Tolong Rakyat ke Tolong Jual Touch n Go dan Smart Tag?
Posted: July 12th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Semasa | 34 Comments »“Saya pernah diberitahu oleh seorang pengguna jalan bertol yang dia terpaksa membayar tol lebih kurang RM300 sebulan, manakala gaji bulanannya RM3,000. Orang ini hanya mendapat gaji 11 bulan setahun kerana gaji satu bulan lagi habis dibelanjakan untuk pembayaran tol setahun.” Najib Tun Razak, sempena 100 hari jadi PM.
Pendapatan tahunan: RM 3,000 x 12 = RM 36,000.
Perbelanjaan tol: RM 300 x 12 = RM 3,600
Kos tol : 10 % dari pendapatan.
Antara yang Najib umumkan:
Diskaun tol Pengguna Smart Tag dan Touch n’ Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, dapat diskaun 20 peratus.
Kesannya:
Jadi kalau tak pakai Touch n Go atau Smart Tag, tidak akan dapat diskaun 20%.
Kalau cuma dapat guna 79 x dan ke bawah, tidak dapat diskaun 20%. (Kebetulan terlupa top up dan tertinggal kad di rumah atau kereta lain)
Ceh.
Kan bagus kalau terus potong kadar tol 20% di semua lebuh raya dan semua syarikat konsensi di seluruh negara! Barulah betul membantu rakyat Malaysia menambahkan kadar simpanan mereka setiap tahun!
Share34 Comments »
Tags: 20 peratus, diskaun tol 20 %, gula-gula najib, highway, lebuh raya, smart tag, tol, touch n go, ucapan najib 100 hari
ceh. sumer pun pandai. pandai auta.
Hahaha…
Cuba korang bayangkan senario yang gua gambarkan kat bawah nih..
Ali tinggal di TTDI Jaya di Shah Alam … menetap disana bersama anak bini…. Ali kerja di KLCC sebagai eksekutif penyumberan luar (outsourcing executive) yang hanya beroperasi di pejabat tanpa banyak keluar kemana-mana… jadi.. perjalanan Ali setiap hari bekerja adalah menggunakan NKVE masuk melalui Plaza Tol Bukit Jelutong dan terus keluar di Jalan Duta dan seterusnya mengambil Jalan Tun Razak untuk ke pejabatnya di KLCC …. Jalan yang paling mudah, ringkas serta kurang lampu isyarat.
Ali hanya kena membayar tol dua kali sahaja sehari iaitu di Plaza Tol Jalan Duta dan di Plaza Tol Bukit Jelutong Shah Alam… kos tol Ali cuma RM3.80 sehala. Ali banyak membeli barangan keperluannya hanya di Pasaraya MASQUE di TTDI Jaya, GIANT Stadium Shah Alam, Tesco atau sesekali di Plaza Alam Sentral atau di Plaza Masalam yang mana tiada tol dikenakan bagi perjalanan sekitar Shah Alam. Ali bekerja 26 hari seminggu dimana jika dicampur tolakkan.. Ali cuma membayar tol hanya 52 kali sahaja sebulan…
Oleh yang demikian… bagaimana orang seperti Ali dapat memanfaatkan penggunaan 80 kali atau lebih pembayaran TOL sehingga membolehkan beliau mendapat diskaun 20% seperti yang dijanjikan oleh Najib Razak….
tu baru gaji rm3k.how about those who earn rm1k++,or rm3k below? nak bagi contoh pon,biar la realisitik sikit datuk seri oi.
aku paling bengang dah la mahal pastu jam giler. grrrrr
Dia lupa kot rakyat ada mesin kira, boleh buat pengiraan sendiri, buat akaun untung rugi, buat pertimbangaan adil ke tak adil. Macam biasa, agenda memancing undi.
