Pinjaman Untuk Melabur di ASB
Posted: March 12th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: ASB, Perancangan Kewangan | 93 Comments »[Update]
1. Maaf kepada sekalian pembaca, ada khilaf pengiraan. Silap apply formula.
2. Terima kasih kepada para pembaca yang mengira semula pengiraan awal di bawah dan memberikan komen.
3. Konsep spread masih betul, apa yang salah ada pengiraan yang saya buat sahaja.
4. Justeru, untuk angka-angka yang diberikan di bawah, jumlah pembayaran balik pinjaman adalah sekitar RM 170,000
5. Maka, jumlah untung bersih dari loan ASB adalah = RM 331,000
6. Sila baca kembali post asal untuk perbandingan lanjut.
7. Yang penting dalam topik ini, anda faham konsep spread yang ditunjukkan. Mungkin spread sekitar +5% adalah sesuatu yang sangat menguntungkan dalam kes ini.
[Post Asal]
Saya menjawab ‘tag’ dari team Saifulsham.
Saya tidak tahu pakej penuh yang ditawarkan. Ini andaian saya sahaja:
Nilai loan : RM 100,000 (100% loan)
Kadar faedah : 5.55% (Berdasarkan kadar BLR semasa)
Tempoh pinjaman: 20 tahun / 240 bulan
Kadar bayar balik sebulan : RM 700
Maklumat mengenai ASB pula.
Purata Dividen ASB 1990-2007 : 8.4%
Purata Bonus ASB 1990-2007: 2.8%
Memandangkan bukan semua orang boleh dapat bonus, maka kita ambil sahaja purata 8.4% dividen sahaja untuk tujuan pengiraan. Bonus letak tepi.
Pengiraan ini adalah ANGGARAN sahaja.
Apa yang anda perlu faham adalah konsep nilai “spread” , (dividen+bonus ASB) – BLR
Hari ini nilai spread (dividen ASB – BLR) adalah dalam 2.85%*
* Spread hasil bonus ASB saya tak mahu kira sebab bukan semua orang layak dapat bonus. Pengiraan dibuat berdasarkan purata dividen 1990-2007. You’re free to use any figure by using these spread concept.
1. Maka bagi mereka yang meminjam untuk tempoh 20 tahun, untuk melabur RM 100,000 di dalam ASB, (dengan andaian BLR kekal 5.55% sepanjang tempoh tersebut) maka jumlah bayar balik pinjaman tersebut adalah sekitar RM 294,000 RM 170,000
2. Pelaburan ASB RM 100,000 itu pula (dengan andaian dividen purata kekal 8.4%) selepas 20 tahun pula bernilai, RM 501,000. Pengiraan ini dibuat selepas dividen dilaburkan semula. Dividen TIDAK diusik langsung.
3. Sekiranya anda menyimpan di ASB 700 sebulan pula untuk 20 tahun, selepas 13 tahun ia akan mencecah RM 200,000. Kemudian anda tidak boleh memasukkan duit tambahan melainkan dividen sahaja. Dividen juga TIDAK diusik langsung. Reinvested. Dan selepas 20 tahun, jumlahnya adalah RM 353,000
Perbandingan loan ASB vs Simpan Sendiri
Sekiranya anda mengambil pinjaman untuk pelaburan ASB, maka jumlah bersih duit ASB (secara teknikal kita namakan hasil dari spread dividen-BLR) anda adalah :
RM 207,000 RM 331,000
Dan sekiranya anda boleh berdisiplin menyimpan RM 700 setiap bulan selama 13 tahun, dan selama 7 tahun lagi anda biarkan sahaja ia berkembang, maka duit ASB anda adalah sebanyak :
RM 353,000.
Jadi, apa pandangan anda ?
p.s. Pengiraan ini dibuat berdasarkan pakej BLR 5.55% (kadar BLR ketika ia ditulis) dengan andaian BLR tersebut kekal dan tidak berubah-ubah untuk tempoh 20 tahun. Andaian yang sama dibuat ke atas purata dividen 8.4% ASB.
p.p.s Anda mungkin membandingkan dengan pengiraan lepas di pelbagai blog dan forum yang mana BLR ketika itu adalah setinggi 6.75 % dan juga andaian dividen ASB yang berbeza-beza.
p.p.p.s Nilai pengiraan ini akan berubah banyak sekiranya kadar BLR melonjak atau menurun dengan banyak dan dividen ASB secara puratanya tidak lagi memberikan pulangan sekitar 8 – 8.4 %
Share93 Comments »
Tags: ASB, cimb, loan, maybank, pinjaman, rhb
Pakdi, saya post komen ni kat blog SaifulSham, saya reproduce sini balik.
Salam semua,
Sbg seseorang yg pernah menggunakan pinjaman ASB, nasihat saya begini, sebagai forced savings mmg bagus bg sesiapa yg suka konsep. Tetapi, tetapkan pinjaman untuk antara 8-10 tahun, selepas itu jual balik sijil ASB anda dan biarkan amaun dalam akaun ASB anda berkembang sendiri. Konsep ini memerlukan anda bersabar dan ingat, pinjaman anda akan dicatit dalam sistem perbankan kita, jadi bila ada credit report CTOS, ia termasuk dalam tanggungan pinjaman anda. Ramai tidak tahu fakta ini, saya tahu pun lepas direject buat housing loan. Kalau saya silap, minta sesiapa betulkan.
Yg lebih baik, slow n steady adalah konsep cash deposit dan akaun tidak disentuh langsung kecuali untuk tujuan yg telah anda setuju ( kahwin, beli rumah, dll ). Lagipun, dengan cara ini, tidak ada tambahan tanggungan dalam rekod perbankan anda.
Dan kalau nak buat short term, kira nak merasa dividen, saudara mesti hold the loan utk minima 2 tahun. Kalau tidak, have to pay penalty, sbb dalam ASB loan, installment awal2 adalah untuk bayar interest.
Again, I learnt it through the hard way. Kalau saya silap, minta sesiapa betulkan.
Pilihan di tangan anda.
Saya amat tertarik dengan ciri “pelaburan dijamin oleh kerajaan” yang ada pada ASB.
Pakdi,
Wujudkah di Malaysia pelaburan lain yang seumpama ini yang mempunyai Majlis Pengawasan Syariah + pelaburan dijamain?
terima kasih ome.
betul tuu, kalau kita dah buat commitment awal dengan buat ASB loan ni, barangkali ada masalah nak apply loan lain (kereta, rumah dll) kalau bank tengok kedudukan kewangan kita tak cukup kuat.
eh bila masa bro afyan bagi komen ni…
kalau pelaburan “dijamain” saya tak pasti. hehe …
apa yang dimaksudkan dengan “pelaburan dijamin” ?
return yang dijamin ?
modal yang dijamin ?
syarikat dana pelaburan yang dijamin akan dibailout kalau bermasalah?
hehe …
PIDM menjamin keselamatan duit savings kita di bank-bank tempatan sehingga RM 60,000 sampai tahun 2010 termasuklah bank-bank “milik” kerajaan.
PIDM juga adalah agensi kerajaan.
Bagaimana pula Bon Merdeka yang telah disahkan patuh syariah itu dijamin pulangannya ?
BNM juga adalah agensi kerajaan.
KWSP sebagai simpanan hari tua juga dijamin oleh kerajaan.
KWSP juga adalah agensi kerajaan.
Adakah tidak wajar kerajaan memberikan jaminan sebegitu ?
Sebagaimana di Parlimen pun kita dengar ada MP yang memohon jaminan (baca: bantuan duit cash) dari kerajaan agar membantu peneroka-peneroka dan penoreh-penoreh. Sedangkan majoriti peneroka dan penoreh itu adalah mereka yang masuk dalam projek Felda, Felcra, Risda dan itu semua adalah agensi kerajaan.
Persoalan ini dikembalikan kepada bro
Saudara2 yg dikasihi sekalian.. zan skrg nih ada mushkil sedikit. Kawan zan yg berada di dalam industri kewangan telah menerima memo/surat dari jawatankuasa pelaburan kewangan syariah yg telah mengumumkan bahawa mereka tidak mengiktirafkan ASB sebagai pelaburan yang “syariah compliant”, walaupun mereka acknowledge bahawa majlis fatwa meletakanya sebagai pelaburan yg “harus”…. jawatankuasa tersebut cukup berhati-hati dengan tidak mengatakan hukum bagi pelaburan ASB, cuma sekadar tidak membenarkan sebarang pelaburan yang melibatkan ASB di dalam aktiviti pelaburan mereka (investment institution), bagi memenuhi syarat “syariah compliant”. So skrg nih siapa yg perlu dipercayai.. surat email tuh telah diforwardkan kat zan…
kawan-kawan, ikutkan kirea boleh buat potongan gaji
untuk simpan terus dalam asb tanpa libatkan pinjaman.
sama ada konsepnya bagi aku pinjam kat bank dan juga
buat potongan gaji
tapi masalah nak buat potongan gaji kena pergi ke pejabat asbn, agen tak boleh buat potongan gaji. lagipun maklunat tentang potongan gaji untuk asb tak luas dipormosikan macam pinjaman asb.
sampai sekarang pun aku masih ada masalah nak pergi ke pejabat asbn sebab ramai orang tak tahu mana letaknya pejabat. rasanya aku kena cuti satu hari semata-mata nak dapatkan borang potongan gaji di asbn kat melaka sebab tu aje yang paling dekat kat muar
hoho.nasib baik ko mention pasal ni,aku baru je submit form nak apply mende alah ni; aku amik RM55k punye,tapi bile fikirkan nanti masuk credit history susah nak apply loan seme; aku hold dulu la,nasib baik blom sign agreement
macam2 jenis pandangan ada pasal tajuk macam nie…yg penting terpulang objektif pelaburan dan kemampuan masing2…ade yg rasa dengan buat pinjaman lebih displinkan mereka…jadi pilihlah ikut citarasa masing2.yg penting korang dah tau pros and cons yg korang nak buat.
Jawapan yang Sdra Pakdi berikan menjawab serba sedikit persoalan saya tadi.
Pelaburan dijamin yang saya maksudkan ialah tiada risiko rugi walaupun 0.01%. itulah pemahaman saya tentang ASB ini.
Maksudnya; Jika saya melabur RM 1000, maknanya RM 1000 tersebut tidak akan hilang jika esoknya atau lusa atau sebulan selepas itu atau 5 tahun selepas itu saya perlukan. Sekalipun waktu ekonomi merudum.
Saya seorang self-employed, tiada pilihan untuk caruman KWSP. Bon Simpanan Merdeka pula untuk 50 tahun ke ataas, bukan?
Masalah saya untuk melabur di ASB adalah saya tidak berapa yakin dari segi ’syariah’nya. Apapun saya tetap hormat keputusan Majlis Fatwa dan pendapat yang mengharuskannya.
(Eh, ini macam meloncang sikit daripada post asal)
thx pakdi. den pon tgh berkira2 nie.
rasanya baik menyimpan sendiri la kot
susah woooo nak disiplin neh. hehe
bro afyan,
1. kan hambe dah bagi turutan alternatif selain ASB. TH. Index Fund. Dalam post-post lepas.
2. dalam emel sirr hazar tu, kan hambe dah nyatakan kenapa isu ini ada sedikit “havoc” kerana ada sekumpulan pihak berkepentingan mahu cari makan. sedangkan, banyaaaaakkkk lagi isu kewangan lain. tapi senyap. kalau ada pendapat ulama pun disenyapkan. buat-buat tak nampak. sbb diaorang rugi. senyaplah.
fund management bukan orang kita buat parti yamseng tuuu bila dapat Islamic fund management license. Green money! green money! Manyak untung maaa.
3. kan hambe ada tulis pasal kapitalis, free market. tapi hambe ada dapat cercaan dari orang-orang yang mencerca. sedangkan free market takde konsep “jamin-menjamin”. kalau rugi tanggung sendiri. pelik, dalam keadaan kewangan A, minta dibantu (jaminan). tapi keadaan kewangan B, bantuan (jaminan) jadi harom pula. hmm ? Adakah prinsip Islam itu berubah-ubah ?
4. the best way, belajar invest sendiri. senang cerita. dan kalau saya nak pandai sorang, hambe takdelah buat blog ni dalam BM. cerita pasal pelaburan. sbb hambe mahu tolong bangsa hamba yang tidak dapat memahami sumber sebaiknya dalam BI.
5. hambe nampak byk benda yang orang tak nampak. masalah sungguh bila terlalu banyak membaca ni. sebab tu hamba mahu elakkan diri jadi “pemikir idealist” dan mengambil jalan mahu jadi “realist”
6. keadaan realitinya, ekuiti institusi melayu memang capai 17-18%. tetapi ekuiti individu melayu sangatlah rendah.
7. bila hambe cakap belajarlah saham, futures, dicakapnya high risk, nak selamat masuklah …. unit trust.
8. bila hambe tahu unit trust ni bukanlah selamat mana pun, dan memandangkan Melayu yang tahu invest sendiri pun tak ramai, maka hambe berlapang dada dan menerima juga pendapat ASB harus. itu pun ada yang cakap pada hambe, “Pakdi suruh orang kita jadi penakut dan tak mahu berubah. Berani lah sikit ambik risiko. Beli unit trust.”
Hahaha.
9. Hambe juga self-employed. Hambe tahu masalah ASB dan fund management yang ada link kerajaan, jadi hambe sentiasa cari ilmu dan jalan biar dpt jadi fund manager sendiri. sebab kalau bukan hambe nak ubah diri sendiri, siapa lagi akan ubah keadaan diri hambe.
Kan dah panjang komen kat blog sendiri. tapi bro afyan punya pasal, takde masalah punya. hehe.
nore, nanti dapat gaji 5k dalam IB, boleh je buat. haha. setakat komitmen 5-6 ratus, gaji banyak tu boleh je lulus loan. hihi.
dins, sweet thinker dan knizam, hambe cuma beri pengiraan hamba setelah ditag oleh saifulsham. mahu ambil ke tak mahu ambil ke, lu pikir la sendiri…!
Adalah lebih baik anda simpan sendiri daripada membuat pinjaman ASB, jika sekiranya :-
Anda mempunyai AZAM yang kuat untuk melihat wang simpanan anda terus berkembang sehingga mencapai matlamat sasaran anda.. sebagai contoh nak target sampai had maksima RM200K kemudian lepas tu…biarkan ianya terus berkembang..Jangan diusik walaupun satu sen pun…
Masalahnya ramai yang tidak merancang kewangan dengan betul…akibatnya;
Bacaan lanjut di…
http://pemikirkaya.com/index.php/kewangan-peribadi/pinjaman-pelaburan-asb-baik-atau-tidak.htm
Cerita pasal force saving ni ada pro and con nya….ada yg berjaya dan ada juga yg kecundang….sama macam kalau kita buat lain2 loan….loan rumah, personal, kereta dll…
Pokok pangkalnya diri sendiri!! IMHO, simpan sendiri lagi baik drpd buat loan ASB…….
Kawan Bai cakap “Kalau buat pinjaman, kita bolehlah berdisiplin sikit… ”
RM353,000 – RM207,000 = RM146,000
Harga disiplin = RM146,000
Bai tak mampu lah beli ‘disiplin’…..
ada banyak skim pelaburan dijamin oleh kerajaan dari banyak agensi. kerajaan yang saya maksudkan ialah kerajaan BN. jadi jika pilihan raya akan datang BN tumbang dan diganti dengan kerajaan baru, saya tertanya-tanya adalah segala skim pelaburan yang dijamin akan terus dijamin oleh kerajaan baru ni.
rasanya PM semalam pada 13/03/2009 ada bercakap pasal GLC suka sangat ubah dasar apabila beralih kepimpinan, termasuklah juga kementerian dan kerajaan malaysia sendiri ( itu macam cakap kena batang hidung sendiri nampak).
tapi dalam ekonomi kapitalis dan juga islam, isu jamin menjamin ni takde dalam hukum. tapi kalau kerajaan nak galakkan orang melabur, adakah patut kerajaan bagi jaminan terhadap pelaburan pada hal dalam hukum, unsur tu patut takde???
rasanya Ust Zaharuddin ada idea/cara nak buat ASB tu jadi halal. cuma masalah orang-orang dalam ASB tu tak kreatif dan inovatif nak buat ASB tu jadi halal. orang-orang dalam ASB pulak tak rujuk pada Ust Zaharudin mintak tunjuk ajar macam mana nak buat ASB halal.
ini belum cakap lagi kebanyakan orang susah nak terima idea baru tapi galakkan budak-budka jadi pandai. apabila budak-budak dapat 20 A dalam spm, maka secara automatik mesti budak ni ada banyak idea baru dalam kepalanya. tapi apabila budak ni masuk dalam sektor kerajaan atau swasta, adalah orang-orang lama dalam sektor tersebut akan terima idea budak ni pada hal spm dia dapat 20 A????
inilah antara sebab masalah ASB masih susah nak jadi halal sebab ada orang dalam ASB tak mahu nak jadikan ASB halal. patutnya Menteri Besar Selangor sekarang masa ada kuasa dalam PNB dah cuba usaha nak jadikan asb halal namun ……..
apa pun kita ada banyak pilihan. yang penting saya mesti pilih ……. hehehe
Ops… panjanglah pulak respon Sdra pakdi terhadap komentar saya
ada soalan bab meminjam ni…
ada kawan saya pinjam +-RM 30 000 masuk asb…
tahun pertama dia akan bayar +- RM300 kat bank…
Tamat tahun pertama dia akan dapat dividen ntah brape ntah…
Tahun kedua dan seterusnya dia akan guna duit dividen yang dia dapat tu untuk bayar baki pinjaman bank dia…
So…
Dia hanya bayar pinjaman untuk tahun pertama sahaja… tahun seterusnya dividen yang akan bayar pinjamannya..
Kesimpulannya…
Setelah tamat tempoh bayaran balik pinjaman dia akan dapat RM 30000 hanya dengan bayar pinjaman pada tahun pertama sahaja!
Betul ke benda ni wujud?
hi
saya rasa asb lah medium terbaik pada orang melayu.DS Harussani sendiri kata harus dalam keadaan gawat umat melayu islam.Adakah kita nak masih lagi bercakar dan bercakap2-hingga-lembu-balik-rumah ?
buat simpanan seawal mungkin dalam asb,th.inshaalah ia akan berkembang dengan CI.
orang bangsa lain dah maju kedepan sangat,sedarlah.
gua tak melabur dalam ASB… sebab…. ala.. korang pon tau kan…
bukan nak bercakaran.. tapi ingin kan kepastian… hehe. ASB mmg antara medium terbaik.. Cuma persoalannya PINJAM BANK / SNDIRI COMMIT BYR BULAN2..
ASB ni syaria compliant (menurut bacaan hamba..) Tapi klau wat loan (cth : maybnk) untuk labur dlm itu ASB yg jd msalah… (riba’ menjejaskan kehalalan loan tersebut)
DISIPLIN yg sbnrnye penting lebih2 lagi utk org melayu kite yang nk selalu nk dpt reward cepat.. nk rase dividen.. nk tnjuk ngn kwn2 ‘aku ade loan 100k invest dlm ASB’.. tercengang member… haha
aku cube menulis pasal COMPOUND INT.. sbb aku rase semua patut concern pasal bnd ni..
http://whatiscompoundinterest.wordpress.com/
tapi bru intro je… blm ade mase.. hehe.
Setahu saya yang menyebabkan ASB jadi HALAM ni disebabkan oleh pegangan ekuiti dalam saham kaunter maybank sebanyak 40% yang mana kaunter maybank ni bukanlah syariah compliance.
Lagipun saya tengok ASB ni pun tak transparent dgn pelabur ttg pelaburannya tu. 40% exposure dalam ekuiti ni actually tak ikut guideline SC/BNM dalam pelaburan unit trust setahu saya. Bayangkan kalau maybank bankrup mcm lehman brother, apa jadi dgn pelabur kita?
Kalau dah buat loan riba tu memang terang2 HARAM part sumber modal pelaburan.
sambungan…
memang lah ASB ni dijamin oleh kerajaan tapi bila tengok rekod performance unit trust berkaitan kerajaan tak perform sgt. Malah adalah yang lingkup mcm ASJ/ASS.
Kalau nak invest unit trust carilah yang bank anjurkan. Pastikan yang syariah compliance kalau org Islam supaya barkat harta tu.
hmm itu la… susah idup zaman skrg ni kn.. aku just ikut mcm kate UZAR, klau majlis syariah dah kate mcm tu, serupa la mcm JAKIM letak cop halal kat makanan… kalau die tipu pon kite bkn tau.. maksud nye kehalalan itu atas jaminan dorang. DOSA dorang TANGGUNG.
Untuk org2 mcm kite yg amik berat ni xtau la aku mcm mane status…
Wallahulam..
Nak dapat reward cepat dgn buat loan dan invest tu nak tunjuk kat kawan baik takyah. Sebab sijil pelaburan tu bukan pemilik mutlak selagi tak habis settle loan.
Dgn dividen ASB 7-8% setahun ditolak dgn kadar faedah 5.5%, berapa sajalah dividen tu. Kalau dividen turun pi 5% setahun dah negatif plak dividen. Baik buat regular saving tiap-tiap bulan. Kita tak tertekan dan harta pun berkat.
Mcm Farhan cerite tu,mcm ada bagusnye klo buat ASB Loan…
1) sbb thn pertama je kite guna duit kite sendiri utk bayar ansuran bulanan.pastu,utk thn2 seterusnya kite rolling duit dividen+bonus utk bayar ansuran bulanan kite tu…
2) berbanding klo kite simpan secara bulanan, kite terpaksa gunakan duit sendiri utk melabur setiap bulan.
ada komen/pendapat ttg hal tersebut?
ok lah tu. dividen ASB lagi tinggi drpd loan. positive cashflow… boleh leverage… dijamin… etc etc… paling penting dapat menabung… net worth boleh meningkat
korang jangan sebut nama uzar kat web pak di ni, pak di ni allergic dengan nama uzar..dia benci habis ustaz tu..korang sebut2 nama tu hanya membangkitkan amarah pak di ja…
Pakdi: Astaghfirullah al-azim. Terima kasih najwa. Dakwaan sdri tidak sepadan dengan nama sdri yang indah tu. Isu ASB ini tiada kaitan dengan apa yang sdri sebut. Sebab saya sendiri letak pendapat dia dalaM ASB sama baris dengan pendapat ulama lain dalam blog ini. Dan saya serahkan kembali kepada semua pembaca untuk mengambil mana-mana pendapat yang mereka rasa lebih yakin. Itu sahaja. Dan saya juga perlu mengingatkan, selain al-fadhil UZAR, kita masih ada ramai shariah advisor tempatan. Yang mendapat pengiktirafan dari SC / BNM. Jadi, kita perlu baca semua pendapat shariah advisor ini dalam semua isu berkaitan kewangan Islam.
Bang… ASB max 200k…….
byk sgt kire smpai lupe ek ………..
Assalamualaikum,
Saya bukanlah wakil pihak ASB, hanyalah seseorang yang menerima konsep pinjaman untuk simpanan di ASB.
Pertama sekali, setiap orang mempunyai pendapat masing-masing mengenai keuntungan daripada pelaburan. Bank memberi kepercayaan bahawa saya (pelanggan) mampu memulangkan kembali pinjaman yang diberi oleh mereka, bersama keuntungan. Jadi tidak salah jika mereka menerima keuntungan daripada risiko yang mereka ambil. Bank juga mempunyai pekerja untuk disara.
Seterusnya, mengenai pinjaman ASB. Kita semua akui bahawa kadar interest ASB selalunya lebih tinggi daripada kadar pinjaman daripada Bank. Selain itu, ASB juga mempunyai kadar bonus (untuk simpanan lama). Maka, secara logiknya, secara purata, anda akan mendapat keuntungan daripada pelaburan anda setiap tahun. Akan tetapi, jikalau anda dapati bahawa kadar pinjaman anda adalah lebih tinggi daripada interest ASB, silalah cari kadar pinjaman lebih bagus daripada Bank lain.
Ada yang menyatakan, jikalau anda melabur terus kadar bayaran pinjaman anda kedalam ASB, anda akan untung lebih. Anggapan itu, bagi saya adalah salah. Anda bermula dengan simpanan yang anda ada (mungkin RM0, mungkin RM5,000) dan melabur pada kadar tetap setiap bulan. Selepas mencapai simpanan RM200,000 (sila update kalau salah), anda sudah tidak mampu menyimpan duit kedalam akaun ASB lagi kerana itu adalah had menyimpan. Anda hanya mampu mengumpul dividen sahaja selepas itu.
Manakala, jikalau anda membuat pinjaman (katakan RM100,000), anda telah menyimpan RM100,000 sekarang, atau bagi pendapat sesetengah pihak, anda akan menerima dividen berkenaan cert RM100,000 sekarang. Key-word disini ialah “sekarang”. Dengan pulangan dividen dan bonus setiap tahun, anda akan mencapai simpanan RM200,000 pada kadar lebih cepat daripada melabur sendiri kedalam ASB.
Jadi, disini ingin saya nyatakan bahawa its a win-win situation untuk anda dan juga pihak bank. Anda menabung pada kadar yang cepat jikalau mengikuti konsep simpanan di ASB ini.
Ingin juga saya nyatakan, jikalau ingin buat perbandingan, silalah pastikan bahawa situasi mestilah sama untuk kedua-dua (pelaburan terus ke ASB dan pinjaman untuk simpanan di ASB). Jikalau kita anggap kita terus melabur di ASB untuk satu pihak, manakala pihak satu lagi, dividen daripada pinjaman dikeluarkan, lalu tiada interest diterima terhadapnya, sememangnya kita akan berpendapat kita mengalami kerugian.
adik epol, adakah anda telah membaca artikel di atas dengan teliti ?
p.s. adik epol, kenapa guna 2 nick untuk satu emel dan ip address yang berbeza?
p.p.s ok, anda bukan orang ASNB. tapi anda orang bank kah ?
