Isu Bai’ ‘Inah
Posted: November 24th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Muamalat, Perancangan Kewangan, Semasa | 29 Comments »Saya pernah menulis secara umum mengenai isu ini dalam topik: Anda nak Pinjam Duit Saya ?
Kemudian, majalah Milenia Nov 2008 menulis mengenai hal ini dengan topik, al-Bai’ Bithaman Ajil Batal & Tidak Sah berdasarkan satu kes baru di mahkamah sivil.

BBA adalah kaedah pembayaran secara bertangguh dan secara kebetulan BBA masih banyak menggunakan prinsip bai’ ‘inah.
Penghakiman terbaru itu berbunyi antaranya …
On July, 18 2008, Wahab Patail held that in an action to recover BBA facility, if the Bank purchases an asset from the Borrower and immediately resells it back to the Borrower, the Bank is not entitled to any profit.
The Bank is only entitled to recover the principal sum advanced.
However, if the Borrower’s initial right over the asset is novated to the Bank before the Bank resells the asset back to the Borrower, the Bank is entitled to claim for profit based on the method set out in Affin Bank Bhd v Zulkifli Abdullah [2006] 1 CLJ 438.
He has also adopted the same approach for Al Bai-Inah facilities.
Dan sebagai nota tambahan, agak aneh bukan apabila kerajaan masih tidak meningkatkan kuasa mahkamah Syariah menyebabkan penghakiman membabitkan perbankan dan kewangan Islam masih diadili di mahkamah Sivil ?
Antara kritikan yang meluas terhadap perlaksanaan kontrak ‘inah di Malaysia adalah ramai yang menganggap tiada perbezaan antara perbankan Islam dan perbankan konvensional kerana jumhur ulama’ tidak membenarkan kontrak ‘inah kerana ia adalah riba atau seolah-olah riba’.
Namun adalah lebih adil untuk kita mengkaji sendiri sejarah perlaksanaannya di Malaysia.
1. Kenapa & bagaimana kontrak ‘inah boleh wujud di Malaysia.
2. Apakah harapan majlis syariah dan mujtahid semasa mengenai hal ini ?
Kenapa & bagaimana kontrak ‘inah boleh wujud di Malaysia ?
Saya petik kenyataan ini dari buku keluaran BNM:
Bai’ ‘inah concept is used in Malaysian Islamic banking system and capital market to facilitate the needs of market players when Islamic financial industry was first pioneered in the country. Even though the majority of Shariah scholars disallow this concept, some of them are of the opinion that it is acceptable as long as all the pillars and conditions of the contract are complied with. Based on this opinion, bai’ ‘inah concept is accepted to be practiced in Malaysia to ensure that Islamic finance is as
competitive as its conventional counterpart. Among others, this concept is applied in money market transaction, bond issuance, debt securitization and credit card facility.
Seperti mana yang pernah saya sebut, perbankan Islam ada fasa-fasa pembangunan yang tersendiri.
Fasa pertama adalah fasa penubuhan itu sendiri. Yakni menubuhkan satu institusi baru yang masih tiada guideline yang lebih baik dan lebih lengkap. Justeru, satu percubaan yang berani mesti dilakukan.
Apa yang penting pada fasa ini adalah mesti ada satu alternatif bagi umat Islam untuk menyimpan di institusi kewangan Islam. Dan para mujtahid semasa di Malaysia yang terlibat secara langsung memilih konsep ‘inah sebagai permulaan.
Konsep pembiayaan ‘inah adalah seperti berikut:
Bank membeli rumah pada harga RM 100,000 dan kemudian menjualnya kepada anda dengan harga RM 220,000 dan anda membayar harganya secara tertangguh.
Maka RM 120,00 yang diperolehi hasil jualan rumah itu dikenali sebagai keuntungan kepada pihak bank.
Dan pembelian ini dibayar oleh anda menggunakan kaedah pembayaran tertangguh, iaitu BBA kerana bukan semua orang ada duit cash sebanyak itu.
