Respon Komen Pembaca (Topik Perbankan Islam)

Posted: December 29th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Muamalat | 1 Comment »

Komen dari seorang pembaca yang budiman, dalam topik Kenapa Orang Marah Kepada Perbankan Islam, nicknya Kunang-Kunang.

Salam

Mungkin pakdi boleh jelaskan tentang masalah regulatory di Malaysia. Kita masih mengamalkan dual sistem. Salah seorang speaker dalam conference yg saya hadiri baru2 ini memang dgn tegas mengatakan selagi ada sistem conventional, sukar utk kita menawarkan price yang lebih kompetitif kerana masalah spt cost of fund dsbnya. So, ‘product innovativeness’ adalah sangat perlu dan saya nampak perkembangan ke arah itu, wpun agak slow – mungkin disebabkan isu2 shariah yg perlu diperhalusi terlebih dahulu.

Betul. Ada masalah perundangan. Saya sudah sebut dalam post ini. Tapi nak bercerita secara teknikal nya di blog ni macam susah untuk difahami oleh orang awam.

Perbankan Islam di Malaysia ini adalah perbankan Islam yang dikongkong dalam kerangka sistem riba’

Semoga permasalahan ini diketahui oleh pihak yang berada di Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Peguam Negara yang menderaf undang-undang, Kementerian Kewangan dan  juga SEMUA ahli Parlimen BN dan PR yang beragama Islam dan MP yang bencikan riba. Sudah-sudah la tu MP-MP Muslim ini melayan karenah politik Anwar Ibrahim dan Mahathir tu, pergi la ubah undang-undang tu apa yang patut.

Saya sgt tersentuh bila seorang lagi speaker menyatakan bahawa ayat tentang pengharaman riba (Al Baqarah 2:275) itu sebenarnya diturunkan 80 hari sebelum Rasulullah s.a.w wafat. Ini menunjukkan bahawa utk memartabatkan sistem kewangan Islam adalah satu “struggle” yang memerlukan komitmen dan memakan waktu yg sangat panjang.

Betul. Ada fasa pembangunan yang tersendiri. Keperluan melatih banker yang faham asas Shariah. Seterusnya memberi kefahaman kepada pengguna runcit. Juga memberi kefahaman kepada pengguna korporat. Malah, orang bisnes juga perlu faham kerana ada kontrak muamalat yang sangat cantik aplikasinya sekiranya pengeluar kereta misalnya, bekerja sama dengan institusi perbankan Islam dalam proses menjual kereta mereka. Yang paling utama, pemimpin politik dan kepimpinan negara yang mahukan Islam. Saya juga ada komen di post ini.

Saya juga berpeluang berkongsi fikiran dgn seorang pengurus di sebuah bank asing terkemuka di Malaysia dan beliau adalah non muslim. Beliau sendiri menyatakan bahawa perbankan Islam boleh menggantikan perbankan konvensional tetapi tidak sebaliknya. Ini kerana, result memang sama tetapi dari segi process dan method, adalah sangat berbeza. Cthnya anda masak ayam kari. Hasilnya tetap ayam kari. tetapi cara kita memproses ayam dan bahan2 lain yang kita gunakan utk memasak menjadikan satu halal dan satu tidak. Tapi, untuk ini menjadi satu realiti, sekali lagi memerlukan jihad dari semua pihak, baik dari sudut politik, sosial dan umat islam sendiri.

Betul. Tapi bagi kebanyakan orang, yang penting “kari”. Ini memerlukan proses pendidikan yang berterusan.

