Pelaburan itu mudah
Posted: January 17th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Perniagaan, Saham | 9 Comments »Bila membaca komen-komen saudara / saudari sekalian dalam beberapa entri yang lepas, mengingatkan saya tentang kata-kata Sir Isaac Newton, seorang saintis yang terkenal:
I can calculate the motions of the heavenly bodies, but not the madness of people
Newton mengeluarkan kata-kata di atas apabila beliau kerugian 20,000 pound sterling dalam The South Sea Bubbles pada 1711. (Wow, itu satu jumlah yang amat besar ketika itu)
The South Sea Bubbles ini adalah sebenarnya merujuk kepada peristiwa syarikat South Sea yang menjanjikan kerajan British untuk melupuskan hutang negara, ketenteraan dan sebagainya sekiranya kerajaan British setuju membayar 5% daripada jumlah hutang tersebut kepada mereka.
Berita (spekulasi) tawaran dari syarikat ini menyebabkan orang ramai berebut-rebut membeli saham syarikat South Sea termasuklah Sir Isaac Newton walaupun tawaran tersebut belum lagi diterima oleh Kerajaan British ketika itu.
Dan inilah yang sedang dan akan terus berlaku di dalam pasaran saham. Anda melabur berdasarkan khabar angin dan bukan menerusi fakta yang sebenar.
Pelaburan bukanlah satu subjek yang sukar. Bak kata orang, “You dont’ have to become a rocket scientist to be rich.” Ia menjadi sukar kerana kebanyakan daripada anda masuk ke dunia pelaburan tanpa melalui dunia perniagaan dan juga disebabkan subjek ini tidak diajar di sekolah-sekolah!
Mari kita lihat, sebelum anda mula melabur di Bursa Malaysia beberapa maklumat asas yang anda perlu tahu.
Kita mulakan dengan sektor kewangan. Perbankan adalah satu perniagaan. Kalau bank itu bukan perniagaan, maka tidak akan ada penawaran saham syarikat perbankan didagangkan di Bursa Malaysia. Ia adalah servis yang menawarkan pinjaman wang. Dalam Islam, pinjaman wang dan bank menuntut pembayaran lebih dari jumlah pokok adalah riba’ jahiliyyah. Justeru, kebanyakan bank yang ada di Malaysia terlibat dalam perniagaan sebegini dan menyebabkan kaunter-kaunter saham dalam sektor kewangan di Bursa Malaysia majoritinya adalah tidak halal.
Kaunter Genting pula adalah syarikat perniagaan perjudian. Nun di atas bukit di sempadan Selangor dan Pahang terdapat pusat perjudian yang besar. Dalam Islam, judi adalah haram. Maka kaunter Genting dan syarikat perjudian juga adalah tidak halal dari segi syariat.
Kaunter Sime Darby pula adalah syarikat yang berteraskan perladangan. Ladang kelapa sawit yang dimiliki oleh Sime Darby ini amatlah besar dan luas. Kelapa sawit digunakan untuk minyak masak, sabun, lilin, makanan ternakan dan lain-lain. Saingan utama kelapa sawit adalah kacang soya yang banyak ditanam di Amerika dan sebab itulah Amerika dan syarikat sekutunya memburukkan produk kelapa sawit kerana ia adalah saingan kepada produk soya mereka.
Perniagaan-perniagaan seperti ini pula, mendapat modal untuk berniaga sama ada melalui penjualan saham atau pinjaman.
Di Malaysia, perbankan Islam masih baru. Bon-bon perniagaan yang berteraskan syariah pun baru mulai banyak diterbitkan sejak tahun-tahun kebelakangan ini sahaja. Justeru, kebanyakan mereka masih meminjam secara konvensional dan mereka yang meminjam ini, akan menerima impak tertentu sekiranya Bank Negara Malaysia mengumumkan perubahan kadar faedah BLR mereka. Justeru, kadar BLR adalah faktor yang besar dalam perniagaan selain faktor cukai, inflasi dan sebagainya.
Anda melabur kerana anda bersikap optimis terhadap pasaran. Adakah anda melabur kerana ingin hilang duit? Sudah tentu jawapannya tidak bukan. Justeru, anda ingin melabur di tempat yang kukuh perniagaannya dan kalau boleh yang tetap untung walaupun ekonomi kurang baik.
Manusia berjudi sama ada ketika ekonomi baik mahupun tidak. Bila duit banyak mereka berjudi kerana takde kerja lain nak menghabiskan duit yang banyak. Masa ekonomi kurang pun mereka berjudi kerana mereka fikir boleh jadi kaya segera. Tapi dalam Islam, berjudi itu haram. Walaupun perniagaan perjudian ini memang masyuk.
Perniagaan yang paling baik adalah perniagaan yang menawarkan keperluan asas. Manusia itu asas keperluannya ada ampat! (4) . Makan minum. Tempat tinggal. Pakaian dan ubat-ubatan.
Susah mana pun hidup mereka, mereka akan cari duit untuk 4 perkara di atas. Paling miskin pun paling tidak mereka tidak akan hidup berbogel dan kalau tak mampu ke klinik pun mereka akan telan panadol. Tapi mereka sanggup untuk tidak melancong, tidak bersekolah, tiada kereta, tidak mempunyai astro, tiada komputer, tiada handphone dan perkara lainnya. Setakat tak tengok Faizal Tahir tu tidak berbaju, tak mati pun.
