Program Wang Pos

Posted: January 14th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Semasa | 17 Comments »

Program piramid wang pos. Skim kutu wang pos.

Sebenarnya program ini sudah lama. Tetapi modus operandi adalah berbeza. Ia pernah diletakkan di masjid-masjid (iyelah, ia dinamakan “derma”), dinamakan dengan pelbagai nama yang Islamik, lepas tu SPAM ke emel-emel orang lain, dan kini memakai program wang pos pula.

Saya cuma mampu menasihatkan, berniaga lah secara kecil-kecilan kalau ingin duit lebih. Laburlah duit di mana-mana instrumen kewangan yang diluluskan. Dan kalau ingin menderma, carilah faqir miskin atau mana-mana sekolah atau mana-mana rumah kebajikan atau mana-mana NGO atau mana-mana yayasan dan sebagainya. Bukan menyertai “skim derma.”

Saya pernah ingin memarahi seorang wanita cun (tak gentleman tuu ;) ) yang datang kepada saya dan berkata:

“Abang derma lah beberapa yang ikhlas, nanti abang dapat buku ni.”

Lantas saya mengeluarkan beberap keping wang kertas RM 1 yang ada dalam poket. Malangnya dia menjawab:

“Er… tak cukup lagi RM 10 ni bang…”

Selamatlah partner dia datang lepas saya pandang tajam kepada wanita cun tersebut dan mengatakan jumlah “derma” yang saya bagi itu mencukupi.

Begitulah betapa mudahnya sebahagian masyarakat menggunakan istilah “derma” sehingga wujud skim dan gerak kerja sebegitu. Masyarakat pula adakalanya suka betul dengan istilah Islamik – seperti Dana Ikhwan – tanpa betul-betul meniliti adakah istilah tersebut hanyalah untuk menipu anda.

Malah dalam modul kem usahawan mahasiswa yang kami anjurkan, memang “skim pelaburan Islamik” sebegitu sangat hangat dipasaran. (Ia sebenarnya skim cepat kaya yang dinamakan dengan nama Islamik). 50-70% dari keseluruhan peserta pasti akan melebur disitu.

Justeru apabila muncul program sebegini dengan pelbagai nama, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi saya. Peserta kem yang kesemuanya adalah penuntut universiti (Baca: budak pandai) pun mudah tertipu, maka secara tidak langsung ia menggambarkan keadaan masyarakat di luar. Lebih-lebih lagi kalau yang pakai kopiah, tudung labuh, ustaz, ustazah, imam, bilal pun join dan mengatakan ia “halal” wal “Islamik” maka lagi lah cepat ia tersebar.

Tidak kisahlah program derma wang pos ini diuruskan oleh syarikat atau secara berantai, tetapi sekiranya anda sudah berkira-kira keuntungan segera dengan mudah (duduk diam-diam solat dhuha dapat duit) maka ketahuilah anda sedang berada di ambang bahaya dan sedang menyumbang ke arah keruntuhan masyarakat.

Nak menderma 1 sen pun dinilai di sisi Allah swt. Tak perlu tetapkan jumlah minima.

Skim sebegini akan muncul dan terus muncul, sukar untuk menghalang, tetapi apa yang boleh saya buat adalah saya menulis di blog, mengendalikan forum, mengadakan bengkel Cashflow 101 dan bengkel kewangan lainnya untuk membantu anda mendapat pelaburan dan perniagaan yang lebih dijamin dan menurut lunas undang-undang.

Moga-moga bila kita banyakkan pilihan yang putih, yang hitam itu akan hilang sedikit demi sedkit. Itulah harapannya.

Share
17 Comments »


17 Comments on “Program Wang Pos”

  1. 1 Alyani said at 8:27 am on January 15th, 2008:

    adakah program tu sama dengan program yang jual minyak enjin kereta tu…ntah la tak tau apa status sykt tu sekarang…masih dalam kurungan SC lagi atau tidak…

  2. 2 suhaida said at 9:15 am on January 15th, 2008:

    alyani.. syarikat tu masih lg dlm senarai program yang tidak diiktiraf oleh SC :)

  3. 3 pakdi said at 11:25 am on January 15th, 2008:

    alyani ni program derma derma tu. yg selalu kat masjid tu ada nama 5 orang dan 5 no akaun. tapi dah diorganisasikan ;)

  4. 4 Thinkerich said at 7:03 pm on January 15th, 2008:

    Pak Di,

    Memang benar ramai yang terlibat dalam skim sebegini adalah di kalangan yang memiliki pendidikan yang baik(budak pandai)…
    Tetapi malangnya mereka ni.. kurang pandai atau tak tahu langsung tentang kewangan ni…

    Apa yang mereka tahu, bagaimana nak dapat duit atau wang…dengan cara mudah..

