Siapa Ambil Peranan MECD ?
Posted: April 10th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Perniagaan, Politik, Semasa | 22 Comments »Masa di universiti, ada latihan keusahawanan siswazah atau LKS, dan pelbagai kursus keusahawanan yang lain. Saya tidak masuk LKS, tapi saya sertai kursus lain. Dari kursus-kursus sebegitulah saya berani dan menyahut cabaran meneroka dunia baru iaitu keusahawanan.
Bukan senang brader nak jadi usahawan ni. Member lain dapat gaji steady, kita ni belum tentu dapat makan hujung bulan.
Kawan-kawan ramai tak boleh terima saya nak berniaga lepas habis belajar. Perli ada, perlekeh ada. Sedikit sahaja yang nak sokong. Sama nasib macam Afyan, kena perli memanjang bila dia nak buat full time jadi ejen takaful. Tapi hari ini saya dah ada pejabat sendiri. Dari beroperasi dari rumah, pejabat kecil ke satu pejabat yang lebih sempurna.
Anda bayangkan, dalam satu majlis, anda dan kawan-kawan anda sahaja yang masih muda, cun dan hensem. Peserta lain 90% adalah orang-orang yang lebih dewasa, dah pencen, memandang sinis kepada anda, “Macam mana budak muda yang hensem ni boleh berani buat bisnes? Bukan bos kot ni, mesti pekerja ni, wakil syarikat.”
Itulah antara secebis pengalaman saya bersama MECD. Atau dalam Bahasa Melayunya, Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi.
MECD secara rasmi ditubuhkan pada 1995. Dan semalam, MECD secara rasmi dihapuskan.
Bila sebut MECD senang je, MECD nak lahirkan masyarakat Bumiputera yang berbudaya usahawan. Maksudnya, biar orang Melayu ni berniaga. Itu je.
Keduanya, MECD ini juga adalah peneraju utama untuk pembangunan koperasi di Malaysia. Kalau tidak silap saya, koperasi sedang diusahakan untuk menjadikan penyumbang ekonomi negara ke-3 terbesar, selepas sektor perkhidmatan dan IKS.
Saya membaca blog-blog yang ada, dan saya terjumpa beberapa blogger lain yang membangkitkan isu ini:
1. Nobisha: Kementerian Pembangunan Usahawan
2. C-bOk: Kenapa bubarkan MECD Pejuang Dasar Ekonomi Baru?
3. Tempurung Kaca: MECD Dibubarkan!!
4. Shahabudeen Jalil: Senarai Menteri Kabinet 2009, Mana Kementerian Usahawan ?
Selain daripada itu, MECD juga menjaga banyak agensi seperti MARA, Suruhanjaya Koperasi, Bank Rakyat, Maktab Kerjasama Malaysia, SME Bank, Perbadanan Nasional Berhad, Uda, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Tekun dan sebagainya.
Betul, MECD pun ada kurangnya. Tapi banyak juga dia dah buat untuk bantu orang Melayu cebur bidang bisnes.
Saya baru jumpa kawan lama yang sekarang mengusahakan tanaman cili sedang turun naik pejabat Tekun. Dia tahu bisnes cili tersebut ada potensi, jadi dia sanggup buat apa sahaja nak pastikan bisnesnya berkembang. Pagi berjual di pasar pagi sekitar Putrajaya, Kajang, Serdang. Petang tengok kebun. Dia bukan dari famili senang, petik jari mak bapak terus bagi modal. Dia buat bisnes dari bawah. Dia pun tak kenal orang politik. Dan orang semacam itulah MECD dah banyak bantu.
Malam tadi Astro Awani jemput kawan sekolah saya bercakap pasal orang muda dan keusahawanan. Saya sempat tengok sekejap sahaja. Tidak tahu. Tapi sekitar topik itulah, orang muda perlu cipta kerja di saat ekonomi tak berapa nak baik ni.
Itulah, nak jadi usahawan bukan senang. Kalau takde siapa mahu bantu susah lah. Lagi-lagi yang muda-muda fresh graduate dah beranikan diri buat bisnes sendiri ni, perlulah diberikan galakan.
Saya bukanlah nak minta usahawan muda ini 100% dibantu, tidak, cumanya insentif-insentif tertentu yang telah diusahakan MECD dan agensinya amatlah dialu-alukan. Daripada takde langsung, dapat sedikit pun jadilah kan.
Entahlah.
Adakah ini permulaan langkah Tok Jib untuk memenuhi permintaan dari MCA ?
