Halal Haram Insurans

Posted: December 23rd, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Insurans, Muamalat, Perancangan Kewangan | 17 Comments »

Secara umumnya saya berpendapat, istilah insurans itu sendiri bukan lah faktor pengharaman insurans. Sebab tiada ayat Quran dan Hadis yang mengharamkan insurans, seperti pengharaman riba’, makan daging babi, arak dan seterusnya. Malah, konsep perlindungan al-Aqilah itu sendiri diterima oleh Nabi Muhammad saw. Apa yang menjadi antara faktor utama adalah bagaimana duit premium yang diterima oleh syarikat insurans dari pelanggan mereka diuruskan.

Saya sudah bulatkan warna merah dalam diagram di bawah, menunjukkan area kritikal yang perlu difahami untuk mereka yang masih mengganggap insurans yang ditawarkan di pasaran sama sahaja baik namanya insurans atau takaful. Sila rujuk artikel di sini. (Diagram ini saya ambil di internet, tetapi sudah terlupa mana sumbernya)

1. Katakan syarikat insurans menerima RM 50 juta premium setahun, di mana kah mereka menyimpan duit tersebut ?

  • Sekiranya mereka menyimpan dalam instrumen kewangan jangka pendek yang berteraskan riba’, sudah tentu ia haram.
  • Sekiranya mereka melaburkan  sebahagian besar duit tersebut dalam syarikat / saham yang tidak patuh Shariah, sudah tentu ia juga haram.
  • Sekiranya mereka melaburkan sebahagian besar duit tersebut dalam bon-bon yang tidak patuh Shariah, sudah tentu ia juga haram.
  • Sekiranya mereka hanya simpan bawah bantal, mekanisma untuk menguruskan duit masuk (premium) dan duit keluar (payout) akan mirip kepada pengurusan casino house. Itu juga haram. (Mana ada syarikat insurans nak rugi!)

2. Kontrak, hubungan antara syarikat insurans dan pelanggan tidak berapa jelas.

  • Kalau kontrak jual beli, apa yang dijual dan apa yang dibeli ? Sudah tentu ia mesti mengikut semua rukun jual beli yang ditetapkan dalam Islam.
  • Kalau kontrak servis, perkhidmatan apa yang ditawarkan ? Juga mesti mengikut semua rukun kontrak kafalah/jaminan (misalnya) yang telah ditetapkan.

Iyelah, nak sah solat pun kita kena menyempurnakan semua rukun yang ada. Solat itu tidak sah kalau kita meninggalkan walaupun satu rukun.

Maka sekiranya dua perkara besar ini boleh disahkan patuh Shariah, maka insurans yang ditawarkan itu adalah insurans yang halal.

3. Jadi, untuk memudahkan kefahaman orang awam membuat perbezaan tanpa memeningkan kepala, maka syarikat insurans yang tidak mengendalikan operasi mereka mengikut prinsip Shariah dikekalkan dengan penggunaan nama insurans, dan syarikat insurans yang mengendalikan operasi mereka mengikut prinsip Shariah, diberi nama syarikat Takaful.

4. Kalau tuan puan ada yang tidak berpuas hati dengan persoalan yang saya utarakan ini terpulanglah. Tuan puan boleh periksa satu-satu dokumen produk dan operasi syarikat insurans tersebut.Kemudian hantar kepada mana-mana penasihat Shariah yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia untuk diluluskan sebagai produk yang halal.

Saya fikir, penasihat Shariah yang ada dalam industri insurans / takaful ini sudah membuat kerja mereka untuk menyemak semua dokumen dan perjalanan syarikat takaful. Malah, syarikat insurans boleh sahaja menubuhkan syarikat takaful mereka dengan kebenaran dari kerajaan.

Share
17 Comments »

Tags: , , , ,

Insurans Kereta Tua

Posted: July 5th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Perancangan Kewangan, Semasa | 31 Comments »

Sekarang ini sekiranya kita membaca akhbar-akhbar tentang komen langkah liberalisasi terbaru yang diumumkan baru-baru ini, ramai yang bercakap ia adalah satu model ekonomi baru.

Adakah “liberalisasi” yang sebenarnya sedang berlaku atau ia cuma beberapa langkah tertentu untuk mengambil hati orang Cina atas sebab politik ?

Adakah ada liberalisasi untuk mereka yang memakai kereta tua ?

Read the rest of this entry »

Share
31 Comments »

Tags: , , ,