Produk AmFlexi

Posted: September 13th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Perancangan Kewangan | 64 Comments »

Ada pembaca yang bertanyakan soalan berikut:

salam ramadhan pakdi,

Saya ada soalan nk tanya pasal produk pelaburan AmFlexi. Minggu lepas saya ditawarkan untuk jadi ejen AmFlexi ini, komisennya lumayan menyebabkan saya berminat untuk sertainya.

Tapi saya konpius samada duit komisen yang saya ambil nnt berkat atau tak.

Adakah produk AmFlexi tu halal atau haram?

Sedikit keterangan berkenaan AmFlexi:

1) melabur dengan min RM 1200.
2) menurutnya ada panel syariah
3) dapat insuran mati & cacat kekal 10x ganda dari pelaburan.

Terima kasih. harap dapat bantu ya..

Saya hanya akan menjawab persoalan yang saya boldkan.

Menurut laman web Bank Negara Malaysia (BNM) hanya ada 8 pengendali takaful (takaful operator) dan Am Assurance bukanlah salah satu pengendali takaful (sehingga tarikh artikel ini ditulis) yang ada di Malaysia. Dan tidak dipastikan bilakah AmBank Group akan mendapat lesen pengendali takaful.

Maka, kalau ada ejen yang sebut sesungguhnya mereka mempunyai panel pengawasan syariah, ketahuilah ia adalah maklumat yang SALAH dan anda boleh mengadu mengenai sikap ejen tersebut kepada BNM sekiranya ejen-ejen tersebut sentiasa berulang kali menyatakan fakta PALSU tersebut walaupun anda sudah menegur mereka.

Yang lain-lain tu mungkin para pembaca lain boleh beri pandangan.

Share
64 Comments »

Tags: , ,

64 Comments on “Produk AmFlexi”

  1. 1 kopi said at 4:51 pm on September 13th, 2009:

    terima kasih atas maklumat tu. oh kirenya produk pelaburan dengan takaful tu same la ek. ingatkan pelaburan lain, takaful lain.

    Pakdi: Hal itu sudah disentuh di
    http://www.pakdi.my/blog/fahami-kegunaan-produk-kewangan-yang-anda-beli/

  2. 2 Amin007 said at 8:37 pm on September 13th, 2009:

    pendek kata orang tersebut sudah tipu laa

  3. 3 arin said at 12:15 pm on September 16th, 2009:

    owh.. ada jugak ejen yg approach aku psl ni..

  4. 4 NoRE said at 8:31 pm on September 16th, 2009:

    aku dah belek brochure AmFlexi ni..
    ada satu footnote tulis lebih kurang mcm ni
    *the product is also offered by AmIslamic blablabla shariah compliance*

    so ape yang aku paham; ade conventional..ade islamic

  5. 5 mohd haris said at 2:33 am on September 17th, 2009:

    tuan2…

    saya nak berkongsi dengan apa yang saya tau ttg insurans / takaful. saya bernaung di bawah MAA Assurance / Takaful

    Jika tuan confius – sila rujuk ke http://www.insuranceinfo.com.my/

    di situ ada maklumat lengkap ttg insurans / takaful. lagi satu – jgn cepat percaya – sila semak dengan 2-3 agen dari company sama / atau company berlainan

    sekadar berkongsi

    haris

  6. 6 Afyan said at 8:50 am on September 17th, 2009:

    Salam. Saya turut menerima pertanyaan yang sama awal bulan yang lepas. Ini adalah reply saya terhadap persoalan tersebut;

    1. Produk tersebut bukanlah produk investment, tetapi ia adalah insurans yang disebut investment-link insurance.
    2. Panel syariah yang dikatakan itu adalah panel yang mengawal pelaburan.
    3. Sekalipun begitu ia masih tetap produk insunas konvesional, dan bukan takaful.
    4. Jadi, apabila ia insurans konvesional maka hukumnya samalah dengan hukum insurans konvesional sekalipun ia adalah produk investment-link yang mempunyai panel syariah yang mengawal pelaburannya.
    5. Panel tersebut hanya mengawal pelaburan bukan mengawal produk.

    Respon untuk pakdi.my;
    Akhir-akhir ini wujud sesetengah ejen insurans/takaful yang mempromote produk mereka sebagai produk investment. Malah lebih teruk lagi, siap ada quotation sendiri.

    Ini kerana komisen produk pelaburan seperti unit trust adalah lebih rendah berbanding komisen produk takaful/insurans. Jadi, dengan cara ini, mereka dapat komisen yang lebih besar apabila menjanjikan pelaburan menggunakan produk insurans/takaful.

    Pakdi: Afyan, boleh sebutkan siapa ahli panel shariah tu? Mana nak tengok?

  7. 7 Afyan said at 1:56 pm on September 29th, 2009:

    Baru perasan, respon Sdra Pakdi tentang isu ini.

    Mungkin ada sedikit kesilapan di pihak saya, sepatutnya berkenaan panel tersebut berbunyi;

    “Panel tersebut, jika ada, hanya mengawal pelaburan bukan mengawal produk”.

    Tertinggal perkataan “jika ada”.

  8. 8 revera said at 12:37 pm on October 2nd, 2009:

    apa makna konventional tu pula? apakah semua yang bernama konventional itu haram?
    sefaham saya takaful@insurans itu sama sahaja. Term satu dalam english. satu dalam bahasa arab.
    Selalu nampak iklan/banner/signboard di mana2 @ HQ
    ETIQA- takaful dan insurans? yang menjadi kehairanan kenapa satu co jual dua2 produk pula,.
    Summary: semuanya hanya strategi pemasaran

  9. 9 Anak Melayu said at 10:22 pm on October 19th, 2009:

    Ok tuan-tuan..

    Petama saya ingin nasihatkan semua,bahawa berhati-hati dengan consultant,kerana ramai diantara sahabat saya telah tertipu.Agent berkenaan telah menyorok fakta yang sebenar.
    Diantara produknye adalah amcash dan amflexi.

    Sebenarnye produk amcash adalah produk endowment,dan bertempoh sehingga 21 tahun.sekiranya anda nak keluarkan premium anda sebelum 21 tahun anda akan mendapat kurang dari premium yang anda telah bayar,jd perlulah anda berhati-hati.

