Siapa Ambil Peranan MECD (2)

Posted: April 13th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Perniagaan, Politik, Semasa | 12 Comments »

Nampaknya apabila ramai yang membantah, buat kenyataan media dan sebagainya, ramai pihak dalam kabinet termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Wak Muhyiddin pun beri respons dalam isu ini.

Bagus. Ini lah nota tambahan saya.

1. Satu agensi / jabatan / unit yang berfungsi seperti MECD tetap diperlukan. Agensi ini adalah seperti one stop center untuk usahawan Melayu, macam fungsi MECD. Untuk program-program kesedaran keusahawanan, untuk bantu fresh graduate yang nak belajar buat bisnes, untuk tolong usahawan muda / baru. Cumanya, sebab MECD dah bubar … maka ia taklah sebesar MECD yang dulu.

2. Usahawan Melayu ada banyak jenis. Usahawan multi-millionaire ada, tapi usahawan multi-ringgit yang banyak. Yang banyak ini, dalam bahasa lainnya adalah usahawan kecil-kecilan. Usahawan multi-millionaire ini memang tidak pergi sangat ke MECD. Mereka nak AP, mereka ke MITI. Vendor Proton, MITI. Mereka nak loan juta-juta, MITI ada SMIDEC, MIDA, MIDF dan ada juga agensi kerajaan lainnya di bawah Kementerian Kewangan macam MDV dan lain-lain. Yang lebih besar akan terus jumpa investment bank. Buat sukuk atau pun bon. Yang lebih hebat, terus masuk bursa saham. Cuma nak lesen teksi, bas diorang masih ke MECD, sebab LPKP bawah MECD.

3. Apa yang MECD nampak berjaya dan disukai adalah, MECD dapat mengisi kehendak usahawan kecil-kecilan macam usahawan jual burger, usahawan pasar malam, usahawan cacing, usahawan cendawan, usahawan T-shirt dan pelbagai lagi sektor SME yang bank biasa tak pandang, yang MITI tak hirau. Kerana MECD ada perkenalkan Tekun dan untuk yang lebih berskala besar sikit, SME Bank.

4. Iyelah, pinjaman RM 3,000 untuk jadi modal jual burger di pasar malam, ada bank biasa nak bagi ke ? Saya pernah cuba-cuba tanya skim microcredit melalui bank komersil ni, tak sesuai untuk bisnes baru dan kecil-kecilan ni. Nak ada rekod akaun, bisnes dah buat selama 2 tahun, ada premis dan sebagainya. Aduyai. Jadi siapa nak bantu orang yang dah kena blacklist. Orang yang kena buang kerja. Orang yang kena VSS. Isteri, anak kat rumah nak makan jugak.

5. MECD ini memang kurang sikit untuk menyumbang dalam sektor-sektor berat dan sales puluh-pula juta. Adalah sedikit sebanyak tetapi ia lebih banyak membantu bisnes akar umbi. Usahawan yang baru nak bermula. Usahawan kampung yang bila pergi ke bank komersil, bank komersil tak mahu pandang dan bank pelaburan takkan terima proposal bisnes bernilai RM 15,000. Takde siapa nak tolong bailout kalau rugi pun.

6. Ini yang kerajaan perlu lihat betul-betul. MECD dah ajar dan bantu Melayu jadi usahawan. Bermula dari bawah. Sebab itu Melayu kurang sikit yang jumpa along. Sebab masih ada tempat untuk orang Melayu ini berjumpa dan cari bantuan. MECD berjaya mengisi ruang tersebut.

7. Maka penyusunan semula agensi MECD terdahulu harus disusun ikut kepentingan ini. Micro business. Bisnes kecil-kecilan. Janganlah hanya fokus bisnes berskala besar, menyebabkan bisnes berskala kecil ini dilupakan dan diabaikan. Ingat, SME / IKS / PKS ini sumbang 30% dalam perkembangan ekonomi negara. Lagipun bisnes belakang rumah itulah yang akan berkembang menjadi bisnes tulen yang bertaraf dunia sekiranya ada ruang diberikan secukupnya.

