Najib Pinjam Duit KWSP Anda
Posted: October 21st, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, KWSP, Pelaburan, Saham, Semasa, Sub Prima | 38 Comments »KWSP pada awalnya menafikan keterlibatan pihak KWSP terhadap urusan Valuecap Sdn Bhd dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan), Dr Roslan A Ghaffar.
Kemudian, Najib Tun Razak, selaku Menteri Kewangan 1 menyatakan Valuecap Sdn Bhd, syarikat pengurus dana milik kerajaan, hanya meminjam RM 5 bilion dari KWSP, yakni duit pinjaman hari tua anda.
Najib kata, dia Valuecap ingin menggunakan duit pinjaman tersebut untuk membeli saham-saham yang dibawah nilai (undervalue).
Valuecap telah ditubuhkan sejak 5 tahun lepas untuk tujuan itu.
Manakala, Timbalan Menteri Kewangan 2, Nor Mohamaed Yackop menyebut, KWSP akan membuat untung dari pinjaman tersebut. Menurutnya lagi, “Valuecap has done well.”
Valuecap Sdn Bhd juga melalui anak syarikatnya, i-VCAP Management Sdn Bhd telah menguruskan Exchange Traded Fund yang berlandaskan Syariah yang pertama di Asia, iaitu MyETF Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25 (MyETF-DJIM25) yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada Januari 2008.
Ulasan Pakdi
1. Kerajaan perlu menunjukkan ketelusan sekiranya mereka ingin menggunakan duit KWSP.
2. Adakah kerajaan benar-benar ingin membeli undervalued stocks (investing) atau ingin menyelamatkan syarikat-syarikat tertentu (bailout) atau bertujuan untuk menyerap tekanan jualan (buying support) yang sedang berlaku di Bursa Malaysia?
3. Sekiranya Valuecap Sdn Bhd “has done well”, menurut Menteri Kewangan 2, kenapa Valuecap Sdn Bhd perlu meminjam lagi, lebih-lebih lagi dari duit KWSP? Di manakah untung yang telah dijana sejak 5 tahun lepas?
4. Malah, dalam zaman internet ini pun, saya tidak jumpa website Valuecap Sdn Bhd untuk melihat latar belakang pengurusan, pencapaian dana yang diurus oleh syarikat tersebut.
5. Warren Buffett adalah antara pelabur yang berjaya menggunakan teknik value investing yang membeli saham-saham di bawah nilai. Namun, pembelian yang dibuat Warren Buffett adalah berterusan baik ketika pasaran saham keseluruhannya sedang menaik atau menurun. Asalkan harga sesuatu kaunter saham itu menepati kehendaknya, walaupun indeks secara keseluruhannya menaik, dan tidak semestinya pada waktu indeks secara keseluruhannya menurun. Buffett tetap membeli saham syarikat tersebut. Baru-baru ini juga, Buffett telah membeli sejumlah saham Goldman Sachs bernilai USD 5 bilion.
6. Prestasi dana yang diurus oleh Warren Buffett diumumkan kepada semua. Malah semua pemegang saham Berkshire Hathaway mendapat surat dari Warren Buffett setiap tahun untuk membolehkan dia melaporkan secara terus prestasi Berkshire Hathaway. Saya dan anda yang tidak membeli satu unit saham Berkshire Hathaway pun boleh membacanya secara percuma di website ini.
7. Tetapi ini tidak berlaku kepada Valuecap yang ditubuhkan menggunakan dana awam, dan kini ingin meminjam lagi dana awam.
8. Barangkali Valuecap boleh berselindung disebalik undang-undang yang menyatakan syarikat Sdn Bhd tidak perlu menyatakan kepada umum tentang perihal kewangannya, tetapi secara moralnya, kalau sudah menggunakan dana awam, pihak pengurusan perlulah lebih amanah dan telus.
9. Petronas yang juga hanya bertanggungjawab kepada kerajaan itu pun boleh menerbitkan laporan kewangannya untuk dibaca oleh orang ramai, kenapa Valuecap tidak boleh mencontohi sikap baik pengurusan Petronas ini?
