Meh Buat Kerja

Posted: February 8th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Semasa | 9 Comments »

Polemik muncul kembali selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pelaburan ASB. Ada yang setuju, ada yang tidak. Ada yang puas hati, ada yang lega, ada yang marah dan sebagainya.

Apa pun, sebagai orang awam anda sebaiknya mengikut pendapat Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut, dan sekiranya anda bertaraf atas sikit dari orang awam, maka anda barangkali mempunyai hujah yang baik untuk tidak mengikutnya.

Dalam sistem mahkamah sivil, bukan sahaja keputusan penghakiman boleh dicabar, malah undang-undang itu sendiri boleh dicabar. Anda boleh mencabar undang-undang tersebut mengikut prosedur yang ditetapkan.

Tapi di Malaysia, dalam keadaan mahkamah syariah yang terhad kepada urusan nikah, kahwin sahaja, susah untuk saya sebut sama ada ada wujud atau tidak peruntukan yang sama seperti sistem mahkamah sivil tersebut. Memohon agar fatwa itu dibatalkan menerusi mahkamah syariah. Sama ada itu dibenarkan atau tidak. Itu saya kurang pasti dan kurang arif.

Apapun, anda yang bekerja sebagai peguam, bekerja dengan Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, pensyarah undang-undang, pegawai seorang ahli parlimen dan sebagainya perlu memikirkan hal sebegini. Perbankan Islam sudah semakin dimajukan, tetapi di manakah kuasa mahkamah yang boleh memutuskan hal sebegini?

Adakah anda mahu lihat kes berkaitan perbankan Islam terus diadili dalam mahkamah sivil, yang barangkali dihakimi oleh hakim yang tidak mempunyai kefahaman yang seimbang antara undang-undang syariah dan sivil?

Keduanya, setiap dari anda ada peranan masing-masing dalam masyarakat. Jalankan peranan anda sebaiknya. Jangan bising-bising sangat kalau tak berpuas hati. Buat kerja. Anda tahu apa yang tidak kena dalam bidang masing-masing. Jangan lah jadi tong kosong.

Betul, saya ada beberapa pendapat berbeza dengan al-Fadhil Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dalam perkara tertentu. Antara sebab kenapa saya berbeza pendapat dengan beliau kerana saya bukan seorang seorang eksekutif syariah di bank, saya bukan juga seorang pensyarah, saya bukan seorang ahli majlis penasihat syariah.

Tetapi saya juga mengimpikan agar sistem kewangan Islam betul-betul berdiri kukuh satu hari nanti, dan saya menjalankan kerja saya sebagai seorang usahawan muda. Jalan saya berbelok dan berpusing kerana saya bukan individu yang mempunyai kuasa untuk memastikan syariah compliance sesuatu produk kewangan mahupun untuk menerbitkan sesuatu produk pelaburan kewangan baru yang patuh syariah.

Itu adalah tugas anda yang barangkali bekerja di bank-bank. Tugas saya lain. Saya cuma buat apa yang saya mampu. Saya belum mencapai taraf yang boleh memiliki bank sendiri, iaitu memiliki Bank Muamalat sebagai bank alternatif kepada bank konvensional.

Bila bercakap isu ASB dan amanah saham, sebenarnya ia bukan tempat nak jadi orang kaya. Ia adalah instrumen kewangan dalam plan to be comfortable.

Justeru, bila orang komen-komen kononnya yang orang Melayu berebut masuk ASB semua ni fikir nak jadi kaya sahaja dan tak fikir benda lain, maka pada saya ia adalah komentar yang kurang tepat.

Nak betul-betul kaya pergi berniaga. Uruskan portfolio pelaburan sendiri. Melabur di saham ke, pasaran hadapan ke, hartanah, terpulanglah.

Malangnya, kebanyakan syarikat yang menawarkan saham amanah ini dimiliki oleh orang bukan Islam. Tapi bila saya cakap begini, ada yang terasa pula. Sedangkan hakikatnya mereka yang semakin kaya dalam industri saham amanah adalah pemilik syarikat saham amanah dan para konsultan yang berjaya. Kerana mereka menjual.

Saya sedar, tak semua orang tahu asas kewangan yang betul. Tidak tahu bagaimana untuk terlibat dalam pasaran saham dan pasaran hadapan. Tidak tahu bagaimana untuk melabur hartanah dan sebagainya.Dulu, masa saya tulis blog sosio-politik, saya banyak jadi tong kosong. Saya salahkan kerajaan. Saya salahkan graduan menganggur. Semua salah orang lain. Dan saya fikir seorang yang betul pada waktu itu. Seronok. Seronok hentam orang.

Tapi saya terfikir balik, apa yang saya dapat sumbang kepada masyarakat? Maka saya cari jalan untuk menyumbang dengan cara yang lebih baik.

Kini saya terlibat dalam program menyediakan bakal mahasiswa agar mampu menjadi usahawan. Boleh jadi usahawan kalau tak dapat kerja. Yang memang berminat jadi usahawan, boleh terus dibimbing. Kini ada yang sudah menjadi tauke aiskrim di UiTM.

Saya sediakan program Cashflow 101 untuk anda yang mahu belajar asas-asas kewangan. Saya mula anjur program ini kepada umum bila fenomena skim cepat kaya melanda. Saya boleh faham kenapa mereka terlibat.

Saya bina forum BicaraJutawan.com untuk membentuk critical-mass dunia pelaburan, kewangan dan perniagaan. Ini adalah proses awal transition saya untuk membantu masyarakat dengan cara lebih baik.

