Pegangan Saham Kerajaan dalam GLC Dikurangkan 2010
Posted: December 20th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Semasa | 9 Comments »Beberapa hari lagi, kerajaan (persekutuan) akan mula mengurangkan pegangan saham dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaaan (GLC)
Menurut Menteri, kewangan kerajaan sekarang kurang cair.
IPOH: Semua saham milik kerajaan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan dikurangkan mulai tahun depan bagi menambah kecairan kewangan yang dimiliki oleh kerajaan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, langkah tersebut membabitkan 17 GLC di bawah Kementerian Kewangan dan adalah antara pendekatan yang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang sebanyak lima peratus pada 2010.
“Syer kerajaan dalam GLC akan ditawarkan di Bursa Malaysia untuk dimiliki oleh syarikat swasta.
“Ia adalah inisiatif yang diambil untuk meningkatkan kecairan,” katanya selepas perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak 9-Sebelah Veteran anjuran Majlis Bandaraya Ipoh di sini, hari ini. (Berita Harian)
Nampaknya, kerajaan sekarang macam tengah sengkek sebab asetnya banyak yang beku. Jadi, bila sudah cair, pelbagai masalah boleh diatasi dan paling utama, ekonomi akan berkembang 5%.
Oh, begitu rupanya.
Kalau saya sekarang ada wang tunai RM 50k, lalu untuk cukupkan perbelanjaan RM 100k tahun ini, saya akan menjual satu aset hartanah saya bernilai RM 100k. Sekarang saya sudah ada 150k dalam poket. Yea.. sekarang saya dah pandai mengembangkan ekonomi diri saya sendiri.
Hi hi hi.
Kalau semua aset sudah habis dijual, nak buat apa lagi ye?
Share9 Comments »
Tags: GLC, Saham
Recent Comments