Sejuk Hangat Panas Pemeluwapan dan Hujan
Posted: January 24th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi | 19 Comments »Kelakar pula bila saya baca kembali tajuk di atas. Maafkan saya pakar istilah bahasa dan ahli akademik, saya cuma mahu cuba menulis dalam bahasa mudah tentang situasi ekonomi yang cold, warm, hot, bubbles dan rain. Sekiranya ada istilah yang lebih tepat dalam Bahasa Melayu, sila perbetulkan saya.
Keadaan dan perkembangan ekonomi adalah sama seperti tajuk di atas. Baik dulu, kini dan selamanya, ia pasti dan akan berlaku sebegitu jua. Cuma yang berbeza adalah watak-watak di dalam situasi ekonomi tersebut.
Ekonomi yang sejuk adalah ekonomi yang tidak baik. Anda bayangkan musim winter. Ia menyukarkan pergerakan. Binatang berhibernasi.
Ekonomi yang hangat adalah ekonomi yang paling baik. Ia tidak berapa sejuk. Ia juga tidak berapa panas. Semua orang seronok. Angin sepoi-sepoi bahasa. Hawa yang selesa.
Ekonomi yang panas pula adalah ekonomi yang kurang baik. Walaupun cuaca panas, tetapi proses hidrasi juga berlalu dengan pantas. Nak bersukan pun tidak selesa. Siapa suka main bola sepak tengah hari buta?
Ekonomi yang meluwap pula adalah ekonomi yang sudah ke penghujung. Bahaya sudah menanti. Ini kes hidrasi yang tidak terkawal. Orang jadi tidak tentu arah. Panasnya sudah maksimum sehingga air membentuk buih wap.
Ekonomi yang hujan adalah ekonomi yang merudum. Semua orang mahu berlindung. Bayangkan dalam satu padang bola terbuka, hanya VVIP dan beberapa kerat yang lain sahaja yang dapat menyelit dalam khemah utama apabila hujan turun dengan tiba-tiba.
Analoginya begini. Kita ambil buah kelapa sebagai contoh. Perniagaan kelapa di daerah Semua Boleh.
Satu hari, bekalan buah kelapa terlalu banyak. Tetapi tiada permintaan. Permintaan yang biasa adalah datang dari penggemar masak lomak pedas cili api dan gulai utara. Pembekal kelapa pening kepala. Peladang kelapa pun pening kepala. Peraih kelapa pun pening kepala. Apa la nak jadi dengan perniagaan kelapa. Akhirnya, ramai bungkus, kena saman hutang dan buka perniagaan lain. [Cold]
Pada saat orang tidak mahukan kelapa, tiba-tiba ada yang mula memborong kelapa secara senyap. Dia beli kelapa sikit-sikit. Tak naik lori. Tapi naik van buruk. Justeru, tidak ada siapa yang tahu lambakan kelapa itu sudah pun dibeli. Pembekal, peraih dan peladang yang masih kekal dalam perniagaan mula tersenyum. Mereka tahu ada beberapa orang mula membeli sikit-sikit tetapi konsisten. Mereka tidak tahu kenapa tetapi apa mereka peduli, yang penting kelapa mereka terjual walaupun dengan harga murah. [Cold reduce]
Tidak lama kemudian, kelapa semakin mempunyai permintaan. Oh, musim kahwin sudah sampai. Kerisik banyak nak guna, nak buat rendang. Pembekal, peraih dan peladang kelapa mula naikkan harga. Permintaan sudah ada. Beberapa orang yang membeli kelapa sedikit dan konsisten itu tadi pun mula menjual kelapa kepada orang ramai. Pelaburannya mula menampakkan hasil. [Warm]
Harga kelapa semakin mahal. Pelabur kelapa pula sudah mula beli beberapa lori 3 tan dan sudah pakai Mercedes baru. Ramai pula yang bekerja dengan pelabur kelapa. Dan semakin ramai berminat untuk membuka perniagaan kelapa. Santan Kelapa Enterprise. Kelapa Muda & Kawan-Kawan. Kelapa Emas Sdn Bhd. Koperasi Kelapa Hijau. DeCoco Network. Semua Kelapa Bhd. Mana tidaknya, bulan puasa sudah hampir. [Hot]
Abu, seorang pengusaha nenas cemburu melihat kawan-kawan yang berniaga kelapa mula bertukar kereta baru. Dia pun mahu join sekali. Harga kelapa parut sudah berharga RM 2.50 sebiji. Raya pun sudah dekat. Siapa mahu makan nenas waktu raya? Dia pun mula tanam kelapa, daftar syarikat kelapa, pinjam duit sana sini untuk bukak kedai, tanam kelapa, beli kelapa dan sebagainya. Kini, Abu Kelapa sudah datang. Lupakan Abu Nenas yang lama. [Bubble]
Rupanya bukan Abu sahaja yang sebegitu. Mereka yang tidak pernah tahu menahu pasal kelapa pun mula minat nak berbisnes kelapa. Minah, Sally, Samad, Raju, Chin, Chau, Sam, Dol semuanya berminat nak berbisnes kelapa. Siapa tidak meleleh tengok Din Loklak sudah kaya raya dengan jual kelapa sahaja. Harga kelapa parut mencecah RM 4.00 sebiji pun mereka yakin ada pembeli. [Bubble]
Lantas mereka mula memborong kelapa sebanyak mungkin. Duit Tabung Haji keluar. Duit bawah bantal keluar. Duit dalam bank keluar. Pinjam duit lagi. Yang penting mereka semua mahu jadi penjual kelapa! Kalau Din LokLak boleh kaya raya kenapa tidak mereka? Mereka pun nak jadi pembekal, peraih dan pelabur kelapa. [Bubble]
Hari ini dilaporkan RM 5 sebiji kelapa parut! Mereka mula mencongak keuntungan. “Kalau boleh naik RM 10 sebiji ni.” “Kalau naik sampai RM 15 sebiji …” Pakcik Kayo! [Bubble]
Mereka dengar pula cerita orang kampung yang Penghulu Daerah Semua Boleh akan mewajibkan semua rumah masak rendang, bubur, masak lomak pedas dan gulai utara dan air kelapa segar sahaja untuk hidangan hari Raya. Wow! Ini sudah bagus. [Bubble]
Nak dijadikan cerita, pegawai kesihatan datang ke daerah mereka dan memberitahu jangan makan santan banyak sangat. Berminyak. Berlemak. Ada Kolestrol. Nanti sakit. Jagalah kesihatan. [Black Cloud]
Busted! Harga kelapa turun mendadak. Semua orang mahu jual kelapa yang mereka miliki. Tetapi pada waktu itu semua orang memiliki kelapa dengan harga yang tinggi. Lalu harga semakin rendah. RM 4. RM 2.50. RM 1.70. RM 1.20. RM 0.70 RM 0.35 … ! Ramai orang bankrap sebab berhutang. Syarikat terpaksa buang pekerja. Ramai orang mula menganggur. [Rain]
Tapi Din LokLak selamat. Sebab dia mula memborong kelapa dari RM 0.05 sebiji dan mula berhenti memborong apabila harga mencecah RM 2.00 sebiji. Dan dia menjual dan menghabiskan semua stok kelapa semasa harga kelapa mencecah RM 5.70 beberapa hari lepas.