    Produk amflexi adalah produk hole life (seumur Hidup) anda perlu membayar premium untuk seumur hidup.dapatkan maklumat yang sebenar jangan jadi macam rakan saya tertarik dengan bonus yang besar,tetapi bonus itu sebenarnya komisyen diorang..katanya 10% encik akan dapat sekiranya polisi en lulus,boleh kuakan selepas 3 tahun.Memang boleh kua tapi dapat tak penuh..

    Jadi saya ingin berkongsi dengan anda semua,jangan mudah terpedaya,saya faham bukan senang nak cari duit.

    Selalunya orang yang tamak duit mudah tertipu,kerana mereka mudah terpesona dengan hadiah yang menarik,ingatlah “didunia ini kita tidak akan dapat sesuatu dengan mudah”. Jangan mudah terpedaya dapatkan infomasi.jangan mudah terpadaya dan jangan tamak.

    BIAR UNTUNG SIKIT,ASALKAN KITA TAK DITIPU.

  10. 10 pencari keje said at 1:30 pm on November 2nd, 2009:

    anak melayu memang benar fakta anda.produk amflexi ni hanya lebih kepada keuntungan ejen.saya pn telah turut serta menjadi ejen tapi akhirnya tersedar sebab terlalu banyak penipuan.jadi…..kene la cari keje yg halalan toyibba..

  11. 11 AbuHakim said at 9:18 pm on November 3rd, 2009:

    Byk laman2 blog yg ku baca, terdapat byk kekeliruan yg nyata dalam menerangkan berkenaan dgn produk AmAssurance terutamanya produk AmFlexi. Samada kelekeliruan itu disengajakan atau ketidak fahaman agen yg berkenaan itu yg aku kurang pasti. Tidak kurang juga yg aku ketahui ramai pelanggan yg telah membuat aduan berkenaan kekeliruan tersebut.

    Aku sgt bersetuju dgn sst bentuk pelaburan kewangan dan pelbagai tentunya mempunyai ciri-ciri yg tersendiri, dan sudah semestinya KAPAK adalah tidak sesuai dijadikan alat utk menyiang ikan. Walaupun begitu, masih terdapat byk ruang yg belum diperlhalusi yg sememangnya bersesuaian dijadikan pelan insuran sebagai bentuk pelaburan yg SELAMAT terutamanya melibatkan akta perundangan dan menguntungkan (biasanya tempoh yg panjang) bersesuai dgn Akta Insuran 1996.

    Aku juga sebagai wakil di AmAssurance Bhd, juga amat sedih dgn sesetengah pelanggan yg terpedaya dgn pulangan-pulangan yg tidak munasabah yg telah diterangkan oleh sesetengah agen. Secara tidak langsungnya, aku juga mendapat tempias yg negatif dr apa yg telah berlaku.

    Nasihat aku, sekiranya anda merasakan ia TERLALU menguntungkan, tidak rugi jika anda merujuk terus kepada pihak syarikat atau wakil-wakil lain sebagai perbandingan.

    Sekian terima kasih.

  12. 12 AbuHakim said at 11:07 pm on November 3rd, 2009:

    Soal takaful halal dan konventional haram seringkali menjadi persoalan kepada masyarakat ramai. Begitu juga istilah “HALAL”. Apakah ia benar2 halal bila mempunyai logo halal? Di sini aku tidak mahu menimbulkan persoalan istilah halal atau haram, tetapi konsep takaful dan insuran seringkali menjadi persoalan dan kalau diteliti tidak ada perbezaan konsepnya.

    Apa persoalan yg boleh aku sentuh sedikit, apakah insuran atau takaful ada di dalam syariat jual beli islam dan apakah ia termasuk di dalam perkara2 yg baharu dan ia boleh menjadi mubah (harus)?

    Atau ia sekadar untuk “penetrate market”?

  13. 13 faizulamin said at 6:57 pm on November 7th, 2009:

    abuhakim

    tahniah dan terima kasih atas input. saya jg pernah ditawarkan dengan produk ini, tp dek kerana sedikit kefahaman yg saya ada, saya menolak tawaran itu dengan baik (meskipun, awek tu agak chumel.. hihi)

    saat mula keraguan timbul adalah apabila saya bertanyak status kepathuan syariahnya.. ejennya tidak kelentong malah secara jujur sahaja menjelaskan kepada saya, mirip dgn apa yg sdr nyatakan. saya doakan kebaikan kepada ejen atas kehemahan nya.. :-)

  14. 14 AbuHakim said at 3:47 pm on November 12th, 2009:

    Ekoran dr pelbagai info yg salah berkenaan dgn produk insuran & takaful, menyebabkan aku sendiri seolah2 tidak terdaya utk melawan arus permintaan pasaran yg dah mula berubah terutama pasaran insuran ke takaful. Untuk itu, aku cuba menyelidiki secara DEKAT apakah pelan atau produk takaful yg ditawarkan begitu menguntungkan. Soal takaful itu dikatakan cukup islamic bukanlah krn puncanya (krn aku cukup faham trend skrg), tetapi apa yg lebih penting ia memberi kebaikan/keuntungan yg munasabah kepada pelanggan mengikut keperluan mereka. Dalam masa yg sama juga aku cuba mendekati beberapa ketua agensi bg mendapatkan info yg lebih dekat. Tetapi kesimpulan yg boleh aku boleh buat (berdasarkan pengalam aku yg lebih 10 tahun dlm industri ini), ada st syarikat takaful (x perlu dinyatakan) mempunyai semua pelan yg begitu statik atau bersifat stereotyped hingga menimbulkan tanda tanya dlm benak ku bagaimana produk ini dijual memberi pulangan yg begitu menguntungkan! Dr hasil tinjauan yg kubuat, jawapannya begitu mudah kurasakan, krn sememangnya pelanggan tidak begitu faham, islamic (konventioanal haram) & juga penipuan.

    Masih banyak lagi skop keperluan insuran & takaful yg tidak diketahui umum tidak dijelaskan kepada pelanggan.

    Sekian.

  15. 15 miazara said at 8:16 pm on November 14th, 2009:

    salam..

    i bwu je jd ejen amflexi ni,
    n family i bwu jew msk sbb i yg suh dyowg join..
    sbna nyer mende niy ok kew x?
    nanti duit 2 ilang kew?

