Pemaju Rumah dan Perbankan Islam
Posted: May 9th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Muamalat | 13 Comments »Saya tertarik membaca artikel mengenai isu di sekitar pembiayaan rumah di blog Ustaz Nazri Chik.
Antara masalah dari sudut perlaksanaan adalah:
1. Pemaju rumah tidak mahu menjual rumah kepada pihak bank terlebih dahulu.
Seterusnya ia menyebabkan pelbagai isu fiqhiyyah yang timbul. (Sila baca blog Ustaz Nazri Chik terlebih dahulu!)
Seperti yang anda harus faham, bank hari ini lebih sebagai orang tengah, dan tidak atau kurang berperanan sebagai pengusaha / pemaju / pemilik bisnes rumah.
Antara sebabnya adalah halangan undang-undang yang ada. Selain dari faktor “keperluan” ekonomi yang menyebabkan pemaju tidak mahu bekerjasama. Housing industry dan banking industry adalah 2 industri yang berbeza tujuan dan matlamatnya! Tetapi saling berkait rapat. Berapa kerat je yang mampu beli rumah cash ?
Bagi pemaju, yang penting rumah mereka dijual 100%. Selebihnya, who cares!
Bagi bank pula, yang penting risiko rendah, justeru duit pendeposit akan selamat.
Amalan biasa untuk membeli rumah, yang sudah lama dipraktikkan lama sebelum wujudkan perbankan Islam, dan diteruskan sehingga kini adalah
i. Ali mencari pemaju.
ii. Pemaju setuju jual kepada Ali
iii. Ali mencari bank
iv. Bank bersetuju untuk membiayai / beri pinjam
iii. Ali menandatangani S&P dengan pemaju
iv. Ali menandatangani perjanjian pembiayaan / pinjaman dengan bank
Anda perlu faham, dalam sesuatu urusan jual beli akan ada 2 pihak yang terlibat.
a. Penjual
b. Pembeli
Dan dalam kebanyakan kes pembelian yang besar jumlahnya, akan ada pihak ke-3, iaitu
c. Bank
Perkembangan kesedaran umat Islam tentang halal dan haram dalam kes ini nampaknya baru di peringkat pembeli, dan sangat kurang di peringkat penjual.
Sedangkan untuk kita melihat perkembangan yang lebih baik dan seterusnya menghapuskan isu-isu fiqh yang ‘tak perlu’ maka penjual pun PERLU dan WAJIB untuk turut bekerjasama.
Dan sekiranya pemaju, contohnya Pakdi Properties Bhd dan Pakdi Bank Bhd membuat satu kerjasama yang lebih baik dan menyeluruh, maka kita akan melihat perubahan dari sudut amalan pembelian rumah:
i. Ahmad mencari rumah
ii. Pemaju dan bank bersetuju menjual rumah kepada Ahmad
iii. Ahmad tandatangan S&P
Namun, seperti yang saya sebutkan di atas, hal ini masih susah untuk berlaku.
Rosli nak beli rumah. Bank periksa rekod Rosli buruk. Hasrat beli rumah Rosli terbantut. Pemaju pun bengang kena cari pembeli lain. Itu belum campur kes BNM naikkan kadar faedah ke.
Penyelesaian Jangka Masa Panjang
Trend orang yang faham halal haram untuk masuk ke industri perbankan dan kewangan adalah bagus.
Tetapi pada masa yang sama, orang yang faham halal haram ini juga perlu masuk dalam bisnes. Jadi pemaju rumah contohnya. Menerajui organisasi Proton dan Perodua misalnya. Jadi penerokaan konsep bisnes baru dalam industri perumahan dan pemotoran dengan industri perbankan Islam boleh dibuat dengan lebih baik.
Kalau nak mengharapkan kesedaran dari sudut pembeli semata-mata, maka ia tidak akan lengkap.
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi!
Sebab tu kalau blogger hensem ini dapat jadi fund manager satu hari nanti, menguasai satu syarikat perumahan misalnya melalui pemilikan saham, maka dengan kuasa yang ada bolehlah meneroka konsep sebegini dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi Islam dengan lebih baik.