Byk lagi perkara yang boleh dibahaskan. Satu perkara yang saya lihat kritikal bagi para pengamal perbankan Islam ialah – anda mesti melihat kepentingan HRD dari segi meningkatkan kemahiran dan pemahaman staff itu sendiri. Pekerja sebagai org yang akan deliver kepada customer perlu terlebih dahulu faham apa yang dimaksudkan dgn perbankan Islan serta ‘ruh’ yang di bawa. It’s actually the whole system dan yang penting semua bermula dari seorg ‘leader’ yang betul2 kuat dan cabarannya juga leader tersebut perlu mempunyai gabungan shariah+pemasaran+business supaya perspektifnya ‘market oriented’ yet Shariah compliant. Sesungguhnya cabaran perbankan Islam sekarang lebih hebat kerana org melihat beyond the religious issue. Tetapi untuk menjadi orang yang betul2 hebat, itulah cabaran2 yang perlu dihadapi. Wallahu a’lam.

Ya. CEO sesebuah perbankan Islam itu sendiri perlu ada kefahaman yang tepat mengenai perbankan Islam. Maka dari situlah budaya sesebuah institusi kewangan Islam itu akan dibentuk dengan baik, seterusnya membolehkan staff bawahan menerangkan produk kewangan Islam dengan lebih tepat.

Share
1 Comment »

Tags: , ,

Apa Itu Riba (4) ?

Posted: October 31st, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Muamalat | 3 Comments »

Post ini adalah huraian lanjut tentang post yang bertajuk Apa Itu Riba (3) ?

Bersandarkan firman Allah swt :

“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. … ” (al-Baqarah : 275)

Ketika ayat ini diturunkan, masyarakat Arab berniaga dengan 2 cara berikut:

  1. Jual beli tunai
  2. Jual beli tangguh

Read the rest of this entry »

Share
3 Comments »

Tags: , , , , , ,

Bai’ Bithaman Ajil Sah

Posted: April 1st, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Muamalat, Semasa | 19 Comments »

Barangkali disebabkan kita disibukkan dengan isu-isu politik semasa seperti 3 pilihanraya kecil dan peralihan kuasa Pak Lah dan Tok Jib, berita di bawah ini tidak berapa menarik minat akhbar tempatan. Agaknya.

Mahkamah Rayuan memutuskan Bai’ Bithaman Ajil adalah sah.

Sila rujuk dua laporan agensi berita dari Bernama dan Reuters yang telah dipostkan di Pakdi-net.

Kepada anda yang baru membaca blog ini, sila ke baca dengan teliti post terdahulu: Isu Bai’ ‘Inah

Cumanya saya masih belum mengetahui perkara ini secara terperinci kerana ia hanya berdasarkan maklumat media dan tidak terus dari sumber penghakiman Mahkamah Rayuan.

Capaian blog lain: Transaksi BBA Sah

p.s. Kepada ahli Parlimen muslim baik dari UMNO, PAS, PKR dan lainnya berhentilah berpolitik macam orang gilak sampai melupakan tanggungjawab anda. Buatlah kerja anda menggubal undang-undang di Parlimen. Pastikan isu-isu kewangan Islam ini akhirnya boleh dibicarakan dalam Mahkamah Syariah, di depan para hakim yang terlatih dalam bidang syariah dan undang-undang perbankan dan kewangan. Perkembangan undang-undang Islam lain berlandaskan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan harus diteruskan walaupun Almarhum Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim sudah lama meninggalkan kita.

Share
19 Comments »

Tags: , , , ,

Al-Awfar Bank Islam

Posted: March 27th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Pelaburan, Perancangan Kewangan | 24 Comments »

Sewaktu memandu menghantar awek cun ke tempat kerja, masuk satu sms. Dari salah seorang partner in crime yang kini bertugas di Bank Islam.

Kawan: Dah tahu pasal produk al-Awfar Bank Islam ? Bagi pendapat.

Pakdi: Ntah. Tak baca lagi pasal produk tu. Nape ?

Kawan: Baca aa. Pastu bagi pendapat.

Pakdi: Kau nak suruh aku baca kat mana? Bagi link la.

Kawan: Dalam paper semalam ada produk intro. Hari ni Berita Harian ada orang komplen. Tengok website Bank Islam.

Pakdi: Semalam paper apa ? Surat khabar aku dah kena ban.

Read the rest of this entry »

Share
24 Comments »

Tags: ,