Terry Fox Run KL 2008
Posted: October 30th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Me, Semasa | 8 Comments »Kira-kira setahun yang lalu, 4 November 2007, saya sekeluarga menyertai Terry Fox Run KL 2007 yang diadakan di Taman Tasik Perdana (Lake Garden) KL sebagai antara bentuk sokongan kepada arwah emak kami yang menghidap sakit kanser.

Gambar kenangan bersama almarhumah emak yang sempat menyertai larian ini tahun lepas. Pakdi tiada dalam gambar sebab dia tengah snap gambar.
Ramai sungguh yang hadir, penuh parking di sekitar kawasan tersebut.
Dan kali ini Terry Fox Run KL 2008 akan diadakan sekali lagi pada:
Hari / Tarikh : Ahad, 2 November 2008
Tempat: Taman Tasik Perdana.
Masa: Larian bermula pada jam 9 pagi.
Sila datang awal untuk mendapatkan parking yang berdekatan! Car pool pun bagus.
Anda boleh menyumbang kepada CARIF, sebuah badan penyelidikan untuk kanser dengan membeli baju Terry Fox Run 2008 ini. Harga cuma RM 25 sahaja.

T-Shirt Terry Fox Run 2008 (Sumber : Terry Fox Run KL 2008)
Sambil berlari mengeluarkan peluh, sambil menyumbang.
Kalau anda tidak dapat hadir, sila lah mendapatkan baju tersebut di:
1. Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Kanada, di Menara Tan & Tan, Jalan Tun Razak (Tingkat 17)
2. Cancer Research Initiatives Foundation (CARIF), 2nd Floor, Outpatient Centre, Subang Jaya Medical Centre
atau, datang sendiri ke Taman Tasik Perdana pada Ahad ini dan terus membeli baju anda di situ.
Jumpa anda di sana!
Share8 Comments »
berlari???
dapat hadiah ker???
ini larian amal je bro.
See you there, Pakdi
I am there with my bike
berlari dan beramal.semoga penyakit kanser ni ada penawarnya satu hari nanti…
hi pin, me will walk on that day. no roller blade also.
kumbang, takmau turun kl? hehe. malam tu kena pergi White Hart Lane dulu. esok pagi boleh celebrate sama. YNWA!
tulah asyik celebrate Liv menang kat rumah jek…sekali2 kat KL pulak..hehe
salam
bagus jugak tu sekurang-kurangnyer menunjukkan keperihatinan kita
catatan larian Terry Fox di blog abah fateh
http://abahfateh.blogspot.com/2008/11/terry-fox-run-2008.html