Imam Shafie menyatakan:
Bai’ ‘Inah merujuk kepada penjualan sesuatu aset, yang kemudiannya dibeli kembali dengan harga yang berbeza, yang mana penjualan secara tertangguh itu adalah lebih tinggi dari harga tunai (spot)
Dan bai’ ‘inah ini dipersetujui oleh Imam Shafie, Abu Yusuf dan juga sebahagian ulama dalam mazhab Shafie.
Institusi kewangan yang ingin melaksanakan kontrak ini juga perlu patuh kepada syarat-syarat kontrak yang dibenarkan oleh mazhab Shafie sahaja.
Majlis Syariah BNM seterusnya membenarkan aplikasi bai’ ‘inah ini dalam instrumen money market dan juga kad kredit pada tahun 1998 dan 2001.
Apakah harapan majlis syariah dan mujtahid semasa mengenai hal ini ?
Maka pada tahun 2006, telah diputuskan dalam satu persidangan penasihat Syariah, antaranya:
iii. Bai’ ‘inah contract is still necessary in the context of local Islamic finance development. However, the market players are required to strengthen and enhance the operational processes and documentation to comply with the features of bai’ ‘inah as permitted; and
iv. Since bai’ ‘inah concept is still regarded as a matter of juristic disagreement among the Shariah scholars, it is more desirable that Islamic financial institutions to limit its use in products which face difficulty in structuring them based on other consensually accepted contracts.
Inilah yang saya namakan fasa seterusnya dalam perbankan Islam.
Apabila mujtahid semasa walaupun membenarkan penggunaan kontrak ‘inah tetapi mereka mengharapkan agar institusi kewangan Islam terus meneroka konsep pembiayaan-pembiayaan lain yang berteraskan Syariah yang wujud dan tidak hanya terus tertumpu kepada satu-satu pendekatan semata-mata.
Ulasan Ringkas
Seperti yang selalu saya sebut, kita perlu hormat kepada perbezaan pendapat yang berlaku dikalangan ulama’ apatah lagi kalau kerajaan telah menerima pakai pendapat sesuatu pendapat ulama tersebut untuk digunakan.
Anda boleh berbeza pendapat, tetapi pastikan pendapat anda itu disandarkan dengan pendapat ulama’ yang lain.
Melainkan anda sendiri seorang ulama’ mujtahid itu lain cerita.
Ia seharusnya bukan sekadar mahu berbeza pendapat dan ikut-ikut rasa.
Kalau anda ada kuasa, hampir dengan kuasa, ada kemampuan untuk mencadangkan perubahan, maka laksanakan perubahan tersebut. Saya hanya boleh buat kerja saya untuk waktu ini. Dan tugas kita adalah saling melengkapi.
[*] Terima kasih kepada goldfinger kerana berkongsi banyak bahan pembacaan dan juga awek cun yang tidak jemu-jemu menyemak penulisan sebegini.
Share29 Comments »
siapa ada tahu perkembangan berkaitan, boleh la kongsi-kongsi ya…
ada perkongsian tambahan:
BNM asks banks to review over-reliance on BBA
Gua tetap tidak bersetuju akan konsep dan perlaksanaan BBA ini.
Walau apa pun ianya masih berlingkar dengan riba. Walaupun ramai ulama yang bersetuju, namun pada pandangan gua, ianya masih lagi meragukan.
Jangan kerana ulama telah bersetuju, maka anda pun mengikut sahaja. Seperti contoh, jika cop halal Jakim ada kelihatan, maka semuanya jadi halal…. bahaya pendekatan ini…
Sistem perbankan Islam di Malaysia masih lagi penuh dengan riba dan yang semacam dengannya (walaupun dimekap dengan perkataan-perkataan berbaur islamic).
