Kad Kredit dari Perbankan Islam
Posted: October 17th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Kad Kredit, Muamalat, Perancangan Kewangan | 6 Comments »Selain isu kad debit, ada juga daripada kalian bertanyakan tentang kad kredit yang patuh Shariah. Berikut adalah senarai bank dan kontrak shariah yang digunakan dalam kad kredit yang dikeluarkan oleh Perbankan Islam.
1. Bank Islam, berasaskan kontrak Tawarruq.
2. AmIslamic Bank, berasaskan kontrak Bai Inah.
3. Bank Rakyat, berasaskan kontrak Tawarruq.
4. BSN, berasaskan kontrak Bai Inah.
5. Maybank Islamic, kontrak Bai Inah.
6. CIMB Islamic, kontrak Ujrah.
7. HSBC Amanah, kontrak Ujrah.
Setakat artikel ini ditulis, ini sahaja kad kredit yang dikeluarkan oleh institusi perbankan Islam yang saya tahu.
Walaupun kad kredit sebegini disahkan sebagai patuh Shariah, tetapi disiplin dalam menggunakan kad ini adalah masih sama seperti anda menggunakan kad kredit konvensional.
Berhutang itu pada asalnya harus. Apa yang perlu diperhalusi adalah, sama ada proses keberhutangan kita itu berlandaskan riba atau tidak. Sekiranya proses keberhutangan itu mengikut panduan Islam, maka ia dibenarkan. Harus diingat, hutang yang halal juga wajib dibayar.
Share6 Comments »
Tags: bai inah, islamic credit card, kad kredit cara islam, kad kredit halal, kad kredit Islam, perbankan Islam, tawarruq, ujrah
ada beza ke guna kad kredit dan pinjaman peribadi?
takder beza la bhai.. sama jer… dua-dua pinjaman.. hehehe
Pakdi: Hutang memang sama. Tetapi bagaimana hutang itu dicipta yang membezakan. Memberi hutang, berhutang bukan sesuatu yang berdosa. Allah swt dah sebut tatacara berhutang dalam ayat Quran yang paling panjang.
Amin007,
Memang ada perbezaan ketara di antara kad kredit dan pinjaman peribadi ..
Kad kredit berdasarkan faedah kadar harian ke atas baki tertunggak atau 1.5% sebulan atau 18% setahun.
Manakala pinjaman peribadi faedah yang dikenakan pada kadar tetap secara tahunan..
Contohnya sekiranya pinjaman RM10,000.00 dibuat selama 10 tahun dengan kadar faedah tetap 5%, maka
jumlah pinjaman keseluruhan adalah RM15,000.00 (kiraan kasar tanpa APR, jika termasuk APR nilainya jauh lebih besar)..
Maklumat yg berfaedah kpd atau yg ingin pakai kad kedit…erm saya pn nk invite kawan-kawan join seminar
hartanah.Jangan lepaskan peluang………
[...] # 1. Hapuskan hutang kad kredit konvensional segera. Kemudian, tukar kepada kad dari perbankan Islam kerana ia tidak ada elemen compounding interest. Kemudian, anda kena pastikan anda selesa untuk [...]
salam Pakdi,
Saya telah baca penerangan Ustaz Zaharudin berkenaan hukum Kredit Kad pada asalnya adalah harus, hanya transaksi daripada kad kredit itu yang boleh mendatangkan haram seperti kadar fee riba yang dikenakan, pembelian emas & perak etc.
Jadi apa pula hukum jika mempromosikan kad kredit dan dapat hasil pendapatan daripada itu? Pertanyaan ini adalah khusus kepada program Adsense dengan menggunakan niche Credit Card sebagai pendapatan.
Persoalan ini saya telah ajukan kepada UZAR, tetapi belum masih ada jawapan.
Jazakallah khair.