Sijil Dalam Bidang Pelaburan

Posted: October 23rd, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Pelaburan, Perancangan Kewangan, Perniagaan | 11 Comments »

Ada yang bertanya kepada saya, ada tak kursus-kursus formal untuk belajar mengenai pelaburan?

Jawapan terbaik adalah, anda perlu mula melabur.

Tidak ada sijil, kursus akademik yang boleh menggantikan pengalaman berniaga dan melabur. Hanya dengan terlibat sendiri dalam jual beli, mencari broker, mengumpul modal, close deal tanpa modal dan seterusnya yang dapat mengajar anda untuk menjadi lebih bijak dan pandai dalam bidang ini.

Ini yang dipanggil ilmu street smart.

Memang ada kursus-kursus akademik yang mengajar topik perniagaan dan pelaburan. Tetapi kursus sebegini lebih menjurus untuk anda menjadi seorang pengurus. You’re taught to be a manager, not an entrepreneur nor investor.

Betul, untuk mula berniaga dan melabur sedikit sebanyak anda perlu ada ilmu pengetahuan, tetapi ia tidaklah sampai anda perlu disahkan mempunyai sijil, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan gelaran doktor falsafah dalam bidang berkaitan barulah anda boleh melabur dan berniaga.

Melainkan anda berminat untuk bekerja sebagai financial analyst, broker, fund manager dan sewaktu dengannya, maka, ada jawapan yang spesifik. Tetapi dengan ada kelulusan yang sesuai, ia tidak terus menjadikan anda seorang yang pakar. Banyak lagi perkara yang perlu dibuat dan dirasai sendiri.

Macam nak jadi doktor perubatan. 7 tahun belajar, anda dah boleh bergelar doktor. Tetapi adakah doktor yang baru habis belajar ini boleh terus-terus membuat pembedahan jantung ?

Seperti ‘peribahasa’ pelaburan yang berikut:

Be greedy when others are fearful, and be fearful when other are greedy

Ia adalah mudah untuk disebut dan dihafal. Tetapi aplikasinya adalah amat sukar.

Sebagai bukti, adakah waktu sekarang waktu yang sesuai untuk melabur ?

Kalian dipersilakan jawab soalan ini dalam ruangan komen yang disediakan dan saya akan berikan ulasan lanjut dalam post akan datang.

Share
11 Comments »


11 Comments on “Sijil Dalam Bidang Pelaburan”

  1. 1 omecool20 said at 2:19 am on October 23rd, 2009:

    Bagi saya, waktu ini sesuai untuk melabur .. dengan syarat analisa dibuat terlebih dahulu kepada syarikat yang ingin dilaburkan. Penting untuk kita tahu apakah watak pelaburan kita – capital gain ataupun cashflow ..

  2. 2 eezone said at 9:11 am on October 23rd, 2009:

    Saya nak mencelah juga. Saya rasa waktu ni yang paling best nak melabur sebab good deal bersepah2. Jadi masalah pulak nak pilih mana satu yang terbaik.

    Kalau time ekonomi tengah bagus, susah nak dapatkan good deal sebab sumer orang pon dalam keadaan yang senang.

    Tapi apa2 pun, kalau nak melabur, anytime is a good time dengan syarat kita jumpa good deal.

  3. 3 topeq said at 11:02 am on October 23rd, 2009:

    selagi kita tahu kat mana boleh untung..bila2 masa pon boleh melabur..masa naik ke..masa turun..

  4. 4 treec00l said at 2:27 pm on October 23rd, 2009:

    nak bagi pendapat setengah kupang saye gak lah.

    seswai @ tidak adalah bergantung kepada strategi dan target investment masing2.

    entry strategy & exit strategy masing2 pon xsame.

    in general, mmg lah, buy low, sell high.

    tp, x semua investment, threshold die same. soalan “how low is low” dan “how high is high” tu pon bergantung pada individu.

    sekiranya dapat offer (small or big deal) yg bagus (desperate seller) pada mase sekarang ni, why not?

    dari segi credit (dari bank), boleh dikatakan sekarang ni mmg agak bagus (not applicable for equity stock @ future, huhuhuhu)

  5. 5 Afyan said at 3:10 pm on October 23rd, 2009:

    “adakah waktu sekarang waktu yang sesuai untuk melabur ?”,

    Jika ditanya kepada ejen unit trust, tentu jawapannya “ya”.

    Jika ditanya kepada ejen takaful, tentu jawapannya “tidak, lebih baik masuk skim takaful”.

    Hoho…

  6. 6 mrbapak said at 12:38 am on October 24th, 2009:

    saya setuju dgn afyan and treec001.anytime is a good time to invest.yang penting, kena ade strategi.jgn maen hentam keromo, dgr news2 yang kureng dipercayai.

  7. 7 thinkerich said at 4:57 am on October 24th, 2009:

    Pelaburan bukan sekadar tertumpu kepada sesuatu produk atau instrument pelaburan tetapi apa yang lebih penting adalah ‘Perancangan’…

    Jadi waktu paling sesuai untuk melabur adalah ’sepanjang masa’…

    Sebabnya kita perlu sentiasa merancang tidak kira sama ada ekonomi sedang baik atau buruk..

    Ketika ekonomi baik ..kita merancang untuk memaksimakan keuntungan dan melindungi nilai aset kita ketika ekonomi turun..

    Manakala ketika ekonomi buruk ..kita merancang untuk mendapatkan keuntungan daripada nilai pasaran yang sedang jatuh..

  8. 8 Hakim said at 11:55 am on October 24th, 2009:

    Susah gak nk jwb soalan tu..depends on what asset class yg kita mahu invest..business, property, paper asset or commodity…n apa yg sy belajar, melabur ni lebih kurang macam kita main futsal/bola sepak.Kita tendang sana..tendang sini..passing kat member..member pass balik…and thenn..tiba-tiba kita berada di posisi utk merembat gol.kita sedar & bersedia atau tidak.. kita sendiri tau lahh..so jwpn sy ialah ‘always prepare’..cam mana? enter the game & start playing.

  9. 9 Amin007 said at 11:34 pm on October 24th, 2009:

    omecool20 mengomen ” Bagi saya, waktu ini sesuai untuk melabur .. dengan syarat analisa dibuat terlebih dahulu kepada syarikat yang ingin dilaburkan. Penting untuk kita tahu apakah watak pelaburan kita – capital gain ataupun cashflow ..”

    apa pun aku suka simpan kat http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/simpanantawfir

    bulan2 dapat RM 1.44. bank lain tak dapat hahaha

    tapi payah nak cari pelaburan yang boleh dapat setiap bulan. yang ada setiap tahun atau tunggu tempoh matang

    namun …

  10. 10 faizal said at 11:00 am on October 26th, 2009:

    learning by doing adalah kata-kata keramat bagi mereka yg nk berjaya dalm pelaburan. :)

  11. 11 JiP said at 7:50 pm on October 29th, 2009:

    Ya, memang sesuai masanya skrg…anyway tgk la kita ni investor style mane punya time frame. klu simpan utk setahun lg rasenya BSKL boleh utg double kot. tgk saham(property and telekominikasi)…he he he


Leave a Reply