Pelaburan Koperasi

Posted: July 30th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Koperasi, Pelaburan, Semasa | 18 Comments »

Setahu saya, koperasi Bank Rakyat adalah antara koperasi yang terbaik di Malaysia. Itu pun cuma beri ahli koperasi mereka 15% setahun. Cuma tahun lepas, koperasi Bank Rakyat beri 20% setahun.

Tapi, sejak kebelakangan ini, saya baca, terdengar, mendapat flyers, emel spam mengenai pelbagai jenis koperasi yang menawarkan bukan 15% setahun, tetapi sampai 120% setahun! Pulangan 10% sebulan. Pergh.

Kepala hotak diorang. Penyamun! Musang berbulu ayam!

Inilah perosak bangsa dan ekonomi negara.

Kalau anda jumpa, dipujuk untuk menyertai apa-apa yang beri pulangan tak masuk akal begitu, hati-hati, anda mungkin sedang dipujuk untuk menyertai skim cepat kaya.

Baca:
1. Kementerian Siasat 12 Kes Penyelewengan Koperasi
2. Amaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengenai “Koperasi” Skim Cepat Kaya

Kisah Benar
1. Dr Jailani Jabar (Jai Network) didakwa di Mahkamah

p.s. Saya dan rakan-rakan akan menguji sekumpulan graduan bijak pandai pada hujung minggu ini dengan modul yang istimewa. Anda rasa kali ini berapa ramai akan terjerat dengan skim cepat kaya?

Share
18 Comments »


18 Comments on “Pelaburan Koperasi”

  1. 1 Thinkerich said at 4:26 pm on July 30th, 2008:

    berhati-hatilah jika sekiranya anda di antara anda ditawarkan pulangan yang menguntungkan melebihi daripada 20-30% setahun…ini kerana kemungkinan untuk anda kehilangan wang adalah tinggi..

  2. 2 matjapp said at 4:40 pm on July 30th, 2008:

    pakdi, aku baca paper ari.. Cooperative Commission Malaysa (SKM) terkejut pasai ada koperasi kat kelantan mohon nak umum dividen 200% kepada pelabur.. skim ar-rahnu.. komen skit

  3. 3 pakdi said at 4:52 pm on July 30th, 2008:

    sambung sikit dari thinkerich, mmg ada jenis pelaburan yang boleh beri pulangan tinggi, tapi bukan SEMUA orang mampu buat begitu. hanya sophisticated investor yang mempunyai kemahiran sebegitu. Itu pun perlukan pengalaman yang lama, dan bukannya orang tak tahu apa-apa pun boleh dapat pelaburan sebegitu.

    mat japp, paper apa tu? tak terbaca lak aku. kalau aku terbaca ada yang boleh bagi return 200% tu aku mmg akan suspect benda tu skim cepat kaya. diorang pandai sekarang, guna term islamic nak kaburkan mata orang ramai. pastu ada pulak ustaz ustazah join, cakap halal, lagi lah cepat yang percaya.

  4. 4 matjapp said at 9:43 am on July 31st, 2008:

    dalam paper the star semalam… kes ni aku mintak komen pasal dia rujuk skm dulu sebelum bagi dividen… jadi maybe legal, kalo tak legal takkan dia berani mohon kat skm

  5. 5 kama017 said at 9:47 am on July 31st, 2008:

    Bagaimana dengan koperasi yang bekerjasama dengan syarikat penternakan lembu di Negeri Sembilan yang menawarkan dividen 10-12 sebulan? .

    Rasanya macam ada bau-bau SCK je.

  6. 6 pakdi said at 12:26 pm on July 31st, 2008:

    bak kat kama017, ada bau-bau SCK. so, kalau gitu keadaannya, biarlah SKM yang putuskan statusnya…

  7. 7 Thinkerich said at 5:02 pm on July 31st, 2008:

    PakDi,

    Terima kasih kerana memberi penjelasan yang lebih terperinci kepada semua…

  8. 8 shukorm2007 said at 5:09 pm on July 31st, 2008:

    Biasanya orang yang masuk niee nak cepat kaya cepat…. pulangan 100% tak sampai setahun, pada hakikatnya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya. Hanya dengan perniagaan sahaja yang boleh beri pulangan yang baik, Jadi kena tahu apakah operasi/perkhidmatan/product yang menjadi teras sesuatu pelaburan tersebut. kalau dia kata buat sewa kereta, pastikan stereng kereta ada, tayar kereta ada….