Gua cuma menerima pakai sistem Al-Qardhul Hassan sahaja (kerana ianya diendorse oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat). Yang lain darinya dikhuatiri haram (berunsur riba).
cencurut, sistem bagus nie…. cencurut beli rumah dan kereta amik loan kat mana ? boleh recommend institusi mana yg boleh bagi loan guna sistem Al Qardhul Hassan nih….
“Konsep pembiayaan ‘inah adalah seperti berikut:
Bank membeli rumah pada harga RM 100,000 dan kemudian menjualnya kepada anda dengan harga RM 220,000 dan anda membayar harganya secara tertangguh.
Maka RM 120,00 yang diperolehi hasil jualan rumah itu dikenali sebagai keuntungan kepada pihak bank.
Dan pembelian ini dibayar oleh anda menggunakan kaedah pembayaran tertangguh, iaitu BBA kerana bukan semua orang ada duit cash sebanyak itu.
Imam Shafie menyatakan:
Bai’ ‘Inah merujuk kepada penjualan sesuatu aset, yang kemudiannya dibeli kembali dengan harga yang berbeza, yang mana penjualan secara tertangguh itu adalah lebih tinggi dari harga tunai (spot)
Dan bai’ ‘inah ini dipersetujui oleh Imam Shafie, Abu Yusuf dan juga sebahagian ulama dalam mazhab Shafie.”
ooo, kiranya bai inah ni beli barang dengan harga tangguh.
kalau buat Qardhul Hassan, bank tak boleh buat untung
.
pilihan yang ada bank boleh bagi zakat aau sedekah tapi
nak ker bank buat macam tu
.
tapi pakdi, pasal kes bicara perbankan islam di mahkamah sivil,
memerlukan kerajaan ambil tindakan, betul tak???
.
mahkamah syariah takde kemampuan ker nak hadapi kes perbankan islam ni???
.
tapi bukan ker ramai penasihat Syariah dah masuk bidang perbankan???
atau kerajaan masih tak berani nak buat perubahan
.
mungkin kena ….
petikan dari Malaysian Reserves… untuk dikongsi bersama. Isu nie dibincangkan dalam Global Islamic Financial Conference baru2 ini. Analisa keputusan Hakim Wahab Patail ada dalam bulletin Malaysian reserves in October 08. Majalah Melinia copy kat situ…
Wednesday, October 29, 2008
SAC: ‘Regulations on Islamic finance should be amended’
By HALIM WAHAB & HABHAJAN SINGH
A number of Shariah scholars who are involved in Islamic finance transactions have suggested that Bank Negara Malaysia (BNM) should effect an amendment to regulations to make it mandatory for judges to refer to the central bank’s Shariah Advisory Council (SAC) when dealing with Islamic finance matters.
At the moment, High Court judges are not mandated to refer to the SAC, the anchor outfit in deciding the Shariah-compliance of banking and takaful products offered by Islamic financial institutions in Malaysia.
This issues came to light following remarks by High Court judge Justice Datuk Abdul Wahab Patail in a written ruling dated July 18 in Arab Malaysian Finance Bhd v Taman Ihsan Jaya & Others (2008).
In one of the two recent BBA judgment-related seminars, Dr Ashraf Md Hashim, Shariah adviser at ZI Shariah Advisory Sdn Bhd, said the court reference to the SAC must be made compulsory in determining the Shariah compliance status of any Islamic banking and finance product.
He said this might require amendments to the Act and therefore would take time to materialise. He believed the SAC was the best option available as far as Malaysia is concerned, and as such felt that what is allowed by the council should be accepted as Shariah-complaint by the courts.
“Shariah is a science by itself. Those who are not trained in the discipline should refer any issue in question to the expert in the field. It is the practice of the court to refer issues to relevant experts such as physicians and scientists. It will be a consistent practice if reference is made to the Shariah specialist for Shariah-related issues,” he added.