Justeru, kalau anda perlu tahu keperluan, kehendak manusia dan juga penawaran sesuatu syarikat sebelum anda mula melabur. Syarikat menawarkan sesuatu dan orang ramai menerima tawaran tersebut dan itulah perniagaan. Lagi ramai orang suka, lagi bagus.
Perniagaan adalah asas kehidupan. Tanpa perniagaan manusia tidak boleh hidup. Dulu manusia berniaga melalui pertukaran barangan – barter, dan kini dengan wang ringgit.
Pakdi, seorang tukang jahit menukarkan selonggok baju untuk sebuntil beras dengan Makdi, seorang pesawah. Tetapi sekarang sudah berubah, Ali seorang pegawai kerajaan membayar RM 20 untuk mendapatkan sekampit beras dari Ahmad, seorang peruncit.
Justeru, pelaburan itu adalah anda melaburkan duit ke dalam syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan dan produk untuk orang ramai. Anda berharap syarikat tersebut akan terus untung dan untung dan untung seterusnya akan memberikan pulangan kepada anda dalam bentuk capital gain, dividen atau bonus.
Sebelum melabur pula, anda perlulah faham anda sebenarnya melabur dalam syarikat yang bagaimana? Sekiranya anda terlibat dalam pasaran dan main beli ikut suka hati anda, itu namanya anda berjudi. Walaupun anda beli kaunter yang halal. Hakikatnya anda tidak melabur, tetapi berjudi.
Sebab itu saya selalu sebut, jangan main beli sahaja saham amanah sesuka hati. Syarikat saham amanah melaburkan duit mereka di dalam perniagaan melalui jual beli saham di Bursa Malaysia dan juga tempat-tempat yang diluluskan.
Kalau saham amanah yang risiko nya sedikit rendah dari instrumen pelaburan lain pun saya menasihati anda untuk berhati-hati, apatah lagi dalam pasaran saham, pasaran hadapan, komoditi mahupun forex. Anda mesti tahu apa yang anda lakukan. Bukan main ikut-ikut orang.
Bila anda ikut-ikut orang, maka anda pun akan jadi seperti Sir Isaac Newton. Emosi manusia ini sebenarnya tidak pernah berubah sejak zaman Nabi Adam as. Dan sebagai berita gembira, anda tidak perlu menjadi orang sebijak Isaac Newton untuk menjadi seorang pelabur yang baik.
Share9 Comments »
Pakdi,thats your real name right!
How true,we all should go back to basics and the reality of life.
rock on!
Agaknya sebab tanda tanda ekonomi dah mula menunjukkan signal signal turun yer Pak Di
adakah kisah nabi yusuf akan berulang?
1998 – ekonomi merudum.. – angkara george soros (kununnya)
2008???? adakah sudah menunjukkan tanda? kita tunggu sambil cari payung yang tersorok…
er… ni takde kaitan pasal bearish market / ekonomi merudum. ini cuma artikel untuk kalian memahami tentang kaitan pelaburan dan perniagaan. Melaburlah dalam syarikat yang anda faham.
Satu nasihat yang bagus Pakdi, yang penting jangan kita main hentam saja! Jangan bila org kata “laburlah dalam syarikat ni, syarikat ni bagus, aku target mesti untung lipat kali ganda lepas ni”. Padahal tidak pernah selidik pun mengenai syarikat tersebut!
Begitu juga dalam memilih dana-dana yang ingin dilaburkan! Pastikan melabur di dalam dana yang mempunyai profail risiko yang bersesuaian dengan tahap keupayaan pelabur. Bukannya bila tahu untung lipat kali ganda terus tikam duit ke dalam tu tanpa menyemak di manakah ianya dilaburkan.
Kalau kita suka sangat dengar kata orang tanpa usul periksa, jadilah macam kes/isu minyak masak sebelum ni. Pembeli dok kecoh sana-sini, tokei-tokei dok menyusun agendanya!
arsenal wins !
business should be like arsenal style of play,basics of football,fluid passing and running and hard work.
ade pulak… business should be like Chelsea, more organized, have stabilty, have plan A, B, C (look at Mourinho dossier!), and not gambling like Arsenal (Arsenal is easy to win big, but also easy to lose).
blues,
dont be like chelsea,spent big but less return,and too much depending on one man coach,when he left there was a revolt,now drogba wants out.Dont believe money can buy success. Unlike arsenal,there groom home grown talent,and they invest small and in youth, look at the team,all are young,not old like chelsea team,where players come to chelsea for the money,they dont care much about the team.The style of play caca merba,not fluid and not entertaining at all for a big spender team.
Looks how arsenal play,fluid passing,entertaining,joy to watch,skillful and awesome play.Of course they have their off day,but so are others.
The blues?hmm of late they played well,but always luck was on their side.
There are only 2 teams in the EPL – MU and Arsenal that are joy to watch.
The rest are plain dry.
betul tu halim. kena beli based on knowledge. so kita ambil calculated risk.
wah wah… pemilik blog ini adalah The Kop. Hee hee… This is Anfield.
Not all foreign investment is good for you. Get rid Yanks. Welcome DIC (so i can buy Liverpool original jersey!)