  9. 9 Syafiq said at 2:14 pm on August 6th, 2008:

    habis tu mcm mana?
    kalau tak join orang kata tak berani ambik risiko,
    perli ASB bg dividen sikit…
    lepas tu compare lak dgn bangsa cina, india, benggali kadazan, murut, melanau semua
    bila dah join kena tipu pulak
    bila dah terkena senang2 pulak cakap melayu mudah kena tipu, pandai goyang kaki je tunggu duit jatu langit
    payah betul jadi orang melayu ni
    tih…tih…tih
    apapun aku simpati gak kat kawan2 yang terperangkap dgn skim2 mcm ni…
    bukan salah diorg

    aku letak je kat ASB
    sikit pun sikitla janji boleh tidur dgn aman tiap2 malam
    tih…tih…tih
    pakdi dan kawan2 lain mintak tolong komen sikit pasal etika emas estet ni…
    dah lama aku teringin nak beli, tapi takut gak kompeni2 kecik ni senang je bungkoss cabut lari…
    baik beli kijang emas je kot lg selamat
    apa kata kawan2?

  10. 10 adika said at 2:24 pm on October 31st, 2008:

    mcm mane dengan koperasi bank persatuan yang beribu pejabat di Butterworth. pulangan mereka dalam sekitar 10-12% setahun. ada kah koperasi tu sama dengan Koperasi bank Rakyat dan adakah ianya berdaftar secara sah??boleh komen sikit tak Pakdi??

  11. 11 pakdi said at 2:27 pm on October 31st, 2008:

    bank persatuan ni ada terdengar pasal nya. kena rujuk suruhanjaya koperasi untuk maklumat rasmi.

  12. 12 zack said at 6:03 pm on November 29th, 2008:

    Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
    KUALA LUMPUR 26 Nov. – Koperasi kecil yang kurang berjaya atau tidak menunjukkan prestasi baik akan digabungkan bagi membantu ia berfungsi dengan lebih baik.
    …ni dari paper ya….
    Dalam pada itu, Noh berkata, sehingga kini, terdapat 127 koperasi yang mampu memberi dividen lebih 10 peratus malah sehingga 200 peratus setiap tahun.

    jadi cari surat khabar….pada 26 nov 2008
    bank negara pun ada koperasi……KOPERASI KREDIT DAN PELABURAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA BERHAD
    ni web nya…..http://www.sepadu.com.my/koopbnm/contents/perihal/perihal1.htm

  13. 13 Mohd said at 12:09 am on January 6th, 2009:

    Pertama sekali terima kasih atas usaha Pakdi mengingatkan orang ramai agar tidak terjebak dalam koperasi yang menjalankan program seumpama skim cepat kaya, tetapi saya ingin menyatakan bahawa tak semua pelaburan dalam koperasi itu suatu penipuan, tak boleh pukul rata.

    Tahukah Pakdi ada sebuah koperasi di kelantan yang mendapat anugerah pengurusan kewangan cemerlang daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia kerana dapat memberikan pulangan kepada ahli 175% setahun, tadi Pakdi terkejut hanya dengan 120% setahun, sy tidak mahu dedahkan nama koperasi tersebut tapi Pakdi boleh check dgn SKP. So, benarlah apa yang disebut oleh sdri Faizah Izzani Zakaria memetik ucapan Dato’ Noh.

    Sy ambil kesempatan disini nak bagi tahu mana-mana koperasi yang menawarkan 10% atau 20% sebulan bukanlah penipuan sekiranya anda buat semakan terlebih dahulu,
    antara perkara-perkara yang anda perlu pastikan :-
    1) Koperasi itu perlu mewujudkan anak syarikat yang berdaftar SDN BHD untuk menguruskan perniagaan yang mereka hendak lakukan. Koperasi tidak boleh secara terus menguruskan apa-apa perniagaan dan memberikan pulangan keuntungan kepada ahli-ahlinya yang melabur dalam perniagaan tersebut, sebaliknya anak syarikat yang dilantik itu yang boleh menguruskannya.