  16. 16 ewa said at 12:25 pm on November 16th, 2009:

    berkenaan plan amflexi&amcash21.sedikit penerangan dari sya tentang ciri-2 plan amflexi .amflexi adalah whole life plan@di kenali sebgi universal plan.plan ini min 1200 setahun,blh dijadikan plan persaraan dan pendidikan utk jgka masa panjang dan sederhana.dana terbahagi pada 70% bon,30% ekuiti.boleh membuat pengeluaran pada bila-2 masa dengan syarat kena tinggal min fund value RM1000.yang unik berkenaan plan ni,pelanggan blh tambah nilai pd bila2 masa bg meningkatkan lagi fund value mereka dan pihak syarikat setiap tahun akan hantar statement.so,plan ni tak mengikat customer sebenarnya seperti plan insurans yg lain.mana2 plan ins pun,kot2 manepun,kena commit bnyk tahun,mkasudnye 10 thn ke atas akan menampakkan sdkit keuntungan.bwh 10yrs surrender,rugi.naper rugi???,xkiralah ins konv/takaful,cpmny tanggung risiko dr segi ins if cstmer mati@hg upaya,cpany kn sumbangkan jminan ins.satu lg rugi kirnya cstmer surrender sebelum 6 thn adalah juga disebabkan komisen ejen.ader lagi tulisan lain yg nk sya rungkaikan dgn terperinci berkenaan indstri insurans ni.tunggguuu…..

  17. 17 Gaban Malaysia said at 9:28 am on November 17th, 2009:

    salam..
    terpanggil saya disini untuk menerangkan maksud TAKAFUL..
    Maksud TAKAFUL = Jamin-menjamin
    Maksud INSURANCE = Jaminan

    Bukan ker sama maksudnyer kawan2 sume??

    cuma bahasa jer bunyik islamik, kita dah terpengaruh.. jangan terpedaya.. yang PASTI, sistem TAKAFUL itu sendiri tidak menawarkan ciri-ciri islamik sangat.. saya bagi contoh satu jer..

    CTH: Produk TAKAFUL sendiri tiada sistem keselamatan yang di ingginkan oleh AGAMA ISLAM itu sendiri.. maksudnyer dah cantek.. jamin menjamin, tapi kalau polisi “LAPSE”, seluruh polisi akan “BURN” JUGAK!!! islamik ker camtuh????????!!! LU PIKIR LA SENDIRI…

    baik yang konvensional lagik sebab dia ada sistem recover.. jika ada nilai dalam polisi tersebut, nilai itu akan di gunakan untuk bayat premium tertunggak bagi mengelakkan polisi dari “BURN”..

    sama jer ngan Pinjaman ISLAMIK (contoh 10K).. jika kita buat pinjaman islamik (pinjaman dengan lafaz/ akad)(CONTOH jadik 12K) so… jumlah akad tuh memang dah confirm harga yang kita kene bayar bila tamat tempoh bayaran bulanan.. masalahnyer, kalau keta nak “settle” awal, patutnyer kita kene bayar 12K!!! (kalo ikut akad ler..) tetapi, senario sekarang pulak.. kalo nak settle awal leh baya kurang plak dari jumlah yang kita dah janji 12K tuh…

    Kita dah berjanji.. janji kena patuh… tapi sekarang… pinjaman tuh islamik ke tidak????!!! nampak ader sedikit masalah kat sini… Pastu pasnih “mereka-mereka” akan keluarkan satu lagi “fatwa” yang menghalalkan benda nih..

    Renungan:
    “akan tiba di akhir zaman, manusia yang ber agama Islam akan menghalalkan benda haram dan mengharamkan benda halal”
    maksud hadith.

  18. 18 miazara said at 3:21 pm on November 17th, 2009:

    i nk komen sket r kan,
    kalau nak cakap amflexi niy x islamic nape nik Aziz pn ley join amflexi ni?….
    tlg bg penjelasan blh..
    i da tgk bukti yg Nik Aziz msk amflexi niy..

  19. 19 AM said at 7:02 pm on November 17th, 2009:

    MANA BUKTINYA MIAZARA??

  20. 20 miazara said at 12:54 am on November 24th, 2009:

    salam..
    cowey i late AM..
    mcmne i nk tnjkkn buktinye dlm ni?
    bley jmp i i akan tunjuk..
    virus2 pemikiran mcmni r menyebabkan
    melayu susa nk maju..mcmne nk idup mewah niy..virus..virus..

  21. 21 richsokmo said at 7:24 am on November 27th, 2009:

    salam semua, saya nak beri pendapat sikit. kebelakangan ini ramai orang telah terpedaya dengan agen2 yg tak bertanggugjawab dan tak beretika terutama yg datang dari AMassurance. Mereka menjualinsurance tetapi mereka mengatakan itu pelaburan dan mereka tidak kata mereka mewakili amassurance tetapi ambank. ini memng terang2 menipu anda semua. Saya telah berkecimpung didalam bidang insurance ni baru 27 tahun. Insurance ke takaful ke adalah produk yang baik dan sangat perlu oleh semua golongan. Ia adalah satu instrumen mengurus risiko kerana kita berhadapan dengan pelbagai risiko cth mati awal, sakit kritikal, hidup terlalu lama, lumpuh dsebagainya.Apabila musibah ini berlaku kita atau keluarga kita perlukan wang bukan sedikit. Jdi untukmenampung keperluan itu perlu ada satu mekanisma yg boleh menggantikan atau memberi wang yg diperlukan itu . dantak lain dan tak bukan lagi instrumenitu adalah insurans atau takaful. Insurans dikala ini telah ditambah dengan unsur simpanan. Manusia semula jadinya susah nak menyimpan. Jadimelalui produk insurans seseorang itu perlu menyimpan secara paksa kerana insurans ini dibeli mengikut kontrak contohnya amcash kntaknya 21 tahun. jadi seseorang itu perlu menyimpan selama 21 tahun untuk mendapat faedah sepenuhnya tetapi kalu berhenti sekerat jalan akan rugi sebab mereka tidak akan dapat balik jumlah caruman yg telah dibuat itu. bukan seperti apa yag diceritakan oleh agen tak beretika yg mengatakan kita boleh berhenti bila2 dan sumbangan kita dapat sepenuhnya, begitulah juga dengantakaful. Ada sesetengah syarikat takaful jual produk insuran dan takaful produk yg sama cma mereka tukar nama dan kulitnya shj tetapi isi sama. fikir2lah sendiri.

