Cerita Liberalisasi Ekonomi (3)

Posted: June 30th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Semasa | 6 Comments »

Datuk Seri Najib Razak terus mengumumkan langkah liberalisasi ekonomi. Antaranya keperluan 30% ekuiti bumiputera untuk IPO tidak lagi diperlukan.

Kerajaan juga mengeluh kerana ekuiti Bumiputera cuma 19% sahaja walaupun pelbagai usaha dibuat. Bagi saham hari ini, esok sudah jual.

Orang Melayu di Singapura tiada perlindungan seperti di Malaysia. Mereka tahu mereka perlu hidup sendiri tanpa banyak bantuan. Jadi, apa yang ada pada mereka seperti tanah waqaf dibangunkan dengan sebaik mungkin melalui Warees Investment Pte Ltd dengan pelbagai pembangunan hartanah yang boleh memberikan manfaat berterusan.

Orang Melayu di Malaysia sudah hidup dalam perlindungan sebegitu lama. Tetapi banyak peluang dipersiakan sebegitu sahaja untuk mencari keuntungan singkat.

Adakah kita terlalu selesa atau tertipu dengan janji politik selama ini?

Share
6 Comments »

Tags: , , , , ,

Cerita Liberalisasi Ekonomi (2)

Posted: May 4th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Pelaburan, Perniagaan, Semasa | 3 Comments »

Berikut adalah rakaman wawancara antara YB Nik Nazmi, Adun Seri Setia dan juga setpol MB Selangor dan Dr Asyraf Wajdi, bekas Presiden PKPIM dan juga pernah bertanding di kerusi Parlimen Tumpat pada pilihanraya yang lepas.

Ya. Saya setuju dengan pandangan YB Nik Nazmi tentang perlunya kejujuran dari pihak kerajaan Persekutuan dalam memperkenalkan liberalisasi ekonomi. Hal tersebut perlu diterangkan sejelas-jelasnya. Bukan bercakap kepada orang Melayu, “kuota tempatan” dan bercakap kepada orang bukan Melayu, “kuota bumiputera”.

Yang lain, tuan puan boleh menonton sendiri apa yang disebutkan oleh kedua mereka ini.

Bahagian 1:

Bahagian 2:

Share
3 Comments »

Tags: , , ,

Cerita Liberalisasi Ekonomi

Posted: April 24th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Pelaburan, Perniagaan, Semasa | 29 Comments »

(Utusan Malaysia Online, 24 April 2009)

Apa kata anda ?

Adakah anda faham apa yang diminta oleh MCA ?

Adakah anda tahu apa kesan sekiranya permintaan ini dipenuhi ?

Dan yang paling penting, apakah persediaan anda ?

Share
29 Comments »

Tags: , , , ,