Apa Itu Riba (4) ?

Posted: October 31st, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Muamalat | 3 Comments »

Post ini adalah huraian lanjut tentang post yang bertajuk Apa Itu Riba (3) ?

Bersandarkan firman Allah swt :

“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. … ” (al-Baqarah : 275)

Ketika ayat ini diturunkan, masyarakat Arab berniaga dengan 2 cara berikut:

  1. Jual beli tunai
  2. Jual beli tangguh

Read the rest of this entry »

Share
3 Comments »

Tags: , , , , , ,

Apa Itu Bank ? (3)

Posted: September 11th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Muamalat | 5 Comments »

Ini adalah siri sambungan dari post-post berkaitan tajuk muamalat.

Seperti mana yang telah saya sebutkan, zaman sekarang ramai orang sudah berduit. Duit pula tidak lagi disimpan di bawah bantal sebaliknya memerlukan tempat simpanan lain yang lebih selamat. Tempat itu adalah bank.

Bank memainkan fungsi yang amat penting dalam tamadun manusia. Seperti mana yang telah saya tulis dahulu, cek itu sendiri merupakan ciptaan orang Islam untuk memudahkan urusan jual beli.

Antara fungsi utama bank adalah:

Read the rest of this entry »

Share
5 Comments »

Tags: , , , , ,

Cadangan PAS untuk Perbankan Islam

Posted: July 2nd, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Muamalat, Semasa | 10 Comments »

Kepada yang berminat untuk membaca hansard Parlimen dalam isu ini, sila download di sini: Hansard 1 Julai 2009

***

Nampaknya PAS kelihatan semakin bersedia untuk menjadi government-in-waiting bersama rakan Pakatan Rakyat apabila Timbalan Presiden PAS mencadangkan idea-idea yang baik dalam membangunkan sistem perbankan Islam ke fasa seterusnya di Parlimen semalam.

Selama ini PAS kelihatan hanya menyebut ekonomi Islam secara umum, dan nampaknya sekarang mereka sudah memperincikan lebih sedikit kepada hal ehwal yang lebih kepada isu semasa dan berkaitan dengan keperluan industri. Tahniah PAS!

Berikut adalah laporan Harakahdaily, dan saya akan postkan hansard parlimen pula untuk memaparkan ucapan penuh Ustaz Nasharudin di Dewan Rakyat pada 1 Julai 2009.

Isu perbankan Islam perlu diselesaikan di Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) – Nasharudin Mat Isa (PAS- Bachok) mengharapkan isu-isu berkaitan perbankan Islam dapat diselesaikan di mahkamah syariah atau pakar-pakarnya supaya ia mampu difahami dan ditafsirkan dengan lebih tepat khususnya berkaitan dengan kontrak pembiayaan al-Bai Bithaman Ajil (BBA) yang dibatalkan oleh mahkamah sivil .

Read the rest of this entry »

Share
10 Comments »

Tags: , , ,

Falsafah Pengharaman Riba

Posted: June 10th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Muamalat | 6 Comments »

Dalam satu artikel yang memaparkan wawancara dengan Dr Azeemuddin Subhani, beliau ada sebut beberapa persoalan dan pandangan dari sudut yang baru mengenai riba, ia banyak dibuat dari sudut philosophical approach, antaranya:

1. Mencuri, merompak adalah satu jenayah bawah hudud, tetapi riba tidak. Kenapa? Sedangkan dua-duanya boleh disebut sebagai penipuan, atau mengambil harta orang lain dengan cara yang salah.

2. Dalam salah satu hadis dari riwayat Bukhari, ada disebut dosa riba itu seperti berzina dengan ibu sendiri.

3. Beliau juga memetik pandangan Aristole, seorang naturalist, yang menyatakan, riba sebagai money begetting money – duit memberanakkan duit. Dan duit sifat naturalnya tidak begitu.

4. Berdasarkan hadis tersebut, ia menunjukkan duit perlu “pasangan dan perbuatan yang sah” untuk berkembang dan beranak. Kalau tidak, ia sama seperti seorang lelaki yang berzina dengan ibunya sendiri sehingga ibunya melahirkan anak. Jadi, adakah si anak itu tadi perlu memanggil ibunya sebagai nenek, bapanya sebagai abang dan seterusnya. Kan dah jadi rosak masyarakat kalau seorang anak itu dibenarkan berzina dengan ibunya sendiri! Apatah lagi kalau perbuatan itu berulang berkali-kali seperti berleluasanya riba pada hari ini ? Self-generation adalah sesuatu yang dilarang.

5. Ini menunjukkan riba seperti satu perbuatan mensyirikkan Allah swt kerana hanya Allah swt sahaja yang tidak perlukan pasangan, dan bersifat Esa.

*(Dan hadis dari Ubadah b Samit itu ada menyebut pasangan (istilah yang lebih tepat, underlying asset) yang sah bagi duit adalah komoditi dan pertukaran kekayaan (barang / servis vs duit), penciptaan harta (wealth creation) perlu dibuat dengan kaedah perniagaan.)

*Point tambahan yang disimpulkan oleh saya sendiri.

Share
6 Comments »

Tags: , , ,