Tokey tol mesti pening macamana nak buat sistem mengesan penggunaan tol lebih 80 kali sebulan. Satu tol yang sama ke? Mana-mana tol ke?
touch n go diguna dalam tol aje ker baru dapat potongan???
kalau diguna untuk naik bas, lrt, monorel, komuter
tak dapat diskaun ker???
rugi aku macam ni :p
even kalau aku pergi kerja hari2 pakai tol pun….tak sampai 80 kali.
sehari 2 kali pergi balik. sebulan kerja 20-21 hari. baru 42 kali.
contoh dari shah alam ke cyberjaya, 1 toll kalau pakai elite highway.
kalau pakai LDP, memang akan lalui 3 toll. darab 2, 6 kali sehari x 21 = 126 kali
tapi kos kedua2 toll adalah sama.
camne tuhh????
Urghh..
1) Errhh.. Orang yang guna tol ni semuanya gaji RM3k ke atas ke?
2) Macam contoh C++. Tu pun kalau cecah 80 kali. Semata-mata nak dapat diskaun 20% + ronda-ronda area tol sambil tambah kos beli minyak kenderaan+sambil tolong me’laku’kan penjualan Touch n Go dan Smart Tag.
3) Setuju kata Pakdi bagi diskaun terus kat pengguna tol.
***************************
Ni aku petik dari BHonline :
7- Jalan luar bandar
Pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak ditambah dalam tempoh RMK-10.
8- Bekalan air dan elektrik
Bekalan air dan elektrik ditingkatkan di Sabah Dan Sarawak. Perincian diumumkan akhir bulan ini.
Ahaks! Aku nak tengok apa yang direncanakan ni di bahagian pedalaman tempat aku ni.
Hakikat & Situasi sebenar : Tok ketua ni dari dulu lagi minta bantuan pasal bekalan elektrik ni. Katanya dah 10 tahun kawasan tersebut dikuasai oleh parti kerajaan. Tapi sampai la’ ni masih guna generator. Dah lapor, tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Bekalan air dan elektrik yerr..! Aku bukanlah generasi yang mudah dicanang dengan ‘ayat-ayat cinta’ seperti itu.
Pssstt : Sorry Pakdi aku ‘emo’ kat blog hang ni..
kesimpulannya, boleh tak klu kita katakan, politicians speak politics dengan cara yang dorang suka, bukan dengan cara yang dorang patut?
i mean, dengan kira2 pun dorang fail to fulfill rakyat’s need, apatah lagi dengan perkara yang lagi kompleks dari tu?
looking forward for 2013 to see what happens next.
Salam,
Pindah rumah ke tempat lagi dekat, murah-murahnya rumah cukup…
Dah pencen, barula rumah besar…hehe
Nah! tengok, komen iklas dari orang kat sana(mohdabdhalim). kita dgr sendiri orang yang mengalaminya
tak ikhlas betul nak turunkan caj tol..
ade ke patut lepas 80 kali baru dpt diskaun???
nampak sgt tak tau nak buat calculation…
macam ni bukan nak tolong rakyat…tapi…
nak gemukkan syarikat tol je la…
11 hadiah… satu pun tak merasa..
Betul tu Mohdabdhalim…
Aku dah lama dengar berita nak tingkatkan infrastruktur di Sabah dan Sarawak.
Lamanya aku mendengar berita ini dari tahun 80an lagi. PM dan kabinet pandai cakap jer cuba dia kena duduk kat kawasan pendalaman sikit di Sarawak ni baru dia tau.
Tak payah jauh cari aje tempat yg 2 jam memandu dari Kuching atau Miri medti dia jumpa kawasan yg memerlukan bukan saja air dan letrik tapi jalanraya.
Kat Sabah dan Sarawak gak mana ada Tol PLUS, MINUS, PROFIT ker…
Cakap PM ni berdegar degar tapi habuk pun tarak.
tv1 dok tayang benda same…11 hadiah rakyat…
cuma satu je terpikir…
amik test lesen motor B2 sekali seumur hidup leh turun….
amik insurans motor tiap2 taun makin naik…. ha ha ha hangpa dah kena auta……
eh rebat tunai kenderaan mcm taun lepas takdak dah ka??
