Kenapa Agaknya Kuota Tidak Habis?

Posted: April 27th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Pelaburan, Perancangan Kewangan, Semasa | 29 Comments »

Minggu lepas dilaporkan …

  • 999 juta unit Amanah Saham Malaysia (ASM) untuk kaum Cina habis dijual.
  • Dari 1.665 bilion unit ASM untuk Bumiputera hanya laku 7.65 juta.
  • Dari 499.5 juta unit ASM untuk kaum India, hanya laku 53.5 juta.

Manakala, hari ini dilaporkan …

  • 990 juta unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW) untuk kuota bukan bumiputera habis dijual

Ada yang menyatakan orang Melayu sekarang sudah peka dengan halal dan haram. Justeru, tawaran ASNB ini tidak menarik minat orang Melayu.

Barangkali hujah di atas hasil dari pemerhatian mereka sesungguhnya orang Melayu sudah insaf dengan pelaburan skim cepat kaya yang banyak bertopengkan konsep-konsep Islam seperti ada akad, mudharabah dan seterusnya yang mana syarikat-syarikat ini pun tidak mempunyai seorang pun penasihat syariah yang sah. Mereka tidak akan lagi membuat personal loan untuk melabur dalam skim haram jadah ini mahupun menggadaikan tanah pusaka mereka. Semua sudah taubat nasuha belaka.

Ada yang menyatakan hal ini berlaku kerana orang bukan Melayu, masyarakat Cina khususnya sedang mengalihkan duit-duit mereka di dalam akaun fixed deposit bank-bank yang hanya memberikan sekitar 2% sekarang, ke dalam instrumen kewangan yang lebih selamat dan mendapat pulangan yang lebih, iaitu 5%.

Saya juga tidak fikir orang Melayu tidak berduit. Orang Melayu berduit.

Kalau tidak masakan mereka masih berduit berbelanja di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang lepas, ada yang sambar bukan sedikit buku-buku yang dijual, dan juga karnival-karnival membeli belah yang lain. Malah ramai juga yang silih berganti telefon baru yang bukan murah harganya. Iphone. Blackberry. Dan sebahagian model Nokia.

Kalau anda lalu di beberapa kawasan elit Melayu tertentu, kereta mereka ini bukan satu, malah berbelas buah. Bukan sekadar kereta Proton Saga pulak tu. Setanding dengan tauke-tauke Cina.

Justeru, ada 2 kemungkinan besar

1. Orang Melayu masih TIDAK TAHU perbezaan instrumen kewangan yang ada.

Ini menyebabkan mereka sanggup menyimpan sahaja duit mereka dalam akaun bank biasa dari meletakkan sejumlah duit mereka yang banyak itu di dalam Tabung Haji misalnya, atau mana-mana dana ASNB. Tidak tahu apa perbezaan < 1% di akaun biasa, 2-3% di akaun simpanan tetap dan 5-8% di dana-dana tertentu.

Menyebabkan mereka tidak tahu mana nak letak duit tunai untuk tempoh waktu singkat, sederhana dan panjang. Bantai ajelah.

2. Kadar dispariti orang Melayu dan orang bukan Melayu masih jauh.

Bangsa lain pun bershopping di pesta buku, modify kereta, shopping di karnival membeli belah, silih berganti telefon, TETAPI mereka masih ada banyak lebihan duit (surplus) walaupun mereka sama-sama berbelanja untuk memenuhi kehendak dan keperluan. Saya tidak pasti kadar dispariti terbaru selepas kajian yang terakhir dibuat pada 2002.

Namun secara kasar ia masih boleh dilihat menerusi gabungan kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar dan Tan Sri Azman Hashim yang hanya membentuk RM 5 bilion sahaja, dan jumlah itu terrrrrrrrrrlalu jauh kalau dibandingkan dengan Tan Sri Robert Kuok, RM 30 bilion, Ananda Krishan RM 20 bilion, Tan Sri Teh Hong Piow RM 8 bilion dan beberapa lagi otai perniagaan orang Cina yang mempunya kekayaan dari dari RM 1 bilion ke RM 5 bilion. (*Angka-angka ini didapati selepas krisis ekonomi dunia melanda)

Share
29 Comments »

Tags: , , , , , ,

29 Comments on “Kenapa Agaknya Kuota Tidak Habis?”

  1. 1 fral said at 6:58 pm on April 27th, 2009:

    Mungkin sebab melayu ramai melabur dalam ASB yang bagi pulangan lagi besar beserta NAV yang tetap (risiko lebih rendah)?

