MCA Minta Hapus DEB

Posted: October 28th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Semasa | 10 Comments »

Akhirnya MCA bersuara mengenai isu ini secara terbuka. Setelah bersuara secara tertutup sahaja selama ini, dan membuatkan mereka kehilangan undi dan sokongan, lalu Naib Presiden MCA, Liow Tiong Lai berkata:

“Ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing.” (Sumber: Mansuh Ekuiti Bumiputera)

Pada masa yang sama, kerajaan Negeri Selangor juga telah melantik Liow Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS.

Beberapa hari lepas, Najib juga telah mengumumkan kesediaan kerajaan Persekutuan untuk menghapuskan DEB secara beransur-ansur.

Apa kata anda?

Share
10 Comments »


10 Comments on “MCA Minta Hapus DEB”

  1. 1 Amin007 said at 2:28 pm on October 28th, 2008:

    Ekuiti perlu dibuka???
    entahlah, mungkin sebab kebanyakan orang melayu tak suka berniaga
    tapi bukan ker satu-satu syarikat melayu boleh ada ekuiti 100% orang melayu
    tanpa melibatkan bangsa asing

    aku yang kerja kat jabatan perangkaan / statistik pun pening
    macam mana nak kira ekuiti orang melayu :D

    tapi dari apa yang aku tengok, banyak syarikat orang cina
    dari syarikat orang melayu

    kalau nak tambah ekuiti orang melayu, maknanya kena ramai orang melayu
    buka syarikat laa
    kan dalam 1 syarikat sdb bhd, boleh ada 50 orang
    kalau seorang sumbang 50, hasilnya 50X50 = 2500
    kalau seorang sumbang 100, hasilnya 100X50 = 5000
    kalau seorang sumbang 150, hasilnya 50X50 = 7500

    lepas tu tambah satu syarikat selepas 3 bulan
    setahu dah ada 4 syarikat yang mana modal berbayar 7500

  2. 2 cencurut said at 9:53 pm on October 29th, 2008:

    baguslah kalau dibuka…. sebab… bukankah MCA itu sebahagian dari Barisan Nasional…

    … persoalannya disini… kena perlu MCA membuat cadangan ini…. kenapa semasa mereka menang dulu.. mereka tidak meminta perkara ini berlaku…

    … masalahnya ekuiti 30% itu semuanya ada dalam tangan UMNO dan ahli-ahli UMNO… orang biasa cam kita nie… jangan mimpi la nak dapat pegang banyak tue….

  3. 3 Amin007 said at 10:03 pm on October 29th, 2008:

    cencurut, hanya satu cara aje nak tinggikan ekuiti melayu
    iaitu orang melayu kena mula bermiaga

    tak kisahlah kecil-kecilan
    kan kan kan

  4. 4 cencurut said at 10:12 am on October 30th, 2008:

    Bhai.. gua setuju ngan lu punya cadangan… wei semua orang Melayu… apa lagi tunggu.. buat bisnes la…..

  5. 5 pakdi said at 12:00 am on October 31st, 2008:

    ramai je orang Melayu minat buat bisnes. yang terjebak benda tipu pun ramai. harapnya yang dah terkena tu tak serik untuk mencuba lagi. sbb bisnes ni mmg sgt mencabar.

  6. 6 Amin Ahmad said at 1:25 am on November 6th, 2008:

    Problemnya ialah protectionism dan favouritism :)

  7. 7 Cerita Free Market | Pakdi.my said at 10:20 am on December 17th, 2008:

    [...] perlu dihapuskan. Maka, anda harus bersedia apabila keistimewaan melalui DEB ditarik balik. Ia boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang. Dan bagaimana sebenarnya free market boleh membantu orang Melayu dan Malaysia menjadi sebuah [...]

  8. 8 Siapa Ambil Peranan MECD ? | Pakdi.my said at 1:19 pm on April 10th, 2009:

    [...] ini permulaan langkah Tok Jib untuk memenuhi permintaan dari MCA ? Istimewa Untuk Anda! Dapatkan ebook PERCUMA dari Pakdi bertajuk “Mari Belajar Cashflow” [...]

  9. 9 amin007 said at 10:06 am on April 11th, 2009:

    mungkin sebab MCA kot MECD dibatalkan
    namun …..

  10. 10 online said at 3:36 pm on January 5th, 2010:

    apa yang saya cari, terima kasih


Leave a Reply