Jenis-jenis Amanah Saham

SUZARDI MAULAN
NOVEMBER 21, 2007

GAMBAR DIAMBIL DARI GOOGLE IMAGES

Amanah saham ada banyak jenis. Ia berbeza antara satu sama lainnya. Justeru, sebab itu anda akan dapat lihat akan ada saham amanah yang memberi pulangan yang tinggi, dan juga pulangan yang rendah pada tahun yang sama. Er.. serta pulangan yang negatif.

Adakah dana tersebut adalah dana yang hampeh? Ada dana bagi return sampai 70% tapi dana tersebut hanya bagi return sekitar 10% sahaja, er.. yang lebih teruk -5%. Justeru mari kita lihat jenis-jenis saham amanah secara umum terlebih dahulu:

1. Dana ekuiti [aggressive, moderate to aggressive]
Ini adalah dana yang selalunya “the hottest in town“. Yang selalu akan dijaja oleh para konsultan saham amanah dalam bull market. Sebabnya mudah, ia berpotensi untuk memberi pulangan yang tinggi kepada para pelabur, melebihi pulangan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) secara peratusan, contohnya.

Dan dana-dana dalam ekuiti adalah dana yang selalunya dilaburkan sehingga 90% asetnya di dalam kaunter-kaunter pasaran saham. Dan dalam dana ekuiti ini juga ada pembahagian tersendiri seperti:

a. Small Cap Fund : Melabur di syarikat-syarikat bermodal rendah
b. Sectoral Fund: Melabur di sektor-sektor tertentu sahaja
c. Growth Fund: Melabur di syarikat-syarikat yang berpotensi besar
d. Technology Fund: Melabur di syarikat teknologi

dan sebagainya.

Dana jenis ini selalunya bertujuan untuk mengatasi benchmark masing-masing. Justeru, kalau KLCI memberikan pulangan 30%, belum tentu dana ini memberikan pulangan yang sama. Barangkali lebih baik dan kemungkinan rugi juga wujud.

2. Dana Indeks
Di Malaysia, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) adalah penunjuk aras utama prestasi Bursa Malaysia. Apa yang dilaporkan dalam berita-berita seperti harga KLCI ditutup rendah, ditutup tinggi, bercampur-campur adalah merujuk kepada KLCI.

Indeks lainnya adalah seperti indeks syariah, FBM30, FBM Emas dan sebagainya. Justeru, dana khusus untuk menyamai prestasi indeks-indes ini akan dibentuk. Justeru, dana seperti ini dijangka akan memberi pulangan menyamai pulangan KLCI.

Pulangannya sepatutnya lebih kurang sama. Kalau KLCI memberikan pulangan negatif, dana indeks juga akan memberikan pulangan negatif.

3. Dana Bon
Dana ini adalah dana yang melabur dalam pasaran hutang dan instrumen hutang lainnya yang wujud. Dana bon adalah dana yang akan memberikan pulangan yang lebih baik sewaktu bear market. Kebiasannya dana bon ini para konsultan tidak selalu mempromosikannya kerana initial investment yang lebih tinggi dan komisyen yang lebih rendah.

Pelaburan dalam dana bon adalah lebih rendah risikonya, lebih selamat berbanding dana ekuiti dan pulangannya juga tidak lah begitu tinggi. Jadi, sekiranya anda mengimpikan pulangan setinggi 50% barangkali ia bukan untuk anda.

4. Dana yang Seimbang [Balanced]
Dana yang menggabungkan pelaburan ekuiti dan bon secara seimbang. Anda sudah membaca apa itu dana ekuiti dan dana bon, sudah tentu anda sudah boleh mengagak jenis risiko dan pulangannya.

5. Dana Money Market
Dana ini dibentuk untuk mengatasi kadar pulangan Fixed Deposit (FD). Ia berpotensi menjana pulangan yang lebih sedikit daripada FD dan wang pelaburan anda tidak dilindungi seperti FD. Di Malaysia, kadar FD sekarang adalah sekitar 3-4%, justeru 4-5% adalah kadar pulangan yang sepatutnya dijana oleh dana ini.

6. Income Fund
Income fund bertujuan untuk memberikan pendapatan yang konsisten secara suku tahunan, 1/2 tahun dan tahunan. Ia pelaburan yang konservatif, selamat dan berisiko rendah. Justeru, pulangannya tidak begitu fancy dan “meletop-letop!”. Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah income fund.

7. Dana Syariah
Semua seperti yang diatas melainkan ia dilaburkan dalam pasaran yang halal. Kira-kira 80% kaunter saham di Bursa Malaysia adalah kaunter halal, kita ada pasaran bon Islam (sukuk), Islamic Money Market dan instrumen pelaburan lain yang halal.

Kenapa anda perlu tahu?
1. Supaya anda tidak ditipu oleh konsultan yang tidak ikhlas.
2. Supaya anda membeli dana yang sesuai dengan risk profile anda.
3. Supaya anda stick to the investment plan.

Sebagai contoh, 1 dana sektor teknologi baru dilancarkan. Datanglah seorang konsultan kepada anda dan mempromosi:

“Belilah dana ini, baru launch semalam. Harga murah, 20 sen je seunit. Murah tu… 3,4 bulan lagi confirm naik!”

Sedangkan anda tidak tahu menahu pun apa yang sedang berlaku dalam syarikat-syarikat awam dalam sektor teknologi. Adakah anda seharusnya membeli dana tersebut?

Baca Artikel Ini Juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *