Skim Subsidi Minyak
Posted: October 28th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Semasa | 10 Comments »Salah satu perkara bread and butter dalam Belanjawan 2010 adalah, penstrukturan semula skim subsidi minyak.
Antara perkara yang banyak dipersoalkan adalah, pengguna Merc-edes pun membayar harga minyak yang sama dengan pengguna Kanc-il. Sedangkan yang pakai Kanc itu majoritinya bukanlah berduit macam pengguna Merc pun.
Subsidi petrol ini merupakan satu perkara yang rumit. Tak beri salah, beri pun salah.
Pada saya, apa yang kerajaan patut buat adalah, fokus kepada perkara yang boleh mereka kawal. Jangan fokus kepada perkara yang mereka tidak boleh kawal.
Misalnya, turun naik harga minyak dalam pasaran terbuka, bukan sesuatu yang boleh dikawal oleh kerajaan. Walaupun Malaysia pengeluar minyak, tetapi negara anggota OPEC adalah lebih berkuasa dari Malaysia. Jadi, harga minyak bukan perkara yang patut kerajaan fokus.
Tetapi kerajaan boleh mengawal infrakstruktur kemudahan awam, kerajaan boleh mengawal cukai kereta, kerajaan boleh mengawal tol di lebuhraya.
Kerajaan sepatutnya memikirkan, sekiranya minyak terpaksa dijual RM 180 / liter , rakyat mempunyai lebih dari satu pilihan pengangkutan untuk meneruskan urusan sehari-hari.
Bagaimana kualiti jalan di Malaysia?
Bagaiamana kualiti bas awam ?
Bagaiamana kualiti teksi ?
Bagaimana kualiti ERL, Star, Putra dan KTM komuter ?
Bagaimana rakyat boleh tidak terbeban dari cukai berlebihan dalam industri jual beli kereta ?
Bagaimana tol boleh dihapuskan ?
Masalahnya sekarang, kita tidak punya banyak pilihan. Harga minyak melambung. Tetapi pengangkutan awam yang sedia ada tidak mampu menyelesaikan masalah. Sudah lah kos tol, pembelian kereta di Malaysia sudah sedia terbeban, ditambah pula dengan kenaikan petrol, maka sudah tentu lah rakyat marah.
Bagi saya, selagi mana infrastruktur pengangkutan awam ini tidak dibaiki dahulu, buatlah apa pun dengan struktur subsidi minyak, ia tidak banyak membantu, lebih-lebih lagi kalau anda tergolong dalam golongan middle-class. Anda perlu memilih untuk menjadi orang miskin, atau orang yang kaya.
Sistem sedia ada hari ini adalah kerajaan perlu membantu orang miskin dan orang kaya, dan mengenakan cukai yang tinggi terhadap middle-class.
Contoh dalam Belanjawan 2010 :
Orang miskin tidak pakai kredit kad. Orang middle-class banyak pakai kredit kad. Orang kaya, mengeluarkan kredit kad. Siapa yang kena cukai perkhidmatan RM 50?
Orang miskin tidak bayar cukai pendapatan. Orang middle-class kena bayar cukai pendapatan sampai 26%. Orang kaya, dapat banyak pengecualian cukai, dan bantuan dalam bentuk projek kerajaan.
Orang miskin tidak pakai broadband yang hampeh tu. Orang middle-class yang banyak pakai broadband yang hampeh tu, dan diberi rebat cukai sebanyak RM 500. Dan orang kaya dapat menikmati dahulu peruntukan RM 11.3 bilion untuk projek High Speed Broadband.
Orang miskin tidak pakai komputer. Orang middle-class pakai komputer. Orang kaya jual komputer. Dan penjawat awam dibenarkan untuk buat pinjaman dengan kerajaan 3 tahun sekali untuk beli komputer dari tauke-tauke komputer ni.
Orang miskin tidak beli Sukuk 1Malaysia. Orang middle-class akan banyak beli Sukuk 1Malaysia. Dan orang kaya yang mendapat manfaat terlebih dahulu dari RM 3 bilion yang bakal dikutip dari Sukuk 1Malaysia. Orang middle class cuma dapat 5% setahun.
Orang miskin tidak punya KWSP. Orang middle-class semua ada KWSP. Tapi orang middle-class cuma dapat kira-kira 4.5% sahaja setahun. Tetapi orang kaya yang uruskan dana-dana KWSP dapat imbuhan yang lebih dari pencarum itu sendiri, tengok sahajalah ValueCap Sdn Bhd, senang-senang pinjam RM 5 bilion. Kita nak keluarkan duit KWSP sendiri pun susah.
Ya, dalam Belanjawan 2010 kali ini ada disebut pasal meningkatkan kemudahan awam. Tetapi saya fikir, ia sudah disebut dari dulu sampailah sekarang. Tetapi bila berlaku kenaikan harga minyak, kebanyakan kita masih belum boleh lagi meninggalkan kereta di rumah dan memilih untuk menaiki kenderaan awam bukan ?
Share10 Comments »
Tags: bajet, bajet 2010, belanjawan, minyak, petrol, ron95, subsidi
Baik punya ulasan.
Tapi bab harga minyak tu tak sebut matawang kah?
Polisi nilai ringgit tinggi membantu untuk takperlu subsidi
Bro Hasbullah,
Kalau polisi nilai ringgit tinggi, bukan ke akan menjejaskan export negara, dan masa yg sama trade balance negara kita sendiri?
Ya memang.
Amerika mahu komoditi kita, pasal tu dia canangkan idea sebegitu.
Hasilnya kita kena beli bahan mentah yang mahal juga.
Harga barang untuk eksport dimurahkan kerana gaji pekerja Malaysia murah?
Itu yang kitamahukan?
Rakyat susah.
Salam pakdi..
Alang2 dah citer pasal belanjawan ni.. tolong explain plak pasal GST yang katanya nak dilaksanakan tak lama lagi…
Tq.
Logic juga tu bro. Kan bagus kalau barangan diniagakan dalam gold or dinar. No easy printing of money when goverment out of money and manipulation.
salam pakdi…
kadang-kadang saya pun tak paham dengn kerajaan ni.. biasanya golongan midle-class yg akan jadi mangsa. yg kaya dah tau macam mana nak cilok sukai, yg miskin dah tentu kerajaan kena bantu. yg ditengah?..
masyrakat kita masih sangat kurang ambil berat pasal ekonomi, bila bentang je belanjawan, sume bersorak, perbelanjaan rakyat,untuk rakyat, satu malasysia..tetapi pada hakikatnya…
bak kata azizi ali-pakar kewangan kita
“jangan dibiarkan jurang ekonomi sikaya dngn si miskin terlalu jauh, kelak akan ada org miskin yg dtg di hadapan rumah org kaya dgn parang terhunus!”
khabar nye tahun depan nak beli minyak kene pakai MyKad. mungkin pakai macam kredit kad kot kene swap kat pam minyak. tapi orang yang MyKad rosak cam saya ni cam mane? asal tukar jek, mesti cip MyKad tuh rosak. hampeh nye teknologi. tuh la.. nak sangat to be the 1st in the world pakai MyKad. tapi teknologi kelas ketiga.
Di harap dengan sistem baru dapat mengagihkan subsidi kepada yang betul-betul memerlukan….
Jom Klik
Setuju dgn tulisan saudara ttg golongan middle class…masuk angin keluar asap.
Mengikut pengamatan, di mana – mana ekonomi pun, kaum middle class yang selalu di’pertanggungjawabkan’. It is all about the system