  2. 2 Amin007 said at 8:23 pm on April 27th, 2009:

    rasanya kerajaan tak kreatif dan inovatif dalam
    hal-hal menarik perhatian orang melayu melabur kot.
    UMNO kena pakat dengan PAS dalam soal ni.

    atau bagi aku letak aje lah penasihat syariah pada amanah saham kerajaan tu. letaklah ustaz-ustaz yang dikenali ramai.

    buat masa sekarang aku masuk tabung haji dan asb RM 50 sebulan secara potongan gaji. cuma lebihan tunai dalam bank tak tahu nak pindah ke mana. ada buat simpanan tetap kat bank rakyat.

    ada orang suruh beli lembu susu tapi aku cakap, aku dah melabur duit aku ke insrumen lain. tiada duit lebih hehehe.

    ingat nak beli buku tapi tak pasti sama ada tu pelaburan yang baik. apa kata pakdi???

  3. 3 ashraflatif said at 9:21 pm on April 27th, 2009:

    beli buku itulah pelaburan terbaik, lebih-lebih lagi kalau beli buku tentang pelaburan. hehe

  4. 4 Zayed said at 10:16 am on April 28th, 2009:

    kalau beli buku pelaburan…tapi tak reti2 nak apply…buku baik campak dlm longkang.

  5. 5 saharman said at 10:22 am on April 28th, 2009:

    Nak tanya Pakdi sikit. Adakah kerana orang kita ramai melabur dalam ASB dan Tabung Haji maka mereka tak berminat dalam ASM dan ASW. Apa perbezaan antara ASB dan ASM & ASW?

  6. 6 Zam said at 11:21 am on April 28th, 2009:

    aku rasa orang melayu dah ramai pandai tentang pelaburan.Jadi depa buat keputusan melabur sendiri lebih baik dari bagi duit dekat orang lain untuk diuruskan.Yang mana kalau buat sendiri untung berlipat kali ganda dari yang depa mampu bagi…heee…heee…heeee.Termasuk sekali dengan aku…

  7. 7 MatYus said at 11:33 am on April 28th, 2009:

    Melayu tak byk ambil pot pasal nie. Ada yg kata nie pelaburan. “Mentaliti” kalau nak simpan duit mesti di bank. ASB ni nak melabur jer. Pendedahan dan perkongsian info kurang. Ada yg bila di kongsi info hanya sengih2 jer. Tak serius.

  8. 8 Zam said at 11:48 am on April 28th, 2009:

    bagi yang prihatin tentang benda nih dan rasa bertangung jawab dengan apa yang terjadi.Dalam forum bicara jutawan ada jalan penyelesaian nya.Disana ramai perserta yang mempunyai bakat yang perlu diasah dan digilap dan yang menanti masa untuk berkorban.Sila guna peluang ini untuk selamatkan agama,bangsa dan generasi masa depan kita….macam mana cara? sila p kesana dan bincang dalam sana..sila buktikan bahawa kita mampu buat apa saja…cakap dan komen bagi sedap hati saja tak mau dah laaaa nihh..tindakkan tuh dimana????..dimana??

  9. 9 weber said at 2:19 pm on April 28th, 2009:

    ASW/ASB/ASN masih tak telus lagi dari segi halal haram nya… walaupun mufti dah bagi keputusan halal.. tapi masih ramai lagi yang ragu-ragu.. termasuk la saya…

    simpan TH senang.. tak payah pikir nak bayar zakat.. huhu..

    kalau ASB melabur 100% dalam skim pelaburan yang dipantau panel syariah, kan bagus…

  10. 10 Zayed said at 3:56 pm on April 28th, 2009:

    tgk EPF anda. di mana EPF melabur duit anda? siapa panel syariah EPF? siapa pencarum dan majikan yg berdaftar dgn EPF? dari tokey judi, tokey kilang arak…semua ada buat contribution kpd EPF. EPF juga melabur tempat yg dilaburkan PNB.

  11. 11 weber said at 4:54 pm on April 28th, 2009:

    masalahnya EPF ni saya takde kuasa nak tarik pencaruman.. kalau boleh ada option takpe la jugak..

    benda luar bidang kuasa ni.. payah sket la…

    eh.. ke ada option? kalau ada tolong la bagitau ye.. camne nak pindah duit KWSP ke TH.. trimaseh..

  12. 12 Hasbullah Pit said at 7:48 pm on April 28th, 2009:

    Zeyed & weber:

    Seboleh2nya keluarkan epf semaksimum mungkin.
    beli je rumah.

  13. 13 Afyan said at 12:23 am on April 29th, 2009:

    Sekadar cadangan;

    1. Tubuhkan panel syariah PNB untuk pantau semua jenis saham di bawahnya. Sekurang-kurangnya orang-orang yang was-was tiada alasan untuk melabur.

