Tazkirah Jumaat: Rezeki
Posted: April 10th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Me, Motivasi | 9 Comments »Kalau bukan rezeki …
Lauk ayam panggang madu yang sudah hampir masuk ke mulut pun terjatuh ke atas lantai.
Kalau bukan rezeki …
Pasangan suami isteri yang sah berkahwin pun sampai ke akhirnya tidak ada zuriat.
Kalau bukan rezeki …
Bila baju siap dijahit sahaja tiba-tiba terkecil satu dua inci.
Kalau bukan rezeki …
Kontrak sudah ditandatangani dan segala prosedur dah diikuti pun boleh terlepas begitu sahaja. Habis semuanya.
Tapi, kalau dah rezeki …
Lapar ni. Tiba-tiba di pejabat ada majlis sambutan hari jadi kawan sepejabat.
Kalau dah nak jadi …
Berzina sekali pun dah berisi perutnya.
Kalau dah rezeki …
Baju yang kakak tak muat sebab terkecil satu dua inci tu dapat dekat kita.
Kalau dah rezeki …
Tak apply apa pun ada orang nak bagi kerja, projek.
Itulah yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Kalau dah bukan rezeki, jalan yang senang jadi payah. Tapi kalau memang sudah itu rezekinya, seolah-olah macam tak perlu buat apa-apa. Senang je nak dapat.
Nabi saw dah nak masuk Mekah dah. Kena tahan. Tunggu dulu. Kena buat perjanjian Hudaibiyyah. Rupanya pembukaan Kota Mekah sudah hampir.
Perkara sebegini adakalanya tak boleh dilihat dengan mata kasar. Sebab bila dah takde rezeki, segalanya nampak buruk belaka.
Terima sahajalah.
Kita merancang, Allah pun merancang.
Ujian untuk manusia itu datang apabila perancangan kita itu ditolak oleh Allah swt dan diganti dengan perancanganNya. Kena terima sahaja dengan hati yang redha.
Saya baru nak kenal dunia sekolah, bapak sudah dipanggil pergi. Saya baru nak kenal dunia perkahwinan, emak pula dipanggil pergi.
Susah itu memang susah, saya pun tidak tahu bagaimana almarhumah emak saya menghadapinya dan dapat membesarkan 7 anaknya, tapi disebalik itu, untuk saya rezeki lain yang datang. Cikgu usahakan dapat bantuan buku teks, dapat masuk sekolah asrama penuh, ustazah pula usahakan dapat biasiswa dan segalanya dipermudahkan sampailah menjejakkan ke universiti. Semua tu itu saya tak pernah mintak, cikgu dan ustazah yang suruh isi borang.
Kakak saya sebut, bila kedua orang tua dah tiada, maka anak-anak sebenarnya kehilangan tangan-tangan yang masin mulutnya yang sentiasa mendoakan untuk kita.
Mungkin.
“… Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ” (al-Baqarah: 216)
Share9 Comments »
Segalanya telah tertulis di sana. Kita sebagai hamba tidak tau apa keputusan yg akan kita terima. Tapi usaha tetap usaha.. sembahyang dan berdoa mesti di teruskan, di situ kita kena Redha. jgn dok goyang kaki je .. memang sah x dpt. Tapi hakikatnye kita x tau.. hanya Allah saja yg maha mengetahui..
“Khutbah” pakdi pagi ni menampakkan betapa lemah dan kerdilnya manusia di bumi ini. Oleh itu, bila dah berjaya dalam hidup, jauhkan sifat riak dan senantiasalah merendah diri.
ini bukan khutbah haz, tazkirah 1/2 muka je
ziz, betul betul betul… sebab tak tau apa yang dah tertulis itulah, kena usaha.
dicopy utk disisip dimeja =)
pakdi, ni ada topik terbaru dari http://blog.e-zakat.com.my/2009/04/03/zakat-mampu-mengukur-kekayaan-umat/
ada sebarang komen????
tersentuh baca post ni..btul tu pakdi..mmg realiti..
thanks pengisian pakdi kali ini… ada byk persamaan perjalanan hidup saya..
tp syukur la.. ia mengajar saya menjadi lebih kuat..menjadi lebih tabah…insyallah
kenapa saya rasa sebak baca entry ni..? hmm..
kita hanya mampu merancang
Allah yang menentukan segalanya
duit banyak ker sikit
tak kan boleh bagi kita faedah atau bahaya
yang boleh bagi faedah atau bahaya hanyalah Allah
ada kalanya kita kuat berusaha cari rezeki/duit
tapi akhirnya rasa macam tak berbaloi
tapi apa pun Allah tetap bagi pahala atas apa yang kita usahakan
kan kan kan
jadi apa yang penting
Allah perintah cari rezeki selepas solat
kita buat atas maksud nak taat perintah Allah