auta je ni…
rakyat biasa xdelah kuat sgt berjalan menggunakan highway dgn touch n go…
kalau mcm businessman, tokey2 yang dok ulang alik main golf, pi entertainment tu ramai le yg guna tol…
Acik kalau ke ofis naik kereta… masuk tol Kajang ke Tol Sg. Besi RM3.60 (pergi balik) masuk pulak Terowong SMART (RM2)… Bermakna 3 kali tol dlm sehari jika sebulan mmglah boleh cecah 80 kali tol… masalahnya kalau sesekali acik naik motor, camne ler pulak gamaknyer… cis berger betul!…
p/s: Nie tempat utk melepaskan tension ke? hehe
aku ada persoalan di sini
adakah kerajaan mengalakkan guna tol atau
kerajaan tolong jual kad “sentuh-dan-jalan”???
bukan ker kad “sentuh-dan-jalan” boleh diguna dalam lrt,monorel,kumuter,beli belah dan sebagainya.
siapa boleh tolong jawap persoalan aku ni
bro’s and sis…persoalan korang sumer memang betul..tapi pada pendapat aku diskaun yg diberi berpadanan dengan kekerapan seseorang keluar masuk tol.kire macam regular customer la..mesti dpt diskaun compare ngan org lain.kalo tak, terpaksa adjust balik time tu,gi keje ikut jalan lama…
betul kata pakdi… tokjib tolong promote TnG & smartag…
tapi bila pakdi bagi contoh gaji RM3000 tu yang terasa hati. bilala nak dapat gaji RM3000 walau dah ada sijil Master, nak start berniaga xpandai & xde modal. Nak p kursus pakdi… tengah duk kumpul duit dah dekat setahun x cukup lagi. tol kena bayar gak. diskaun memang x dapat…
Adui semua tak kena ye. Kesian hari-hari makan hati. Tapi kan at least ada juga iltizam nak bagi diskaun. Slow-slow lah. Mula-mula try dengan 80 kali. Lepas tu agak pelaksanaan baik turun ke 60 kali. Lepas tu setiap kali masuk tol dapat diskaun 20%.
Bagi dah semua tol dapat diskaun 20% tak perlu lagi kad T&G tu.
Macam kita menyimpan duit juga. Tak terus simpan sebulan 1000.00. Macam main CPO juga, tak terus jual kalau untung, tengok trend dulu, bullish lagi ke?
Tak bolehlah semua benda nak hentam je.
haha…
btol2 ap korg sume ckp ni..
walaupun aku mmg jarang gile gune highway,
tp ak terasa hati gak la dgn ap yg aku dgr sume2 ni..
setakat 20%, tu pon utk sape yg gne TnG lbh 80 kali..
hadoi…
baik ckp je, “wahai rakyat m’sia, kad TnG smakin bertimbun, beli lah kad TnG ni ramai2 ye, sy ni tolong promosi kan je”… huhuhu
xpa2,
pilihanraya nnt kite tunjuk sape berkuasa. hahaha.
kalau dulu rakyat bengap..skang ni dibengapkan pulak ngan kadar tol..bukan rakyat taktau yang depa kena bayar lebih..rebet plak tu bukan dalam cash kan?So makin banyak belanja, makin banyak la nanti dapat rebet..memang ada deal neh ngan TNG
Mmg takleh nak puaskan semua org. Semua ada tanggungjawab. Klu kira gaji 3K ke 1K, nak kurang tol, ada nak free, ada nak mat motor dpt diskaun..punah habis. Klu ada Master, makne akal bagus. Cari jalan keluar, semua nak subsidi susah bro. Company mana nak invest dgn permintaan banyak kerenah. Bagus juga PRU 13 korang tukar le apa yg patut. Bangsa Melayu memang pelik….sori guys aku tak setuju.
Hmmm..itulah Bicara orang POLITIK…
Bagi mereka yang tak fikir panjang akan nampak betapa prihatinnya kerajaan la ni…
Tapi bagi mereka yg berfikir, akan tahu kebenarannya bahawa orang politik memang pandai ‘ Menanam Tebu Dibibir’ dan ‘Indah Khabar Dari Rupa’…
Orang Politik kalau cakap memang penuh dengan permainan dan bahasa politik …
Fikiran rakyat sentiasa dimanipulasikan…
Saya minta sangat=sangat agar menteri-menteri BN ni tolong lah berfikir cara waras. Setiap tindak tinduk dalam membantu rakyat biarlah ikhlas. Kenapa misti jaga sangat tauke toll. fikirkanlah tentang rakyat biasa yang hidupnya susah akibat kemelesetan ekonomi. Nak makan pun susah. Dengan toll disana-sini , barang keperluan naik tak turun lagi walupun minyak dah turun. Okaylah nak elak bayar toll naik kenderaan awam. Tiba-tiba tambang bas pulak naik mendadak. Aduh….