Share
12 Comments »

Tags: , , , , , , , , ,

12 Comments on “Siapa Ambil Peranan MECD (2)”

  1. 1 treec00l said at 6:30 pm on April 13th, 2009:

    nak buat lagu mana.

    since “pemimpin” yang sebelum ni pon, keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan seperti dibuat tanpa penelitian tentang consequence selepas itu.

    mungkin mereka merupakan org-org yg tidak mampu berpandangan jauh, sebab tu kurang memikirkan kesan-kesan selepas setiap tindakan yang mungkin diambil.

    hasilnya? Malaysia hari inilah.

    entahlah, saya tidak tahu. komen ni pon mungkin komen sampah sahaja :)

  2. 2 Rahsia Jutawan CBC said at 1:24 am on April 14th, 2009:

    info yg menarik dr pak di….

    bank-bank or badan2 yang ade kat malaysia ni kate nak tolong…tapi macam along pulak..huhu….

    REGARDS,
    -Muzri a.k.a Muyie -
    Kamrie Corporation
    +6012-6656874
    add me @YM:- nameless_oilux

  3. 3 amin007 said at 2:52 am on April 14th, 2009:

    yang aku nampak
    dia orang hanya nampak benda yang besar dan stabil
    benda yang kecil dan kurang stabil taknak pandang

    tak tahu pulak lepas ni ada plan lain.
    politik, manalah tahu kan kan kan
    macam mana pun dia orang tengah terdesak nak dapatkan sokongan orang melayu ni hehehe

    dah ler pilihanraya kalah banyak tempat.
    namun kalau ada peluang …..

  4. 4 weber said at 8:12 am on April 14th, 2009:

    ni yang musykil sikit ni..
    MECD ni tolong melayu je ke..?
    cina india tak tolong ke..?

    kalau boleh bantu la semua.. kalau tak tolong semakin banyak la along ni bercambah…

  5. 5 Thinkerich said at 10:29 am on April 14th, 2009:

    Pakdi,

    Pandangan yang bagus boleh dipanjangkan ke pengetahuan Tok Jib..

    Maklumlah Tok Jib mungkin dah terlepas pandang atau mungkin Misi, Visi dan Objektif MeCD ni tak jelas atau pun kurang tercapai?

    Mungkin lah kot? Sampai Tok Jib sanggup membubarkannya …

    Atau Tok Jib ada alasan dan sebab lain…?

    Kita tunggu apa kenyataan pihak kerajaan…

    p/s: agak lama pihak kerajaan nak buat kenyataan pasal pembubaran MeCD nih…apasal ha?

    p/s/s: mungkin tengah fikir alasan dan fakta yang kuat agar semua pihak terlibat terutamanya rakyat berpuashati dengan kenyataan tersebut…al maklumlah motonya berbunyi, ” Satu Malaysia, Rakyat Di dahulukan, Pencapaian di Utamakan” ! Erks …lebih kurang macam tu lah bunyinya..

  6. 6 affuan said at 10:36 am on April 14th, 2009:

    Kekalkan lah MECD. Tak payah buat agensi lain dah. Buat semak je nak struktur balik syarikat.

    *aku x pernah mintak tolong MECD sebab aku x layak untuk minta pinjaman tekun kerana tiada nombor siri ahli UMNO. sekian. hehe.

  7. 7 pakdi said at 11:56 am on April 14th, 2009:

    weber, MECD ini memang kementerian tolong Melayu.

    affuan, tang nak mintak sign ketua bahagian ka, ketua cawangan ka, ambik je lah … dari merempat, menagih dan buat kerja jenayah. pangkah lain kira. hihi…

  8. 8 weber said at 2:07 pm on April 14th, 2009:

    pakdi, macam mana pulak ada kementerian khas untuk tolong orang melayu je..? takkan orang melayu je susah… orang cina india pun ada jugak yang susah..
    kalau india kat malaysia kaya raya takde sape la nak join hindraf nun…

    kemiskinan ni takde kenal sesapa.. kalau nak bantu.. bantu la semua…

  9. 9 pakdi said at 2:16 pm on April 14th, 2009:

    nak buat macam mana. pemimpin Malaysia masih mengamalkan amalan macam tu.