Salam Pakdi,
Dalam perenggan pertama u mentioned that bayaran bulanan utk loan sebanyak 100k for 20yrs at 5.55%/annum adalah Rm 700 ( or +-). Then somewhere down the road Pakdi wrote total loan repayment utk loan tersebut adalah Rm 294k. How is that so? Kalau saya guna cal. buruk saya, Rm700/mth utk 240bln is only Rm168,000. Harap Pakdi dapat terangkan cara pengiraan Pakdi utk mendapatkan rm294k tu..tq
ye.. sy pon setuju..
sbenaye agak confuse the way pakdi calculate.
sy gune cal sy yg paling canggih ni pon dpt mcm nizam = RM168,000.
please explain details…
saya sudah update post ini. terima kasih kepada nizam dan anonymous. lambat update sebab saya serahkan pengiraan tersebut kepada kawan untuk dibuat semakan kali kedua.
[...] Saya ada silap pengiraan dalam topik pinjaman untuk melabur di ASB. Sila rujuk post tersebut kembali untuk membaca pembetulan yang telah [...]
silap lagi tuuu… Bank RHB ada offer loan ASB ni pada kadar
1-2 yrs: 3.8%
3-6 yrs: Blr -1.5= 4.05
seterusnya: Blr – 1.6=3.95
bayaran balik utk pinjaman RM100k selama 20 thn ialah RM609 sahaja bulan2 = RM146,000
spread ASB-interest loan = 8.4-3.95= 4.45%
goldfinger, susah le hambe kalau setiap pakej loan ASB hambe kena tolong kirakan. hehe.
hambe cuma guna BLR 5.55% je.
kalau berkurang sampai dapat 3.95% tu bagus la tu.
kalau tiba-tiba naik sampai 6.95%, sudah pening balik.
tak gitu ?
he..he..he.. lock in period pong baru 2 tahung…
kalau net interest 6.95% … BLR kena naik ke 8.55 %… hmmm bila lahhh agak nya tuuuu…
kalau betul2 naik….. cabutttttttt !
Thanks Pakdi atas keperihatinan anda pada komen saya.
Namun saya masih beranggapan bahwa jumlah bersih dari loan ASB yg baru seperti yg Pakdi nyatakan (331,000) adalah salah.
Perlu diingatkan bahwa dari 170k yg dibayar pada bank untuk loan tersebut, 100k adalah duit kita (yg dijadikan modal utk dpt 501k tu).. hanya 70k sajer interest yg bank kenekan.. betul tak? So jumlah bersih loan ASB sepatutnya adalah 501k- 70k = 431k
Jadi, kesimpulannya ialah, loan ASB adalah lebih menguntungkan (431k vs 353k) jika dibandingkan dengan kiraan Pakdi untuk simpanan semata2.
Kalau pendapat saya salah, harap dibetulkan..
100k tu duit bank. kita pinjam.
lepas tu dengan kadar BLR 5.55% kena bayar balik up to 170k.
(Kalau BLR lebih rendah, maka jumlahnya lebih rendah, dan sebaliknya)
Mana datangnya “fakta” 100k tu duit kita pula ?
Kalau bank tak bagi pinjam, takde lah 100k tu.
Istilah 100k tu ‘duit kita’ selepas kita bayar 170k pada bank (selepas 20 thn). Bila kita habis bayar loan tu, kan bank serahkan sijil 100k tu pada kita.. yg hangus cuma 70k yg bank perolehi dari int 5.55% tu..
Kan kiraan ni berlandaskan keuntungan selepas 20 thn..
Kalau NizamJB masih berpandangan begitu. Terpulanglah.
Saya neutral dalam isu ini. Baik dan buruk loan ini bergantung kepada nett profit yang diperolehi hasil dari pengiraan spread itu tadi.
RM 501k itu ada harga. Iaitu RM 170k. Tanpa pembayaran sebanyak 170k itu, anda tidak akan dapat RM 501k. Apatah lagi bayar cuma 70k.
Saya dah tolong kirakan, tunjukkan konsep spread.
Duit anda, anda sendirilah pilih jalan yang paling baik.
Saya tak suka modify kereta, membazir. Tetapi ada juga berpendapat modify kereta itu satu pelaburan. Apa yang saya boleh buat ?
Actually saya bukan nak katakan ini untung itu tak atau yg sewaktu dengannya.. cuma yg nak diperbetulkan ialah kiraan yg Pakdi buat tu.
So kalau Pakdi tak boleh terima komen yg kiraan Pakdi tu silap, then saya mintak maaf..
NizamJB, konsep yang saya guna pakai di atas, adalah konsep SPREAD.
Pengiraan berdasarkan konsep SPREAD itu tadi adalah seperti di atas berdasarkan pemboleh ubah tertentu yang mesti diambil kira setiap masa (BLR, kadar dividen ASB).
Bila SPREAD, kita hanya kira nett profit.
Saya takde masalah kalau ada yang tegur, saya pun dah betulkan pengiraan awal tu. Kalau saya tak boleh terima teguran, komen tu dah lama saya padam dan buat tak peduli je.
Cumanya saya fikir, NizamJB tak dapat grab konsep spread yang telah ditunjukkan.
Menyebabkan apa yang tuan cuba betulkan itu tidak selari dengan konsep asas yang digunakan.
Melainkan sdr ingin kritik, tak setuju dengan konsep SPREAD yang diguna pakai, itu terpulanglah. Masing-masing ada cara tersendiri nak kira profit n loss. Dan cara kiraan yang tidak berdasarkan spread pun sudah tentulah lain.
Oo ic.. rasanya baru saya paham konsep yg pakdi apply.
Klu camtu, nett profit utk cara menyimpan 700/bln utk 13 thn tu bukan la 353k.. instead nett profitnya adalah 353k – (700×12x13) = 353000 – 109200 =243,800.
So for loan ASB,
170k (modal) + 331k (nett profit) = 501k
Whereas utk simpanan bulanan,
109k (modal) + 244k (nett profit) = 353k
Kalau breakdown pada jumlah keseluruhan iaitu 501k (utk loan) dan 353k (utk simpanan) yg saya nyatakan diatas itu salah, harap Pakdi boleh huraikannya ikut pahaman Pakdi.
P.S. Jgn marah ya Pakdi, otak saya ni memang slow.. Pakdi sebut spread jer perut saya jadi lapar.. teringatkan peanut butter spread..
klu bab kira2 nie memang fail..
1. kalau NizamJB ada pengiraan sendiri, tiada masalah. Sebab tu saya boldkan dalam post di atas pasal konsep SPREAD tu. biar orang yang baca, bagi jelas dulu konsep yang diguna pakai.
2. loan ASB ni saya pandang macam ni, untuk kes di atas, macam beli rumah 100k, yang mana installment dia 20 tahun, dan selepas 20 tahun, anda boleh jual dalam 500k.
3. jadi, walaupun lepas 20 tahun dapat 500k as a sale price, tapi nak kira actual profit kenalah kira, sale price – total installment amount = RM xyz.
4. Tapi siapa yang menyimpan dengan berdisiplin, there are no cost at all. so, apa apa yang dapat pada akhirnya itu adalah nett profit.
5. sekali lagi, saya tiada masalah kalau ada sesiapa nak bagi pengiraan lain, teknik lain ke, dsb… tapi kalau mengikut konsep spread, begitu lah pengiraannya.
Saya masih tak paham kenapa jumlah akhir dari simpanan tu disifatkan sebagai nett profit semata wal hal bulan2 yg dimasukkan tu adalah duit dari pocket kiter. Yg saya paham tentang nett profit adalah keuntungan bersih keatas sesuatu pelaburan.. bukankah simpanan bulanan dianggap sebagai modal kerana we have to earn it, pastu baru dilaburkan kedalam ASB?
Can you gain a nett profit of 353k from Rm0 capital?
1. Ok, I may wrong. U may rite.
2. Harap NizamJB boleh kemukakan pengiraan lain. Jadi, reader blog ni boleh baca dan bandingkan sendiri. Tapi pengiraan saya di atas kekal. Ruang komen ini ada untuk sdr letakkan pengiraan tersebut as 2nd opinion.
Thanks Pakdi,
Actually saya agree that selepas 20 thn, bagi loan ASB adalah 501k dan simpanan tetap setiap bulan adalah 353k. (comparison calculator yg saya dapat in 1 blog lain also beri jawapan yg hampir sama).Cuma saya kurang setuju pada nett profit nya saja.