10. Tindakan meminjam duit anda di KWSP juga mengelirukan kerana apa yang berlaku hari ini, adalah berpunca dari krisis sub prima, iaitu apabila hutang yang tidak diuruskan dengan baik.
11. Apabila semua institusi kewangan seluruh dunia telah lebih berhati-hati ingin memberikan pinjaman kepada syarikat pada masa ini, tiba-tiba KWSP bermurah hati untuk memberi pinjaman kepada Valuecap. Bukan RM 50,000 , bukan RM 500,000 dan bukan juga RM 5 juta, tetapi RM 5 bilion.
12. Apakah collateral yang digunakan oleh Valuecap sehingga KWSP sanggup memberikan pinjaman sebesar RM 5 bilion?
13. Adakah KWSP hanya memberikan pinjaman dengan konsep qardhul-hassan?
14. Apa akan jadi sekiranya pelaburan Valuecap rugi dan tidak lagi mampu membayar hutang kepada KWSP? Siapa mahu membayar duit hutang KWSP yang bernilai RM 5 bilion itu? Adakah peserta KWSP akhirnya yang akan menanggung kerugian sepenuhnya seperti mana pencarum dana pencen di US dan Eropah yang kerugian besar akibat krisis sub prima?
15. Anda, selaku pencarum KWSP perlu mendesak pihak KWSP agar lebih berhati-hati supaya tidak memberikan pinjaman sebesar RM 5 bilion dengan begitu mudah.
16. Dan sekiranya kerajaan benar-benar telus, mereka perlulah memberitahu kepada umum senarai syarikat undervalued yang ingin dibeli dengan duit KWSP supaya semua pencarum boleh menilai sendiri sama ada syarikat tersebut benar-benar layak dibeli dengan menggunakan konsep value investing.
17. Apabila transaksi jual beli ini berlangsung, institusi kewangan yang mana pulakah akan mendapat keuntungan hasil komisyen? Adakah banyak yang akan masuk terus ke poket CIMB Group yang diketuai oleh adik Najib, Nazir?
18. Adakah rakyat Malaysia sedang menghadapi situasi yang digambarkan dalam peribahasa Melayu, “Keluar dari mulut Khairy buaya, masuk ke mulut Nazir naga?
Baca: Anwar kata ia tidak bertanggungjawab
Share38 Comments »
peribahasa baru tuh menarik la pakdi…hehe…
[...] pinjam duit simpanan anda bincang kat sini Adakah rakyat Malaysia sedang menghadapi situasi yang digambarkan dalam peribahasa Melayu, Keluar [...]
Dia dah mula dahhhhhh…itu baru pegang…
Legasi mahathirisme sudah mulakan babak baru nampaknya.
najib xdak menantu lagik.. sapa nak jd menantu najib angkat tangan!
Sapa bagi depa lesen untuk faraid duit KWSP?
Apa kata semua pendeposit KWSP bawak kuar semua duit depa… Ada lagi tak dana KWSP atau semua nilai tue cuma atas kertas.
Camnie la.. Boleh tak syarikat enterprise saya pinjam dari KWSP untuk tambah modal buat beli saham Blue-Chip kat Bursa Malaysia (BSKL) …. Kalau boleh mana borang pinjaman tue… hehehe
menantu najib angkat tangan???
agak-agaknya apakah syarat jadi menantu najib???
atau ikut contoh sahabat nabi, ali
macamlah najib nak pilih aku hehehe
macam boleh pulak aku tak masuk politik???
betul tu cencurut… kalau valuecap boleh pinjam duit kwsp, sesiapa yang ada syarikat pun patuh boleh dapat hak yang sama tuu… hihi…
5 bilion boleh bagi. setakat 50 ribu apalah sangat.
tuan rastom,
tapi macam ramai je suka nak che det memerintah balik?