Dr Ashraf was speaking at a seminar entitled Whither BBA in Malaysia? — Analysis of Recent Decisions, organised by legal firm Zaid Ibrahim & Co. ZI Shariah is a unit of Zaid Ibrahim.
However, another speaker at the same forum took a different view. Responding to the suggestion, former High Court judge Datuk Faiza Thamby Chik said there was no need for High Court judges to refer to the SAC on such matters. He contended that it was the duty of judges to interpret the law and if the ruling had created unhappiness, then the solution is to train the judges.
International Syariah Research Academy for Islamic Finance executive director Dr Mohd Akram Laldin, who also spoke at the half-day seminar, said there was a need to strengthen the role of the SAC to avoid confusion in the industry. He agreed that the SAC should be made the sole reference point on matters regarding Islamic finance, adding that the Islamic banking industry should depart from “controversial” contracts to other alternatives. (By Hablim Wahab & Habhajan Singh; The Malaysian Reserve, Oct 29, 2008, Page 4)
Posted by HABHAJAN SINGH at Wednesday, October 29, 2008
Labels: BBA, BNM, Islamic finance, Shariah
Camnie la… kepada GoldFinger…
1. Gua tak bersetuju sistem lain selain dari Al-Qardhul Hassan
2. Takder satu bank pon dalam dunia nie yang nak jalankan Al-Qardhul Hassan (termasuklah bank-bank yang kononnya Islamic)
3. Disebabkan di Malaysia kalau nak beli rumah dan kereta kena ader loan, maka terpaksa la amik loan walaupun gua boleh bayar cash… Sebab kalau bayar cash… Bank Negara akan query dan LHDN akan siasat macam nak giler… Gua amik ngan HSBC.
4. Hanya itulah saja loan yang gua amik… dan dah abis bayar (gua bayar awal… rumah tu kurang dari 10 tahun… kereta cuma 2 tahun jer bayar)
5. Lain-lain semua gua bayar cash…. no other loans.
aku bace je…tak tau nak komen apa..
last year beli rumah guna konsep ni…
cencurut,
ini baru masuk topik isu semasa. so, kali ni lu boleh cakap isu berkaitan.
wa ada bagi persoalan di sini : Bank Tidak Islam , tetapi lu belum jawab. jadi wa copy paste balik:
1. bagaimana nak bagi orang yg meminjam sukarela bayar lebih kepada tukang pinjam (qardhul hassan) ? cencurut sendiri kalau saya bagi pinjam RM 10k, gi mana? nak bayar balik full RM 10k sahaja atau nak bayar lebih sikit ?
2. cuba huraikan lagi, tang mana BBA, mudharabah, musyarakah tu bersalahan dengan Islam. mujtahid semasa menggunakan dalil. sudah tentu kalau nak tolak juga mesti menggunakan dalil.
pasal ikut ulama tu, sebenarnya apa yang wa sarankan bukan bertaklid buta. tapi baca dulu hujah para ulama dalam sesuatu perkara. dan ambil lah mana pendapat yang kita lebih yakin dan pendapat yang berlawanan kita hormat. itu sahaja.
pastu, ada perbezaan antara teori dan aplikasi. perbezaan yang dimaksudkan adalah, halangan-halangan yang ada yang perlu diatasi dengan bijak.
wa byk baca buku al-marhum Prof Ahmad Ibrahim. Bukan mudah utk almarhum dan rakan-rakan membuat pindaan artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan pindaan undang-undang lain agar lebih selaras dgn Islam. Tugas almarhum tu macam menarik rambut dalam tepung.
