Peniaga Ikhlas, Pembeli Ikhlas ?

Posted: July 25th, 2007 | Author: pakdi | Filed under: Perniagaan | 15 Comments »

Orang selalu kutuk orang berniaga:

“Dia bukan ikhlas. Letak harga mahal. Nak cepat kaya la tu.”

Amboi. Sejak bila kita jadi tuhan? Boleh baca hati manusia?

Kalau begitu, macam mana pula nak kenal pasti pembeli yang ikhlas?

“Beli satu bayar dua?” 8)
Orang selalu mengaitkan ikhlas dengan pemberian “percuma”. Anda berani jamin orang yang beri barang percuma tu semua ikhlas belaka?

Ikhlas tu antara kita dan Allah. Orang lain takkan tahu. Jangan buat kerja Tuhan.

Untuk anda yang berniaga, yang penting jangan over-promise. Yang mesti dibuat adalah extra-deliver.

Untuk anda yang tidak berniaga, berilah sokongan kepada sesama orang kita yang berani untuk menjadi usahawan, bak kata mentor saya, “Beli satu tapi bayar dua!”

*Extra-deliver: Anda jual komputer, anda beri sekali tetikus & pendrive percuma :)

Share
15 Comments »


15 Comments on “Peniaga Ikhlas, Pembeli Ikhlas ?”

  1. 1 afyan said at 2:46 pm on July 25th, 2007:

    Teringat filem Indonesia yang kemudian dijadikan sinetron “Kiamat Makin Dekat” yang mengisahkan seorang mat rock ingin mengahwini dengan anak dara seorang imam, dan diberi syarat untuk menpelajari ilmu ikhlas yang akhirnya imam itu sendiri terperangkap dengan syarat tersebut… :)

  2. 2 pakdi said at 2:51 pm on July 25th, 2007:

    saya tak tengok abis la cite tuuu :D

  3. 3 afyan said at 3:13 pm on July 25th, 2007:

    Saya tengok dua-dua. Tapi sinetron tu tak konsisten la :)

  4. 4 al_qamaru said at 4:19 pm on July 25th, 2007:

    kiamat sudah dekat.. filem n sinetron tu dua2 bes n klakar. hj romli srh fandy blajar ilmu ikhlas sbg syarat utk jd mnantu ;)

    ikhlas x tletak pd harga.. ikhlas x dpt dnilai oleh manusia.. hanya Dia yg berhak mnentukannye..

  5. 5 pakdi said at 5:10 pm on July 25th, 2007:

    oo… gitu citernye..

  6. 6 Alyani said at 9:10 am on July 26th, 2007:

    “Dia bukan ikhlas. Letak harga mahal. Nak cepat kaya la tu.”

    Untuk anda yang tidak berniaga, berilah sokongan kepada sesama orang kita yang berani untuk menjadi usahawan, bak kata mentor saya, “Beli satu tapi bayar dua!”

    Rata-rata masih ramai lagi dikalangan melayu yang mempunyai mindset begini…apa agaknya ubat terbaik utk menghapus gejala ni ye?

  7. 7 pakdi said at 10:42 am on July 26th, 2007:

    buang deb ;)

  8. 8 Hasbullah Pit said at 11:22 am on July 26th, 2007:

    Peruncit kena paham tentang “Pricing Elasticity” / “Keanjalan Herga” untuk menangani Pelanggan jenis berkira tentang harga.

    Peruncit kena faham pelanggan baru pelanggan boleh faham peruncit

    pakdi: Sila letak tag “peruncitan” pada kiriman blog ini.

  9. 9 zulhami said at 11:53 am on July 26th, 2007:

    “Ikhlas tu antara kita dan Allah. Orang lain takkan tahu. Jangan buat kerja Tuhan.”

    That’s true Pak Di.Niat baik dan keikhlasan jika di salah ertikan memang cukup besar impak ’sakit’nya pada diri kita. Tapi Allah berikan ujian untuk hambaNya. Suruh perbetulkan kesilapan dan perbaikki kelemahan dlm apa juga yang di ceburi.

  10. 10 Muaz said at 12:00 pm on July 26th, 2007:

    Nabi bagi tahu dalam satu hadis , Allah berfirman “ikhlas adalah rahsia dalam rahsiaku” , no one know who ikhlas or not.

    Kita nih tak leh watt satu pandangan tentang seseorang ikhlas atau tidak. Tapi banyak yang watt .

  11. 11 pakdi said at 12:05 pm on July 26th, 2007:

    menarik konsep tu :) pelanggan mmg byk ragam.

  12. 12 pakdi said at 12:05 pm on July 26th, 2007:

    anggaplah orang yang pertikaikan keikhlasan kita sebagai satu ujian utk menambah keimanan kita :)

  13. 13 pakdi said at 12:06 pm on July 26th, 2007:

    itulah… ramai cuba jadi tuhan…

  14. 14 zulhami said at 12:25 pm on July 26th, 2007:

    Tq pak di. InsyaAllah, saya pegang pada
    “anggaplah orang yang pertikaikan keikhlasan kita sebagai satu ujian utk menambah keimanan kita ”
    So the best thing is, selalulah bersangka baik pada sesama manusia.

  15. 15 Hasbullah Pit said at 6:05 am on July 27th, 2007:

    cerita pasal keanjalan harga ada kat blog aku:

    Keanjalan Harga


Leave a Reply