Sikit-sikit lama-lama jadi …

Posted: November 11th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi | 21 Comments »

Merujuk kepada soalan dalam post yang lalu, jawapannya adalah …

Orang ramai tidak tahu perbuatan selama lebih kurang 5 saat memandang ke tempat kemalangan itu mempunyai kesan yang sangat besar sekiranya ribuan pemandu lain turut membuat perkara yang sama.

Kalau seorang pemandu menangguhkan 5 saat, 100 pemandu sudah menangguhkan 500 saat (8.3 minit). 1000 pemandu pula sudah menangguhkan 5000 saat (83 minit). 10,000 pemandu pula sudah menangguhkan 50,000 saat (833.3 minit) dan seterusnya.

Sebab itulah, walaupun jalan ke selatan yang berlaku kemalangan, jalan menuju ke utara pun akan mengalami kesesakan yang panjang juga.

Ramai daripada anda mengambil mudah, “Alah 5 saat je.”

Atau, “Alah, caj saham amanah tu 6% je. Tak luak pun duit aku. Apa bising sangat kata caj mahal tu?”

Atau, “Apalah diorang ni 3% kurang KWSP pun nak bising-bising. Berapa je sangat.”

Atau, “Aku mana ada RM 5 bilion. Lantak pi la KWSP nak bagi ValueCap duit pun. Berapa sen sangat je duit aku diorang guna. Janji aku dapat balik duit aku nanti.”

Atau, “3 sen je. Ok lah tu.” (merujuk kepada isu penggenapan harga)

Atau, “Kau sibuk apa. Duit aku. Suka hati aku la nak melabur dekat mana pun. Kau tu pengecut. Kau la jenis Melayu penakut. Simpan duit banyak-banyak buat apa.”

Atau, “Air tin ni kalau aku buang sini pun takkan tercemar lah.”

Atau, “Pakcik ni simpan RM 20 sebulan kat Tabung Haji ni sempat ke pergi haji ni?”

Dan sekiranya anda faham dan tahu, sesungguhnya ramai orang mempunyai mentaliti, “Tak apelah, sikit je ni.” sebegini, maka anda kena tahu bagaimana untuk menguruskan tabiat sebegini ke arah kebaikan perniagaan dan pelaburan anda.

“Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.”

Share
21 Comments »


21 Comments on “Sikit-sikit lama-lama jadi …”

  1. 1 Afyan said at 12:09 pm on November 11th, 2008:

    Sedikit-sedikit, lama-lama habis

  2. 2 cencurut said at 12:42 pm on November 11th, 2008:

    Betul tue bhai….

    orang kita nie kurang nak ambik berat benda-benda nie…. kalau depa akauntan.. sure satu sen pon kira……

    Sedikit-sedikit, lama-lama kembung…. hahaha

  3. 3 kumb@ng said at 3:12 pm on November 11th, 2008:

    betol-betol tu bai… :)

  4. 4 treec00l said at 5:19 pm on November 11th, 2008:

    aku kalo ade 10 sen (dan lebih besar), aku masok tabung. tp kalo 5 sen, aku kompol, lepas tu, ari sabtu aku gune utk baya sekabor. huhuhuhu. igt nak buat camtu utk duit 1sen, tp dah obsolete. lgpun, xsampai hati plak. huhuhu.
    -
    sikit2 lame2 habis.
    -
    sikit2 lame2 jadi bukit.
    -
    logik gak pakdi punye perumpamaan.
    cumenye calculation tu xlogik. huhuhuhu. mane leh accumulate kan. kene amik kire idle time yg overlap gak. huhuhu. *berkaitan dgn production time, tp saye xterlibat dgn sebarang production, tp saye terlibat dgn project based job, jadi overlap semue kene consider*
    -
    sori pakdi, saje ganggu. emosi saye xstabil. huhuhuhu.

  5. 5 pakdi said at 5:33 pm on November 11th, 2008:

    haha… korang ni. mmg sesedap oren je tambah.

    sikit-sikit lama jadi bukit
    sikit-sikit lama habis
    sikit-sikit lama kembung
    lagi lagi …

    trec00l, mmg saya tak kira details dan tak masuk memacam faktor. karang jadi buku teks pulok. ngee

  6. 6 Amin007 said at 5:57 pm on November 11th, 2008:

    Kalau seorang pemandu menangguhkan 5 saat,
    100 pemandu sudah menangguhkan 500 saat (8.3 minit).
    1000 pemandu pula sudah menangguhkan 5000 saat (83 minit).
    10,000 pemandu pula sudah menangguhkan 50,000 saat (833.3 minit) dan seterusnya.

    83 minit = 1 jam 23 minit
    833.3 minit = 13 jam …. minit

    13 jam???

