Apa Itu Riba (4) ?

Posted: October 31st, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Muamalat | 3 Comments »

Post ini adalah huraian lanjut tentang post yang bertajuk Apa Itu Riba (3) ?

Bersandarkan firman Allah swt :

“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. … ” (al-Baqarah : 275)

Ketika ayat ini diturunkan, masyarakat Arab berniaga dengan 2 cara berikut:

  1. Jual beli tunai
  2. Jual beli tangguh

Read the rest of this entry »

Share
3 Comments »

Tags: , , , , , ,

Cadangan PAS untuk Perbankan Islam

Posted: July 2nd, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Muamalat, Semasa | 10 Comments »

Kepada yang berminat untuk membaca hansard Parlimen dalam isu ini, sila download di sini: Hansard 1 Julai 2009

***

Nampaknya PAS kelihatan semakin bersedia untuk menjadi government-in-waiting bersama rakan Pakatan Rakyat apabila Timbalan Presiden PAS mencadangkan idea-idea yang baik dalam membangunkan sistem perbankan Islam ke fasa seterusnya di Parlimen semalam.

Selama ini PAS kelihatan hanya menyebut ekonomi Islam secara umum, dan nampaknya sekarang mereka sudah memperincikan lebih sedikit kepada hal ehwal yang lebih kepada isu semasa dan berkaitan dengan keperluan industri. Tahniah PAS!

Berikut adalah laporan Harakahdaily, dan saya akan postkan hansard parlimen pula untuk memaparkan ucapan penuh Ustaz Nasharudin di Dewan Rakyat pada 1 Julai 2009.

Isu perbankan Islam perlu diselesaikan di Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) – Nasharudin Mat Isa (PAS- Bachok) mengharapkan isu-isu berkaitan perbankan Islam dapat diselesaikan di mahkamah syariah atau pakar-pakarnya supaya ia mampu difahami dan ditafsirkan dengan lebih tepat khususnya berkaitan dengan kontrak pembiayaan al-Bai Bithaman Ajil (BBA) yang dibatalkan oleh mahkamah sivil .

Read the rest of this entry »

Share
10 Comments »

Tags: , , ,

Snippets

Posted: April 14th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: ASB, Ekonomi, Muamalat, Perancangan Kewangan, Semasa | 6 Comments »

1. Saya ada silap pengiraan dalam topik pinjaman untuk melabur di ASB. Sila rujuk post tersebut kembali untuk membaca pembetulan yang telah dibuat.

2. Sekiranya anda seorang fresh graduate, umur bawah 30 tahun, CGPA final 3.25 ke atas, English boleh tahan, universiti luar negara atau dalam negara, hensem minat masuk bidang kewangan (investment bank, takaful, insurans, islamic banking dll) sila baca iklan pasal FSTEP di sini. Tarikh tutup 15 Mei 2009.

3. Bai’ Bithaman Ajil (BBA) bukan satu kontrak. Ia adalah cara pembayaran (mode of payment). Bayar secara tertangguh. BBA boleh guna kontrak ‘inah, kontrak murabahah dan seterusnya. Nak tau lebih lanjut, boleh mengaji di sini. Boleh bagi soalan di situ kalau ada yang kurang jelas.

Share
6 Comments »

Tags: , , , , , , , ,

Bai’ Bithaman Ajil Sah

Posted: April 1st, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Muamalat, Semasa | 19 Comments »

Barangkali disebabkan kita disibukkan dengan isu-isu politik semasa seperti 3 pilihanraya kecil dan peralihan kuasa Pak Lah dan Tok Jib, berita di bawah ini tidak berapa menarik minat akhbar tempatan. Agaknya.

Mahkamah Rayuan memutuskan Bai’ Bithaman Ajil adalah sah.

Sila rujuk dua laporan agensi berita dari Bernama dan Reuters yang telah dipostkan di Pakdi-net.

Kepada anda yang baru membaca blog ini, sila ke baca dengan teliti post terdahulu: Isu Bai’ ‘Inah

Cumanya saya masih belum mengetahui perkara ini secara terperinci kerana ia hanya berdasarkan maklumat media dan tidak terus dari sumber penghakiman Mahkamah Rayuan.

Capaian blog lain: Transaksi BBA Sah

p.s. Kepada ahli Parlimen muslim baik dari UMNO, PAS, PKR dan lainnya berhentilah berpolitik macam orang gilak sampai melupakan tanggungjawab anda. Buatlah kerja anda menggubal undang-undang di Parlimen. Pastikan isu-isu kewangan Islam ini akhirnya boleh dibicarakan dalam Mahkamah Syariah, di depan para hakim yang terlatih dalam bidang syariah dan undang-undang perbankan dan kewangan. Perkembangan undang-undang Islam lain berlandaskan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan harus diteruskan walaupun Almarhum Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim sudah lama meninggalkan kita.

Share
19 Comments »

Tags: , , , ,