  22. 22 richsokmo said at 7:37 am on November 27th, 2009:

    salam, sambung bicara sikit lagi. AMflexi untuk pengetahuan umum merupakan produk insurans bukan produk pelaburan. bezanya amflexi dgn produk insurans tradisional amflexi adalah produk investmentlink. bezanya i/link dgn trdisional produk adalah i/link produk risiko pelaburannya ditanggung 100% oleh pencarum walhal produk trdisional syarikat insurans juga menanggung risiko sebab ada jaminan nilai serahan yg akan diberikan kpd pencarum sekira berhenti atau tamat tempuh. L/link tidak ada jaminan tersebut jadi kalau pelaburan tak menguntungkan maka pencarum tanggunglah . janji yg ditabur oleh agen bahawa plan tu boleh untuk 15%, 30% 40% itu hanya syok sendiri dan agen yg tak sekolah kalau sekolah pun ajaran sesat. Anda perlu simpan sekurang-kurang 10 tahun mungkin baru balik modal. itu pun mungkin sahaja. tak dijamin. Perlu diingat produk insurans adalah alat pengurusan risiko bukan alat pelaburan. memang produk ni bagus tapi untuk perlindungan tetapi bukan untuk dapat untung besar. nak untung besar boleh, kena mati awal Keluarga kitaakan dapat wang perlindungan daripada polisi tersebu.Wallahhu’alam.

  23. 23 Inlubis said at 12:36 pm on November 27th, 2009:

    Kebanyakan yang ceburi dalam bidang ni dari latar belakang agama yang hebat contohnya usuludin. Dan kebanyakan produk yang dikeluarkan oleh instituasi yang sah bukan nya syarikat ali baba. Kebanyakan masyarakat kita sekarang ni yang sah dan benar itu yang di pertikaikan tapi jika yang terang-terang tak sah itu juga yang dicari. Jika tak sudi baik diam saja tak payah nak bertelagah. Tak semua Perunding Kewangan ni makan duit haram. Jika dah ditetapkan itu hak mereka kenapa nak dipertikaikan.

  24. 24 ewa said at 11:01 am on November 28th, 2009:

    a,kum..
    setuju dgn comt gaban mlysia.setiap pelanggan mstilah mndpt info bkn skdr dngar ckp2 org.bg sy,smpanan amflexi bkn stahn dua,tp utk j/ms panjang.aper yg penting,kita org melayu-islam kn perbnyakkn lg tabiat menabung utk ms depan.klu anda tgk, bangsa2 lain kt m’sia lbh terkedpn dlm simpanan. mrk amalkan tabiat ini sejak turun-temurun. bkn krn mrk menguasai ekonomi negara, tp menabung bg mrk TERAMAT pntg utk hari dpn yg semakin mencabar & tdk menentu. tugas ejen bkn sekdr dptkn komisyn tp yg penting NIAT kita utk mendidik klien faham konsep simpanan berINSURANS. jgn anggap diri kita EJEN tp sbg PERUNDING INSURANS yg berkarisma , PROFESIONAL n beretika.

  25. 25 richsokmo said at 6:45 am on December 1st, 2009:

    salam semua,
    produk insurans semuanya baik tetapi pencarum hendaklah melihat kpd keperluan. jangan dgr dari agen 100% kerana ada agen yg x bersekolah ni janji bukan2, untung banyaklah dan buat cerita macam ASBlah macam pelaburan bank Rakyatlah boleh untung 15%-40% setahun , semuanya mengarut. Beli insurans sebab kita sayang famili kita, kita perlu beri wang bila kita mati awal atau kita tak boleh bekerja. bukan nak dapat untung pelaburan. Innabis jgnsalah faham. Memang ada berpendidikan agama sebagai agen tetapi dik krana wang ramai orang jual agama, mengambil kesempatan atas kepercayaan orang dengan bercerita perkara yg tak benar. Kalau bekerja kerana ALLAH x perlulah berbohong kerana berbohong itu kawan syaitan. “You can fool some people some time but you cannot fool all the peopl all the time.”Allah mengetahui apa yg kita lakukan. Jgn disebabkan nak dapat ganjaran hari ini kita menggadaikan agama dan maruah sebgai ustaz usuludin dan sbgainya.Saya menyokong kuat agen2 insurans yg beretika dan yg tulen bukan penipu dan pembelit yg menipu bangsa sendiri. Cerita yg benar. Wallah hu’alam

  26. 26 richsokmo said at 8:27 am on December 4th, 2009:

    salam semua,
    baru dapat tahu seorang datin menjadi mangsa amflxi sebanyak 150,000.Datin ini dijanjikan akan mendapat keuntungan bonus 30% dn dividend 10% selepas setahun masuk skim amflexi.Tahun kdua bonus lebih tinggi 50%. Ini terang terang menipu dan agen tersenyum lebar berkereta mewah. Inilah yg dikatakanhalal menjadi haram, produknya halal tetapi diberi penerangan yg salah dah jadi haram. jadi bukan salah produk saamada insurans ke takaful ke sama saja. ramai juga agen takaful bercerita bohong. Bonus yg diperkatakan itu hanyalah surrender value atau nilai akaun yg mana pencarum akan dapat daripada carumannya sekirannya pencarum berhenti. Prisipal sebanyak 150000 tu dah hangus(tak dapat lagi) yang tingal hanya acount value(nilai akau)iaitu lebih kurang 30% sahaja. itu sja yg pencarum akan dapat bukan 150,000 capur bonus 30% seperti yg dijanjikan. Wallahu’alam

  27. 27 Halal Haram Insurans | Pakdi.my said at 11:06 pm on December 23rd, 2009:

    [...] yang ditawarkan di pasaran sama sahaja baik namanya insurans atau takaful. Sila rujuk artikel di sini. (Diagram ini saya ambil di internet, tetapi sudah terlupa mana [...]

  28. 28 AM said at 1:31 am on December 24th, 2009:

    knape x boleh tunjuk MIAZARA? Nik Aziz ramai.. nik aziz mana nie?? nik aziz MB klantan ke? satu lg, MIAZARA org mana?