Macam mana Affuan si blogger kacak, mu selaku kontraktor kecil-kecilan, adakah idea si blogger hensem ini viable atau tidak dari kaca mata mu sebagai bakal tauke pemaju rumah Muslim yang berjaya ? He He He …
Share13 Comments »
Whoa…. satu cadangan dan gagasan yang menarik….
Sebab tu kalau blogger hensem ini dapat jadi fund manager satu hari nanti….
hehehe.. ayat yang menarik….
itu la.. kalau berdasar pinjaman perumahan,
banyak dan lama gak isu yang dibincangkan…
Apapun hope ramai pakar kewangan Islam yang akan terlibat dalam industri nie nanti…
maybe diorang patut kaji macamana bank2 kat negara arab buat kan
Nampak macam susah nak buat.. tp dengan Pakdi.. saya percaya apa pun boleh berlaku..
Sekarang kalau loan Islamic.. bukankah pemaju ala-ala jual pada bank dulu.. dan kemudian bank ala-ala jual kepada pembeli?
Betul kata Cik Wida. ada akad jual beli gitu.. Tapikan pakdi, kalo macam susah sangat, apa kata kita ambil sistem conventional dulu pastu convert ke perbankkan Islam..apa pendapat pakdi?
macam mana pun, kita masih meminjam di bank.
sekarang yang aku nampak, kita terpakda tandatangan 2 perjanjian pemaju dan bank.
secara teori boleh ker kita buat satu perjanjian sahaja antara kita,pemaju dan bank serentak????
atau kita mewakilkan bank tandangan untuk kita dengan pihak pemaju?
atau pihak pemaju rujuk nama kita dulu kepada pihak bank atau pemaju semak dalam ctos. kalau ada masalah, tak perlu buat perjanjian.
tapi yang aku keliru mengapa perjanjian dalam bahasa inggeris? adakah penggunaan bahasa melayu kurang tepat dalam memberi makna kepada perjanjian tersebut?
tapi macam mana pun pihak bank dan pemaju kena duduk semeja berbincang macam mana nak buat kontrak tersebut. bukan ker banyak sangat kontrak menyusahkan.
namun persoalan di sini, kalau rumah tak siap, siapa pihak yang bersalah??? adakah patut bank tuntut balik duit pada pembeli pada hal masalah datang dari pemaju???
mungkin kena masukkan term ini dalam perjanjian
Benar spt yg ditulis pakdi, kerjasama antara pemaju dgn bank sgt didambakn bg merealisasikn pembiayaan yg lebih menepati kehendak syariah. Apa yg berlaku skrg dlm produk bba, a) pemaju jual rumah pd pembeli sign s&p b) bank beli dr pembeli pd harga tunai c) bank jual semula pd pembeli pd harga b+kadar untung bank yg perlu diselesaikn secara ansuran. Konsep syariah yg digunakan bg beli (rujuk b) dan jual semula (rujuk c) dinamakn bai’ al- inah. Konsep syariah bba hya merujuk kpd transaksi c iaitu jualan pd harga ansuran. Bg memperbaiki dan menambah baik produk bba adalah dgn langkah berikut. 1) pembeli usha2 dulu rumah mana yg nak dibeli. 2) pembeli pg bank utk dptkn pembiayaan. 3) jika bank setuju, bank jumpa pemaju dan beli rumah tersebut. Bank boleh jg mewakilkn pembeli dgn pemaju mcm wali hakim dlm akad nikah. Kalau takut pembeli lari atau x jd beli, suruh pembeli sign undertaking atau wa’ad. 4) bank jual kpd pembeli rumah pd harga ansuran.