Gua bukan nak mintak pinjam banyak… cuma dapat beli sebijik SAN server cukup ler… server gua skarang (3 TByte) nie dah ciput space dier…
lu kena berusaha jadi budak tingkat 4. bukan sekadar sebijik san server. 100 bijik pun boleh dapat.
hek eleh… gua dulu belajar kat kelas di tingkat 4 Politeknik Ungku Omar, Ipoh aper.. sure samer gak ngan budak tingkat 4 …. hehehe
100 bijik server ada berapa ulas laman blog?
Sebol… dalam sebijik server, kadang-kadang ada 1000 ulas laman blog jer.. kadang-kadang sikit, kadang-kadang banyak pulak…
bergantung.. itupon kalau takder ulas yang mengkar (mangkor kata orang perak…. hehehe)…
Tapi tengok la… server tue busuk (buruk) atau tidak…
Satu lagi nie… apa kata gua cadangkan kita tubuhkan satu pertubuhan iaitu Kesatuan Para Pendeposit dan Pencarum KWSP (KPPPKWSP) … semua pencarum dan pendeposit digalakkan menjadi ahli.
Dengan ini kita ada kuasa nak sekat apa sahaja tindakan yang boleh menyebabkan KWSP mengalami kerugian.
Amacam… setuju dak?
err… apa yang ada dalam undang2 kwsp? macam la gomen nak luluskan KPPPKWSP tu… hihi
Saya pelik, bagaimana dana awam boleh digunakan sewenangnya untuk
beli saham di bawah nilai?
Atau adakah ini kaedah bailout utk selamatkan ValueCap tersebut? Kalau benar adakah ini bermakna Malaysia juga terkena tempias global financial crisis?
Cuma saya tidak tahu jika ada mana-mana peruntukan undang2 yang boleh dibawa sekiranya duit simpanan (jaminan kerajaan) mengalami kerugian, adakah rakyat ada hak untuk menyaman mana-mana pihak?
gua rasa la… KPPPKWSP tue susah gak nak ditubuhkan… banyak batu penghalang nanti…. biasala..
menarik untuk dibaca mengenai isu Valuecap ni:
Guessing Game Over Valuecap Stock Picks
[...] baca blog Sifu Kewangan saya mengenai tajuk entrinya ‘Najib Pinjam Duit KWSP Anda’ . Dari situ saya dapat accsess satu lagi [...]
abisla.. duit pencen aku!..
Assalamualaikum hai tak jadi pm lagidah cam ni……..mana yg ada dana besaq lain kwsp….mungkin kat sini ja mudah nak sedut……….lepas buaya, naga last tinggai asap…….
What?? RM 5 Bil……
mana cukupppppp….. tu ari RM 75 bil kena wipeout dari bursa…
6 tahun lepas pun depa dok nafi juga.
http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2news&pg=bm_p2news_press&ac=1148
—–
KWSP Nafi Pembabitan Dalam Valuecap Sdn. Bhd
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan laporan-laporan akhbar hari ini (20 November 2002) yang mengaitkan operasi ValueCap Sdn. Bhd. dengan pelaburan KWSP dan dua syarikat pelaburan kerajaan yang lain.
KWSP ingin menjelaskan bahawa ValueCap Sdn. Bhd. tidak dilantik untuk menguruskan dana pelaburan KWSP. KWSP juga ingin menafikan penglibatannya dalam BSKL adalah bertujuan untuk mempengaruhi harga saham di Bursa tersebut. Begitu juga pelaburan KWSP tidak pernah digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang tenat dan mengalami kerugian (bail out).
Pelaburan KWSP dibuat berdasarkan fundamental syarikat yang kukuh, potensi pertumbuhan jangka panjang yang baik dan kumpulan pengurusan yang berwibawa. KWSP dalam melaburkan simpanan ahlinya sentiasa mengambil sikap berhemah dan profesional bagi memastikan pelaburan ahli sentiasa selamat, tidak terdedah kepada risiko yang tinggi dan memberikan pulangan yang munasabah untuk digunakan bagi persaraan mereka.
(DR. ROSLAN A. GHAFFAR)
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 20 November 2002
Tahi gajah… mana boleh simpan lama lama bawah daun keladi.. tetap akan nampak jugak.. hehehe
Valuecap ni serupa geng-geng syndicate jugak ke?
