Rumah Leasehold vs Rumah Freehold
Posted: February 4th, 2010 | Author: pakdi | Filed under: Hartanah, Pelaburan | 16 Comments »Ada soalan dari emel untuk dibincangkan oleh sekalian pembaca yang budiman. Mungkin para pembaca lain ada pandangan tersendiri. Saya dan awek cun belum banyak beli rumah lagi, dan pembelian-pembelian kami setakat ini hanya melibatkan status freehold sahaja.
Soalan ini juga ada beberapa orang sudah tanya kepada saya. Memang saya jawab freehold. Tapi lain orang lain pengalamannya. Jadi saya buka kepada sekalian pembaca yang budiman memberikan pandangan, lebih-lebih lagi yang ada pengalaman dalam kedua-duanya.
Soalan tersebut berbunyi:
Apa pendapat Pakdi tentang rumah leasehold? First impression saya: tak untung beli rumah leasehold sebab ia takkan jadi milik kita tapi milik kerajaan. Sekarang saya ada peluang utk beli rumah flat leasehold dgn harga yg ditawarkan jauh lebih murah dr market value. Lokasi pun dikira strategik. Mungkinkah saya boleh consider utk beli sekiranya ia boleh generate positive cash flow? Saya cuma rasa sedikit pesimis sebab tenure ‘leasehold’.
Semoga kalian boleh membincangkannya dengan baik untuk manfaat semua.
Share16 Comments »
Tags: baik buruk rumah freehold, baik buruk rumah leasehold, elok ke beli rumah leasehold, kebaikan tanah freehold, pelaburan hartanah, tanah freehold, tanah leasehold
Recent Comments