Beza antara loan dan simpanan adalah, utk loan kiter bayar pada bank (yg dulukan duit diorang sebyk 100k utk kiter labur in ASB) whereas utk simpanan kita masuk direct kedlm ASB.
Jadi, kalau base pada kiraan Pakdi diatas,
utk loan kita bayar sebanyak Rm700 x 12bln x 20thn dan kita akan dapat 501k.
Utk simpanan plak kita simpan rm700 x 12bln x 13thn utk dapatkn 353k slps 20 thn. Since selepas thn ke13 duit di ASB da penuh, ape kata kite masukkan pula ke ASW2020 utk baki 7 thn tu pada pulangan yg sama mcm ASB iaitu 8.4%.
So sekarang, both scenarios da balance.. utk loan kiter bayar 700×12x20 whereas utk simpanan kite masuk 700×12x20. Dan sekarang kiter lihat plak baper duit kiter ada bila cukup 20 thn tu.
Utk loan, sperti kiraan Pakdi = 501,000
Utk Simpanan, sperti kiraan Pakdi = 353,000 + 80,000 (hasil dari simpanan tetap ke ASW pada Rm700×12blnx7thn) = 433,000
Makanya, pada jumlah yg sama (168k), kiter dapat 501k didalam ASB (utk loan) dan 353k dlm ASB & 80k dlm ASW (utk simpanan)
Therefore, yg boleh saya rumuskan adalah:
1) Utk loan: kopak duit 168k byr kat bank dapat pulangan 501k.
2) Utk simpanan tetap: simpan Rm700 sebulan utk 20thn (168k) dlm ASB & ASW dapat 433k.
Wallahualam..
Actually nampak macam saya ni drifting further n further away dari initial discussion tapi niat sebenar adalah utk memperlihatkan perbezaan antara loan vs simpanan sekiranya jumlah duit yg sama byk (168k) digunakan utk kedua2 cara tersebut..
NizamJB,
1. Kan lebih mudah kalau sdr terus tulis begitu dari awal. Sdr sememangnya tahu, ada pengiraan sendiri, teknik sendiri, tapi “pura-pura” tak tahu. Apa niat sdr mahu buat saya terima juga cara pengiraan sdr, saya tidak pasti.
2. Saya maklum, ASB, OD ASB, loan ASB, ASW semua tu adalah tools. Jadi, dah namanya alat, pandai-pandailah nak gunakan sebaiknya.
3. Dalam post saya, saya mmg tak mahu letak teknik apa-apa atas loan ASB tu. Guna ASW, OD ke etc. It is just a pure calculation. Lepas tu pandai-pandailah fikir. Takkan lah saya kena beritahu semua.
4. Jadi, bila sdr faham intention post di atas, maka taklah timbul isu 700×7 tahun diletakkan dalam ASW pula. Sebab nak bagi “balance” dengan jumlah payment loan ASB. Itu terpulanglah. 700 x 2 tahun jadi modal futures trading pun ok juga kan. Lagi masyuk pun.
5. Memang sdr TIDAK PATUT drift away topik asal. Ini bukan topik on how to manipulate loan ASB etc. Itu topik lain. Kalau 2+2 pun belum paham, macam mana nak letak apply algebra pula. Sdr dah hebat, takpe.
Ini hanya topik loan ASB vs simpanan disiplin. FULL STOP.
Dan saya pun tak kata apa-apa. Which is better, which is not. Pembaca blog ini yang kena fikir sendiri. Malah, ada yang tak nak ASB pun. For me it is OK. Bagus kalau semua boleh fikir sendiri.
Nak letak topik manipulate loan ASB, sdr boleh tulis di forum BJ (dah disediakan, percuma lagi) blog sdr sendiri sekiranya ada, atau sdr boleh hantar penulisan sdr untuk diterbitkan dalam post ini. Simple.
Pinjam tagline Amir Raja Lawak 3…
“I’M SORRYYYY..!!”
kenapa orang melayu selalu anggap remeh soal halal haram? selalu pandang sebelah mata. tau berjudi haram tapi masih beli nombor ekor. tau riba haram tapi masih simpan di bank konventional, ambil loan konventional, kenapa? kalau pelaburan PNB di sektor HARAM dah melebihi 33% maka pendapatan PNB pun HARAM la juga.
Salam.
Dari perbincangan disini (sebenarnya dari web lain, tapi saya copy pastekan pendapat saya disini pulak untuk berkongsi dengan semua) dapatlah dibuat kesimpulan yang majoritinya bersetuju supaya jangan membuat pinjaman ASB.
Tetapi aku ada pendapat yang berbeza.
Tapi sebelum tu biar aku jelaskan pendirian aku, sememangnya kalau kita mampu memperuntukkan sebahagian dari pendapatan setiap bulan secara konsisten, katalah RM300, memanglah lebih baik simpan sendiri je, jangan buat pinjaman ini kerana jumlah akhir yang akan kita dapat melebihi jumlah kalau kita buat pinjaman (tidak di ambilkira nilai RM1 hari ini berbeza dari segi buying power pada 10-20 tahun akan datang). Ini semua jelas.
Tapi apa yang nak aku kongsikan kat sini adalah, dengan pinjaman ASB ni kita hanya bayar ansuran bulanannya hanya setahun pertama sahaja. Untuk ansuran bulanan bagi tahun2 berikutnya memadai dengan menggunakan dividen yang akan kita dapat pada awal tahun ke dua, dengan syarat pinjaman tu hendaklah long term, sebagai contoh 20 tahun. Kalau kena top-up pun mungkin hanya sebulan.
Dengan mengambil kira dividen+bonus setiap tahun 8%, maka dividen tersebut adalah mencukupi untuk cover ansuran bulanan. Ini adalah contoh aku: Katalah aku buat pinjaman RM 200,000 selama 20 tahun, ansuran bulanannya dalam RM 1290 sebulan, maka berdasarkan kepada hanya tahun pertama sahaja aku perlu bayar, maka aku perlu modal sebanyak RM15,480 (itupun bukan bayar sekali gus, tetapi bayar bulan2 selama 12 bulan).
Bagi tahun kedua dikira berdasarkan bonus+dividen seperti diatas, maka kita akan dapat pulangan sebanyak RM16,000 bagi tahun pertama, dari sini jelas pendapatannya melebihi tanggungan. Dan sudah tentu pengiraan bonus akan bertambah secara accumulative untuk tahun2 berikutnya.
Jadi ianya seolah2 dengan simpanan RM15,480 pada tahun pertama, memberikan pulangan sebanyak RM200,000 selepas 20 tahun atau jika keluar awal selepas 10tahun ianya berjumlah RM100,000(agaknya).
Tetapi jika kita tidak mengambil pinjaman ASB ini, dan menyimpan RM15480 dalam ASB dan membiarkannya selama 20 tahun dengan menganggarkan dividen tetap 8%, berapakah jumlah yang akan kita dapat?
Tidakkah ianya hanya berjumlah dalam lingkungan RM 30 ribu lebih sahaja?…
Kesimpulannya kedua-dua orang dalam contoh tadi sama-sama menyediakan modal RM15,480, tetapi diakhir tempoh 20 tahun, yang seorang mendapat RM200 ribu (membuat pinjaman) dan seorang lagi mendapat RM 30 ribu (tanpa pinjaman), jelaslah yang membuat pinjaman lebih UNTUNG … Sila komen tentang pendapat saya ini.
Tadi baru ja habis “Seminar Perancangan Kewangan” anjuran PNB. Wakil PNB sendiri akui yang konsep “Meminjam untuk Melabur” yang ditawarkan oleh Bank2 sekarang ni sebenarnya merugikan Pelabur or Investor itu sendiri. Dan saya pun dah buat research masa Degree dulu. Ternyata “Direct Investment” is more profitable than pinjam dari Bank. Sesiapa yang nak invest dalam ASB but xda disiplin tu, why not buat pemotongan gaji? Better potong RM1000 daripada gaji masukkan ke ASB daripada bayar installment RM1000 pada Bank. Wakil PNB ada sebut yang ASB ni Syariah Compliant. Tapi Wallahua’lam. Terpulanglah pada diri masing2. Siapalah hamba nak beri pendapat pasal hukum syariah ni. This is my opinion. Tidak bermaksud hendak menyerang or menyakiti or berdebat dgn mana2 pihak.
Sebenarnya bank-bank ini hanya menjadikan orang melayu kita sebagai proksi untuk melabur dalam ASB yang sememangnya menguntungkan. Mereka tidak dapat/tidak boleh melabur terus ke dalam ASB.