Sebab kalau dia terlalu “keras” kerajaan pasti tak nak dengar cadangan yang dia bawak. Kalau terlalu lembut pula, kerajaan mungkin fikir dia tak serius.
contoh pendekatan yang dia bawak begini, instead menyatakan kepada umum menjadi peguam sivil itu haram, dia bukak kuliyyah undang-undang uia. biar anak melayu Islam banyak jadi lawyer dulu. Bila dah ramai belajar law, practise law, dgn silibus yang uia ajar, maka dgn kesedaran yang ada, ribuan lawyer ini akan berusaha membangunkan undang-undang yang lebih selaras dgn Islam.
dari dia seorang, akhirnya dia lahirkan ribuan lawyer Muslim. yang akan jadi hakim. yang akan jadi menteri. yang akan lead bar council. yg akan lead AG chambers. dan kesemuanya faham undang-undang Islam.
begitu juga yang wa nampak pasal perbankan Islam. Walaupun banyak kelemahan Bank Islam itu sendiri, tapi hari ini selain Bank Islam, ada banyak lagi perbankan Islam yg ada di Malaysia. Dari ramai tak faham isu riba dalam kewangan Islam, maka sedikit demi sedikit lahir orang yang faham pasal isu sekitar riba.
sebab itu wa ada sebut, dalam perbankan Islam ada fasa-fasa tersendiri. adalah lebih baik kita mencari jalan contribute to society dalam hal ini dgn cara yang lebih bijaksana (wisdom).
majlis syariah pun tak kata, hanya ‘inah sahaja yang betul, instead diorang open kepada financial institution untuk cari solution yang lebih diterima.
saya petik dr goldfinger #7:
“former High Court judge Datuk Faiza Thamby Chik said there was no need for High Court judges to refer to the SAC on such matters. He contended that it was the duty of judges to interpret the law and if the ruling had created unhappiness, then the solution is to train the judges.”
hal seumpama ini pernah pensyarah saya komen. dia juga ada former High Court Judge, jadi dia setaraf dgn Datuk Faiza ni.
dia kata, isu confilicting jurisdiction ni boleh diatasi kalau para hakim mahkamah sivil merendah diri sikit dalam perkara berkaitan Islam macam isu waqaf, pembahagian harta dan islamic banking begini. yang mana diorang ni tak belajar syariah dulu.
undang-undang sebenarnya membenarkan mufti, ulama’ dalam SAC masuk ke mahkamah untuk memberikan keterangan dari sudut pandangan syariah. tapi itu jatuh kepada kuasa hakim. nak panggil atau tidak.
tapi itulah, para hakim pun ada ego tersendiri. kadang-kadang dari menyelesaikan masalah, diorang menambah masalah apabila diorang sendiri cuba langgar artikel 121 (1A) itu sendiri.
jadi pandangan Datuk Faiza tu adalah pandangan peribadi dia sahaja. kalau nak train judges balik, fuhhh, ambik masa tu nak bagi diorang faham benda baru. dah la high court judges pun ramai dah berumur. kang dah paham, dah retired pulok.
amin007,
macam saya sebut dalam post, “meh buat kerja”
semua orang ada peranan masing-masing.
shariah advisor yang ada ni diorang bukan penggubal undang-undang. diorang cuma boleh beri advise on product development sebagai contoh, sama ada ia patuh syariah atau tidak. dan product development sesuatu produk bank itu pula kena dibuat dengan kerangka undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.
sebab itulah, Islamic banking sebagai contoh, masih terikat dengan BLR dalam byk perkara.
yang ada kuasa nak gubal undang-undang ni
1. menteri
2. ahli parlimen (melalui private bill)
sbb tu saya ada tulis, siapa ada kuasa, dan siapa yang hampir dengan kuasa yakni mereka yang kerja bawah menteri, AG chambers dll.
yang lain-lain pula hanya boleh buat kuasa within power vested in them sahaja. bukan perubahan secara fundamental.
Pakdi..
First of all… gua salute lu pasai bukak topik nie.. sebab topik nie penting..
