Lirik Lagu Malaysia Satu Faizal Tahir

Posted: September 2nd, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Perancangan Kewangan, Semasa | 8 Comments »

Ada satu jenis pendapatan yang ramai orang tidak berapa nak tahu. Yang dimaksudkan adalah royalti.

Anda mungkin tidak berapa pandai buat stock trading, stock investment, real estate investment, buat bisnes, tetapi anda mungkin pandai menulis, baik menulis novel, rencana, lirik lagu, puisi, melukis, menyanyi dan sebagainya. Anda juga mungkin pandai mereka cipta sehingga mempunyai pelbagai ciptaan yang boleh dipaten dan di trademark kan.

Kartunis Lat sewaktu mula-mula menyebut dia ingin jadi kartunis professional, ramai di sekeliling beliau yang tidak boleh terima cita-citanya. Sekarang, satu pelusuk dunia kenal Datuk Lat.

Ingat, aset tidak semestinya sesuatu yang boleh dipegang seperti hartanah dan sijil saham sahaja.

Dan Faizal Tahir, Audi Mok dan Nur Fatima baru saja memenangi HOT FM Lagu 1Malaysia kita. Tidak tahu lah berapa jumlah royalti yang bakal mereka dapat selagi mana Tok Jib jadi PM.

Lirik Lagu Malaysia Satu – Faizal Tahir

Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

Kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan
satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia,
kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang,
kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan..

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

KOMPOSER:
Audi Mok

PENULIS LIRIK:
Nur Fatima

Share
8 Comments »

Tags: , , , , , , ,

8 Comments on “Lirik Lagu Malaysia Satu Faizal Tahir”

  1. 1 taza said at 9:07 am on September 3rd, 2009:

    1 Malaysia konsep yang menarik…kalo baca preview citer orang dolu dolu memang syok sebab…mereka boleh berkawan, makan, duduk semeja dengan yang lain tanpa mengira kaum…tapi sekarang duduk ngan sebangsa jer…kita tak bercampur pun…hmm kemana arah dan tujuan bangsa Malaysia

  2. 2 Geis said at 12:07 pm on September 3rd, 2009:

    bunyi 1 malaysia tu betul skali..dulu2 time umur belasan tahun..kalau berkawan2, mesti bcampur dgn cina, india time kt kampung dulu (xde la kampung sgt, kt area bandar jgak tp parent kt situ, kire kampung la :p )

    ptg2 main bola,lepak kt pantai, gi naik bas gi supermarket, x best kalu x bcampur, weekend pergi melawat rumah diorg, ini sume blaku 15 tahun yg lepas & masih bkawan rapat dgn diorg..tp ape yg aku lihat bdak2 sekarang..xde pun mcm tu..masing2 dgn puak masing2..

    lg satu mindset yg “dewasa”..kalau nk beli rumah/sewa rumah/duduk kt area mana2, mesti melayu ade komuniti melayu, cina dgn cina..ape ni, masing2 racist secara x sedar..kalau tak nanti susah..x faham susah dkt mananyer..fikir balik sendiri..

  3. 3 fiza said at 8:48 pm on September 3rd, 2009:

    biasela malaysia, konsep mmg gempak tp boleh amalkan? susah nk carik kwsn perumahan ada semua bangsa…

  4. 4 Amin007 said at 6:58 pm on September 5th, 2009:

    aset buat setakat hartanah dan sijil
    suara, ilmu, bakat, rupa dan sebagainya boleh dijadikan aset

    cuma tak pasti sama ada kita ada benda untuk dijadikan aset

    namun jika ada peluang …

  5. 5 Fadli said at 5:06 am on September 9th, 2009:

    Saya tidak kisah tinggal bersama bangsa lain di kawasan perumahan. Cuma yang tak Ok adalah anjing-anjing yang bebas berkeliaran. Nak jalan dan nak joging pun takut. :D

  6. 6 Afyan said at 9:57 am on September 9th, 2009:

    Saya pernah dapat maklumat bersumberkan daripada radio IKIM, yang royalti untuk M. Nasir daripada lagu-lagu M. Nasir hampir setengah juta setahun!

    Lagu-lagu M Nasir yang dimainkan di radio IKIM tak banyak pun, tapi royalti setahun dah hampir setengah juta, beb!

    Cuba bayangkan royalti radio-radio lain.

  7. 7 budubest said at 11:20 am on September 11th, 2009:

    kekadang konsep memang gempak. tetapi cara merealiasikannya yang kureng bersungguh-sungguh. jadi harap lepas ni wajibkan pemaju buat taman perumahan yang bercampur-campur antara kaum.

  8. 8 felicia said at 12:15 pm on January 10th, 2010:

    saya suka sangat lagu nie. bESt & SyoK ……..


Leave a Reply