  29. 29 miazara said at 2:54 pm on December 25th, 2009:

    slm AM..
    ye MB klntn yg sy mksdkn..
    kn sy da bgtaw law nk sy tnjkkn kne r
    jmp..
    detail dy sume dew kt sy

  30. 30 walid said at 12:04 pm on December 27th, 2009:

    salam,

    tujuan saya bukan untuk memburukkan ejen, cuma pengalaman sebenar yg dilalui oleh org tua saya 2 minggu lepas:

    org tua saya umur 73thn. didatangi 2 org ejen amflexi dr JB. saya hanya dpt tahu 2 hari setelah org tua saya menyerahkan rm10k on the spot. Ejen suruh bapa labur 50K dengan tawaran laptop & TV.

    Ini yg dijanjikan (diceritakan kpd saya setelah saya cuba soal siasat dgn bapa saya-tahu & buat pertemuan kali kedua dgn ejen tersebut)

    1- ejen claim dpt contact bapa saya dr bank negara (ejen tu dtg ke rumah)
    2- ejen claim kerja dengan AmBank bukan Amassurance(siap bg business card lambang ambank-tp phone no office atas nama personal. emel guna yahoo..heheh)
    3- bermati matian terangkan produk amflexi adalah PELABURAN & dpt free INSURANCE.
    4-janji 30% return-siap tunjukkan slip statement org lain yg dah dpt

    saya bukan org finance, saya cuba cari dlm web/forum & tak jumpa pasal ni (baru harini jumpa di ruangan komen ni)

    cuma saya kesal ejen2 tersebut (lelaki & wanita melayu muslim) TIDAK berterus terang… menipu org tua

    cuma saya berjaya yakinkan org tua saya utk letak 10k shj-bukan 50k seperti yg dia agree masa pertemuan pertama.

  31. 31 openminded said at 4:42 pm on December 30th, 2009:

    salam..lama dah saya dgr pasal amflexi ni..slalu gak saya surf internet cari info pasal produk ni n saya dah penah jmpa agen yg telah menerangkan produk ni kepada saya secara telusnya.something fishy saya rasa bila tgk ramai yg blame this product.tak kira la dari pandangan orang ramai ataupun dari pandangan competitor amassurance ( tak payah la nk sebut nama company) dlm bidang insurans ni.mungkin ramai yg memburukkan amflexi ni sbb company mereka tak ada product yg sebaik ni (sape tau kan)..agen yg saya jmpa adalah agen yg beretika.dia ada ckp kt saya, dia telah diajar utk mengamalkan etika kerja di mana tidak akan memburukkan syarikat insurans lain.n he never compare his product with another product from other insurance company.n that’s why im quite interested dgn dia punya presentation.maybe the attitude yg menjadi penarik..pasal claim kerja dgn ambank tu..masa saya dpt call..dia bgtau en..saya dari ambank GROUP..so tade la tipu kat sini saya rasa sbb amassurance mmg berada di bawah ambank group..n satu lg yg en walid ckp org tua dia ada join waktu umur 73 thn tu saya rasa mngkin dah kena tipu kot..sbb agen yg jmpa saya tu dia ckp ada had umur (sampai 60thn je)..ye la..logically pikir takkan la insurance company ni nk ambik risk kan..kalo dh umor 60 ke atas tu dah kira risk tinggi..so tak pandai la dia kalo nk buat bisnes..mintak maaf le kalo ada tersinggung ke ape ke..cuma saya tgk byk sgt komen negatif kt produk amflexi..yg lain saya tatau sbb saya tak mengkaji abis abisan..last but not least..kaji dulu sblm kuar duit..n jgn sampai kata2 kita tu menutup pintu rezki org..pada agen tu jalankan la kerja dengan berhemah

  32. 32 mohamad said at 3:58 pm on January 6th, 2010:

    bleh terang kan x.. ape faedah sebenarya amcash 21.. keutungannya.. sebab bile sy refer blik dekat kaunter petanyaan amassurance .. penerangannya lain dpd ejen.. mereka suruh refer blik kt ejen.. tapi kalo ejen dh tipu.. mesti lpas ni dorang tipu blik lg.. clap2 ejen sendiri pun xtau bnde tu tipu.. yg menjadi masalahnye kenapa org kt kaunter pertanyaan tu x tolong xplain blik.. dh 3 tahun byar ni.. surender skang peratus yg dpat..

  33. 33 buluh perak said at 12:04 am on January 8th, 2010:

    sebenarnya produk amflexi tu betul….drpd korang semua pertikaikan produk tu lebih baik korang tengok balik SWISSCASH…ramai diantara pelabur2 tu orang2 kita jgk (melayu dan islam pulak tu)…walaupun bukan produk insurans tapi siapa yang paling ramai ? bukan ke org kite jgk……

  34. 34 2bz4money said at 12:40 pm on January 13th, 2010:

    tadi pagi aku dapat panggilan telefon drpd seorang wanita yang menawarkan skim simpanan yang memberi pulangan 12% tahunan dan hanya boleh dikeluarkan apa tahun ke 10. beliau mendesak aku menerima skim ini dengan pengesahan telefon sahaja di mana kad kredit aku secara automatik akan ditolak 2 bulan ansuran, manakala perjanjian akan dihantar dalam tempoh 3 hingga 4 minggu. bila aku minta berjumpa, dia taknak dan menyatakan proses skim ini hanya disahkan melalui telefon. kesimpulannya, jangan mudah tergoda dgn pulangan/dividen/bonus ‘istimewa’ yg ditawarkan. buatlah due diligence atau semak sebelum melabur..

  35. 35 yang keliru said at 4:12 pm on January 13th, 2010:

    sy setuju dgn buluh perak….minda org melayu ni sempit.bila d ajak simpn duit yg ada pulangan yg pasti di katakn menipu. timbullah soalan halal haram,tapi melabur dlm skim internet yg di nyata2 di tadbir org yahudi kafir tak pulak byk soal itu ini.tak pernah pn tanya halal ke benda ni….masuk je….ingat boleh jadi jutawan tapi hutangwan….hehehe…melayu melayu….bila nak maju….