Pinjaman yang dikenakan adalah berdasarkan bunga tahunan dari jumlah pinjaman selama 20 tahun. Jadi tak boleh kira kasar 8%-5%=3%. Jikalau menyimpan sendiri loan RM40k selama 10 tahun bayaran balik jumlahnya RM70k.Mana perginya RM30k itu?
Pokok pangkalnya kena disiplin diri. Selain tu, jangan sibuk nak buat pinjaman untuk dapatkan dividen ASB sedangkan hutang PTPTN pun tak nak bayar. Ada firman mengatakan, kalau kita meminjam dengan niat hendak membayar balik pinjaman itu Tuhan akan luaskan dan mudahkan kita untuk bayar semula hutang itu. tetapi jika pada awalnya memang kita berniat tidak mahu bayar hutang itu, selama-lamanya tidak akan dapat membayarnya.
Kalau kita simpan sendiri, ketika emergency memerlukan wang kita masih dapat mengeluarkan pelaburan kita lain daripada pelaburan melalui sijil tak boleh langsung diusik melainkan dividen sahaja. Kita kena ingat, setahun sekali kita perlu selesaikan cukai kereta, insuran kereta, insuran rumah. Di sinilah pelabur yang menggunakan duit sendiri dapat advantage sebab dapat skip simpanan untuk 1 atau 2 bulan untuk perkara-perkara penting ini.
Walaupun ASB dijamin oleh kerajaan BN..Namun, ianya tetap gagal memenuhi kehendak syariat Islam..Makanya kita melihat IBFIM tidak memberi logo Halal kepada ASB.. Jadi, janganlah semata-mata untuk mengejar kekayaan dunia sehingga melupakan perkara halal dan haram..Memanglah terdapat fatwa mengatakan ianya harus..Tetapi adakah anda akan minum secawan air, sekiranya terdapat sedikit najis di dalamnya seperti tahi cicak..Andainya diminum juga..Maka lama-kelamaan akan menyebabkan penyakit kepada tubuh badan..Begitu juga sekiranya kita melabur dengan ASB..Sekiranya kita makan hasil daripadanya, maka titik hitam akan terbentuk dlm hati dan lama-kelamaan akan menyebabkan hati menjadi semakin hitam dan ianya sudah tidak dapat menerima kebenaran lagi..Itulah dinamakan hati sudah buta..Sabda Rasululah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam diri seseorang itu seketul daging, jika baik ia maka baiklah seluruh anggota, dan jika rosak ia maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah bahawa ia adalah hati”..Fikir-fikirkanlah sejenak…
Salam Pak Di;
Ijinkan sy bagi pendpt.
Sy confuse. Pengiraan Kaedah Spread vs Simpanan Sendiri ni berat sebelah ke pihak Spread. Jangkawaktu Kaedah Spread mestilah dikira utk 13 tahun (bukan 20 tahun) supaya sama dgn jangka utk Simpanan sendiri. Baru ada check & balance.
Sila tegur sy jika sy silap.
salam..
saya ingin bertanya…
saya ingin apply pinjaman asb…n nak kuarkan duit tuh dlm masa terdekat…
tp saya lom wat asb lg..
kalo leh agak2 baper lama masa utk proses pengeluaran tuh..
saya bekerja sendiri…
n gaji saya RM 1200..
leh cadangkan mana2 bank yg berkaitan..
salam..
Agak2 apa cara yang paling tepat untuk org2 islam mencari kekayaan yang agak cepat, kalau kebanyakkan sistem pelaburan2 kat malaysia ni diragui status halalnya? bahkan ASB yang dijamin kerajaan pun diragui?
saya tambah lagi… cara yang sedang saya fikirkan saya buat loan 100K selama 25 tahun,
-tahun pertama saya bayar RM550 tiap2 bulan
-tahun kedua saya guna duit dividen untuk bayar balik loan (modal saya RM550×12=RM6600)
-tahun ketiga dan seterusnya saya tetap masukkan mcm biasa kat ASB(sampai bila yang saya suka).
At de end 25 tahun 100k dah confirm ada campur duit pelaburan cash saya RM550 x 25tahun (yang saya boleh guna saya bila2 masa terdesak + dividen & bonus)
Apa2 hal kalo BLR kacau sehingga rugi saya boleh jual sijil & tetap untung sebab saya hanya kuarkan RM6600 je untuk loan RM100k tu, walaupon bank lagi untung tapi anggapla tu win win situation. saya kerja makan gaji, tu kira meniaga jugak, kalau nak kata halal ke haram skim ASB ni rasanya sama je dengan loan rumah @ kereta walaupun diorang kata islamik, pusing2 banyak jugak interest nya, bank meniaga, staf2, security semua nak dibayar gaji mereka..
bank yang tak buat loan utk ASB
1. bank islam
2.bank muamalat
3.bank rakyat
nape yer pak di? ape pendapat pak di? ten kiu
pak di..nak tanya..
saya baru je ambik loan asb 100K untuk 20years ..monthly payment RM609 dengan BLR 4.25%…(sebab diorang cakap BLR sekarang 5.55 tapi tolak KPA 1.50% (utk loan atas 50K) selepas 3 tahun)
saya ni dungu bab matematik and akaun ni..nak minta tolong pak Di kira ikut SPREAD pak di tu..untung atau rugi buat loan ni sementara leh cancel lagi..
Salam bro semua,
sebelum itu maafkan hamba mau mencelah isu yang memeningkan suma pihak ini. Nasihat hamba, mudah. Buatlah pinjaman ASB untuk masa depan kita dan keluarga kita, terutama masyarakat melayu bumiputera yang rata-rata miskin jika dibanding sama kaum lain. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Usahlah terlalu banyak soal untung atau rugi dgn loan ASB ini. Kerajaan dan sistem perbankan kita telah cuba menolong dan memberi peluang kpd melayu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lain, kita pula masih bertelagah dan teragak-agak menentukan pendirian sendiri.
Nasihat hamba, ‘belasah’ saja kemudahan yang diberi itu. Kalau kita miskin dihari tua kerna tidak ada wang, generasi kita berlipat kali ganda miskinnya kerana pada ketika itu inflasi dah bermaharaja lela.
Anak generesi kita akan tetap ketinggalan dari kaum2 yang lain. Teramat sukar bagi mereka mahu mengejar kemajuan yg dicapai sama seperti kaum lain.
Mahukah kita mahu mengulangi sejarah nenek moyang serta ibubapa kita yg susah dulu? Mahukah kita terus dimomorkan sebagai ‘tuan tanah yg papa kedana?
Generasi tua kita susah kerna mereka tidak ada peluang macam kita sekarang, tidak ada ASB, OD, unit trust dll pada masa mereka, kita ada. so jgnlah kita begitu dan begini didepan peluang besar yang ada ini.
Ingatlah, Kemiskinan juga boleh mendorong manusia keneraka.
Kalau datuk nenek serta ibubapa kita tidak berusaha mencari tanah sekangkang kera ini, maka kita tidak akan menjadi tuan tanah dinegara M’sia ini. Kalau mereka tidak mengusahakan dusun buahan kebanggaan kita, maka kita juga tidak akan menikmati keenakan rasa durian dan buahan lain dikampung sendiri.
Kalau kita tidak cuba untuk membuat sesuatu merubah ekonomi melayu dizaman ini, maka kita jauh lebih ‘dahsyat’ kelemahan serta keaiban kita dari org2 melayu zaman dahulu. So pikirkan dgn jelas.
Kalau mau terlalu memikirkan haram halal ASB, apakah selama ini kita tidak pernah terlibat dalam jual beli aset/harta yg terang2 bertentang syariah agama?
Berapa kerat dari kita yg hanya memikirkan islamic dlm dairy kehidupan berbanding konvensional?
Apakah memecahbelahkan umat serta memutuskan silaturrahim lebih ringan jika dibandingkan faedah yg didapati dari kemudahan ASB?
Hamba mohon maaf, tuan2/puan2 sekelian, kerana hamba memang berhati hang jebat!
Salam,
tahniah nizam jb.anda seorang sahaja yang memahami konsep asb ni.dalam banyak banyak orang.
dalam keadaan darurat dimana tiada satu pun institusi islam yang dapat bersaing 100% tanpa berkompromi soal riba di Malaysia malah seantero dunia mahupun pun pak syeikh negeri arab,hukumnye tetap menjadi harus.
tabung haji juga tidak terlepas soal riba.
Ape rasionalnya jika umat islam melayu mundur dan lemah dari segi pendidikan dan institusi islam itu sendiri??
Adakah islam itu mengajar umatnya menjadi mundur??
Bolehkah umat islam maju dari aspek pendidikan dan institusi agama itu sendiri tanpa memerlukan sebarang dana ???