Share22 Comments »
Tags: astro awani, bubar, bumiputera, DEB, kabinet, kementerian, MECD, melayu, usahawan
terlupa atau sengaja dilupakan? saya pun tak perasan hal ni, mungkin disebabkan adanya portfolio baru diperkenalkan seolah-olah mengaburi akan kehilangan ni..
tapi mungkin juga ada penjelasan disebalik hal ni, tunggu dan lihat. Baru 1 hari kabinet baru diumumkan, hal ni pasti akan sampai kat pengetahuan orang kat atas sana tu..hehe
kna lantik senator pakdi nie
Saya sejak petang semalam tertanya-tanya …dimanakah menghilangnya MeCD…
Dan dalam Buletin Utama TV3 semalam ..barulah tahu ceritanya ianya telah dibubarkan…
Rasa agak terkilan kerana kementerian yang khusus menjaga keusahawanan dibubarkan…
Namun mengikut sumber-sumber tertentu kemungkinan besar, agensi-agensi di bawah MeCD ini akan diserapkan di bawah MITI yang diketuai oleh Timbalan Menterinya Datuk Mukhriz…
Mana perginya MARA?
Koperasi tak perlu risau ..sbb ada Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM- Badan berkanun kerajaan…
semalam pun saya tengok list cabinet tu byk kali.
sweet thinker, saya bukan ahli umno, gerakan pun bukan. cemano nak dilantik jadi senator. hehe.
tunggu je lah penyusunan semula agensi yang ada di kementerian yang baru. tapi fungsi MECD itu susah nak diganti.
tah(*)niah..
mecd.. perkara yang bagus tu….
abis sijil aku ni nak g mana? longkang?
Siapa yang akan tengokkan usahawan-usahawan baru akan datang?
zaman dah berubah
dunia dah maju
mungkin ada nama baru kot
paling tidak ada nama jabatan baru
di bawah jabatan perdana menteri
atau ada ura-ura pujukan nak tubuhkan MECD ker
dalam proses laa tu
macam cerita dalam pendekar bujang lapuk
ni semua adalah cubaan
tapi kan pakdi
kalau kerajaan taknak tolong
tak kan takde NGO yang sanggup tolong usahawan muda???
atau paling tidak mintak tolong dari Allah yang maha esa
namum ….
isi tempat kosong (10 markah)
post ini adalah tajaan …………………………..
Membaca entri ini, terkenang saya kisah-kisah silam memulakan kerjaya sebagai usahawan takaful
http://afyan.com/ver1/?p=125
http://afyan.com/ver1/?p=227
MECD walaupun banyak kelemahan tapi tak dapat nafikan banyak menolong usahawan muda. Saya sendiri pun penah hadiri kursus anjuran MECD. Bukan mudah nak cari kursus berkaitan business yg yurannya bawah RM500. Harap MECD akan diserap dibawah mana-mana kementerian dan diberi nafas baru.
Itule.. aku pun tercari-cari lepas Datuk Noh Omar dipindah ke asas tani..
cari mana kem pembangunan usahawan, koperasi,,
mana ntah nak letak MARA, TEKUN dan sebagainya.. takkan takde kementerian jaga kot.. susah nanti
pindah bawah kementerian lain kot…takkan bubar terus…pelik pelik…
saya harap peranan galakan keusahawanan dalam mecd diteruskan oleh miti.. jangan ditiadakan terus..
saya tidak bercakap untuk kebaikan bumiputera shj.. tetapi untuk rakyat malaysia seluruhnya..
pelajar lepasan universiti memang perlu digalakkan untuk menceburi bidang keusahawanan..
buang jauh-jauh ‘mindset’ makan gaji.. bukan semua orang pun boleh kerja makan gaji ni…
bagi pendapat aku laa
patutnya mahasiswa digalakkan
eh silap tukar ayat lain
patutnya mahasiswa diwajibkan
berniaga semasa tahun pertama lagi
jadi sebelum masuk universiti
kena buat kertas cadangan
dah habis belajar nak buat apa
kalau nak berniaga, nak berniaga apa
sebab nak masuk universiti pasal nak cari ilmu banyak2
jadi takkan nak kena tunggu habis belajar
baru praktikkan apa yang dah belajar
bukan ker selepas tamat kelas tu terus boleh praktikkan
betul tak
jadi kalau pelajar diwajibkan berniaga
ikut minat ker atau berniaga ikut yang berkaitan
dengan diploma atau ijazah ker
tak timbul lagi isu ptptn bayar lewat ker
baru tujuan belajar tu betul
kan kan kan
tak apa, kan muhiddin jaga kementerian pelajaran
rasanya lepas ni budak sekolah diwajibkan berniaga
hehehe
Assalamualaikum,