  36. 36 jamlut PETAI said at 7:09 pm on January 13th, 2010:

    apa mau gadoh2..amflexi tu salah ke betul ke….lantak lah!!yang penting rezeki agen tu memang dah terletak kat situ…………x semua org ada skil tuk jadi agen insuran…terpulang pada mereka untuk menjual produk mereka…cara yg betul ke…salah ke…peduli apa….DAN YANG PALING PENTING DAN SAYA PASTI ….AGENT DARI SYARIKAT INSURANS YG BERBEZA2……….DAN X BOLEH TERIMA YG SYARIKAT DORANG KERJA ….RANGKING COROT……HAHAHAHAH

  37. 37 botak said at 9:31 am on January 16th, 2010:

    Sebenarnya AmFlexi & AmCash adalah produl insuran hayat.Klu dh nama insuran hayat kena byr ikut term dlm polisi.Klu surrender sebelum matang dpt duit sikit je.AmFlexi kena byr smpai 85 tahun,Amcash 21 tahun.Dan produk2 ni dibawah AmLife Insuran bukan AmBank punya seperti yg diwar-warkan.Jd hati2 dgn penerangan agen yg anda jumpa.Dr segi pulangan memang ada tp bukan smpai 30%.

  38. 38 SeLiPaR BuruK said at 10:13 pm on January 21st, 2010:

    tak sume ajen insuran ke takaful ke perangai truk..ada yg aku jumpa tu baik jer criter yg betul2 jer psl produk diaorang..aku pun ada gk terkena ngn produk insuran TAKAFUL lagi…famous syarikat insuran ni tau.tp yg terkilannya kat 2 thn join,polisi pun xdpt2.tup2 dpt tau ejen tu park je atas kod ejen lain.tp xpe la mayb ejen tu baru nk merasa carik rezeki.kadang2kan ada org tuh nmpk macam berduit & excited nk join produk tp sebenarnya hampeh!! pastu tanya soalan macam2 sbb…nak tolak mentah2 malu lak dikata “biar pape asal bergaya yop” . byk gak aku terjumpa org melayu kita yg jenis mcm ni…pstu ckp mcm dia tau smua psl saving & investment.Ada gak ejen yg jumpa aku ckp psl pulangan la hadiah la. kadang2 betul cuma tektik jualan jer yg berbeza.aku pun ada la tau skit2 psl pelaburan ni sbb dulu2 aku pun dr bidang yg sama cuma skrg beralih arah wat keje sndiri lak.
    yg aku tau psl AMFLEXI ni la kan,plannya cantik dan semestinya kalau nak bertmbah duit kenalah disiplin dlm menyimpan..ape2 pun la bank ke insuran ke tp yg bestnyer AMFLEXI ni dia bg kita 10xganda free insuran.kalau simpan kt bank biasa sure punyer xdisiplin dan xde free insuran.boleh wat plan persaraan & pendidikan.byk lg la yg menarik…sbb tu ,kita kena selidik dulu setiap produk insuran ni ada yg baik dan ada yg suka kondem org lain punyer produk.
    Yg pastinyer simpan kt bank tu selamat dan simpan kat insuran dapat free insuran dan terjamin.tentang ISLAMIC…Halal Haram kita boleh rujuk infoline yg ejen bagitau tu untuk confirmkan satu2 produk Halal ke Haram.Nak tentukan Halal Haram ni bkan senang…kita cari rezeki tu pun kalau nak dikorek ke akar umbi punca duit gaji kita wallahuallam! Allah Maha Mengetahui!!!
    Aku suka produk AMFLEXI ni…Bagus lain dari yang lain.

  39. 39 ijai said at 9:59 pm on January 31st, 2010:

    abang ipar saya diperkenalkan amflexi. ajen tu suruh dia labur 50k dan selepas 7 tahun akan dapat 300k. betul ke semua nie… nak dapat kepastian dari orang2 yang berpengalaman di sini

  40. 40 hisham said at 2:32 am on February 6th, 2010:

    Salam… macam2 pendapat yer…ye la banyak org banyak ragamnye…

    Saya nak bagitau hal yg sebenarnya
    1. Produk AmFlexi dan AmCash 21 adalah daripada AmAssurance, AmAssurance adalah anak syarikat AmBank Group.
    2. Syarikat ini sah didaftarkan di Malaysia dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
    3. SEMUA produk yang dikeluarkan oleh AmAssurance dipantau dan diLULUSkan oleh BNM terlebih dahulu.

    OLEH itu, produk2 itu BETUL dan tidak merugikan pelanggan tetapi mengUNTUNGkan semua pihak: Pelanggan/Syarikat/Agent

    kecuali pelanggan tidak mengikut kontrak atau peraturan yang ditetapkan.

    JADI:-
    1. jgn salahkan PRODUK atau AmAssurance

    2. Jgn komen kalau anda tidak tahu secara details tentang sesuatu produk itu (p/s: agent sendiri yg diberi training belum tentu faham sepenuhnya tntang PRODUK, inikan pula org luar yg tak tahu @ dgr cakp2 orng sahaja. pastu nak komen macam2)

    3. Mungkin ada agent yg salah beri penerangan atau tipu atau sebagainya…carilah agent yg anda PERCAYAI.

    4. Mungkin itu cara dia nak promosi atau teknik pemasaran, tp kalau terlebih menipu tu tak elokla…berdosa kan.

    5. Kalau nak pergi tanya kat kaunter atau direct dekat AMAssurance, pastikan anda jumpa orang yg betul…kadang2 tak semua staff kt situ tahu semua benda.Mungkin anda pergi tanya kerani yg collect duit, mana dia tau pasal product…nasib baik tak tanya makcik cleaner kt situ…dia kan kerja kt AmAssurance jugak tp tugas dia cuci tandas…bukan tau pasal produk….so, see the right person at the right place in the right time!

    6. Insurans/Takaful adalah industri yg perlukan anda berjumpa/bincang/runding face to face dgn agent…. bukan boleh main present/iklan dlm web/forum dsb…sebab itu anad kena jumpa agent yg ANDA PERCAYAI…

    7. JGN menyesal jika anda sudah membeli insurans kerana anda tidak memerlukannya sewaktu dia perlukan anda TETAPI anda amat memerlukannya apabila dia tidak diperlukan. (FIKIRKAN)

    8. INSURANS adalah instrument PELABURAN yang TERBAIK berbanding LAIN2 jenis pelaburan……….

  41. 41 tengkorak silver said at 1:14 pm on February 6th, 2010:

    salam sume…

    sy tertarik dengan artikel yang diberikan oleh miazara mengenai nik aziz join plan amflexi..mgkin mia owng baru dlam dunia insurance.berdsrkan umur pun kita bleh tahu samaada seseowng2 layak membeli polisi atau tidak..sebenarnya jika mengajak fmly membeli insurans adalah bagus kerana insurans adalah penting pada zaman sekarang.tetapi dalam plan amflexi terdapat 2 bahagin iaitu insurance dan top up.semasa membuat kotesion mia bleh pilih untuk lebihkan yang mana satu samaada insurans atau pelaburan.jika lebihkan insurance komisyen akan dapat banyak begitu juga sebaliknya..setah kotesyen dibuat mia lihat didalam ruangan fund value .itulah jawapannya…