Mari kita renungkan bagaimana Islam berkembang.
Sejarah telah membuktikan Islam berkembang dengan memerlukan dana yang besar .
Buktinya kita tidak dapat lari dari mengatakan perkahwinan Nabi Muhammad dengan Siti Khadijah adalah pencetus penyebaran umat Islam,dimana Siti Khadijah memperuntukkan dana yang besar demi mengembangkan Islam itu sendiri.Adakah Siti Khadijah hanya berdagang dengan orang Islam sahaja…Ada sesiapa dapat buktikan perdagangan itu 100% tidak terlibat dalam aktiviti perniagaan seperti berhala ,perhambaan dan riba dalam memperkembangkan Islam??
Jadi saya jelas disini kita umat Islam sekarang tidak dapat lari dan terpaksa menerima hukum harus melakukan perdagangan ini.
Saya cuma berharap ulama dapat menjelaskan keadaan ini dengan lebih terperinci dan tidak hanya memandang dari aspek negatif tapi juga dari sudut positif.
Wahai orang melayu,ambik peluang ini dan majukan bangsa bumiputra.
Comment.sila baca tulisan nizam jb jika anda mahu tahu asb untung atau rugi dalam ruangan ini.
salam semoa..
menarik pe’bincangan kita ni..ASB ni nampak mcm bagusla..dan as a muslim ramai kalangan kita sahut seruan agar menjadikan today better than yesterday.. bukannya hari ini itu, sama atau lebih teruk dari semalamnya..Alhamdulillah..
bagaimanapun, adakalanya we dont have choice melainkan terpaksa juga meminjam dari bank konvensional..adalah unsur-unsur tidak berapa bagus..tapi ianya lebih bagus daripada tidak ada..
yang pentingnya bersihkan lah harta2 yang kita perolehi tu dengan pelbagai cara.. pernah dulu sorang ustaz di tanya apaka yang boleh dibuat untuk bersihkan harta contohnya dividen ASB beberapa peratus ni lah…
ust ni sebut, caranya sedekahla kat mana2 masjid/surau/ anak-anak yatim/dll TETAPI wajiblah kita niatkan bukannya kita yang bersedekah itu..itu bukan hak kita katanya..
in my opinion, memandangkan keadaan skrg ni, pandangan ust ni la sy apply.. as long as kita ni bersandar kepada alim ulama yang ada..
apa pandangan PAKDI @ AHLI FORUM dalam hal ini?
1. tentang kenapa 3 bank je yg offer loan ASB (MBB, CIMB & RHB).
*sebab diorg je yg jadi wakil ASB utk buat ape2 transaksi kluar & masok. bank lain x buat.
2. Loan vs Simpan Sendiri
*x semua orang same background dan sama tahap disiplin.
*By calculation, kite amik kire loan BFR-1.5% (Maybank Islamic). kan ade spread 3% hingga 4%. KIRAAN BODOH, 3% dari 100k adalah 3,000 dan 3% dari 200k adalah 6,000. xnak, sudah.
3. Hukum ASB
*awak menghukum, based on hujah orang, bukan ilmu yang dipelajari. rase2, awak tau 100% ke hujah orang lain tu?
*antara awak dan Majlis Fatwa Kebangsaan, awak rase, Majlis Fatwa Kebangsaan punye ilmu Muamalat & Fiqh tu daif sgt ke? UZAR ade hujah berinformasi die sendiri. awak pula?
* utk 2008, pegangan non-compliant saham2 ASB adalah 26.99% (tapi PNB cume bgtau yg major sahaja, iaitu 72.53% pegangan. baki die, ASB x bgtau), bukan lagi 40%. dah ade penurunan. jadi?
komen saye di atas, saye tujukan utk soalan2 pengkomen2 lain di atas
harap betolkan mane2 yg salah. tq.
Pada pendapat saya, ASB adalah satu alat/tools yang paling menarik untuk kita gunakan untuk kembangkan and cantikkan a/c kita. Macam² cara dan style ada.. pilih je yg mana suka. Hukum-hakam ASB ni lu sendiri la pikir kan…
Cuma yg saya tak puas hati pasal kalau buat pinjaman untuk ASB ini ialah kiraan commitment kita oleh pihak bank. Bank² akan mengambil kira loan ni sebagai salah satu commitment and kalau tak silap, its considered as a personal loan. So bila nak apply pelbagai jenis loan (home, business, etc) loan ASB ini diambil kira and mmg most likely application kita di-reject by all these banks disebabkan oleh hutang² yg lain (rumah, kredit kad, dsb)
p/s – kalau salah tolong tunjukkan, jangan nak hentam je
loan ASB…
pakdi cakap konsep spread…(korang faham x?)
orang lain cakap..net profit jer…
so bagi anda, mane untung, loan or saving…
tetapi aku tertarik dgn salah sorang pembaca, ..jika tidakberdisiplin, apa lagi POTONG ler gaji untuk terus masuk dalam buku ASB…sama jer macam kena POTONG gaji untuk bayar loan…
anda pula bagaimana?
Aku?? masib lagi mengira…dah 4 tahun mengira, x abis2 lagi..
dobit127 kata “tetapi aku tertarik dgn salah sorang pembaca, ..jika tidakberdisiplin, apa lagi POTONG ler gaji untuk terus masuk dalam buku ASB…sama jer macam kena POTONG gaji untuk bayar loan…”
aku cuba baca balik komen-komen yang hangat di atas untuk mencari siapakah yang tulis POTONG GAJI. tapi rasanya macam aku yang tulis huhuhu.
tapi memandangkan aku tengok kalau nak buat loan ASB, tahun pertama bank yang untung bukannya aku. jadi aku taknak pinjam. kat mana aku nak cari duit untuk bayar balik huhuhu
Thread berkenaan ASB ni begitu rancak dari March 09 hingga kini. Sy yg terlambat.
Ijinkan sy beri pendpt;
Yg penting dlm sesuatu pelaburan adalah Perancangan Kewangan Anda Sendiri (PeKAS). Cam Pakdi ckp “lu pikir la sendiri” mmg kena pd tempatnya. Kt bole pilih jln sendiri mengikut PeKAS;
1) Jalan 1 : Ambil loan ASB sbg pelaburan jangka panjang.
2) Jalan 2 : Simpan ke dlm ASB setiap bulan amaun yg boleh secara berdisplin.
3) Jalan 3 : Buat pinjaman peribadi lain dan masukkan ke dlm ASB.
4) Jalan 4 : Buat re-financing rumah dan masukkan ke dlm ASB.
Cheers!.
Menarik tol perbicangan kat sini….mcm2 idea timbul. Bg aku lak xsalah kalo nak buat loan asb nie…sekurang2nye kita berusaha utk menambah invesment kita. bg aku la…:
1. buat loan asb rm100k.
2. kalu ada duit lebih tu cam bonus, part time atau mana2 duit tersepak tu…terus simpan dlm asb.
so…bila kita combine asb loan + simpanan sendiri skit2 = korang akan terkejut dengan penambahan dana dlm asb tu nanti. pendapat aku…rugi sapa2 bumiputra yg xmelabur dlm asb nie. coz asb nie dah cam side income pada aku.
pikir pikir kan lah…
ASB adalah harapan orang bumiputera. So, seandainya ASB ini benar2 sudah Syariah Compliant (www.sc.com.my), so diharap pihak ASNB/PNB dan SC mewartakan maklumat tersebut. Hilangkan keraguan bangsa sendiri.
Saya pernah membuat skim pinjaman ASB mengikut kaedah yg disebutkan oleh saudara ` farhan said at 2:16 pm on March 14th, 2009′ ini. Yup at the end of 10 years saya mendapat pulangan bersih RM50k tu. Setiap thn sepanjang 10thn itu, kadar faedah & bonus akan dikira jg ke atas RM50k + simpanan saya yg sedia ada dan saya gunakan semula bonus itu utk membayar pinjaman ASB itu setiap thn. Cumanya perlulah mempunyai kesabaran & komitmen yg tinggi sepanjang berlangsungnya pinjaman itu. Alhamdulillah saya membuat skim potongan gaji utk pinjaman ASB itu . So tak dpt mengelak utk membayarnya setiap bulan. Pastikan anda rancang btl2 & `set aside’ duit utk byr pinjaman itu supaya tak terasa beban bila terdesak.
Juz my 2 cents!
Topik yg sangat menarik perhatian saya.
saya tgh kira2 utk membuat loan & invest ASB tp bkn maybank. CIMB.