Secondly… jangan salah paham.. ini cuma pandangan gua.. maybe pandangan gua tak sealiran ngan orang lain… gua tetap gua…
Thirdly.. gua tetap berpandangan.. kalau Nabi tak buat, dan para sahabat pun tak buat… adalah lebih selamat jika kita pon tak buat… jangan menambah-nambah.. sebab boleh jadi bida’ah dholalah. (dalam kes ini cuma Al Qardhhul Hassan jer yang Nabi dan sahabat buat.. dan takder pun BBA dan lain-lain…)
Forthly… sebab kekadang tue ulama ader gak yang ulama suq’ … bahaya tue…
wa jawab sini lah pendapat lu pasal sebab nabi saw dan para sahabat tak buat, jgn kita cuba buat. jawapan lu dalam topik lg satu tu amatlah dihargai.
pandangan wa, live goes on. tapi Nabi saw ada tinggalkan kita petunjuk. jadi, suka atau tidak suka sebab kita tidak hidup pada zaman Nabi saw, kita kena berusaha mentafsirkan petunjuk tersebut. lagipun, ijtihad salah yang dibuat dengan kaedah yang betul, tidak berdosa. cuma pahalanya kurang dari ijtihad yang betul. dan itu urusan Allah swt. yang penting kita usaha.
sebab tu wa suruh tengok hujah ulama. nak tau diorang ni suq ke tak. sbb skrg ada aliran yang cuba halalkan interest sebab ia berlaku secara voluntarily. gi mana tu ?
wa dah nampak ada kaedah bagaimana qardhul hassan ni boleh dilaksanakan. cuma wa simpan je lah sahaja untuk kefahaman gua dan untuk dilaksanakan oleh awek cun kalau dapat. hehehe…
cencurut,
saya pun pernah beli rumah secara cash… tak ade pun query dari LHDN….(malah LHDN bayar balik RMxx,xxx kat saya sbb terlebih bayar tax).
dan ianya taklah saya jadikan alasan untuk mengambil Loan conventional yg telah sah/terang RIBAnya.
goldfinger mesti ada buat rekod segala income dengan baik kan gitu. so, diorang tahu sumber duit tu dari mana kan ?
GoldFinger:
Nasib ko la tak kena query… ader orang lain kena query..
Maybe pasai harga rumah yang beli cash tue lebih dari pendapatan bercukai setahun dia kot… hehehe.. kalau beli rumah dgn cash tapi masih dibawah nilai terkumpul pendapatan tahunan ..mungkin tak kena query la kot…
tak tau la saya…
kalau ikut pendapatan tahunan satu mamat nih cuma RM48k jer setahun… tapi camana nak beli rumah cash RM80k … sure kena query… betul dak…
Pakdi, betul tuuu… rekod/documentation kena baik, regularise dan update at least every quarter dan bayaran/response kena prompt. Yg peliknya bab beli rumah cash tak de query tapi bila potong ‘gaji’ bayar zakat lebih sikit dieorang query…..
Cencurut, mungkin juga andaian you tuuuu….
Berbalik topik asal….
Implikasi keputusan hakim mengenai BBA tu ada dibincangkan dalam forum anjuran IBFIM pada 22 October 08 dan juga dibincangkan dalam Global Islamic Finance Conference (GIFC) 2008 yg diadakan diKL baru2 ini. Saya akan cuba dapatkan rumusan2/resolusi2 dari pengajur forum/conference tersebut.
wow bro goldfinger and cencurut,
atau lu org xpernah rase ape yg wa rasa? hehehe
-
bagus la lu dua org mampu, utk yg belum mampu atau x mampu ni, xde pilihan la.
-
tp mcm gua, wa xmampu, jadi wa xbeli kereta. wa naik moto pegi keja 60 km pegi balik setiap hari. rumah pon wa sewa saja.
-
nak buat loan dgn al-rajhi pon kene rejek, wa pon xpaham. bile tanye, itu org bank xbgtau sebab. suruh wa tunggu 6 bulan lg baru re-apply. huhuhu. walaupun sebenarnye wa xde masalah nak jadi penjamin utk kakak dgn adik wa buat beli kerete diorg. credit card pon xpenah sangkut.