  42. 42 miazara said at 7:55 am on February 8th, 2010:

    slm…
    tengkorak silver sy bckp b’dasrkn ape yg di tunjkkn kpd sy…tp dr penerangn tengkorak silver yg amflexi ade 2 bhgian iaitu insurn n topup tu sy rase mcm slh plk penergn awk tu. xtawlah if sy yg slh tp ape yg sy taw mmg tbhgi kpd 2bhgian ttp bhgian saving n topup.. xditerngkn plk bhgian insurns tu kpd sy ,yg sy tau ianya bkn pure insrn krn cume cover kematian n cacat kekal shj. sory if sy silp. TQ.

  43. 43 Tangkal Jering said at 8:08 pm on February 8th, 2010:

    Saya baru sahaja melabur di dalam Amflexi. Tiga minggu selepas melabur saya mendapat kembali 20% dari pelaburan sebagai penghargaan. Tempoh matang adalah 8 tahun.
    Pada awal melabur saya telah mendapat 20% dan jika dibahagikan dengan 8 tahun, awal-awal lagi saya telah mendapat dividen lebih 2 peratus setahun.
    Wang penghargaan sebanyak 20% itu saya laburkan di instrumen pelaburan lain untuk menjana pendapatan tambahan.
    Saya cuma mengharapkan kadar dividen dan bonus sebanyak 5% setahun untuk menyamai dividen ASB. Andaikata dividen diberikan 12%, saya telah mendapat dividen sama dengan Bank Rakyat.
    Cuma satu sahaja masalah yang mungkin timbul iaitu pelaburan ini tidak cair. Jadi pastikan wang yang dilaburkan tidak dirancang untuk digunakan.Perlindungan insuran adalah satu kelebihan. Saya mengalu-alukan perbincangan di atas topik ini untuk kebaikan bersama.

  44. 44 BungeMude said at 3:13 am on February 11th, 2010:

    Salam Semua,byk yang saya terbaca di sini dan terdengar di luar sana tentang produk AmFlexi ni. Kira hebat jugaklah produk ni ye? masalahnya org yg memberi komen negatif tu hebat ke tak?Saya menyokong tulisan saudara hisham,yg penting kita hendaklah memahami tentang produk insuran/takaful itu.

  45. 45 faiz said at 5:13 pm on February 11th, 2010:

    salam.. sy adalah agen utk amflexi.. br 4bln join.. bila sy tgk komen dr u all semua, sy jd confius samaada apa yg sy buat ni betul ke tak.. kalu boleh sedaya upaya sy cuba nak elakkan dr menipu org lain.. sy diajar produk amflexi melalui leader sy masa sy mula2 join dulu, dan itulah yg sy present kat customer, 6thn plan,dpat fund value 30%, insurans 10x ganda nilai simpanan, n dividen 7.5% – 15% p.a. utk stakat ni byk gak sy dpat submit lebih kurang 84k dah, jd skrg ni sy jd takut, takut kalu ape yg sy ckap kat client tu tipu dan tak betul.. boleh sape2 tlg, ape patut sy buat..

  46. 46 Tak Tahan said at 1:13 am on February 13th, 2010:

    Tak tahan lagi! terutama ejen dari AmAssurance ….Hamza……WanZ…….Nuz…..
    semuanya PENIPU ! Lintah Darah !

  47. 47 azmieharis said at 3:09 pm on February 13th, 2010:

    salam semua… aku nie memang tak tahu apa apa pasal produk nie.. ada jumpa kawan2 yang jadi agent, dan ada yg dah tahap unit manager n lain2.. muda2 semuanya tapi tengok income mereka amat2 hebat… benda nie buat aku jadi tertarik untuk lebih tahu …maybe rabu ni aku akan join kelas yg dibuat…. b4 tu aku kene study dulu apa yg perlu…bila baca macam2 komen nie jadi seram sejuk pun ada… tapi tolak la yg negatif… fikir positif je…kawan aku nie betul2 nak tarik aku coz dia tengok network yang aku ada…takpe la datang dengar n dengar tak salah kan…kalau ok boleh la join…

  48. 48 King Faisal said at 3:02 pm on February 17th, 2010:

    Salam,
    Ada x kengkawan dengar pasal “twin product” dari Amassurance nie? Amflex1 + Amcapital, Saya dah invest 10k cash utk Amcapital dan yearly 3k installment dr credit card. Ada pro and cont x?? TQ

  49. 49 whocynee said at 4:08 pm on February 17th, 2010:

    39 ijai said at 9:59 pm on January 31st, 2010:
    abang ipar saya diperkenalkan amflexi. ajen tu suruh dia labur 50k dan selepas 7 tahun akan dapat 300k. betul ke semua nie… nak dapat kepastian dari orang2 yang berpengalaman di sini

    mmg betul bahkan akn dpt lebih dr tu..tapi pd situasi klu dia maintain 50k stiap thn..

  50. 50 hafiz said at 12:33 am on February 18th, 2010:

    Macam2 komen negatif yg diberi..kepada semua client2..hope anda tnya dan rujuk kpda agen yg betol..klu ade pape yg x fham..refer tros kpda ibu pjabat amassurance…klu rse kne tipu..bwak la ke muka pengadilan..coz x semua agen jujur k..kesian la kpda agen yg jujur n ikhlas..coz diorang pn mncari rzeki yg halal diatas muka bumi Allah yg t’bntang luas nie..kpda semua group..gud luck utk BOP..sekian~

  51. 51 anon said at 12:34 am on February 20th, 2010:

    Hai King Faisal ,

    sedih betul ! mangsa lagi!

    cuba tanya AmAssurance sendiri !

    I mangsa juga dan saya dah laporkan kpd bank negara tentang scam ini .

  52. 52 anon said at 12:38 am on February 20th, 2010:

    salam whocynee,

    labur 50k n dpt 300k lepas 7thn?

    kalaulah betul ! tak perlu kita kerja lagi!
    pinjam dr bank dan jelaskan lepas 7 thn , itu saja kita perlu buat ! fikirkan !

    dah tanya AmAssurance dan Ambank ……tapi semuo ini penipuan !

