Pegangan Saham Kerajaan dalam GLC Dikurangkan 2010

Posted: December 20th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Semasa | 9 Comments »

Beberapa hari lagi, kerajaan (persekutuan) akan mula mengurangkan pegangan saham dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaaan (GLC)

Menurut Menteri, kewangan kerajaan sekarang kurang cair.

IPOH: Semua saham milik kerajaan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan dikurangkan mulai tahun depan bagi menambah kecairan kewangan yang dimiliki oleh kerajaan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, langkah tersebut membabitkan 17 GLC di bawah Kementerian Kewangan dan adalah antara pendekatan yang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang sebanyak lima peratus pada 2010.

“Syer kerajaan dalam GLC akan ditawarkan di Bursa Malaysia untuk dimiliki oleh syarikat swasta.

“Ia adalah inisiatif yang diambil untuk meningkatkan kecairan,” katanya selepas perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak 9-Sebelah Veteran anjuran Majlis Bandaraya Ipoh di sini, hari ini. (Berita Harian)

Nampaknya, kerajaan sekarang macam tengah sengkek sebab asetnya banyak yang beku. Jadi, bila sudah cair, pelbagai masalah boleh diatasi dan paling utama, ekonomi akan berkembang 5%.

Oh, begitu rupanya.

Kalau saya sekarang ada wang tunai RM 50k, lalu untuk cukupkan perbelanjaan RM 100k  tahun ini, saya akan menjual satu aset hartanah saya bernilai RM 100k.  Sekarang saya sudah ada 150k dalam poket. Yea.. sekarang saya dah pandai mengembangkan ekonomi diri saya sendiri.

Hi hi hi.

Kalau semua aset sudah habis dijual, nak buat apa lagi ye?

Share
9 Comments »

Tags: ,

9 Comments on “Pegangan Saham Kerajaan dalam GLC Dikurangkan 2010”

  1. 1 ipannapi said at 3:54 am on December 21st, 2009:

    buat bodo jer..

  2. 2 meowmeow said at 8:42 am on December 21st, 2009:

    From internal source, financial analysts forecast that 2010 will be another stockmarket meltdown, and it is one of key strategies to sell it, and buy later when the price will be another bargain. But the catchy part is about the volume, how to buy significant amount of share when most of sellers are not from institutional, but retails player.

    itu yg i dgr lah…

  3. 3 2bz4money said at 9:14 am on December 21st, 2009:

    Salam Pakdi..

    Mula2 jual pegangan saham..kemudian jual aset, bangunan2 gajah putih pulak..gara2 berlebih belanja dan korupsi..ye lah ke arah mengurangkan defisit perbelanjaan (Hutang tegar ler tu)..

    p/s: jgn sampai tanah melayu tergadai :(

  4. 4 arif said at 11:35 am on December 21st, 2009:

    jual enjin jet pejuang untuk cairkan kewangan kerajaan !

  5. 5 palie said at 1:20 pm on December 21st, 2009:

    lepas ni mau xcukup duit lagi…tibai duit rakyat laa…
    rakyat kan diutamakan

  6. 6 dobit127 said at 4:19 pm on December 21st, 2009:

    kurangan tu xde masalah…

    masalahnya tujuannya, menambahkan kecairan tunai kerajaan….

    duit dah nak abis, kenalah tambah dgn jual aset….

    pakdi tanyer, kalau aset abis….nak buat apa yer…?

    jawab aku, kerajaan mane abis aset..belambak laagi..lambat lagi nak abis,….

    kalau nak habis pun(last2 abis jugak)….sape pulak pemerintah yang nak tanggung yer……
    itu

  7. 7 weber said at 4:27 pm on December 21st, 2009:

    tak rasa gomen akan jual pegangan saham lebih 50%. gomen masih lagi pemegang saham terbesar mana2 GLC jadi boleh kata gomen adalah pemilik sebenar GLC.

    tapi pusing la camne pun.. mesej sekarang ni SANGAT jelas… gomen dah takde duit…

  8. 8 fish said at 10:04 am on December 22nd, 2009:

    tak sangka cream of the cream akan ambil tindakan sebegitu rupa.

  9. 9 mie said at 9:04 pm on January 4th, 2010:

    memangla kerajaan takde duit skrg ni, belanjawan sebelum ni selalu defisit, buat belanja formula 1 sahaja 1 billion dlm budget 2010, baikla finance IKS , lagila bermakna..ni la kerajaan sekarang , tengah sengkek pun belanja mewah..pahtu wak naik harga gula dan tepung..tp rakyat sokong lagi..apa la nak jadi


Leave a Reply