RM 5! Jadi, kalau beli RM 3 sebungkus pun masih bagus, sebab nanti harga akan naik jadi RM 5.

Kita sepatutnya menjadi seperti Ahmad, beli nasi lemak dengan harga diskaun 30%. Sekiranya kita berusaha lebih gigih,kita pasti boleh membeli dengan harga diskaun 50%.

Walaupun kita menyediakan RM 5 untuk sarapan pagi, tidak semestinya kita membelanjakan semua duit tersebut untuk beli nasi lemak. Walaupun kawan kita asyik beritahu kepada kita harga akan naik sampai RM 5 sebungkus.

“Jangan risau, hari-hari orang makan nasi lemak,” kata seorang kawan yang tidak mahu namanya didedahkan di blog Pakdi.net.

Ya, ini lah rahsia kekayaan pelabur paling kaya di dunia.

7 Tanda Anda Sebenarnya Berjudi dalam Pelaburan
Ramai dari kita fikir yang kita sudah melabur hanya dengan membeli saham ABC Berhad. Barangkali kerana beli dua tiga buah rumah.  Mungkin juga telah beli 10 gram emas. Malah, sebab baru beli 10000 unit saham amanah. Tetapi adakah sebenarnya kita melabur atau “berjudi” ? Berikut adalah 7 tanda yang menunjukkan kita tidak melabur tetapi “berjudi”.

1. Buat keputusan 100% dengan “fakta” dari ejen (jurujual)

Ejen menjual dengan sales pitch. Sales pitch adalah kombinasi auta dan fakta. Noktah.

2. Beli dengan harapan harga akan naik dan naik

Kita tak seharusnya beli sesuatu dengan hanya mengharapkan harga akan naik. Seperti membeli apartment berharga RM 100,000 dan mengharapkan harga akan naik menjadi RM 130,000 setahun lagi.

3. Sekiranya bukan berharap harga akan naik, anda tidak akan beli

Bukan sahaja tidak mahu beli, pegang dan simpan untuk 10 minit pun tidak ingin. Buat apa beli barang yang tidak dikehendaki, tetapi emosi yang telah menguasai diri itulah yang mahukan keuntungan menyebabkan anda beli juga.

4. Dapat tips dari kawan

Barangkali ada kawan yang bercerita tentang untung yang dapat seminggu lepas. Anda tidak mahu ketinggalan bas.

5. Tips dari media

Berhati-hati membaca laporan berita televisyen, radio, majalah, suratkhabar fizikal mahu pun elektronik. Catatan-catatan blog juga tidak terkecuali. Anda tidak ada gambaran keseluruhan.

Lihat sahaja siapa pengiklan.

6. Ikut cakap “bomoh” moden

Bisnes dan pelaburan adalah common sense. Prinsip asas dalam bisnes adalah beli barang harga rendah dan jual barang harga tinggi, justeru boleh buat banyak untung. Kita pula perlu melabur dalam syarikat yang buat bisnes yang ikut prinsip tersebut.

Kenapa mahu tahu “rahsia” tertentu seperti sekiraya lahir bulan ini, hebat di mana. Sekiranya pakai baju warna ini, akan jadi superhero. Simpan ibu duit lah. Teknik tapak tangan pun ada. Bukan kah ini semua menilik nasib ?

Kalau dah tak pandai menjual dan tidak beri apa yang orang mahu, sampai bila pun tidak jadi kaya.

7. Anda tidak boleh cerita dalam bahasa yang mudah

A untuk ayam. B untuk bola. C untuk commodity murabahah.

Anda sepatutnya terlibat dalam perkara yang anda faham sahaja. Dan sekiranya anda tidak boleh beritahu mengenai pelaburan anda dalam bahasa yang mudah, anda sebenarnya hidup dalam alam misteri.

7 Tanda Masalah Wang Sedang Melanda
Setiap penyakit ada simptom tertentu. Penyakit berkaitan wang pun ada simptom sendiri. Berikut adalah 7 petanda yang menunjukkan kita ada penyakit dalam urusan kewangan.

1. Menambah bilangan kad kredit

Kad kredit Bank Siti semakin menghampiri had limit yang ditetapkan. Malangya, kalau tidak pakai kad kredit untuk berbelanja setiap bulan, macam mana mahu hidup. Duit gaji memang habis bila menjelang tengah bulan. Maka, cari lah kad kredit baru dari Cina India Melayu Bank.

2. Hutang kad kredit bayar yang minima sahaja

Bulan-bulan guna kad kredit, tapi bayar hanya cukup-cukup yang bank minta. Maka setiap hari hutang semakin bertambah akibat adanya elemen riba hutang dalam kad kredit riba dan kaedah untung dari jual beli dalam kad kredit perbankan Islan.