    13 jam dah lebih setengah hari kan kan kan

    aku biasanya selalu kira masa yang diambil kalau pergi ke
    jabatan atau bank atau pos
    dari nombor tiket aku dan tiket semasa
    aku akan kira berapa kaunter yang dibuka
    lepas tu anggarkan seorang punya masa 2 minit selesai

    contohlah, tiket semasa = 1000
    tiket aku = 1050
    kaunter yang dibuka = 5
    beza orang = 50
    orang bahagi kaunter = 50/5 = 10 orang per kaunter

    jadi katakan kerani yang jaga kaunter akan selesaikan masalah
    seseorang tu dalam
    2 minit -> 10 orang = 2 x 10 = 20 minit
    3 minit -> 10 orang = 3 x 10 = 30 minit
    4 minit -> 10 orang = 4 x 10 = 40 minit
    5 minit -> 10 orang = 5 x 10 = 50 minit
    6 minit -> 10 orang = 6 x 10 = 60 minit
    7 minit -> 10 orang = 7 x 10 = 70 minit
    8 minit -> 10 orang = 8 x 10 = 80 minit
    9 minit -> 10 orang = 9 x 10 = 90 minit
    10 minit -> 10 orang = 10 x 10 = 100 minit

    tapi aku terfikir apa kaitan kemalangan dengan kewangan
    rupanya ada kaitan dengan salah satu ni
    Atau, “Pakcik ni simpan RM 20 sebulan kat Tabung Haji ni sempat ke pergi haji ni?”
    aku baru simpan 50 dari potongan gaji, mula bulan 9,
    tapi banyak kiraan pelaburan, pinjaman, insuran dalam peratusan
    jadi tak nampak nilai sebenar dan juga tak nampak nilai akan datang

    jadi aku masih tak nampak macam mana duit boleh berkembang
    yang aku nampak, duit orang masuk poket aku, duit aku masuk poket orang
    nilai yang aku dan orang dapat sama ada barang atau perkhidmatan
    cara lain pulak dengan hadiah, sedekah, seks ….

    aku pun tak faham macam masa seks boleh dianggap sedekah
    kalau dianggap hadiah boleh ker, dosa memang tetap dapat
    cuma dalam berbicara soal ekonomi dan duit
    kalau perempuan bagi seks, lelaki bagi duit
    tu termasuk sektor perkhidmatan
    syukur malaysia tak buat lagi
    kalau tak nanti ada keluar banci pasal pelacuran di malaysia
    aku pulak kena buat tu, tidak!!!!!!!!!!!!

    tapi kalau perempuan taknak duit, dia orang nak apa yer???

  7. 7 abahfateh said at 6:06 pm on November 11th, 2008:

    baru nak jawab camtu

  8. 8 Amin007 said at 6:51 pm on November 11th, 2008:

    pakdi, apasal aku guna kod tak jadi yer???

  9. 9 cencurut said at 2:14 am on November 12th, 2008:

    hahaha…. ader plak banci pelacuran ker…. huh ganaz tue…

    sure ramai yang nak kerja ngan Jabatan Perangkaan … hehehe

  10. 10 pakdi said at 9:58 am on November 12th, 2008:

    “Bang, kalau isi minyak ni 40 hengget, abang boleh beli model kereta James Bond ni. RM 5.50 je.” ~ hasilnya saya dah kumpul 3 model kereta James Bond. hahaha

  11. 11 pakdi said at 9:59 am on November 12th, 2008:

    amin007, biasa tak guna kod html?

  12. 12 cencurut said at 11:41 am on November 12th, 2008:

    Pakdi… mai jual kat gua kereta James Bond tue pada harga “second hand”… amacam… hehehe… gua beli ngan harga RM4.50 … turun harga RM1 sebab barang “second hand” … hehehe

  13. 13 pakdi said at 11:42 am on November 12th, 2008:

    collectibles harga boleh naik. bukan diorang produce kereta tu tetiap tahun.. hehe… RM 55.50 la?

  14. 14 ZulBM said at 8:40 pm on November 12th, 2008:

    Lama2 jadi bukit takndaklah….
    Lama2 duit bertambah banyak barulah best….jadi bukit nak buat apa…
    Boleh gak jual bukit…jual tanah…
    hehehe gurau aje kengkawan…..cuaca kurang baik hari ni