Mungkin kot… Sebab lebih dari 70% saham yang berlegar di Bursa Malaysia digerakkan oleh pelabur sindiket (syndicate trader).
RM 5 bilion tu <1% dari total market capitalisation. taktaulah apa sebenarnya tujuan duit tu.
RM 5 billion = RM5,000,000,000/-. Ada sembilan kali 0. Nak bagi bantuan utk rakyat yang duit dah ‘0′ berkira sangat, nanti kerajaan bankrap.. Tapi selambe je bagi kat ValueCap..
[...] DEBFree Market Sedang Menghukum Sistem RibaMaklumat oh MaklumatMusuh-musuh PasaranApa itu Pasaran?Najib Pinjam Duit KWSP AndaMawi Ikin KahwinKenapa Budak Sekolah Tak Suka Baju Sukan Sekolah? (2)Kenapa Budak Sekolah Tak Suka [...]
[...] Senyap-senyap dia ambik balik duit KWSP anda setelah berjaya mengambilnya kali pertama melalui ValueCap Sdn Bhd. [...]
[...] “Aku mana ada RM 5 bilion. Lantak pi la KWSP nak bagi ValueCap duit pun. Berapa sen sangat je duit aku diorang guna. Janji aku dapat balik duit aku [...]
14. Apa akan jadi sekiranya pelaburan Valuecap rugi dan tidak lagi mampu membayar hutang kepada KWSP? Siapa mahu membayar duit hutang KWSP yang bernilai RM 5 bilion itu? Adakah peserta KWSP akhirnya yang akan menanggung kerugian sepenuhnya seperti mana pencarum dana pencen di US dan Eropah yang kerugian besar akibat krisis sub prima?
huh kena hati-hati nie…jgn jadi macam JCorp sudah..
tengok ajelah apa dah jadi dgn saham ASJ…errr..boleh guna pakai ke contoh nie?
sebenarnya nak jual dana tu mudah. tapi nak bagi dana tu perform bukan mudah. sbb tu byk dana amanah ni bungkus. termasuk hedge fund luar negara yang dibarisi oleh fund manager yang berkelulusan statistic, matematic, economics dsb.
lagi-lagi kalau fund tu besar sangat.
tu yang ada orang yang gelap mata tengok duit cash di KWSP tu…
[...] But when Najib ask EPF to loan RM 5b easily to ValueCap Sdn Bhd, I am afraid that EPF will at last become a legal ponzi scheme by government because no corporate [...]
[...] apabila ketelusan sebegini tidak wujud, seperti tiba-tiba duit KWSP dipinjamkan kepada ValueCap Sdn Bhd sebanyak RM 5 bilion, ramai yang sangsi apa sebenarnya akan dibuat dengan duit [...]
Pemotongan secara mandatori dalam kwsp untuk semua pekerja adalah unsur paksaan. Kwsp adalah sistem lapok yang mengheret rakyat ke kanca percaturan ekonomi dan polisi politik semasa. Sekarang zaman teknologi, rakyat mempunyai banyak pilihan untuk meniagakan hasil pendapatan mereka, KWSP mengikat pemikiran sempit pekerja di mana ada antara mereka terlalu bergantung kepada kwsp sbgai simpanan masa depan. Apapun KWSP sudah lapok dan perlu pesaing baru untuk memikat perhatian pencarum.
boleh tak kite pinjam duit kwsp kite sendiri? nama i dah blaklist dan tidak dapat buat pinjaman dari pihak bank. sekarang i dah buat pinjaman kat syarikat credit swasta sebanyak 14k dengan bunga 10% sebulan. gaji i cuma habis bayar bunga pinjaman je, i sangat terdesak sekarang. kalau boleh buat pinjaman duit kwsp kite sendiri boleh la i selesaikan masalah i. ada sapa2 yang dapat bagi i nasihat or pendapat ke?
[...] imbuhan yang lebih dari pencarum itu sendiri, tengok sahajalah ValueCap Sdn Bhd, senang-senang pinjam RM 5 bilion. Kita nak keluarkan duit KWSP sendiri pun [...]