Saya anjurkan kelas hartanah, kelas cara nak main saham dan pasaran hadapan yang betul. Kini saya tengah cari speaker untuk bengkel pengurusan hutang serta bengkel pengurusan harta pusaka dalam Islam (Kalau anda ada referral, bagitahu saya ya)

Saya tengah usaha cari jalan nak tubuhkan investment club agar retail investor boleh main saham dengan secara berkumpulan.

Anda boleh cakap macam-macam kepada pemain forex kununnya mereka tak jaga halal haram. Saya tahu, ada beberapa isu dalam forex dari sudut syariah, keselamatan, ketulenan dan lain-lain, tetapi buat apa saya nak salahkan mereka yang terlibat dalam forex. Diorang nak berniaga ada beberapa halangan, MLM dah fed-up, kehidupan semakin mendesak, masa yang kosong hanya sebelah malam sahaja.

Jadi, saya cuba memberikan alternatif lain dengan memperkenalkan pasaran hadapan yang ada di Bursa Malaysia. Ia ada sedikit sebanyak persamaan dan perbezaan. Malah pasaran CPO kini sudah boleh guna USD, bukan hanya Ringgit Malaysia.

Saya cuma buat kerja saya.

Share
9 Comments »


9 Comments on “Meh Buat Kerja”

  1. 1 kirakira said at 4:02 pm on February 8th, 2008:

    betul kata pakdi,berapa banyak sisawazah kita menganggur,puluhan ribu.Apa yang mereka boleh buat?tak kan semua nak jadi ustaz?tak kan nak mengharapkan kerajaan nak bantu lagi.Perasan tak kita orang bukan melayu cukup menyampah bila siswazah kita nak di bantu2 lagi,sampai bila?Bila kita cuba nak berusaha sendiri?Ia berbalik kepada pelajaran di universiti.Berkualiti ke graduan2 kita?Kalau dulu masuk u,heboh satu kampong anak si anu si anu masuk U ni ,U itu. Zaman sekarang,bila kerja tak ada,tak ke malu kita,bila siswazah tak de kerja?
    Peranan pakdi cukup baik – dari sibuk nak menghukum itu tak boleh,ini tak boleh,persiapkan para graduan dengan ilmu pekerjaan,yang lebih penting dari sekeping ijazah.
    Kebanyakan yang menganggur orang kita.Orang Islam.

    Agaknya kita lebih selesa jual burger,jual apambalik,jual di pasar ramadan dan jadi agent unit amanah.Kita lebih selesa jadi pegawai kerajaan,cashiers,jadi kerani,jadi cikgu,jadi artis,jadi promoter
    Kita lebih suka enjoy2,makan2,tgk konsert,sambut tahun baru,tgk bola di stadium,masuk perbarisan hari kebangsaan dan maulid rasul.
    Letih.

  2. 2 yasir said at 4:52 pm on February 8th, 2008:

    pakdi,mcm kecewa je bunyi?hehe

    betul cakap pakdi tuh…kerja,kerja,kerja, jangan sembang jer lebih..

    wa nanti mau kerja dengan BJ la,jadi kerani kat sana pun ok gak,huhu..

  3. 3 Azree MH said at 5:24 pm on February 8th, 2008:

    Hurm.. Buat collaboration ngan pakdi pun ok gak… Hehe..

  4. 4 Dr Azwan said at 10:29 pm on February 8th, 2008:

    Syabas. Pakdi seorang yang berjiwa besar dengan pemikiran yang besar. Teruskan usaha. Caiyuk !

    Perbezaan pendapat adalah hikmah besar di dalam Islam. Cuma kadang2 kala ada yang tak berlapang dada.

  5. 5 taza said at 12:14 pm on February 9th, 2008:

    Saya minat yang quote pasal saham amanah tu… memang tak kaya bermain saham tapi ianya juga satu alternatif untuk mereka yang minat mengembangkan duit simpanan mereka…untuk pelbagai tujuaan…Pak Di i support u :smile: :wink:

  6. 6 pakdi said at 2:55 pm on February 10th, 2008:

    kirakira, perubahan perlukan kerjasama semua pihak :) saya cuma buat seadanya.

    yasir, penat tengok orang sembang kosong :P eh, BJ ada perubahan sket nanti.

    azree, cepat-cepat bertindak. ada bahagiannya. proposal anta haritu macam mana perkembangan?

    doc, perbezaan mmg tidak dapat dielakkan. cuma bagaimana kita nak menghadapinya ;)

    taza, betul tu taza, ia adalah options. tapi ramai orang misconception pasal saham amanah ni skrg. maybe sbb bull market. nanti bear market, orang misconcept lagi, dengan nada berlainan pulak :D saya edit sikit artikel ni lepas baca komen taza ni.

  7. 7 krommor said at 3:05 pm on February 12th, 2008:

    Jalannya memang berliku. Kita buat KERJA sungguh2.

    Pakdi cari speaker untuk bengkel pengurusan harta pusaka dalam Islam. Saya ingin cadangkan En Mohd Safri Mahat (CEO Warisan Mukmin: http://www.warisanmukmin.com). Bekas pengurus besar Zakat Selangor.

  8. 8 pakdi said at 12:46 am on February 13th, 2008:

    terima kasih krommor :)

  9. 9 Isu Bai’ ‘Inah | Pakdi.my said at 5:27 pm on November 24th, 2008:

    [...] kemampuan untuk mencadangkan perubahan, maka laksanakan perubahan tersebut. Saya hanya boleh buat kerja saya untuk waktu ini. Dan tugas kita adalah saling [...]


Leave a Reply