3.  Usik akaun simpanan

Tabung memang ada. Mula-mula memang rajin simpan. Masa bujang dulu, komitmen masih kecil. Tetapi bila sudah beli kereta, beli kamera dengan kad kredit, beli laptop dengan kad kredit, belanja kahwin secara berhutang, maka simpan bila ada lebih sahaja. Bila perbelanjaan lebih banyak dari pendapatan, maka mula lah usik akaun simpanan untuk bayar itu dan ini.

4. Bergilir bayar bil bulanan

Bil api, air, ASTRO, telefon, internet. Eh, tapi bila lambat bayar sebulan dua bukan kena potong terus pun. Jadi, boleh la bayar bil bergilir-gilir.

5. Tidak boleh tidur malam

Hutang jika tidak diuruskan dengan betul, boleh menyebabkan hidup kita tidak tenang. Barangkali kerja pun mula tidak fokus dan tidur pun jadi tidak lena kerana banyak memikirkan hutang dan masalah kewangan lainnya.

6. Bergaduh dengan pasangan

Kes-kes penceraian ada banyak berkaitan dengan isu harta. Nauzubillah. Jadi, bila ada masalah kewangan, hutang, maka kita perlu bawa berbincang dengan suami / isteri untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Rancang wang dengan pasangan. Bukan simpan masalah wang sampailah satu masa, kita bergaduh.

7. Mencari “easy” loan

Kad kredit sudah jadi koleksi dalam dompet. Pembiayaan peribadi juga sudah buat overlapping. Tetapi masalah wang masih tidak selesai. Kita pun mencari-cari peluang skim pinjaman dan pembiayaan mudah yang tidak perlu tengok CCRIS, CTOS, blacklist dan sebagainya. Silap haribulan, meminjam dengan along.

http://www.pakdi.net/rancang-wang-dari-sekarang/

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pelaburan Emas?
Salah satu petanda sesuatu bentuk pelaburan itu sudah sampai ke tahap bubbles, mania atau tanda awas perlu dipacakkan dalam biji mata kita semua adalah apabila pemandu teksi, tukang gunting rambut hatta yang kaki lepak kedai kopi pun bercakap pasal pelaburan tersebut.

Kalau ikut kaedah pengajian hadis, kehebatan pelaburan itu sudah sampai tahap mutawatir. Ramai sangat (ejen) bercakap benda yang sama dan mustahil untuk mereka berpakat untuk menipu. Cuma bezanya adalah, yang bercakap itu bukan para sahabat Nabi saw yang boleh kita terus percaya malah mereka cuma orang biasa yang tidak ada ilmu pelaburan pun, yang tidak tahu pun membezakan cashflow dan capital gain. Menyebabkan kita yang mendengar cerita bertaraf mutawatir itu pun rasa betul, pelaburan itu maha hebat dan kita mesti sama-sama melabur kalau tidak mahu ketinggalan bas.

Tahun 2008, rakyat Malaysia demam pelaburan saham khususnya menerusi saham amanah. Sedangkan pada 2008, pelabur besar dan pelabur professional yang telah melabur dari 2005 misalnya, telah pun mula menjual pegangan saham mereka.

Hari ini, tahun 2010, kelihatan orang demam dengan pelaburan emas. Beli pada RM 120/g jual pada RM 125/g. RM 5 untung satu gram. Ditabur pula dengan beberapa hadis-hadis Nabi yang tarafnya mengikut ulama hadis, adalah meragukan. Maka, bertebaranlah cerita yang menyatakan ini adalah bisnes Islami, ekonomi Islam!

Maka, ingin saya sebut dengan tegas itu adalah ajaran sesat ekonomi Islam.

Ekonomi Islam bukan sekadar jual beli emas untung buat untung. Peranan emas dalam ekonomi Islam adalah sebagai matawang, bukan untuk dijadikan komoditi dan seterusnya dijadikan aktivti spekulasi.

Betul, duit kertas hari ini tidak bersandarkan emas. Jadi, pejuang ekonomi Islami yang utama adalah mendesak emas dijadikan matawang dan bukan menjadi sama-sama terlibat menjadi spekulator emas dan mendakwa akviti sebegitu adalah bisnes dan jihad ekonomi yang paling Islami.

Sudah lah menjadi spekulator emas, jual beli emas fizikal pun ada yang terlibat dengan riba apabila menjual beli emas dengan berhutang. Perbuatan ini adalah sangat bertentangan dengan hadis riba.

Sekiranya tuan puan menyimpan harta dalam bentuk emas, maka itu adalah antara kaedah menyimpan yang baik. Tetapi sekiranya tuan puan sudah menganggap emas sebagai pelaburan, maka ketahuilah rule of investment is applied. Tidak ada beza melabur dalam emas dengan melabur dalam saham, hartanah, pasaran hadapan sawit dan sebagainya. Orang yang telah  membeli komoditi-komoditi tersebut beberapa tahun lepas adalah orang yang sedang menjualnya hari ini.

Dan setiap benda yang naik pasti akan jatuh!