Blog ini tidak ada tips untuk jadi kaya malam ini juga.

No Deal

Posted: November 11th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Hartanah, Pelaburan | 3 Comments »

Dalam tempoh kira-kira 2 bulan ini, inilah kisahnya …

Kes # 1

Harga jualan apartment terlalu tinggi. Lebih RM 10,000 dari harga pasaran.  Tak mau nego langsung. Selidik punya selidik, ejen tidak boleh dipercayai.

Kes # 2

Booking fee sudah disediakan. Kondominium dijual below market price. Tapi entah macam mana, ada ejen lain sudah masuk line dulu beberapa jam / minit sebelum itu. Apa nak buat? Itu namanya bukan rezeki. Nak tumbuk ejen tu pun bukan boleh selesai masalah.

Kes # 3

Sekali imbas, kawasan nampak macam ok. Macam aje. Bila tengok lokasi, rasanya kalau dapat sewa cecah RM 600 pun bersyukur sangat. Haha… Takpelah, tengok balik lepas 2 tahun macam mana.

Projek hartanah sambung tahun depan. Tengok sama ada cukai hartanah dalam belanjawan tu akan beri kesan atau tidak.

3 Comments »


3 Comments on “No Deal”

  1. 1 mrbapak said at 10:13 pm on November 12th, 2009:

    Bagi kes 1 &2 tu, mmg biase terjadi.Kena cari ejen yang betul2 amanah, dan tau buat keje.Jgn serahkan bulat2 kat ejen.Kite pun kena buat homework jugak.Nwy, ketiga-tiga senario menjurus kearah prinsip pelaburan hartanah.Market value, n location.Betul tak pakdi?

  2. 2 dins said at 9:19 pm on November 16th, 2009:

    mcm kes saku pulak…booking fee dah bayar kemudian agen kata ade agen lain kacau owner suruh naikkan harga…oleh kerana minat dgn area rumah tu saya setuju jugaklah dengan harga baru walaupun rasa mcm dipermainkan…lepas selang seminggu agen bagitau owner nak naikkan lagi harga…tapi kali ni aku withdraw dari beli dgn cara mcm nie…boleh senang2 jer naikan harga.

  3. 3 megat said at 8:58 am on November 18th, 2009:

    dins, memang elok pun awak withdraw kerana bila owner tu kena cucuk, payah nak close deal. Ini biasa terjadi bila ada orang yg tak berkenaan seperti spouse, anak, saudara-mara turut masuk campur walhal bukan dia orang punya aset pun!

    pakdi;
    Kes#1 – tak perlu marah dgn ejen tu coz he has the right to accept or not to accept your offer. Coz he was given the right to act on behalf of the owner. Just withdraw jer. Cash is in your hand.
    Kes#2 – saya rasa ejen yang potong line tu offer better price than pakdi! Sbb walaupun booking fee dah bayar, selagi owner tak accept (sign letter of offer), then there will be no contract, right?
    Kes#3 – macam tilik nasib jer?


Leave a Reply