Kerajaan Memperkenalkan Konsep Kerja Dari Rumah

Posted: November 4th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Semasa | 14 Comments »

Saya fikir cadangan Kementerian Kerja Raya untuk mencuba konsep bekerja dari rumah adalah satu langkah yang bijak dan inovatif. Ini lah antara “kemudahan” bukan kewangan tetapi boleh mempunyai kesan “kewangan” dan kesan sosial lain ke arah yang lebih baik. Apatah lagi dengan wujudnya pelbagai teknologi yang boleh dimanfaatkan. (Buat apa la ada Blackberry dan laptop kalau masih “dipaksa” masuk pejabat hanya untuk menyiapkan dokumen ?)

Jimat duit tol. Jimat duit minyak. Tiada stress trafik jem. Seterusnya pergi ke pejabat bila perlu sahaja.

Memang tidak semua jenis lapangan kerja boleh “bekerja dari rumah” tapi ada juga lapangan kerja yang boleh. Macam kerjaya seorang doktor perubatan, pengawal keselamatan agak mustahil untuk bekerja dari rumah. Apapun, tahniah kepada Dato Shaziman Abu Mansor yang berani mencuba perkara ini seterusnya boleh mengubah konsep “bekerja mesti masuk pejabat”.

Mungkin lepas ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula memperkenalkan nursery di kawasan pejabat-pejabat kerajaan, jadual kerja anjal, dan cuti bersalin 6 bulan untuk kebaikan ibu-ibu bekerjaya pula. Apatah lagi dengan isu pembantu rumah yang semakin rumit ni. (Eh, kenapa Sisters In Islam dan NGO pejuang wanita lainnya tak pernah agresif perjuangkan dan melobi hal macam ni ye?)

Kepada mereka yang menjadi perintis program ini, semoga kalian dapat membuktikan produktiviti menjadi lebih baik!

PWD Draughtsmen To Pioneer Home Working Programme

KUALA LUMPUR, Nov 4 (Bernama) — Come Jan 1, a pioneer batch of draughtsmen from the Public Works Department (PWD) will work from home.

The 35 draughtsmen, who will be on probation, will kick-start the three-month Home Working Programme to enable the government to gauge its effectiveness.

Whether the government decides to continue with the programme or not, would depend on its success, said Works Minister Datuk Shaziman Abu Mansor, who disclosed that the programme was mooted by the prime minister.

“This is part of the government’s efforts in its drive to make the country, a fully-developed nation. I believe the programme will benefit, not only the government, but also the workers themselves.

“The pioneer programme will be implemented from Jan 1 to March-end. However, if the workers fail to increase their productivity, the programme will be called off,” he told a press conference at the Parliament lobby here Wednesday.

On the other hand, if the programme became a success, Shaziman said, it would help the government, especially the ministry, to tackle congestion at the workplace.

Inadvertently, he said, the programme, would also alleviate the burden of the workers, in terms of cost of petrol and toll, besides allowing them to spend more time with their families.

He said such a programme had been implemented by many popular companies worldwide and had proven successful, in increasing the productivity of companies.

“That is why, the prime minister gave his consent for the PWD to pioneer this programme to allow the workers to work from home,” he said, adding that the draughtsmen were chosen because their work required them to spend most of their time with computers.

– BERNAMA

Share
14 Comments »


14 Comments on “Kerajaan Memperkenalkan Konsep Kerja Dari Rumah”

  1. 1 C++ said at 8:34 am on November 5th, 2009:

    Bhai… gua banyak kerja dari rumah la.. kekadang tue seminggu tak masuk opis… hehehe… remote VPN la… hehehe

  2. 2 pak deen said at 4:10 pm on November 5th, 2009:

    kalau dok rumah belaka baru tak jem jalanraya.

  3. 3 Amin007 said at 11:24 pm on November 5th, 2009:

    ikutkan benda ni jabatan aku iaitu jabatan perangkaan dah lama praktikkan. kerja luar aje, tapi kena melawat kawasan laa. jumpa syarikat,pertubuhan dan orang perseorangan untuk dapatkan data.

    tapi kalaulah jabatan aku dah mula buat borang secara softcopy aje, mungkin lepas ni jabatan aku buat pulak hehehe.

    aku pun setiap minggu ke3 kerja luar, buat kerja 2-3 jam lepas tu balik rumah. pungut harga barang

  4. 4 mrbapak said at 11:13 pm on November 6th, 2009:

    wah,bestnye klu dapat kerje dari rumah.Malangnye,tak mungkin berlaku buat mase sekarang.