    Penggunaan istilah ‘Derma’ telah sengaja dieksploitasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan..

    Pakdi janganlah marahkan wanita cun tersebut..dia sebenarnya cuma cari makan melalui jualan buku sebegitu. Yang paling tidak bertanggungjawab ialah bos atau majikan wanita cun tu yang sengaja mengesploitasikan kecantikannya dan juga perkataan ‘Derma’ tersebut..

    Tahniah Pakdi, sama-sama lah mendidik masyarakat kita ke arah celik kewangan yang sebenar. Bukan sekadar celik apabila mendapat wang!

    Salam kekayaan,

    Thinkerich.

  5. 5 pakdi said at 7:34 pm on January 16th, 2008:

    Semoga adanya blog pakdi dan orang spt thinkerich dan mereka yang menulis mengenainya melalui blog, perkara ini dapat dihindarkan sedikit demi sedikit. yang penting kita berusaha :)

  6. 6 studiomuslim.com | Piramid Wang Pos: Jawapan Kepada Persoalan TanpaNama said at 12:31 pm on January 18th, 2008:

    [...] kalau mahu digunakan istilah ‘derma ikhlas’ itu juga, Pakdi telah menulis sesuatu di blognya. Boleh dibaca di sini kalau mahu. StudioMuslim menyarankan anda merujuk entri ini juga…Mama, Along nak BMX by Azree MH on [...]

  7. 7 50,000 Kakitangan Awam Sertai Skim Cepat Kaya | Pakdi.my said at 4:33 pm on January 30th, 2009:

    [...] “Mana ada skim cepat kaya guna wang pos.” [...]

  8. 8 gez said at 9:58 am on January 31st, 2009:

    Salam, bagus pak di kena banyak menulis, yang haram
    itu bila kita tahu maklumat bleh lari jauh-jauh.
    Semuga pak di juga menolong ekonomi orang islam,dengan ada program pelaburan halal.Yang boleh di ikuti orang ramai.
    Macam tempat mana harus melabur dan sebagainya.Terima kasih.

  9. 9 Amin007 said at 6:08 pm on January 31st, 2009:

    kawan aku ada join
    tapi macam mana nak cakap bawah ni scam yer???
    dia ajak aku, tapi aku kata tak berminat

    aku lebih suka berniaga sendiri dari bagi duit kat orang
    lepas tu dapat pulangan modal berserta keuntungan
    yang mana aku pun tak pasti dari mana duit tu datang

  10. 10 cencurut said at 5:00 pm on February 2nd, 2009:

    …. benda nie la yang paling gua benci…

  11. 11 sekooat said at 6:05 pm on June 26th, 2009:

    benda ni le yg orang ramai dok cari..
    aku suka…

  12. 12 kambing_channel_crewz@irc.webchat.org said at 9:05 pm on November 28th, 2009:

    sebenarnya tafsiran anda pasal wang pos ni tak same dengan yang anda sangkakan. sumbangan ikhlas tak semestinya berpandukan kadar bayaran tetapi ape yang penting bayarlah ikut kemampuan. kalau tak mampu buat ape nak sumbang. jadi lu fikirlah sendiri… hua hua hua

