Datuk Seri Najib Razak terus mengumumkan langkah liberalisasi ekonomi. Antaranya keperluan 30% ekuiti bumiputera untuk IPO tidak lagi diperlukan.
Kerajaan juga mengeluh kerana ekuiti Bumiputera cuma 19% sahaja walaupun pelbagai usaha dibuat. Bagi saham hari ini, esok sudah jual.
Orang Melayu di Singapura tiada perlindungan seperti di Malaysia. Mereka tahu mereka perlu hidup sendiri tanpa banyak bantuan. Jadi, apa yang ada pada mereka seperti tanah waqaf dibangunkan dengan sebaik mungkin melalui Warees Investment Pte Ltd dengan pelbagai pembangunan hartanah yang boleh memberikan manfaat berterusan.
Orang Melayu di Malaysia sudah hidup dalam perlindungan sebegitu lama. Tetapi banyak peluang dipersiakan sebegitu sahaja untuk mencari keuntungan singkat.
Adakah kita terlalu selesa atau tertipu dengan janji politik selama ini?
Berikut adalah rakaman wawancara antara YB Nik Nazmi, Adun Seri Setia dan juga setpol MB Selangor dan Dr Asyraf Wajdi, bekas Presiden PKPIM dan juga pernah bertanding di kerusi Parlimen Tumpat pada pilihanraya yang lepas.
Ya. Saya setuju dengan pandangan YB Nik Nazmi tentang perlunya kejujuran dari pihak kerajaan Persekutuan dalam memperkenalkan liberalisasi ekonomi. Hal tersebut perlu diterangkan sejelas-jelasnya. Bukan bercakap kepada orang Melayu, “kuota tempatan” dan bercakap kepada orang bukan Melayu, “kuota bumiputera”.
Yang lain, tuan puan boleh menonton sendiri apa yang disebutkan oleh kedua mereka ini.
Harap bangsa yang sambut hari raya Aidilfitri selama sebulan ni dah mula sedar lah. Tun Razak yang memulakannya, Datuk Seri Najib yang sikit-sikit menamatkannya.
“Apabila undang-undang berubah, masa depan juga akan turut berubah.”
Sekarang, anda seharusnya sudah boleh faham kenapa MECD dibubarkan.
(Sumber gambar dari NST)
p.s. Sekiranya cadangan ini datang dari DS Anwar Ibrahim dan sekutunya, barangkali kita boleh tengok ada NGO-NGO dan pihak yang tertentu menyibukkan diri untuk berdemo dan membantah sambil melaungkan slogan Ketuanan Melayu.
Nampaknya apabila ramai yang membantah, buat kenyataan media dan sebagainya, ramai pihak dalam kabinet termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Wak Muhyiddin pun beri respons dalam isu ini.
Bagus. Ini lah nota tambahan saya.
1. Satu agensi / jabatan / unit yang berfungsi seperti MECD tetap diperlukan. Agensi ini adalah seperti one stop center untuk usahawan Melayu, macam fungsi MECD. Untuk program-program kesedaran keusahawanan, untuk bantu fresh graduate yang nak belajar buat bisnes, untuk tolong usahawan muda / baru. Cumanya, sebab MECD dah bubar … maka ia taklah sebesar MECD yang dulu.
Masa di universiti, ada latihan keusahawanan siswazah atau LKS, dan pelbagai kursus keusahawanan yang lain. Saya tidak masuk LKS, tapi saya sertai kursus lain. Dari kursus-kursus sebegitulah saya berani dan menyahut cabaran meneroka dunia baru iaitu keusahawanan.
Bukan senang brader nak jadi usahawan ni. Member lain dapat gaji steady, kita ni belum tentu dapat makan hujung bulan.
Kawan-kawan ramai tak boleh terima saya nak berniaga lepas habis belajar. Perli ada, perlekeh ada. Sedikit sahaja yang nak sokong. Sama nasib macam Afyan, kena perli memanjang bila dia nak buat full time jadi ejen takaful. Tapi hari ini saya dah ada pejabat sendiri. Dari beroperasi dari rumah, pejabat kecil ke satu pejabat yang lebih sempurna.
KUALA LUMPUR 5 April – Pelan Tindakan Ekonomi Melayu perlu dibentuk untuk memperkukuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) supaya perjuangan ke arah kesaksamaan pembahagian ekonomi bumiputera dapat dicapai dalam tempoh 12 tahun lagi.
Tokoh ekonomi Melayu, Datuk Wan Md. Albakri Md. Nor berkata, rangka kerja bagi pelan itu perlu menjadi keutamaan kerajaan dalam membantu bumiputera kerana matlamat utama DEB masih lagi gagal direalisasikan selepas 38 tahun.
Katanya, DEB bukannya sekadar gambaran kuota penambahbaikan bumiputera dalam ekuiti, kemiskinan atau pendidikan seperti yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak.
Recent Comments