  15. 15 Amin007 said at 8:23 am on November 13th, 2008:

    pakdi, aku dah biasa dengan html

    cuba aku hairan kod tu tak jadi kat sini

  16. 16 salman said at 9:29 pm on November 14th, 2008:

    salam pakdi,sya ni nak tanya sikit dgn pakdi ni…saya ni dah invest kat unit amanah lebih kurang 5 tahun …..apa yg sya nampak ut ni memang utk longterm…bg mereka yg faham …bg sya xda apa2 masalah ,walaupun dalam kebanyakan coretan pakdi banyak menentang org ramai dari menyimpan /melabur di ut…
    memang ler servis charge 5-6% tu kena ada dlm ut…sbb ada ut yg boleh dapat sampai 20%per year…lagipun utk pelabur muslim ut banyak yg ada syariah complient…berbanding asb yg pakdi gembar-gemburkan tu….pakdi ni org kerajaan kerrrr…suka sangat org islam melabur di asb yg pelaburan ragu2….walaupun kerajaan dah keluarkan fatwa bhw asb hukumnya harus…tapi sya masih ragu dgn status asb…sbb asb tiada syariah complient dan lebih 30% pelaburannya menghala ketempat2 yg tidak halal…..pokoknya disini saya menentang pakdi…..
    kepada org ramai diluar sana melabur lah di unit amanah…pilih syarikat yg berpotensi dan menguruskan wang anda secara islam….bukan yg ragu2 mcm asb……..

  17. 17 pakdi said at 12:03 am on November 15th, 2008:

    maaf lah tuan salman. sila baca kesemua tulisan saya di blog ini dahulu. dan beritahu di mana yang saya sebut, “jangan melabur di unit amanah.” ?

    saya cuma beritahu pro & cons melabur di situ. sbb ada ejen yang sorokkan fakta tersebut.

    kelakar lah, kalau client UT pertahankan caj 5-6 peratus tu. patutnya client UT gembira saya beri kesedaran biar kita mintak syarikat UT ni rendahkan sampai 2-3%. sbb lebih return kita boleh dapat dalam long term.

    pasal ASB, kalau tuan tak nak percaya kepada para mufti terpulanglah. saya orang awam. takkan saya nak lawan mufti kot?

  18. 18 Amin007 said at 1:00 am on November 16th, 2008:

    pendapat saya sama macam pakdi “pasal ASB, kalau tuan tak nak percaya kepada para mufti terpulanglah. saya orang awam. takkan saya nak lawan mufti kot?”
    -
    walaupun saya sangat suka baca blog UZAR dan menerima pendapatnya dalam hal-hal kewangan dan islam, tapi bab ASB ni susah sikit laa.
    -
    bukan apa, memang SC tak iktiraf ASB lulus syariah (betul ker ayat aku ni, hentam sajalah) tapi rasanya saya ada terbaca dalam majalah islam yang mana ASB telah berusaha 70% dalam ASB adalah datang dari hasil yang halal.
    -
    cuma 30% aje susah sikitlah pasal melabur dalam maybank. jadi kalau dapat maybank tu 100% islamik macam bank rakyat, saya mesti pilih ASB, Maybank dan Bank Rakyat.
    -
    cuma kelebihan ASB prestasi pulangan pelaburan boleh dikatakan tetap setiap tahun, pelaburan amanah lain setakat ni tak dapat lawan lagi. ini yang saya tahu laa. ini belum masuk caj 5-6 % tu, yer tak pakdi. ASB takde caj berganda
    -
    oleh tu pendapat UZAR tentang ASB saya kurang setuju sikit, yang lain setuju …
    -
    p/s terpaksa aku guna sempang untuk buat perenggan, tak apa yer pakdi

  19. 19 salman said at 9:01 pm on November 17th, 2008:

    ok ,bukan apa,buat apa kita nak labur ditempat2 yg ragu2….bukan saya x nak percaya pada mufti.tapi kalau dah 30% asb laburkan pada tempat yg non halal ,dah tentu lah x halal jadinya…fikir2kan…amin007 ni mcm pak turut jer(jgn mare)
    sbb saya tgk pak di sikit2 labur kat asb…cuba la cakap kat tabung haji ker…bangga betul pak di ni dgn asb…maaf jika terlanjur bahasa…
    tapi bagi saya ,saya tetap dgn ut sbb dah confirm ada syariah complient,halal dan terjamin…setakat caj tu x mjadi masalah 5-6% apalah sangat…janji halal

  20. 20 pakdi said at 9:46 pm on November 17th, 2008:

    tuan salman perlu baca balik semua penulisan saya. sebelum tuan terus menulis tanpa fakta yang tepat dalam hal ini. itu sahaja pesanan saya. kalau tak baca lagi, saya harap tuan salman tak perlu komen dulu.

    saya menghormati fatwa-fatwa yang dikeluarkan. itu sikap saya. saya ini tidak cukup pandai dan alim untuk kondem para mufti yang terlibat dalam perbincangan dgn pihak-pihak berkenaan.

  21. 21 treec00l said at 6:08 pm on November 18th, 2008:

    salman ni pon mcm pak turut jugak. asik2 UT. tau ke UT tu labur kat mana? salman ni join konsul shariah diorg ke? ke sekadar membace prospektus UT bahawa UT tu shariah compliance? sekadar soalan renungan :)
    -
    salman ni ejen UT ke? hehehe
    _

    jgn marah bang. saje utarekan soklan yg same.


Leave a Reply