Tp persoalanya disini i) mahukah pemaju sign s&p dgn bank instead of pembeli? Kalau apa2 terjadi pd rumah, bank akan kejar pemaju. ii) mahukah bank mengambil risiko pembeli x jd beli dr bank slps rumah dibeli dr pemaju? iii) mahukah bank dikejar oleh pembeli sekiranya rumah yg dibeli bermasalah, retak dinding dsb.? Nanti org kata nak kiamat pulak xpenah2 pelanggan kejar bank
. Okla terpanjang pulak
eh, cara ni kan aku dah guna lama? hehe. tapi, x banyak la kes yang buat pinjaman bank. aku pun kalau boleh x nak jual pada customer yang nak guna loan bank. kalau dah terpaksa, buat je lah. nak buat macam mana. dah interest bank tu lebih murah dari loan kerajaan. eh, interest tu kan haram? macam mana pula boleh ada pembiayaan loan islamic? pakdi sila terangkan. aku nak baca. haha.
nak jadikan bank sebagai wakil kita dalam bab membeli rumah???
jadi kalau pemaju ada masalah, kita wakilkan bank kejar pemaju?
wakilkan kita buat aduan di balai polis?
wakilkan kita buat mogok di kaca tv?
rasanya kena belajar bab wakil dalam kitab balik laa
apa yang boleh, apa yang tak boleh
sebab bank tu bukan orang kan kan kan
bab nikah pun pengantin lelaki boleh wakil
cuma belum dibuat orang lagi
rasanya Ust Zaharuddin ada menjawap pasal bank islam di http://www.zaharuddin.net/content/view/829/95/
tapi tak pasti ada kaitan dengan pinjaman perumahan. tapi ada satu ayat yang amat aku tertarik
===================================
Untuk mengubah sifat asal fungsi sebuah bank dari pemberi pinjam kepada pembiaya dan penjual serta pembeli, bank-bank Islam banyak menghadapi cabaran undang-undang setempat. Adakalanya halangan undang-undang setempat boleh menjadikan sebuah bank Islam gagal untuk berfungsi secara seratus peratus menepati Shariah. Bukan kerana mereka sengaja untuk ingkar dan culas, tetapi terpaksa tunduk dek undang-undang setempat yang enggan diubah oleh pembuat undang-undang. Usaha mendesak masih berterusan tetapi tentunya tidak wajar diletakkan ancaman dan kecaman kepada bank-bank Islam. Jika ingin mengecam, pastinya anda faham siapa yang patut ditujukan kecaman.
===================================
jadi seolah-oleh kerajaan takde ambil langkah undang-undang , kuatkan akta untuk bela bank-bank islam. rasanya pakdi ada sebut pasal ni
tapi macam mana pun UZAR kata
=====================================
UZAR : ia mahal kerana anda tidak mahir matematik. semua orang cina kata bank islam lebh murah, majoriti melayu masih ‘layu’ dengan kejahilan matematik hingga asyik dengan mitos bank islam lebih mahal.
=====================================
bab matematik ni aku tak pasti laa. tapi dalam sejarah laa orang cina lagi pandai berniaga dari orang melayu. jadi kebanyakan orang cina anggap bank islam murah sebab dia orang kira murah.
tapi yang aku pelik kenapa orang melayu kira boleh mahal??? ni aku tak boleh jawap ni. orang melayu kita kira pakai apa???
Salam,
Pengalaman sebagai pemaju, urusan dengan phk bank adalah di bawah tgjwb pembeli.
Walaubagaimana pn kadang2 servis perkhidmatan bank islam yang kurang memuaskan setengah cawangan(bukan semua) berbanding bank2 lain menyebabkan pemaju campur tangan..
Pihak kami berharap bankislam betul2 membuktikan kemampuannya dan yang penting memberi sokongan kepada pemaju bumiputera supaya dapat bersaing dan terus bergerak di dlm situasi kemunduran ekonomi yang berlaku sekarang.
sekian.terimakasih.wassalam.
kenapa agama lain tak ada bank ?
kenapa tak ada bank budha, bank tao, bank kominis, bank hindu, bank sikh, bank kristian, bank satanic dan sebagainya ?
[...] Betul. Ada fasa pembangunan yang tersendiri. Keperluan melatih banker yang faham asas Shariah. Seterusnya memberi kefahaman kepada pengguna runcit. Juga memberi kefahaman kepada pengguna korporat. Malah, orang bisnes juga perlu faham kerana ada kontrak muamalat yang sangat cantik aplikasinya sekiranya pengeluar kereta misalnya, bekerja sama dengan institusi perbankan Islam dalam proses menjual kereta mereka. Yang paling utama, pemimpin politik dan kepimpinan negara yang mahukan Islam. Saya juga ada komen di post ini. [...]