terasa kejam sekali. Macam nilah senang cerita dalam pilihan raya yang akan datang suruh tauke toll, tauke bas, tauke teksi, dan segala jenis tauke undi BN. Pelik.. disaat rakyat mula menaruh keyakinan tehadap BN tiba-tiba menteri ni buat hal pulak.
PRU 13 nanti kita TOLak BN.
Knp 80x?? bkn 30 @ 40 @ 50x??? Apa rasional dgn 80? Majoriti org guna sampai 80x ke sebln??? Betoi2 aku x paham…
Saya kira insentif yang pak Najib bagi tu banyak kena orang Kl kut. KL banyak tol. Saya yang berulang dari Penang ke Sungai Petani hanya guna 2 tol aje tapi kosnya RM 14.20 sehari. Sebulan keja 20 hari jadi hanya 40 kali saja guna tol. RM 14.20 X 20 = RM 284 Berapa kali pula nak pi shopping yang kena guna tol.Di Penang tak ada tol. Keluar Penang pun tak kena tol. balik saja kena iaitu tol jembatan.
Satu bulan saya top up T & Go kad RM 300. Kalau ada 100,000 orang yang buat macam saya, jumlahnya ialah RM 30 juta. Duit advance yang t & go dapat.Dia orang tak bagi apa-apa insentif atau diskaun macam air asia. Kad tol jembatan Pulau Pinang pun dah dihapuskan diskaun 20% sejak bulan April 2009 lalu. Apa yang kita dapat ek! Dapat kena tipu!!
kengkadang kita ni kalau bukan jenis org bersyukur….duit banyak mana pun tak cukup…bagi diskaun banyak2 pun tak jugak puas..
Kenapa perlu kita beli kad TNG, bukan kah mykad kita sudah ada TNG. Mungkin kita terlepas pandang mengenai perkara ini. Bagi saya yg bergaji RM1+++, tinggal di Bertam perdana bekerja di Kulim. Sedikit sebanyak membantu juga diskaun ni. Bayangkan saya terpaksa melalui 6 kali tol.
kerajaan dah bg tol pndai2la bersyukur..bab membazir ke bnda ntah ape2 xde plak bising..ni pasal tol lak tau nak komen je lebih..amende la korang ni..nak je gi keje n balik kampung ikut jalan paya n kampung?kalo xde highway kang lagila bising..kutuk krajaan xsemena2..ni dah bg kemudahan dpn mata n mintak duit cket pun nak meradang..pndai2 pikir la..korang undi lain PRU13 pun akan jd bnda yg sama mcm ni jgk..ntah2 lg teruk..nk expect krajaan baru bg tol free?bullshit!lg dia telan duit korang ade la..krajaan berhutang wat highway bai..tu pun kire dah cukup baik dah pengorbanan yg dia bg..nk ape lg?kalo agk2 nak free sume mintak krajaan belikan basikal sorang 1 n gi keje naik basikal ikut jalan paya..orait?save duit tol n minyak..tp aku pasti korang mati dulu la b4 smpai tmpat keje..oh ye..basikal jgn lupe eh..mintak subsidi betulkan tayar bile pecah..kalo tu pun korang still xmalu lg la..damn..
Pakdi: Damn. Ada gak orang tak faham fungsi kerajaan pada zaman moden ni.
Wah cantiknya bahasa wanji, berbunga-bunga. Tapi bunga taik ayam la. Ye la ko tak suka dengan komen orang tu ko punya hal la, yang ko maki diorang tu buat apa? Ko tu sepupu pak menakan mertua abang ipar najib ke? Kita kan bebas bersuara, selagi tak langgar apa-apa yang tergaris dalam ISA kira OK la tu.
Tapi aku musykil la ko ni wanji, tu hari aku nampak muka ko kat front page kena seret ngan fru kat jln Masjid India. Apa ko buat kat situ?