Kenapa Anda Perlu Pandai Membezakan Sesuatu ?

Posted: February 3rd, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Hartanah, Pelaburan, Perancangan Kewangan, Perniagaan | 14 Comments »

Dalam Islam, kanak-kanak yang telah mumaiyyiz itu adalah kanak-kanak yang tahu membezakan benda baik, benda bersih dengan benda yang tidak baik, atau tidak bersih.

Maksudnya, kalau kanak-kanak itu tiba-tiba memakan biskut coklat lemau yang sudah 2,3 hari tersorok di bawah kerusi, itu tandanya kanak-kanak itu masih belum mumaiyyiz.

Dia belum tahu biskut itu sudah kotor. Dia belum pandai membezakan.

Tetapi apabila dia sudah mula tahu yang mana satu biskut coklat kotor dan biskut coklat yang masih bersih, tidak lagi mengutip sisa-sisa tertinggal atas tikar masuk ke dalam mulutnya, itu tandanya kanak-kanak itu sudah mumaiyyiz. Sudah pandai.

Begitu juga kehidupan manusia bila semakin besar dan tua. Bila seseorang itu tahu perbezaan undang-undang hudud dan undang-undang jenayah biasa maka dia itu adalah orang yang pandai dalam bidang guaman jenayah.

Bila seseorang itu tahu perbezaan demam yang perlukan antibiotik dan demam yang hanya perlu banyak berehat dan minum air, makan orang itu adalah orang yang pandai dalam bidang perubatan.

Maka, itu jadi mahir dalam sesuatu bidang, kita sebenarnya perlu pandai membuat perbezaan demi perbezaan sehingga boleh tahu perbezaan yang kecil antara dua benda yang kelihatan sama.

Differentiate. Itu kata orang putih.

Dalam kehidupan hari ini, kebanyakan benda perlukan duit. Walaupun benda itu benda baik. Benda sunnah dan kewajipan.

Nak kahwin kena ada duit. (Paling sedikit pun kena ada maskahwin dan menghidangkan seekor kambing!)

Nak buat umrah, haji pun kena ada duit.

Menyebabkan ramai orang pening kepala pasal duit. Tetapi malangnya ramai orang tidak tahu perbezaan-perbezaan yang wujud dalam bisnes dan pelaburan.

Kalau mahu terlibat dalam pelaburan hartanah, anda perlu tahu dan pandai membezakan apa itu leasehold, freehold, subsale, auction, BLR / BFR, completed property, under construction property, strata title dan seterusnya.

Begitu juga kalau mahu terlibat dalam pelaburan saham, perlu tahu apa itu T+3, T+7, contra, short, margin, blue chip, speculative, financial statment, dividen, capital gain, volume, futures, warrant, options dan seterusnya.

Dalam bisnes pun begitu. Ada sole proprietor, partnership, sendirian berhad, berhad, cashflow, working capital, marketing, sales, stok, pricing, perbelanjaan tetap, market dan seterusnya.

Apabila anda tidak tahu perbezaan sebegini, mulalah terperangkap dengan kata-kata manis pihak tertentu yang kata kononnya mereka ada lebih 10 syarikat sdn bhd dan berhad, tetapi asetnya cuma RM 10 juta. Jadi joinlah program aku. Ha Ha ha. Dan anda menyatakan itulah bisnes cara baru. Duduk diam-diam solat dhuha dapat duit.

Dalam dunia pelaburan saham pula contohnya, apabila mendapat buku laporan tahunan syarikat, benda yang paling utama perlu dilihat bukanlah ucapan Pengerusi, CEO yang sentiasa diterbitkan dalam laporan berwarna warni itu, tetapi bahagian yang kosnya paling murah (sebab tidak diprint atas kertas berwarna) itulah yang paling penting iaitu financial statement.

Seterusnya benda yang paling ramai orang terkeliru adalah net worth. Sedangkan net worth bukan perkara yang paling penting. Sebab net worth ini adalah satu anggaran. Nilainya berubah mengikut pasaran. On paper only. Selagi anda belum mejualnya, selagi itu anda sebenarnya belum dapat apa-apa sebenarnya.

Hari ini anda mungkin mempunyai rumah bernilai RM 500,000 tetapi apabila berlaku sesuatu seumpama krisis kewangan 1997 misalnya, rumah itu tadi barangkali cuma bernilai RM 300,000. Eh, mana hilangnya lagi RM 200,000 ?

Sebab anda tidak pernah tahu apa itu compounding interest, daily rest, maka anda rasa bayar jumlah minima kad kredit sahaja adalah mencukupi. Tahu-tahu sahaja 3,4 tahun selepas itu, anda mengalami kesusahan bila pihak bank mula tuntut hutang!

Malah dalam kes-kes yang biasa berlaku, apabila anda dengan mudah membenarkan diri anda menjadi penjamin kepada orang lain yang ingin berhutang. Anda tidak tahu apa itu peranan guarantor sebenarnya.

Itulah yang banyak berlaku.

Apabila anda didatangi oleh ejen insurans / takaful atau unit amanah misalnya, mereka pun membentangkan anda projection sebegini sebegitu dan sebegini. Tetapi adakah anda telah bersedia membezakan antara sales pitch dan facts ?