    2) Tidak boleh membuat sistem komisen bertingkat seperti MLM yang boleh dijana oleh para pelabur yang banyak terjadi sekarang ini, setiap pelabur boleh menarik kawan- kawannya melabur sama dan dia mendapat komisen bulanan atas pelaburan kwnnya itu, itu yang SALAH. Koperasi hanya boleh melantik agen2 yang tidak sampai 30 orang untuk mencari pelabur dan insentif hanya diberikan kepada agen yang dilantik sahaja.

    3) Kita perlu menyelidik benarkah pelaburan ke atas perniagaan yang dilaksanakan itu benar-benar wujud atau tidak, contohnya jika mereka kata untuk perniagaan lembu, pergi lihat ladangnya. mana lembunya, jika tanaman serai seluas 100 ekar, pergi lihat ladang tersebut, jika hanya gimik sahaja barulah salah disisi undang2.

    Disini sy ingin menegaskan ada koperasi2 yang mampu untuk beri pulangan lebih dr 10% sebulan dengan perniagaan yang sah wujudnya, dan koperai ini biasanya mendokong agenda nasional seperti membantu golongan rakyat termiskin secara serius, keuntungan yang diperolehi akan disalurkan kepada golongan ini dan memberi peluang kepada mrk untuk berniaga bersama koperasi.

    Jangan terkejut apabila ‘BULUHMAS” yang telah ditahan untuk siasatan oleh bank negara akan beroperasi kembali tak lama lagi, ramai yang dah sertai dan mendapat pulangan lbh krg 18% sebulan, mungkin Pakdi tertanya2 mcm mana boleh lepas, sebabnya mereka membantu peniaga2 kampung (IKS) yang produk2 mrk tak dapat dipasarkan di pasaraya besar tapi BULUHMAS mengambil inisiatif membantu mereka dalam masa yang sama meningkatkan ekonomi orang melayu.

    Sy hairan ramai orang melayu punyai perasaan iri hati dan dengki melihat bangsanya berjaya, kalau boleh mahu dibunuhnya, mengapa!? Tanyalah pd orang yang melibatkan diri dalam BULUHMAS ada tak bonus mereka tidak dibayar tiap2 bulan, semuanya dibayar tapi yang pergi buat laporan adalah orang luar yang irihati, bangsa lain bertepuk tangan kerana satu lagi syarikat melayu runtuh kerana adanya PHD dalam diri mereka.

    Buat pengetahuan Pakdi, memang semua bank hanya mampu berikan lbh krg 5% setahun kepada penyimpan fix deposit, tp pihak bank mengurus niagakan duit simpanan tersebut setiap hari selama 365 hari setahun, berapakah keuntungan berganda-ganda yang mereka perolehi tapi mereka amat suka orang2 spt Pakdi yang mempertahankan institusi bank supaya orang ramai yang tidak tahu cerita sebenar akan menerima sistem tersebut dan mereka terus membuat keuntungan berlipat kali ganda, hebatkan.

    Semua ini bukan rekaan saya tapi hasil dr pengalaman dan perbualan sy dengan orang-orang yang pakar dalam bidang koperasi dan bank. Maka janganlah sewenang-wenangnya menyalahkan koperasi yang memberikan pulangan bulanan kepada ahli mereka.

  14. 14 Jeffry said at 7:08 pm on January 26th, 2009:

    Kalau nak di katakan Bank Negara menyerbu koperasi atau NGO yg buat pelaburan perniagaan yg mampu memberi pulangan yg luar biasa,saya teringat kes “Swiss Cash” yg heboh satu masa dulu.Dengar cerita,pengasas program tu adalah org Melayu dan program tu masih berjalan di luar Malaysia cuma pengasasnya tidak boleh balik ke Malaysia sebab dia akan di tangkap atas Akta Penggubahan Wang Haram 2001.
    Semua harta bendanya di rampas,duitnya berjuta-juta di bekukan oleh Bank Negara tetapi duitnya di luar negeri banyak jugak.Makan tak habis.Ketelusan Bank Negara pun di ragui sebab banyak trader Melayu yg berjaya di luar negeri dan cuba bawak balik duit mereka balik ke Malaysia di halang oleh Bank Negara dengan alasan keuntungannya meragui pihak Bank Negara.

