Cerita Liberalisasi Ekonomi (3)

Posted: June 30th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Semasa | 6 Comments »

Datuk Seri Najib Razak terus mengumumkan langkah liberalisasi ekonomi. Antaranya keperluan 30% ekuiti bumiputera untuk IPO tidak lagi diperlukan.

Kerajaan juga mengeluh kerana ekuiti Bumiputera cuma 19% sahaja walaupun pelbagai usaha dibuat. Bagi saham hari ini, esok sudah jual.

Orang Melayu di Singapura tiada perlindungan seperti di Malaysia. Mereka tahu mereka perlu hidup sendiri tanpa banyak bantuan. Jadi, apa yang ada pada mereka seperti tanah waqaf dibangunkan dengan sebaik mungkin melalui Warees Investment Pte Ltd dengan pelbagai pembangunan hartanah yang boleh memberikan manfaat berterusan.

Orang Melayu di Malaysia sudah hidup dalam perlindungan sebegitu lama. Tetapi banyak peluang dipersiakan sebegitu sahaja untuk mencari keuntungan singkat.

Adakah kita terlalu selesa atau tertipu dengan janji politik selama ini?

Share
6 Comments »

Tags: , , , , ,

Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Mula Dihapuskan

Posted: April 23rd, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Perniagaan, Semasa | 28 Comments »

Akhbar-akhbar berbahasa Melayu menyebut peruntukan ekuiti 30% tempatan. Aduyai, first time dengar istilah “30% ekuiti tempatan” …

Manakala akhbar-akhbar berbahasa Inggeris menyebut dengan lebih tepat, ekuiti 30% bumiputera.

Bumi proviso removed to rope in more investments, says Najib

Move to liberalise economy: Services sub-sectors to soar with bold revamp

Sektor perkhidmatan diliberalisasi

Buka 27 sektor kecil

Harap bangsa yang sambut hari raya Aidilfitri selama sebulan ni dah mula sedar lah. Tun Razak yang memulakannya, Datuk Seri Najib yang sikit-sikit menamatkannya.

“Apabila undang-undang berubah, masa depan juga akan turut berubah.”

Sekarang, anda seharusnya sudah boleh faham kenapa MECD dibubarkan.

(Sumber gambar dari NST)

p.s. Sekiranya cadangan ini datang dari DS Anwar Ibrahim dan sekutunya, barangkali kita boleh tengok ada NGO-NGO dan pihak yang tertentu menyibukkan diri untuk berdemo dan membantah sambil melaungkan slogan Ketuanan Melayu.

Share
28 Comments »

Tags: , , , ,

Siapa Ambil Peranan MECD ?

Posted: April 10th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Perniagaan, Politik, Semasa | 22 Comments »

Masa di universiti, ada latihan keusahawanan siswazah atau LKS, dan pelbagai kursus keusahawanan yang lain. Saya tidak masuk LKS, tapi saya sertai kursus lain. Dari kursus-kursus sebegitulah saya berani dan menyahut cabaran meneroka dunia baru iaitu keusahawanan.

Bukan senang brader nak jadi usahawan ni. Member lain dapat gaji steady, kita ni belum tentu dapat makan hujung bulan.

Kawan-kawan ramai tak boleh terima saya nak berniaga lepas habis belajar. Perli ada, perlekeh ada. Sedikit sahaja yang nak sokong. Sama nasib macam Afyan, kena perli memanjang bila dia nak buat full time jadi ejen takaful. Tapi hari ini saya dah ada pejabat sendiri. Dari beroperasi dari rumah, pejabat kecil ke satu pejabat yang lebih sempurna.

Read the rest of this entry »

Share
22 Comments »

Tags: , , , , , , , ,