Dr ape yg telah saya baca, kebanyakkannya berpendapat ialah ianya merugikan. Sekiranya tamat tempoh matang, kita membayar lebih dr apa yang kita terima..
keraguan saya disini, sekiranya tempoh matang adalah 20 tahun. apa yang akan terjadi sekiranya kita menjual/berhenti/keluar dari skim tersebut selepas tempoh 5 – 10 tahun…
terima kasih
Untuk bacaan para pembaca blog pakdi.
http://uruswang.wordpress.com/2006/11/15/melabur-dlm-asb-guna-loan-bank-untung-rugi-fikir-fikirkanlah/
kalau buat pinjaman ASB, and then keluarkan sedikit wang ASB setelah pinjaman diluluskan, adakah ia dibolehkan?
ko ni budakbaik sangat la. loan tu kasi ko sijil je. boleh tukar cash bila abis tempoh loan.
Dapat cash bila ASB kasi dividen / bonus je.
nak tau detail, baca posting2 terdahulu (surfing), atau pergi bank (maybank, rhb, cimb) tanya. malu bertanya , sesat jalan. malu nak pinjam asb, merana masa depan!
paling best potong je 10-20% dari gaji tu terus ke ASB..x kene pikir nk bayar kepada diri sendiri dah sebab bila dapat gaji je trus terbayar..tapi jangan la lepas potong pi korek korek plak dalam asb tu.. anggap je mcm tiada..selesai..
Cara pengiraan bayaran balik bagi pinjaman peribadi adalah flat rate(sod) bukannya CRR. Jika rate 5.55% setahun. Jumlah bayaran balik spt berikut
((5.55% x 20 tahun) X 100,000.00)+100,000.00)
=211,000.00
PuTiH, kalau boleh buat camtu…. ramai dah orang Melayu kaya. So, tak perlu keluar TV3 Bersamamu.
pakzul;
2 kenikmatan berbeza yang allah kurniakan kepada manusia.
1- org kaya = nikmat boleh dapat apa yg dikehendaki.
2- org miskin = nikmat kesedapan yg x semestinya diperolehi oleh org2 kaya.
Allah maha Adil..Selesai
erk.. sekali salah tulis nama pakzul daa…
Pakdi: Sudah diedit
UNTUNG LOAN ASB NI MODAL RM13,200 JER,SETIAP TAHUN DAPAT MINIMUN RM2,800 SELAMA 25TAHUN.SELEPAS 25TAHUN DAPAT PULAK RM,200,000.HANYA BERMODALKAN RM13,200 JER ANDA DAPAT KEUNTUNGAN YANG BANYAK TU…HANYA MEREKA YANG TAK TAHU KIRA JER CAKAP RUGI…
LOAN RM200,000
BULANAN RM1,100 X 12 BULAN = RM13,000
NEXT YEAR DAPAT DIVIDEN 8%(RM16,000)
BAYAR TERUS ANSURAN SETAHUN(RM16,000-RM13,200=RM2,800 UNTUNG)
RUGI KER KALAU SETIAP TAHUN DAPAT DUIT RM2,800 DAN SELEPAS 25TAHUN DAPAT RM200,000.HANYA GUNA MODAL RM13,000?
THEN KALAU KITA MENINGGAL SEBELUM HABIS 25TAHUN,WARIS AKAN DAPAT RM200,000,RUGI KA?
KALAU SIMPAN SENDIRI RM1,100 X 12 BULAN=RM13,200
SETIAP TAHUN DIVIDEN=RM1,056
KALAU DIVIDEN TAK DIAMBIL DAN BIARKAN 25 TAHUN=RM90,399.88
SO YANG MANA UNTUN G SIMPAN SENDIRI ATAU BUAT LOAN?
TAK PAHAM LAH AKU…SIMPLE MATH PUN NAK PENING KEPALA FIKIRKAN YANG MANA UNTUNG.
Pakdi: Kalau ye pun tak perlulah guna CAPS LOCK nak bagi komen.
Betul tu Zack..as simple as that
berkenaan loan asb setiap individu berlainan fikiran dan pendapat. boleh buat pengiraan dan pembandingan dan kalau agak2 rugi jgn amik loan. kalau rasa ada untung buat je lah loan tu. dan saya memang amik loan asb dgn tenure loan yg panjang sbb bulan2 bkn saya yg bayar dan cash bleh buat simpanan lagi. fikir2kan
Dear kewan2,
mintak tolong apa beza, ada tak sesiapa buat OD against ASB?… apakah pendapat semua, so far BLR dah 5.55-1.65=3.9% for OD ASB, lagipun duit OD pakai baru kena intrest… Tolong tunjuk pendapat. sya baru disini, best jugak baca2 coment kat atas tur…
Pada saya, Pinjaman ASB & OD ASB memang bagus. Untuk perbandingan Pinjaman ASB & OD ASB, saya lebih mengutamakan Pinjaman ASB kerana sekiranya kita memperolehi pendapatan (Dividen-Interest) adalah berdasarkan Nilai Pinjaman (duit bank) max 200k. Tetapi pendapatan OD hanya pada nilai kewangan yang kita ada. Cuma OD tak perlu commitment.
salam.saya syorkan anda buat potongan masuk unit trust yang berlandaskan syariah.
dividen tinggi dan yang penting duit ynag di sahkan halal.
memang mana -mana pelaburan ada risiko.
dari pengalaman saya.
pada tahun 2005 saya invest dalam satu dana unit trust sebanyak 100k.pada tahun 2008 saya jual kesemua unit saya dan telah mendapat 180k..keutungan dalam 80 k dalam masa 3 tahun.
dan saudara saya telah melabur asb dengan pinjaman 100k.dan yang tak sedap di dengar pihak bank tidak dapat memberi seperti apa yang di janjikan dengan alasan ekonomi jatuh.
so sekarang fikir fikirkan sendiri.
salam, saya baru je apply ASB loan RM10k, dgn MBB islamic. Katanye jika BLR naik sampai 15% mcm thn 97 dulu, yg loan islamic ni maksimum cuma BFR 10% je. Sy rancang nk settle loan ni dlm 2 thn je, lg pun die reducing balance (monthly basis). Pastu ade cover insuran, jika meninggal awal, bank settle kan.. Doakan sy berjaya menyimpan ni. : )
salam, semuanyer sibuk mencari konsep untuk menyimpan dalam ASB loan. mengapa semua persoalan seperti buat loan dan menanggung sendiri interest. mgkin pada kiraan dividen yg stabil blh jadik menguntungkan tp sekiranyer dividen ‘jatuh’ di mana kite nk cekau tuk cover interest wlupn bg kita sendiri rs kecil (pada awal tahun rasa ok la tp bila dikumpulkan interest dlm 10 tahun akan dtg per cer….?).mgkin blh cover dengan bonus dividen ASB tp macam sama jer dgn simpan sendiri kat dalam almari atau bawah bantal dan bonus bagi kt bank. hanya orang yg ‘x kesah’ jer wat cara tradisional ni. penantian return 20 tahun sangat meyiksakan. Tuk dptkan return semula, duit dalam ASB sudah semestinya x blh kuar2…nak x nak terpaksa akur?mungkin kah?bila ada kecemasan tabung mana yang kita akan nampak dulu??
ok sekiranya anda merasakan unit trust mendapat return yg tinggi tapi ia mungkin nasib yg baik ketika ia melonjak naik. pada pendapat saya untuk sekarang ni unit hanya blh untuk beli unit sahaja tetapi tuk menjualnya risiko yang negative. it’s so high risk..org ‘x kesah’ dengan kesan negative saje yg nk simpan tanpa fikirkan kesannya..tapi..bila down to 0% camner???mana return yang dah mimpikan tu…adakah unit trust mempunyai harga lantai iaitu % investment-dividen yg dijaminan ketika jatuh merudum…
mana2 risiko memang tetap ade.tapi tu semua perlu diambil kira..brapa lama return?apakah risiko?penyimpanan tuk kecemasan atau untuk dikumpul begitu sahaja?sekiranya meninggal?harta itu disalurkan kemana?pewaris perlu tggu berapa lama tuk dapatkn harta yang dibekukan oleh ARB?
Bukan niat saya tuk mengkondem ASB. Pelbagai produk ada baik dan kelemahan pada produk sendiri..bagi saya kita perlu bijak menilai dalam pelbagai produk simpan. Kenapa semua nampak hanya pada satu..bagi saya kita tidak terikat untuk menerima produk lain yang blh dibuat investment sama seperti ASB/ KWSP/ SSPN/FD atau OD dan dengan pelbagai faedah2 boleh kita dapat. Fikir2kan……salah satu produk swasta pn ada menawarkan hikmat sebegini…dan saya tidak terikat pada satu produk ASB sahaja. Yang penting menyimpan satu keperluan nk pengorbanan yang perlu demi bekalan pada hadapan.
Kuasa Pilihan ditangan Anda…