    2. Bagi menggalakkan lebih ramai pelabur, buat sistem cabutan bertuah seperti BSN dan Bank Islam buat. :)

    3. Kena giatkan penerangan tentang kelebihan melabur. Mungkin boleh buat sistem ejen dan komisen sebagaimana Unit Trust. Boleh saya jadi ejen :)

    4. Satu lagi, cuba buat gimik ala-ala skim cepat kaya, tentu ramai yang terpengaruh.

  14. 14 cencurut said at 11:30 am on April 29th, 2009:

    hahaha…. orang melayu ramai yang melabur kat Magnum 4D dan ToTo… hahahaha

  15. 15 fazmys said at 12:47 pm on April 29th, 2009:

    kita kena tau berapa peratus melayu yang menghuni malaysia ni berduit…xramai pun..kalau kaya mereka plak kedekut…lebih tau 4D atau TOTO dari ASNB…memang di didik dari dulu…kita kena hapuskan pemikiran gini…dari ‘baka’ tu masih dekat…kena ‘baka’ lebih dari 7 keturunan kot..ahakz..

  16. 16 Zam said at 1:04 pm on April 29th, 2009:

    ASN/ASB/ASW dan seangkatan dengan yang mana diuruskan oleh PNB bukanya halal tapi harus.Tak sama na dua-dua nih.Jangan salah faham tentang bab nih.Kedua-duanya ada sebab masing-masing…Kalau nak tau bab nih sila cari dalam you tube siri ceramah yang dibuat oleh Dr Asri bekas mufti perlis dalam menjawab tentang permasaalahan pelaburan yang diuruskan oleh PNB nih..

  17. 17 mysara said at 2:00 pm on April 29th, 2009:

    Antara sebab2 yg saya tanya dari kawan2 ..mereka was-was sbb ada still kate haram..so even my sis inlaw byk duit pun x labur dlm ASB.. walau fatwa kata harus..
    ….alahai..rugi lak rasanya .. rasanya kalu pengikut PAS pn ramai yg x melabur sbb rasa was-was..

  18. 18 tuah said at 3:37 pm on April 29th, 2009:

    cina takde tabung haji, takde ASB, takde koperasi…bla bla bla…

    duit byk…ape lagikkk….serbuuuu….ASW…..

  19. 19 kumb@ng said at 4:16 pm on April 29th, 2009:

    errr…kenapa ya quota tak habis?errr…. ;)

  20. 20 Wida said at 5:42 pm on April 29th, 2009:

    Satu.. sebab takde duit..
    Dua.. sebab takde minat/kesedaran..

  21. 21 Pelawat baru (Mawar) said at 11:19 pm on April 29th, 2009:

    Tiga…sebab dah ada instrumen pelaburan yg comparable to ASB spt TH
    Empat…org Melayu dah pandai melabur dlm instrumen lain yg lebih mencabar dan thrill
    Lima…faktor ASB kontroversi sgt pun faktor jugak

  22. 22 beejan said at 12:34 pm on April 30th, 2009:

    heran betul sikap orang melayu kita ni.. bila sebut ASB ke, ASM ke, ASW ke, haram… was² nak masuk. bila dengar skim cepat kaya, laaaju je diaorang masuk. time tu, tak tanya la pulak halal ke haram ke skim tu, sebab bila terbayang duit juta², hukum tolak tepi…

  23. 23 treec00l said at 2:38 pm on April 30th, 2009:

    enam,

    sebab kuota ASB belum penuh lg. hehehe

  24. 24 Wida said at 6:35 pm on May 4th, 2009:

    hehe.. setuju dengan treec00l

  25. 25 baka05 said at 12:45 am on October 25th, 2009:

    ASB best.. yg malay duk beli kete mahal2 n umh besar tu brape rmai yg bayar cash? diorg ingat wat loan umh tu xriba ye?? xde pilihan kot..

    pilihan byk, duk le umh sewa murah, brother sblah umh aku ni dh dkat 10 thn sewa umh murah.. anak rmai.. ok je..

  26. 26 sudin said at 4:25 pm on November 8th, 2009:

    setiap petang sabtu,ahad,dan rabu cuba perhatikan ramai orang melayu lepak dikedai kopi yang berhampiran MKT(orang kedah faham).termenung panjang macam memikir masalah negara.Dalam poket ada pen.Mereka cuma memikir apa nombor yang nak keluar esok.Itulah mentaliti orang melayu kelas bawahan ditahun 2009.Mereka ini tak tahu pun apa itu pelaburan ASB,ASW,ASM.Kalau tak percaya cuba anda perhatikan ditempat anda sendiri,fenomena ini berlaku diseluruh pelusuk malaysia(berdasarkan pemerhatian saya).Siapa patut bantu mereka?

  27. 27 baka05 said at 4:25 pm on November 12th, 2009:

    tghari aku ke cimb, nk bukak akaun asm, tp dia ckp sume unit dah abis dijual,. betul ke unit asm bumiputra dh abis dijual?? cz aku ni melayu n bumiputra lg… tp xdpt nk beli..

  28. 28 baka05 said at 4:27 pm on November 12th, 2009:

    iissh.. mcm xcaya lak bila kerani tu ckp unit bumiputra dh abis..

  29. 29 treec00l said at 5:00 pm on November 12th, 2009:

    cube tanye bank lain. RHB @ Maybank pon ejen gak. Pej pos ye jugak.


Leave a Reply