Maka siapa yang membeli on sales pitch kebiasaannya akan rugi.

Maka anda perlu berusaha lebih sekiranya anda masih belum tahu membezakan istilah-istilah kewangan yang ada saya sebutkan dalam artikel ini kalau anda mahu mengawal urusan kewangan anda menjadi lebih baik.

Share
14 Comments »


14 Comments on “Kenapa Anda Perlu Pandai Membezakan Sesuatu ?”

  1. 1 ashraflatif said at 1:34 pm on February 3rd, 2009:

    [Apabila anda didatangi oleh ejen insurans / takaful atau unit amanah misalnya, mereka pun membentangkan anda projection sebegini sebegitu dan sebegini. Tetapi adakah anda telah bersedia membezakan antara sales pitch dan facts ?

    Maka siapa yang membeli on sales pitch kebiasaannya akan rugi.]

    Terasanya. Saya sedang kerugian, kerana mereka (ejen takaful dan unit amanah) adalah teman-teman, dan biasanya mereka bermulut manis. :p

  2. 2 am said at 2:34 pm on February 3rd, 2009:

    kalau camtu kita kena aware untuk bezakan fact dan spekulasi yup.. tapi silapnya pemikiran orang kita yang cepat kaya menjadikan mereka biar diri ditipu hidup2 wpun dah kaya raya..

  3. 3 treec00l said at 4:31 pm on February 3rd, 2009:

    tu sebab ilmu dan pengetahuan tu penting.

    tanpa ilmu, memang x boleh nak membezakan apa2.

    saya pon orang yang berilmu cetek :)

    marilah sama2 belajar. hehehe.

  4. 4 zamz said at 6:51 pm on February 3rd, 2009:

    ramai gak yg beli insurance kerana yg menjualnya sedara sendiri, kawan2, masalahnya kekadang agen tu pun sendiri tak tau sangat apa yg dia cakap..tapi yg ruginya pembeli lah..

    betulla apa2 pun kena kaji sendiri tak boleh terlalu bergantung kepada org lain

  5. 5 Hanep said at 10:21 pm on February 3rd, 2009:

    “yang kata kononnya mereka ada lebih 10 syarikat sdn bhd dan berhad, tetapi asetnya cuma RM 10 juta. Jadi joinlah program aku.” Kah kah kah… mengingatkan perkara lawak terdahulu.. almaklum la, 1 company aset 1 juta. hahaha

  6. 6 adli azamin said at 3:22 am on February 4th, 2009:

    …yg dtg tu sedara & rakan2?

    sebab itulah atuk sy pernah berpesan… biar berkira, terutamanya melibatkan soal duit. biar bertegang leher dipermulaan, agar kita rapat hingga ke mati.

  7. 7 pakdi said at 11:37 am on February 4th, 2009:

    Pasal duit tu memang betul. Masa miskin, takde duit takde siapa mahu tolong. Nanti dah kaya, semua orang mahu mengaku sedara.

    Jadi sedara sendiri pun kita perlu double check fakta tersebut.

    Apatah lagi tuan puan yang membaca blog saya ni. Pun kena double check kalau ada info meragukan.

  8. 8 kama017 said at 12:50 pm on February 4th, 2009:

    Saya rasa yang paling penting, tau bagaimana nak bezakan yang mana halal dan yang mana haram.

  9. 9 stended said at 11:53 pm on February 4th, 2009:

    investment melibatkan risiko..kalau takut risiko jgn invest…kadang2 jgn terlalu skeptikal dgn any investment…mcm hiduplaa..berisiko..kahwin silap pilih psgn..kerja.. beli rumah… semua ada risiko..takut hadapi risiko camner nak maju…
    asyik berharap ngan government….
    jika semua perkara kita fikir buruk..burukla jadinya….

  10. 10 pakdi said at 10:27 am on February 5th, 2009:

    stended, ini bukan isu takut ambil risiko.

    kalau rasa tuan mmg berani sungguh, jom trade futures market.

  11. 11 bubuzalimon said at 11:11 am on February 5th, 2009:

    kat mana nak belajar istilah-istilah kewangan yg dimaksudkan di-atas pakdi?

  12. 12 pakdi said at 11:21 am on February 5th, 2009:

    1. kenal pasti nak masuk mana dulu. kalau dah ada kerja, nak buat part time apa? bisnes ke. hartanah ke. saham ke.
    2. lepas tu banyakkan membaca buku, artikel, majalah, website, blog dalam bidang kita pilih tu.
    3. bertanya kepada yang lebih tahu.
    4. pergi ke seminar-seminar berkaitan.
    5. cari network berkaitan
    6. buat.

  13. 13 nazim said at 3:00 pm on February 6th, 2009:

    assalamualaikum kena ulangkaji gak la baru bleh melabur nampak gaya pasai kawan ngan sedara banyak pengaruh kita nak niaga ka hapa cam skim cepat kaya banyak kenalan yg tekena……

  14. 14 Kad kredit, kawan atau lawan? « infobisnestanpamodal.co.cc said at 5:24 pm on May 21st, 2009:

    [...] kad kredit kepada mereka yang  “belum mumaiyyiz kewangan”, adalah sama seperti memberikan sebilah pisau kepada seorang [...]


Leave a Reply