  13. 13 kambing_channel_crewz@irc.webchat.org said at 9:15 pm on November 28th, 2009:

    saya nak tambah sket lagi.. program wang pos memang boleh berjaya sekirannya ikut cara yang betul dan menyumbang ikut kemampuan. Yang dikatakan salah atau elegal apabila sebuah syarikat memegang deposit ataupun semua pembayaran hanya untuk syarikat sahaja. Jadi, dalam program wang pos peserta dikehendaki menulis nombor kad pengenalan penaja dan cuma penaja sahaja yang berhak ambil duit itu. Untuk berhak, penaja mesti lah berusaha untuk menaja tidak kisah dari segi apapun dan dengan izin allah rezeki penaja berbaloi dengan sumbangannya. Tetapi apabila dah menyumbang maka kenalah ingat duit dah kasi free kat penaja sekirannya malas nak menaja. mungkin syarikat perlukan upah sedikit untuk tujuan pengurusan dan upah tersebut bukannya bulat2 diminta dari peserta. Cara begini memang bagus dan saya rasa bukannya skim cepat kaya sebab ianya berusaha untuk menaja seperti jual-jual barang secara menaja (macam pakistanlah katakan…).

  14. 14 nur said at 4:13 pm on December 24th, 2009:

    Salam,
    minta juga ulaskan tentang kutu di kampung.
    kalau boleh minta majlis fatwa buat kajian terperinci, supaya boleh di wartakan agar umat Islam tidak terjebak. Hebahkan secara terperinci mengapa sistem kutu wang pos atau seumpamanya itu adalah haram. Agar semua orang faham. Kerana jikalau hanya segelintir kata boleh & segelintir kata tak boleh, akan buat masyarakat keliru. Ustaz-ustaz juga perlu buat kajian secara teliti supaya tidak tersalah mengeluarkan fatwa kerana ini hal halal haram. Andaikata hujah masih boleh dipertikai, maknanya tak cukup kuat untuk difatwakan. Takut nanti bila sebenarnya hukumnya harus tapi telah diwartakan haram akan menyekat masyarakat tingkatkan ekonomi. Saya sendiri mempunyai kawan-kawan yang dapat tingkatkan taraf hidup bila menjadi peserta program kutu ni. Pada saya yang menjadi gagal, bukanlah sistem itu sendiri tapi orang yang mengedalikan program. Harap dapat kita sama-sama merungkai permasalahan ini supaya tidak menginaya sesiapa. Berfikir secara terbuka, rasional, mengikut fakta ilmu yang tepat & tidak terburu serta ketakutan yang tidak bertempat sehingga menyusahkan masyarakat. ” jangan masukkan ayam di kandang musang”. Wassalam

  15. 15 junaidi said at 6:37 am on January 22nd, 2010:

    golongan manusia yang penuh dengan irihati apabila lihat kemampuan sesetengah manusia menjadi kaya melalui skim bantu membantu lepas itu mengeluar tentang bab-bab agama untuk mencari keburukkan walaupun betul tetapi seolah-olah hendak cari nama golongan manusia inilah hendak berdampingi orang ramai supaya dapat pujiannya apa-apa yang buruk bolehlah orang ramai mengutuk habis-habisan.

  16. 16 safinas said at 3:00 pm on February 13th, 2010:

    mcm mn nk masuk skim ni

  17. 17 raf said at 10:48 pm on March 18th, 2010:

    assalamualaikum semua…
    apa yg diperkatakan disini adalah tentang program kutu ni kan? bagi sya sebelum sesuatu hukum itu di jatuhka kita oerlu sedar akan kefahaman kita sendiri tentang perjalanan program tersebut.. adakah tuan ampunya blog ni tahu sepenuhnya maksud saya secara terperinci tentang perjalanan program ni? tepuk dada tanya akal….
    kalau setakat tahu skit2 tentang program ni bagaimana berjalanya program ni baik tak payah nk susah2 kita nk letakkan sesuatu hukum.. bgi pendapat saya perkara ni kita tak perlu hebahkan kerana makin banyak persoalan maka makin banyak lah fitnah yg akan timbul… dari sudut kefahaman saudara memang ya program ni haram.. tp apa yg saya lihat disini penerangan saudara mengenai program ni kurang lengkap ada sesetengah yg belum saudara ketahui.. sya bukanlah pengendali program ni tapi saya faham mcm mana program ni berjalan..
    dan saya harapkan adalah lebih baik ssaudara aturkan sendiri supaya pengendali program ni berdialog dengan alim ulamak…. lebih jelaslah pandangannya.. jika begini caranya, akan timbul lagi banyak keraguan dan kekeliruan dari masyarakat….
    fikir2 lah saudara…


Leave a Reply