-
lu dua orang, masa dulu2, masa belum mampu, lu dua orang buat macamana arr? buat mcm wa jugak ke?
-
mintak nasihat dari org lama ni
-
pakdi, kalo mau tambah pon ok. amin pon bole gak join nasi tambah.
Gua lepas skolah pi Jepun (lari dari kampung – merantau)…. kerja kedai biasa dulu.. jadi budak stor… pastue dapat kerja Matsushita sebagai operator… pastue … pasai berjaya buat satu automatic internal transporter, gua naik pangkat jadi junior technician.. pastue jadi senior technician.. naik jadi engineer.. sampai last skali jadi Head of AI Department… memang susah gak… tapi taklah buat loan.. banyak suffer dan simpan mana yang ada..
pastu dapat tawaran join Siemens AG kat German, pi sana pulak (handle equipment MRI dan telecommunication), pastue join CSF Thompson (handle Doppler Radar R&D, pastue dapat kerja kat Canada dengan AT&T… (handle transatlantic undersea network)… masa kerja sini baru la gaji mengancam… hehehe (ada lebih simpan)…
Pastu join AMEX (American Express – bahagian IT), balik M’sia kerja ngan Guthrie (unit IT) … dan banyak lagi kerja… hehehehe…
wei.. sori la citer sejarah Bugis pulak… hehehehe..
jadi kesimpulannya….. gua pernah rasa (lebih teruk dari lu)… banyak kali masa mola2 dulu bukak puasa ngan air paip jer… (waktu susah kita jangan lupa… walaupun skrang dah senang skit.. – itupon hasil dari bisnes internet ngan forex).
wah, umur lu dah brape arr brader cencurut? wa respek sama lu.
-
wa punye idop xseteruk lu la, Alhamdulillah
-
cume utk amik loan islamic akan makan duit wa sampai abis.
-
konventional lak riba. tp mungkin satu hari nnt wa terpakse amik gak. tp wa mcm nak apply Overdraft la, utk liquidkan wa punye ASB.
-
apa pandangan? Maybank punye mau 20k, mana wa ada. tipu betol la bank2 ni. hehehe. buat OD pada pakdi la. boleh pakdi? hehehe
gua dah 38 dah… hehehe… anak dah tiga (puteri semua) … hehehe
trace001, kebanyakan orang melayu asalnya susah…. saya pernah menjaja ‘epok2′ dan ‘goreng pisang’ (bawa bakul dan belajalan dari rumah kerumah) untuk dapat upah makan kuih2 tu sbb tak mampu beli. Pernah ampu cikgu/upah beli makanan cikgu untuk dapat upah makan masa rehat.
Dan juga pernah antar duit scholarship balik kampung bagi menampung perbelanjaan keluarga dan persekolahan adik beradik….
kata orang kita tak akan merasa betapa nikmatnya masa senang kalau kita tak pernah merasa susah…. sama gak kita tak akan appreciate dan bersyukur yg kita ni sihat kalau kita tak pernah sakit.
InsyaAllkah kalau kita sentiasa bersederhana, focus , tekun, bersihkan harta kita, Allah akan melimpahkan rezekinya kepada kita.
Saya FOKUS pada ‘kerjaya’ saya.. naik setinggi mungkin dalam organisasi, invest kat properties dan saham2……
ok, nasihat dan contoh yg sgt2 bagus dari cencurut dan goldfinger
terima kasih byk2. walau xpernah bersua muka, tp wa akan igt nasihat2 abg2 dua org 
saya tgk maybank plg byk offer “Islamic” punye produk skrg ni. dari takaful, akaun simpanan, akaun semasa, investment (unit trust), loan (termasuk loan ASB) dan overdraf.
-
memandangkan wa ada barang baik utk diniagekan, wa mau promote sket la.
-
pakdi (tuan rumah), boleh ka wa promote wa punye brg kat sini? :p
-
masok wa punye website la, klik saja pada wa punya nama.