… Tiada siapa peduli kelapa … … … Bekalan kelapa semakin banyak … Syarikat Kelapa Din LokLak mula mencari bekalan semula .[Cold]
Inilah yang telah berlaku dan akan terus berlaku dalam dunia perniagaan dan pelaburan.
Tulip Dutchmania Craze [1634-1637]
South Sea Bubble [1711]
Florida Real Estate Craze [1926]
Great Depression [1929]
Black Monday [19 Oct. 1987]
Asian Crisis [1997]
Dot com Bubble [2000-2002]
19 Comments »
aku suka cerpen gini
encik aku dan encik pakdi,
gaya begini kalau dikembangkan lagi memang boleh buat duit. Yang penting ada teori disebaliknya. saya yang rabun2 ayam bab2 nie pun boleh ’sembuh’
sekarang nie byk buku management yang ditulis sebegini. Nak rekomen kang mcm tak kena lak. carilah sendiri ye.
Buku2 tentang kewangan dsbnya tak der kot.. tak pernah jumpa.. kalau ada boleh share2 kot.
Nampak cam paham tapi buat buat tak paham he hee hee
nanti tulis buku gaya bercerita lah. agaknya lebih ramai berminat kot?
itulah resepi buku kiyosaki hehe
aku sendiri tak percaya cerita dia 100% betul.. tapi sangat baik untuk membuatkan orang macam aku faham..
betul tu pakdi, sampaikan teori dalam bentuk bercerita. Dulu jadi terer sejarah sebab banyak baca buku cerita sejarah sampai sekarang… harapkan buku teks? tidur jelah dalam kelas..
best artikel nih…
kalau gitu, kena ubah gaya penulisan sket nanti.
yasir, sabtu kalau tak kerja mai la uia. borak2 sket.
Btul tu Pakdi sesekali buat gaya penulisan begini nampak menarik dan mudah untuk difahami.
mmg mudah utk dibaca tetapi agak sukar untuk ditulis
[...] Hujan panas perniagaan kelapa [...]
[...] anda membaca post ini dengan lebih lanjut, saya sarankan anda membaca entri yang bertajuk Sejuk Hangat Panas Pemeluwapan dan Hujan ini terlebih dahulu, ia adalah mengenai kenapa ekonomi boleh [...]
[...] masih belum faham, sila baca artikel lama di sini Share No Comments » Tags: cara beli emas, harga emas, kijang emas, pelaburan emas, simpanan [...]
aku suka cara Din LokLak, hehehe..
dia pandai dan berani ambik kesempatan pada setiap keadaan..
pakdi..rasanya sekarang ni ekonomi negara kita di fasa mana? cold, warm, hot, bubbles dan rain?
Saya berpendapat duit USD sendiri dalam keadaan bubble & dijangka akan collapse tidak lama lagi…Kesan dr belanjawan defisit bertrillion dollar sekian lama oleh kerajaan US, US guna kesempatan yg masih ada sementara US dollar masih digunakan sebagai duit rizab dunia…
Kalau US Dollar collapse,,,apa jadi kepada Malaysia yg menyimpan rizab beratus billion dollar dlm US Dollar,, semestinya akan miskin sekelip mata & bankrupt. Semestinya akan perlukan bailout dr IMF.
sebelum ini, Dubai memerlukan bailout, then Greek, sekarang giliran spain, selepas ini?
The ultimate bubble is coming were US Dollar itself..The biggest crisis the world will face because of the status of USD as a international reserve currency, it will effected all country who hold the currency. The USD is more circulate outside the USA. The Federal Reserve of USA hold only 30% USD & 70% gold.
While most country hold more USD and less
gold including Malaysia. So what happened next is a totally damage economy for all country over the world.
So don’t wait & see. Please do something for yourself & your family.
Please search the youtube with the title The Dollar Bubble & see how strong that event is coming.
Its look like a twin tower on 09/11/2001 & no one predict the tower will fall but it really fall. Same like the situation of US Dollar right now, can fall immediately over night when the time is coming.
thanks mie for the info sharing..dalam hati mampu terlafas perghhh..ni ngah layan youtube..