    Entahlah!

  15. 15 kula said at 6:36 pm on March 21st, 2009:

    jefry aku rs bukan sebb keuntungan meragui sebenarnya bank negara nk mintak percent biasalaa nk dapat keuntungan dari cukai klu x nak byr harta kena beku biasalaa aku dah lama kenal sistem bank negara nie.. mls nk cakap…

  16. 16 anonymous said at 1:55 am on July 4th, 2009:

    pakdi tak nak jawab komen Mohd ke.?

    kalau saya plak, buat masa ni tak pihak mana2, lagi pun saya belum ada cukup duit nak melabur ke mana2..gaji cukup2..

    tapi saya setuju kalau perkara ni kita lihat pro & con setiap pihak. sebelum kita kutuk2, maki hamun sesebelah pihak, elok siasat sedalam2 nya mcm mana sistem kerja pihak yg dikutuk tu..mungkin tak mustahil apa yg Mohd cakap tu memang betul2 berlaku.yg pernah terlibat bekerja di pihak tu saje la tau sama ada mereka tipu ke tak..tapi saya tak suka menghukum sebelum ada bukti…

    tapi nk cari bukti pun saya tak tau di mana..mybe org mcm pakdi ni yg lebih byk jalan utk cari bukti..so cari lah dan dedahkan buat pengetahuan ramai..sebab pada saya kalau setakat statement 120% keuntungan tu terlalu banyak, bank pun cuma bagi 15%, koperasi2 kena cekup bank negara, tu semua belum cukup kuat nak mengatakan koperasi2 ni sebagai penipu dengan memberi keuntungan tak munasabah..orang berniaga air kat pasar malam pun jual RM1 segelas, sedangkan kalu kena gaya jumlah pengeluarannya,maybe modalnya cuma dalam 20sen je segelas. kos pengeluaran murah kerana barang dibeli secara pukal. dpt 80% untung. tak mustahil teori ni dipraktikkan untuk bisnes yang berskala lebih besar..ni pandangan kasar saya je..mungkin juga diorang bersalah dari segi perlesenan atau tiada kelulusan mengambil deposit, tetapi perniagaan mereka mmg wujud dan sememangnya keuntungannya berganda? jadi siasat la dakwaan mohd, supaya kita semua tahu jawapan yang terbaik..

  17. 17 sudin said at 3:40 pm on November 18th, 2009:

    kalau pak di free,cuba godek http://www.azz4u.com.semalam iklan 2 mukasurat penuh kat sinar harian kelantan,pelaburan ikan keli.

  18. 18 treec00l said at 11:19 am on November 19th, 2009:

    to mohd, jeffry, kula dan yg lain2 yg sependapat,

    xpalah, hangpa semua berani ambik risiko utk kaut keuntungan 175% setahun tu.

    yg kami2 dok kempen jgn masok tu, utk org2 baru yg xdak “payung” besar dan masih hijau (pengalaman takdak, ilmu pon kurang.

    depa yg masih hijau ni (termasok aku), modal yg ade adalah hasil simpanan bermula mase kerja. kalo hilang, habis la semue RM tu.

    worse, yg masok pelaburan yg xdpt kelulusan BNM @ SC tu, “MENCARUM” gune duit pinjaman. kat sini lah jerangkap samarnya.

    kesimpulannya, hangpa semua boleh “MENCARUM” dalam pelaburan yg xdpt kelulusan BNM @ SC tu, selagi:
    a) duit tersebut adalah duit lebihan korg, yg korg x kisah pon kalo hilang.
    b) korang tak melobi orang2 yg masih hijau masok sekali, sebab depa xtau ape2 lagi. masok pon sekadar ikot2an.
    c) korang x anggap MENCARUM kat situ sama dengan MELABUR.
    d) korang tahu risiko sebenar dan perjalanan penuh tempat korang nak MENCARUM tu.
    e) x menyusahkan org lain, bile BNM @ SC serbu dan bekukan tempat korg MENCARUM tu.


Leave a Reply