  5. 5 treec00l said at 2:05 pm on November 7th, 2009:

    Semoga kualiti keje diorg yg terlibat x jatuh.utk org yg mmg jage kualiti keje sendiri mmg ok.tp utk yg kaki ngular,mmg ko. gomen x ckp ape2 psl mekanisme utk jage isu kualiti keje ka?

  6. 6 kunangkunang said at 1:53 pm on November 10th, 2009:

    People now talking about work life balance. Try to search for top foreign companies particularly in developed country, this is among the criterias for best company to work with …

  7. 7 budak bangi said at 4:22 pm on November 10th, 2009:

    cousin den ada buat keja stail ni..mmg bgs..ank leh jaga sendiri..den pun dh start dh ni..tp den bleh la coz dok promote takaful n unit trust je..janji buat kerja dgn ikhlas..apa pun bleh jadi..

  8. 8 terracottadreams said at 11:47 am on November 26th, 2009:

    Bermula dari bulan Julai tahun ini, saya dibenarkan bekerja dari rumah. Masuk hanya bila perlu – untuk mesyuarat atau hal-hal penting. Setakat ini (dah masuk 5 bulan), syukur, saya dapati saya menjadi lebih efisien di rumah. Konsentrasi lebih dan kurang masa terbazir untuk kerja. Tiada “distraction” dan gangguan seperti mesyuarat2 yang tidak penting (kenapa agaknya ya orang suka bermesyuarat untuk perkara2 enteng – adakah untuk nampak seperti buat kerja?) dan berborak kosong (dahulu saya sering terperangkap dengan mereka2 yang begitu suka melawat bilik saya dan duduk berjam2 membincangkan masalah negara!)

    Masa saya sekarang dapat dirancang – mana untuk karier, untuk diri sendiri, untuk keluarga. Jika pagi terasa hendak bersantai sejam dua di kedai buku atau bawa anak ke perpustakaan, lakukan saja. Janji kerja jalan. Kalau malam saya terpaksa bersengkang mata untuk siapkan kerja, so be it. Tapi hati puas kerana saya rasa masa dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak sia-sia. Berapa kali sudah, badan saya di pejabat, hati dan fikiran di tempat lain; sibuk melihat jam dan mengira saat dan minit untuk berlari keluar. Dan yang paling seronok, kedatangan hari Isnin tidak lagi saya geruni!

    Mungkin kalau ada kekurangan bekerja dari rumah ni ialah kita boleh rasa sunyi sekali sekala – tapi dengan teknologi emel, telefon dan skype/ym, ini bukanlah satu masalah besar. Lagi satu, disiplin mesti kuat – kalau tidak terbengkalailah kerja. Tapi kalau kita ingatkan yang kerja ini satu tanggungjawab, dan duit gaji yang kita dapat akan dipersoalkan di akhirat kelak, insya’allah tiada masalah.

    Buat masa ini, saya satu-satunya pekerja yang bekerja dari rumah di organisasi saya. Jika kes saya implementasinya dianggap berjaya, maka akan diperluaskan “company-wide”. Berat rasa bahu memikul tanggungjawab ini sebenarnya!

  9. 9 tunepal said at 9:10 pm on November 26th, 2009:

    kadang-kadang, memang wat keje dari rumah. bos pun ok je. janji keje siap on time. haha..

  10. 10 fish said at 10:29 am on December 17th, 2009:

    kenapa la kita selalu kat belakang. patutnya dah lama kita mula praktis kerja dari rumah ni. apapun tahniah pada yg dah mula. pada yg belum…bila lagi. takkan selamanya macam tu…old school of thought.

  11. 11 zuriana said at 3:09 pm on January 23rd, 2010:

    berminat untuk pekerjaan yang ditawarkan.

  12. 12 Arif said at 12:55 am on February 9th, 2010:

    Saya dah 2 tahun 5 bulan kerja di rumah, sebagai programmer. Berhubung dengan bos guna GTalk. Tapi kompeni kecik je, cuma ada seorang Bos dan seorang kuli.

    Baru2 ni satu kompeni MNC offer saya gaji lebih tinggi, tapi waktu keje 6.30 pagi hingga 4ptg (support customer Australia).

    Saya x tau nak join ke x…kene jawab sblm Khamis ni…

    ada sesape2 nak ganti/join saya di kompeni skrg?

  13. 13 juita_03 said at 10:52 am on February 9th, 2010:

    Saya berminat dengan kerja dari rumah…sila emailkan detail

  14. 14 Sobrie said at 9:39 pm on March 10th, 2010:

    Saya adalah oku… Saya berharap jika ada apa2 jawatan yang boleh dilakukan di rumah…
    Sila emailkn kpd saya.. mdsobrie[at]gmail[dot]com


Leave a Reply