  53. 53 Blue said at 9:10 am on February 23rd, 2010:

    Salam, kepada mereka yg pandai buat ulasan sendiri pasal Amflexi, get your facts right. Yang mana baru jadi agent, believe in yourself. Yang mana cuba nk sabotaj, get a life. Sesungguh pelaburan tetap pelaburan walaupun insurans. Risiko capital hilang mmg ada. Masuk website BNM check FAQ investment link then masuk LIAM tgk program ILP yg sume syarikat insurans ada. Zaman dah berubah, insurans skarang dah lain. Bayangankan Unit trust + Life insurance tu lah ILP. Amflexi ialah Risk Based Capital program. Kalau melayu cite pasal MLM laju je masuk bwk tok nenek skali, cite simpanan lama sket dah mula me-LAYU. Itulah dilema MELAYU. Tgk kaum lain ada x cite mcm ni? Yee…xde

  54. 54 lynn said at 1:01 am on February 28th, 2010:

    salam.

    saya agen dari Amassurance. Saya pernah buat illustrasi dari software amassurance, tak boleh lak dpt untung yg cepat. tak faham macamana agen2 ni. buat rosakkan market dan kenakan org melayu pulak tu. sah ke sembahyang dan lain2 amalan, kalau hari2 tipu org. jadi agen insuran yg betul2. belajar lagi dengan leader yg betul. kesian mak ayah pun rasa duit dari penipuan..hati2 sepandai2 tupai melompat jatuh ke tanah jua akhirnya..

  55. 55 lynn said at 1:04 am on February 28th, 2010:

    saya tak pernah respect agen2 amassurance yang berjaya mendapat pencapaian tinggi. memang betul mereka berjaya kena hasil penipuan. kesian pada mereka ini..sedarlah ke pangkal jalan yang benar,,

  56. 56 Fahmy said at 11:22 pm on March 1st, 2010:

    Sign-up dgn takaful prudential sudah….
    Buat apa pening² ckp itu tak bagus ini tak bagus…

  57. 57 amjat said at 11:18 pm on March 2nd, 2010:

    assalamulaikum,saya adalah salah seorg org penting di amassurance..tekperlu saya perkenalkan diri saya,jka saya perkenalkan diri,semua consultant@ejen amassurance akan mengenali saya..disini saya ingin tekankan kepada semua pelanggan yg tlh mengambil@menbeli produk Amflexi jika anda rasa plan ini meragukan, anda bolh menhubungi terus amssurance utk pengaduan dgn syarat sertakan sekali bahan @bukti anda telah tertipu dgn ejen amassurance…kita di sini ingin membershkan nama baik Amssurance dri Consultant@ejen yg menipu dan segala penipuan yg di buat..sebenarnya Amassurance telah mencari bukti untk memBERHENTIKAN semua consultant yg bermasalah…tidak semua consultant di amassurance menipu,ada yg baik n jujur,…sudh ramai ejen yg tidak beritikar kami sudah tamatkan cntract mereka…ingin perlu buktikan nama ejen dan dri agensi mana..kami tidak mahu tragedi simbah cat MERAH berulang di cawangan Klang.

  58. 58 amjat said at 11:40 pm on March 2nd, 2010:

    saya terpanggil untk memberi penjelasan di sini..sesiapa sahaja yg terTIPU dgn produk amflexi dri amassurance kerana ejen@consultant yg menberi maklumat palsu..sila kenal pasti ejen tersebut n ambil segala bahan bukti yg diberikan,kita di amssurance akan membuang sesiapa sahaja ejen yg didapati meNIPU client..

  59. 59 na_ieda said at 9:10 am on March 7th, 2010:

    en Amjat.., saya adalah salah seorang klien yang dah tertipu dengan ejen amasurance..saya dijanjikan yang selepas 3 tahun pengeluaran duit boleh dikeluarkan beserta dividen yang “luar biasa” lumayan..saya telah invest RM4000..dan lebih malang lagi telah mengajak/mempromote rakan saya untuk buat investment di amassurance setelah dijanjikan akan diberi komisen..dia telah buat pelaburan sebanyak RM30000 untuk 3 tahun -maknanya RM10000 setahun…kini saya menghadapi masalah yang amat besar dan rumit kerana kini janji tinggal janji..pengeluaran hanya dapat dibuat sebanyak RM20000 sahaja..tolonglarr..macamane saya nak selesaikan masalah ni..saya tertipu dan terperangkap…!!!

  60. 60 na_ieda said at 9:18 am on March 7th, 2010:

    en Amjat atau mana-mana wakil amassurance yang boleh dipercayai dan jujur..tolong hubungi emel saya na_ieda@yahoo.co.uk atau zariey1@yahoo.com kerana kami mahukan penjelasan lanjut..terima kasih

  61. 61 Am "Ass" urance said at 1:04 am on March 8th, 2010:

    Amjat…..bawa lah polisi itu ke AmAssurance dan minta duit balik saja! kalau ditolak ….. ajak semuo kawan yg TERTIPU dan buat aduan dekat Utusan / Metro …. paparkan semua insiden ini ….kita ditipu…ejen2 pula bawa kereta mewah !

  62. 62 Am "Ass" urance said at 1:08 am on March 8th, 2010:

    na_ieda ….nak duit balik ? lapor kepada bank negara malaysia dan saya yakin akan dapat pelaburan kamu.

  63. 63 ccantu said at 7:34 pm on March 8th, 2010:

    salam smua..

    aku br jer jumpa agen ambank nie dan lebih kurang sama ler dgn aper yg aku baca kat atas nie n aper yg diorg citer kat aku…
    neway aku tgh kaji lagi benda nie…pulangan lumayan 11.7% p.a..
    tapi tuh ler..skang ader dgr citer tak leh kuarkan duit tuh ler…so agen kat sini bleh bg penjelasan tak??
    maizara nak jumper ko lak mcm maner?

  64. 64 na_ieda said at 7:45 pm on March 10th, 2010:

    sekarang saya dalam proses nak buat minta claim duit..unit aduan agen amassurance sruh saya buat report n submit..hope fully leh dapat pelaburan asal..kalau xdapat jugak,confirm kena repot kat BNM..KPDN ker..pape jelar..yg penting dapat balik investment


Leave a Reply