Pada pandangan saya MeCD merupakan kementerian yang telah banyak berjasa sejak penubuhannya pada tahun 1995 sehingga di umumkan pembubaran portfolionya, Apa yang dirunsingkan ialah banyak koperasi besar serta kecil yang mula wujud dibawah peranan MeCD serta syarikat2 yang mendapat lesen kerjasama dari MeCD. Kini gagasan2 kecil yang bekerja dibawah nama MeCD kini gusar akan kehilangan MeCD kerana sebelum ini jika bersilih ganti menteri ia tidak menjejaskan pergerakan syarikat2 ini namun kini apa yang lihat dan dengar dari perkongsian rakan2 dan saudara-mara, syarikat ini dalam dilema untuk meneruskan perniagaan dan ada yang selama ini bergantung nama dibawah MeCD terpaksa menangguh operasi atau mungkin dibubarkan. Jika di lihat dari segi kelebihan usahawan serta peniaga ini merupakan kerugian kepada mereka, namun dari sudut politiknya ia mungkin terpaksa dimansuhkan atas tujuan tertentu dan kita perlu tunggu sehingga sumber yang benar2 dari jabatan kementerian sendiri. Dato’ Noh memang seorang menteri yang banyak memperjuangkan hak2 usahawan yang kita dapat lihat banyak kemajuan dan pembangunan untuk sektor keusahawanan dan usaha ini dikagumi oleh ramai pihak (ada pihak mengatakan MeCD banyak mengunakan peruntukan untuk pembangunan keusahawanan, baiknya untuk siapa?). Saya berharap dimana pembubaran MeCD tidak menjejaskan semangat keusahawanan yang terdapat dalam diri setiap individu usahawan tersendiri. Saya pernah menyertai PUM di sekolah, memegang jawatan sebagai exco keusahawanan MPP, exco perhubungan luar dan diplomasi kelab keusahawanan Universiti selama 2 tahun, presiden SIFE serta menyertai LKS sebagai peserta & KAKS sebagai fasilitator dan juga pernah mewakili universiti untuk lawatan teknikal ke luar negara, banyak keuntungannya untuk mengasah bakat serta memantapkan ilmu tentang keusahawanan lagi. Disini ramai mahasiswa yang mendapat ilmu tentang keusahawanan yang ditanggung oleh MeCD, tidak dikira program2 yang lain. Namun jika tidak dapat menyertai untuk peringkat unversiti masih ada lagi peluang2 lain yang di anjurkan oleh pihak MARA untuk bakal2 usahawan di luar (masing2 dapat bahagian masing2). Saya berharap dengan pembubaran MeCD akan ada revolusi/platform terbaru untuk usahawan tidak kira peringkat umur agar tagline “Keusahawan Kerjaya Pilihan” merupakan garis panduan yang sentiasa di laungkan untuk bidang keusahawanan. Sekian sahaja perkongsian saya dan kita tunggu jika ada sumber yang baru di masa akan datang.
Sekian , terima kasih
Student in Enterprise
http://www.dfet.biz
lepas nie Prosper PUNB pon rasanya lesap kot… hehehe
Itu lah sebabnya kita sebagai hamba Allah perlu bergantung berserah diri kepada Allah dan bukannya kepada makhluk.
betul tu sdare knizam,stuju
Jodoh/Rezeki di tangan Tuhan, Usaha tangga Kejayaan.
MECD kalau bubar mesti digantikan dengan yang lain. Saya rasa peranannya lebih kurang sama dengan kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah. Apa yang pasti MECD telah banyak menyumbang kemajuan kepada usahawan-usahawan kecil macam saya. Saya mendapat kursus sahaja dari MARA (bawah MECD) dengan bayaran RM 50 lepasan universiti dan sekarang saya boleh mendapat pendapatan dalam lingkungan RM150,000 setahun selepas tolak kos semua. Bayangkan saya adalah bekas pelajar universiti mendapat Third class universiti tempatan boleh berjaya macam kawan2 saya yang kerja kerajaan dan berkerja dengan sektor swasta. MARA di bawah MECD mengajar saya supaya tidak mengharapkan projek dari kerajaan atau subsidi. Saya telah berjaya. Modal awal saya mulanya RM 500.00 sahaja. Berkat dorongan MARA, usaha-usaha road show dan sebagainya saya telah mempunyai 3 cawangan kedai dalam tempoh 3 tahun.
Hidupkan semula agensi yang menjaga usahawan bumiputera. Supaya Lebih ramaikan lagi bumiputera mencipta kerjaya sendiri.
[...] entri blog Pakdi semalam dan blog Ust Hasrizal sebelum itu, mengimbau kenangan pahit maung menjadi seorang usahawan dan [...]
Siswa perlu didedahkan dengan perniagaan sejak di Universiti. Masa sekolah belajar Kemahiran Hidup, jual gula-gula. Tapi bila nak praktikkan tu semua?
Kalau ada pun hasil inisiatif pelajar sendiri, jual air, burger, servis printing untuk sara top-up dan makan.
Nanti lepas dah grad, apa mereka nak buat sekiranya ekonomi masih terumbang ambing? Benda ni sama saja, bermula dari pangkal; politik, sukan; dsb — bila pangkal dah tak subur, nanti pucuk pun tak sihat.
[...] Bila Tok Jib naik, antara yang dia buat pertama sekali adalah menghapuskan kementerian penting yang menjaga sepenuhnya hasrat DEB, iaitu MECD. [...]