-
-
back to the topic please
-
any comment?
Assalamualaikum kpd tuan rumah dan semua yg ada. saya baru je terjumpa laman web ni masa carik info pasal perbankan islam BBA ni. Kalau ada kesudian untuk memberikan buah fikiran untuk kisah saya ni, amat2 la saya hargai. Sbb nya saya terjebak ngan satu permasalahan bebaru ni. Saya amik pinjaman peribadi secara konsep Bai Bitaman Ajil (BBA) ni. pinjaman melalui koperasi sebagai org tengah, tapi pinjaman tu bank arab ni yg kasik. agreement sumer antara saya ngan bank ni. memula amik loan saya dah bg tau kat agen koperasi ni yg saya akan bayar penuh lebih awal mungkin dalam tempoh kurang setahun. pastu dia kata x de masalah sbb penyelesaian awal bole diuruskan dan bank x kenakan panelty dan bole bagi rebate lagi. So saya pun konfiden la nak pinjam. Menurut agen ni kalau nak cash RM31,000 kena pinjam RM39,000 sbb yg RM7,000 ++ tu nak bayar utk processing dll serta insuran in case saya hilang upaya nk bayar hutang tu, dan duit ni saya bole dapat balik lepas saya bayar habis pinjaman tu. Jd saya tanya la: bila saya dah habis bayar RM39,000 ni saya bole dapat balik RM7,000 ++ tu? Agen ni kata: ye. So sy pun amik la loan utk 10 tahun, dan harga bank jual kpd saya adalah RM72,000. Tetiba bila saya nk membayar penuh ni, agen soh contact sendirik ngan koperasi. bila contact koperasi baru saya dpt tau bahawa itu agen sudah tipu, RM7,000 ++ tu x bole dapat balik, kira lebur. koperasi bagi statement: harga bank jual : RM72,000 lepas tolak bayaran ansuran 6 bulan baki RM 69,000. Tolak rebate bank kasik RM24,000. Jadik baki utk saya settle RM45,260. Susah betul rasanya nak diterima akal dalam 8 bulan (3 bulan pertama x yah bayar ansuran), saya hilang RM13,000 ++ (RM32K – RM45K = -RM13K). Dah la semua negotiation bank soh wat ngan koperasi, bila tanya koperasi plak katanya ni lah amount yg bank kasik. Cemane tu? tak naik buntu ke? Saya ni mmg tak arif pasal perbankan islam ni, tapi saya rasa cam teraniaya la plak ngan sistem ni. Rasa cam elok lagi convensional camni. At least kalau kena panelty dia sebut terang2 ada panelty. ni tak sebut pun tapi tetiba kena bayar lebih, seribu dua bole pejam mata lagi ni RM13,000 tuuu.. Agaknya dalam terma BBA, apa namanya bayaran yg lebih tu (kalu tidak dinamakan panelty). Dan apa kaedah pengiraan rebatenya tu (kalau tidak disandarkan pada pengiraan interest). Tolong la kut ada yg bole bg buah fikiran. Tima kasih bebanyak. Wassalam.
[...] ni takde kuasa untuk buat judgement dalam kes capital market & banking. Itu yang jadi kes BBA diadili dalam mahkamah sivil. Ada orang tidak buat kerja dalam hal ini. Ahli-ahli Parlimen kita yang patut tengok undang-undang [...]
perkembangan baru:
http://www.pakdi.my/blog/bai-bithaman-ajil-sah/
[...] Kepada anda yang baru membaca blog ini, sila ke baca dengan teliti post terdahulu: Isu Bai’ ‘Inah [...]
[...] diberikan kepada anda balik, dan 7% anda bayar balik kepada bank melalui skim-skim pembiayaan. Guna bay inah ke, tawarruq ke, murabahah ke. Maka untung 4% itulah yang bank akan buat secara [...]