Money Talks

Posted: July 3rd, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Pelaburan, Perancangan Kewangan | 12 Comments »

Sekarang ni musim bola sepak di Eropah cuti. Tapi ada banyak perkembangan menarik sekarang. Cristiano Ronaldo, Kaka, Benzema masuk Real Madrid dengan yuran perpindahan yang besar dan pakej yang sangat sangat sangat lumayan.

Kalau kita yang cuma gaji 2,000 kemudian ada tempat baru offer cuma 2,500 pun dah pindah, ini kan pula pemain bola yang dapat pendapatan 60,000 seminggu di kelab lama kepada 100,000 seminggu di kelab baru.

Saya bukan nak bercerita pasal gaji besar pemain bola di Eropah. Tetapi cerita dalam pasaran perpindahan sekarang.

Ada 2 pihak yang sedang cuba buat untung besar.

1. Media

2. Ejen

Media akan laporkan transfer gosip seperti Nemanja Vidic pun akan keluar Manchester.

Ejen pula akan menghasut-hasut Xabi Alonso untuk keluar dari Liverpool.

Akhirnya, money talks.

Itulah yang dibimbangi oleh lagenda bolasepak seperti Platini yang sekarang mengetuai UEFA.

Dan, anda hari-hari sebenarnya berhadapan dengan media dan ejen yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil duit anda.

Kad kredit. Insurans. Takaful. Saham amanah. Hartanah. Saham. Pasaran hadapan. Pembiayaan rumah. Re-financing. Pembiayaan peribadi. Pembiayaan kereta. Dan macam-macam lagi.

Betul, anda memerlukan sebahagian daripada produk-produk ini, tetapi bukan semua.

Bagaimana anda membuat pertimbangan ?

12 Comments »


12 Comments on “Money Talks”

  1. 1 asalipo said at 1:58 am on July 3rd, 2009:

    Bila kita perlukan, kita akan pergi kepada mereka

    Tapi bila mereka datang kepada kita, kita tidak memerlukan mereka sebenarnya, jadi abaikan sahaja hehehe

  2. 2 Anak Damit said at 9:58 am on July 3rd, 2009:

    ni x termasuk ejen2 yg menghasut negara2 dunia ketiga..

  3. 3 Acik fosilmitra said at 11:47 am on July 3rd, 2009:

    Bayangkanlah.. seminggu gaji diorg menyamai setahun gaji CEO kat ofis kita… namun duit yg sebegitu banyak bolehkah dibawah ke dalam kubur untuk menyelamatkan mereka?… hehe…

  4. 4 hazman aka species1980 said at 3:15 pm on July 4th, 2009:

    pasal duit2x nie … kena banyak belajar pasal pengurusan kewangan….

  5. 5 weber said at 10:09 pm on July 4th, 2009:

    gelaktikus cuba menyaingi katalong..
    tu la pasal diorang beli CR dgn Kaka.. 2 world best footballer..
    tapi aku rasa.. katalong still menang losligos tahun depan..

  6. 6 beejan said at 12:29 pm on July 6th, 2009:

    kenapalah aku x pandai main bolasepak….
    why?
    why?
    why?

    bukan ke syok… anda dibayar gaji untuk bermain… padahal masa kecik² dulu makbapak kita marah kalau kit asyik duk main…. heran betul.

  7. 7 Amin007 said at 1:29 pm on July 7th, 2009:

    beejan, makbapak kita marah main bola pasal masa tu main bola tak dapat duit dan glamor

    tapi sekarang dah lain
    pandai main bola boleh masuk team soccer hahaha

  8. 8 Noreen said at 2:25 pm on July 7th, 2009:

    haha…setuju dgn Asalipo…
    bila perlu..kite cari..
    kalau x perlu…dieorg dtg pun…tak payah layan..
    abaikan je…

  9. 9 treec00l said at 5:01 pm on July 7th, 2009:

    CR is the world best footballer?

    yaks. he is only the world best primadona and pretender.

    football is a team game. individual player is unwanted.

  10. 10 beejan said at 6:05 pm on July 7th, 2009:

    ape lagi amin, job la apply keja kat MUFC….

  11. 11 sal said at 8:07 pm on July 7th, 2009:

    hahah ejen oh ejen….I like the way you think about…

  12. 12 mamat said at 10:55 am on July 16th, 2009:

    harta dunia… hanyalah ibarat sayap nyamuk di sisiNya


Leave a Reply