Posted: October 24th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Kad Kredit, Perancangan Kewangan, Semasa | 44 Comments »
Saya tak terjumpa pula berita ini dalam akhbar berbahasa Melayu semasa membaca berita-berita belanjawan 2010. Hanya terbaca dalam berita berbahasa Inggeris.
Cukai perkhidmatan sebanyak RM 50 akan dikenakan untuk kad kredit prinsipal, dan RM 25 untuk kad kredit tambahan bermula 1 Januari 2010
Hm… Bijak kerajaan ni mengaburi mata rakyat. Gomen potong kadar cukai pendapatan menjadi 26%, tetapi pada masa yang sama mengenakan cukai perkhidmatan kad kredit yang mana saya rasa hampir semua pekerja di Malaysia mempunyai paling kurang 1 kad. Harus diingat bukan semua pekerja di Malaysia wajib membayar cukai, tetapi rata-rata pekerja berpendapatan lebih RM 1,500 sudah ada kad kredit.
Read the rest of this entry »
Share
44 Comments »
Tags: bajet, bajet 2010, bank, belanjawan, Kad Kredit, najib
Posted: June 30th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Semasa | 6 Comments »
Datuk Seri Najib Razak terus mengumumkan langkah liberalisasi ekonomi. Antaranya keperluan 30% ekuiti bumiputera untuk IPO tidak lagi diperlukan.
Kerajaan juga mengeluh kerana ekuiti Bumiputera cuma 19% sahaja walaupun pelbagai usaha dibuat. Bagi saham hari ini, esok sudah jual.
Orang Melayu di Singapura tiada perlindungan seperti di Malaysia. Mereka tahu mereka perlu hidup sendiri tanpa banyak bantuan. Jadi, apa yang ada pada mereka seperti tanah waqaf dibangunkan dengan sebaik mungkin melalui Warees Investment Pte Ltd dengan pelbagai pembangunan hartanah yang boleh memberikan manfaat berterusan.
Orang Melayu di Malaysia sudah hidup dalam perlindungan sebegitu lama. Tetapi banyak peluang dipersiakan sebegitu sahaja untuk mencari keuntungan singkat.
Adakah kita terlalu selesa atau tertipu dengan janji politik selama ini?
Share
6 Comments »
Tags: bumiputera, DEB, ekuiti, liberalisasi, najib, PM
Recent Comments