    Sebab tu MCA mintak menteri ikut kuota, walaupun prestasi MCA election haritu teruk. Kenapa ? Nak bagi projek kepada orang-orang diorang lah. LPKP nak masuk bawah kementerian pengangkutan, tersenyum lebar orang MCA.

    Sebab tu MIC keciwa, dapat Menteri Human Resources je. Bukan Menteri jaga JKR macam dulu. JKR peruntukan besar. Buat jambatan, highway sana sini. Siapa yang rajin dok buat jalan ? Keciwa MIC.

    Sebab tu salah satu perkara penting kena betulkan di Malaysia adalah institusi zakat. itupun politician berebut. aduyai…

    saya ni bukan ahli politik. jadi saya bercakap ikut sistem sedia ada.

    nanti-nanti kalau ada rezeki DSAI jadi PM, dia buat tak betul, saya komen jugak. Saya dah buat dah di peringkat kampung saya walaupun PR yang berkuasa sekarang.

  10. 10 pakdi said at 5:11 pm on April 15th, 2009:

    http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404318

    April 15, 2009 16:43 PM

    Fungsi Dan Agensi MeCD Ke Lapan Kementerian Lain

    KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Fungsi-fungsi dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) yang telah dibubarkan, akan diserapkan ke lapan kementerian lain.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyerapan fungsi-fungsi dan agensi-agensi tersebut akan terus memastikan peranan-peranan utama MeCD sebelum ini akan terus diberi penekanan oleh Kerajaan.

    Ini khususnya bagi melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera, memperluaskan dan mempercepatkan penglibatan Bumiputera dalam arus pembangunan ekonomi negara, membangun kawasan pertumbuhan baru dan memperkasakan koperasi, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

    Dalam perubahan yang dilakukan, fungsi Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, katanya.

    Beliau berkata Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia juga turut dipindahkan ke kementerian tersebut.

    Sementara itu, Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Bank SME dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Anatarbangsa dan Industri, jelas beliau.

    Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, kata beliau.

    Pusat Khidmat Kontraktor pula dipindahkan ke Kementerian Kerja Raya, tambah beliau.

    Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar, Perbadanan Nasional Bhd dan Bank Rakyat pula dipindahkan ke Kementerian Kewangan, kata beliau.

    Majlis Amanah Rakyat (MARA) dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sementara Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) pula ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kata beliau.

    Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (MAJU) pula dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi, kata beliau.

    MeCD dibubarkan berikutan pelantikan anggota-anggota pentadbiran yang baru pada 10 April lepas.

    – BERNAMA

  11. 11 azmanbinrosman said at 1:27 pm on August 23rd, 2009:

    Silap besar najib bubarkan mecd sebab nak jaga hati bukan bumiputera…..

  12. 12 azmanbinrosman said at 1:32 pm on August 23rd, 2009:

    weber jangan lupa saat pinjaman mara dan tekun dibekukan jutaan ringgit bantuan diberikan kepada kaum bukan bumiputera… aku masa tu diam je.. takpelah… bagi dorang sejuk sikit…

    ape pun sama2lah kita usaha majukan diri kita.. walaupun kene kerja 22 jam sehari… aku dah rasa… bapak aku puluhan tahun dulu dah rasa dah dan syukur kira bapak aku dah berjaya… kawan bapak aku india pun ada bagitahu aku dulu ar kerja serupa lembu mau kasi anak besar… takde yang mudah dalam hidup ni.. kawan aku appu dulu sewa umah bapak aku dah jadik doktor…. aku anak tuan rumah pun tak dapat jadik doktor… kita akan dapat apa yang kita usahakan…


Leave a Reply