Posted: November 4th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi | 1 Comment »
Saya fikir istilah yang lebih tepat dalam topik ini adalah de-limitation dan bukannya de-regulation.
Kita memerlukan kerajaan untuk menghukum pihak yang menipu.
Jadi, bila ada fraud regulation, baik dia menipu komisen 10 sen ke atau menipu komisen 10 juta, maka dia wajar dihukum.
Tetapi kita tidak memerlukan kerajaan untuk menentukan berapa harga sebiji karipap atau berapa ramai menjadi pemborong gula.
Justeru, adalah tidak adil untuk kerajaan yang tidak terlibat dalam berniaga karipap untuk mengehadkan harga jualan karipap Makcik Munah hanya 30 sen.
Sudah tentu lebih tidak adil kerajaan hanya beri lesen pengeluar gula terhad kepada Pakcik Kuok dan Pakcik Mokhtar yang seterusnya mewujudkan monopoli dalam pasaran tempatan.
Share
1 Comment »
Tags: free market, kapitalis, sosialis
Posted: August 29th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Muamalat | 3 Comments »
Seorang CEO pemaju hartanah komersil ada bercakap dalam satu pertemuan…
[Saya dah olah balik sedikit sebanyak]
“Tanah wakaf ni dulu banyak dibuat oleh Muslim trader. Muslim entrepeneur. Di Malaysia ni, macam di Pulau Pinang, KL banyak tanah yang diwakafkan oleh Muslim Gujerat trader. Aktiviti wakaf ini sangat menggalakkan pada zaman dahulu, tapi bila wakaf dijadikan satu institusi kerajaan, lama-lama kita tak nampak lagi kelebihan bersedekah melalui konsep wakaf ni.”
Isu yang sama saya pernah baca dalam tulisan Dr Monzer Kahf mengenai wakaf. Apabila kerajaan ambil alih jadi pentadbir wakaf, peranan wakaf dah tak jadi macam dulu.
Share
3 Comments »
Tags: awqaf, cash awqaf, cash waqaf, free market, wakaf, wakaf tunai
Posted: August 25th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: ASB, Ekonomi, Pelaburan | 6 Comments »
Dulu, masa PAS-PKR-DAP tidak memerintah mana-mana negeri, ramai pimpinan mereka sungguh seronok dengan blogger. Maklumlah, blogger ramai yang tak suka BN.
Sekarang, bila PAS-PKR-DAP dah mula memerintah 5-1 negeri, kelihatan ada pimpinan mereka mula dah tak seronok dengan blogger. Maklumlah, blogger yang sama pun kutuk mereka.
Tetapi saya yakin, blogger yang menulis dengan kualiti akan lebih diyakini, berbanding blogger sampah.
Read the rest of this entry »
Share
6 Comments »
Tags: ASB, free market
Posted: April 24th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Pelaburan, Perniagaan, Semasa | 29 Comments »

(Utusan Malaysia Online, 24 April 2009)
Apa kata anda ?
Adakah anda faham apa yang diminta oleh MCA ?
Adakah anda tahu apa kesan sekiranya permintaan ini dipenuhi ?
Dan yang paling penting, apakah persediaan anda ?
Share
29 Comments »
Tags: dasar ekonomi baru, DEB, free market, liberalisasi, mca
Posted: April 15th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Pelaburan, Perniagaan, Saham | 10 Comments »
Saya pasti anda pernah berasa takut atau risau untuk melakukan satu kegiatan jual beli. Itu perkara biasa.
Contohnya, anda terasa dan teringin makan sepinggan mee udang. Anda pun mula lah google maklumat mee udang di internet, akhirnya anda dapat tahu, selain mee udang Kuala Sepetang, ada juga mee udang Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Maka anda pun mula nak tahu pasal …
- Sedap kah ?
- Mahal kah ?
- Udangnya banyak mana ?
- Berbaloi kah makan di situ ?
- Dan seterusnya
Kebiasaannya anda akan bertanya dahulu kepada orang yang lebih mengetahui. Takut-takut silap tempat. Takut-takut kena tipu. Takut penat je pergi jauh-jauh tapi hampeh.
Read the rest of this entry »
Share
10 Comments »
Tags: bno, bursa malaysia, free market, kuala sepetang, mee udang, proton mpv exora, suruhanjaya sekuriti
Posted: February 12th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Perniagaan | 11 Comments »
Realiti bisnes di Malaysia …
Apabila anda beli lot kedai, anda dah kena cukai pintu.
Kemudian, bila nak buat ruang pejabat dalam lot kedai yang anda beli tu, anda kena minta lesen dan berbayar.
Kalau anda tak buat, kalau kantoi, kena kompaun.
Macam tu lah kerajaan di Malaysia buat duit.
Kalau nak masuk projek-projek kerajaan, kena daftar di situ dan beli menatang tu.
Duit lagi.
Alkisahnya, ada pelabur luar datang mahu bawak teknologi biar Malaysia jadi lebih bersih.
Kos asal cuma RM 60-70 juta.
Tapi sebab banyak sangat lalu itu sana sini, kos mencecah hampir RM 500 juta.
Pelabur pun tak jadi melabur, Malaysia pun kekal kotor.
Macam itulah kerajaan di Malaysia dan orang-orang tertentu dalam kerajaan buat duit.
Sebenarnya, bila ada yang sebut ‘freer the Malaysia market’ ia juga bermaksud hapuskan atau kurangkan benda-benda macam ni.
Dah la kena bayar macam-macam, orang kat atas tu yang pegang duit macam ni, anggap duit tu dia dan bapak dia punya.
“Kekayaan, kebahagiaan rumah tangga semua datang daripada Allah, bukan daripada UMNO bapak” (Ahmad Albab)
Share
11 Comments »
Tags: free market
Posted: December 23rd, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Muamalat | 10 Comments »

Kerajaan pada asasnya tidak boleh memihak kepada
Kerana kedua-dua pihak adalah rakyat dan kerajaan perlu bertindak adil kepada kesemua pihak.
Seperti dalam post yang lepas, komponen paling penting dalam free market adalah harga.
Read the rest of this entry »
Share
10 Comments »
Tags: free market
Recent Comments