Islam suruh umatnya jadi kaya

Posted: July 23rd, 2007 | Author: pakdi | Filed under: Me | 30 Comments »

“Pakdi dah berubah. Dia sudah takde ideologi. Asyik-asyik cerita pasal duit dalam blog dia.”

“Dalam Islam mana ada suruh umat dia jadi kaya!”

Ya. Itulah antara komen yang saya terima. Saya sudah berubah. Saya sudah tamak. Saya sudah hub ad-dunya. Saya tidak lagi mempunyai ideologi.

Dalam Quran, banyak ayat yang suruh umat Islam bayar zakat.

Dalam hadis yang shahih pun dinyatakan Islam itu tiangnya 5. Salah satu adalah zakat.

Adakah zakat dalam Islam itu hanyalah zakat fitrah? 8)
Adakah orang faqir dan miskin wajib bayar zakat?

Kalau tidak mahu berfikir, jangan baca blog ini :)

Share
30 Comments »


30 Comments on “Islam suruh umatnya jadi kaya”

  1. 1 leomas said at 5:55 pm on July 23rd, 2007:

    saya sokong pakdi…islam suruh umatnya jadi kuat-kkyaan adalah salah satu sumber kekuatan…wpon kekayaan bukan semata2 kekuatan yg perlu kita ada..tapi jangan menidakkan kekuatan ini..

  2. 2 aku said at 7:06 pm on July 23rd, 2007:

    jadi kaya ada tanggungjawab… itu yang orang tak mampu tanggung..

  3. 3 Robotys said at 7:37 pm on July 23rd, 2007:

    Pada saya ideologi pakdi tak pernah berubah, yg berubah adalah jalan pakdi merealisasikan ideologi tersebut. Dulu Pakdi hanya cakap2 di blog, sekarang tidak lagi.

    Satu lagi yg berubah adalah arah tujuan pakdi.net . Bukan lagi mengejar bebelan demi bebelan tentang kesalahan dan ketidak-betulan dunia nih (khususnya gomen), tapi lebih kepada educate pembaca setianya agar tidak tersangkut dalam arus negative yg dihasilkan oleh kesalahan2 dan ketidak-betulan yg diperkatakan oleh pakdi dahulu!

    Keep on fighting Pakdi!

    ps: Kekayaan adalah kunci kemasyuran satu2 ummah. iman adalah kunci kebahagiaan. Disiplin adalah kunci kejayaan. Pintu mana anda pilih? Sila bawa kuncinya ya. ;)

  4. 4 Zul said at 7:53 pm on July 23rd, 2007:

    Pakdi, tu merupakan satu ’side-effect’ apabila kita mula meniti kejayaan. Anggap ia satu petanda positif. Apabila kita tak sukses, diorang akan cakap benda lain pulak e.g. “tulah, sape suruh”, “aku dah cakap dah dulu” dsb. Gagal pun orang bising. Berjaya pun bising. Endahkan saja.

  5. 5 kucau said at 8:19 pm on July 23rd, 2007:

    sapa la agaknya yg mangkuk giler tuh pakdi. tatau ker org islam sekarang nie lemah sebab miskin segalanya duit dan ilmu

  6. 6 pakdi said at 8:43 pm on July 23rd, 2007:

    terima kasih.

    ya, rukun Islam itu 5, dan zakat adalah prinsip ekonomi Islam. Kesemua 5 rukun itu berkaitan :)

  7. 7 pakdi said at 8:46 pm on July 23rd, 2007:

    “With a great power comes a great responsibility” (Teka quote sape :P )

  8. 8 pakdi said at 8:46 pm on July 23rd, 2007:

    aja-aja fighting?

    wah, terharunya robotys nampak apa yang tersirat :D

  9. 9 pakdi said at 8:47 pm on July 23rd, 2007:

    mmg byk nak kena belajar utk jadi “orang pekak”

  10. 10 pakdi said at 8:48 pm on July 23rd, 2007:

    ramai je… bukan mangkuk kot, tapi kurang betul dalam pemahaman nya dalam beberapa perkara tertentu sahaja. tiada manusia yang sempurna bukan ?

  11. 11 kumb@ng said at 8:49 pm on July 23rd, 2007:

    saya cuma kenal pakdi sekarang….pakdi dulu tak taulah saya. yang saya tahu pakdi sekarang nak tunjuk jalan macamana nak jadi kaya. kaya samada dengan berniaga ataupun tidak.

    apa yang pakdi kata tu benar. islam memang menggalakkan umatnya jadi kaya supaya dengan kekayaan boleh menyumbang kepada membangunkan islam. jadikan islam dan umatnya terkenal dan digeruni. bukan digeruni kerana keganasan sebagaimana mainan barat.

    barat memang sentiasa cari jalan lemahkan islam dengan berbagai cara. cara kasar,cara halus semua barat dah cuba dan barat merasakan mereka berjaya.mungkin ya dan mungkin tidak. hanya kita sahaja yang tahu kita ni umat islam yang berjaya dilemahkan atau tidak.

    oleh itu….fikir-fikirkan lah… :)

  12. 12 Rizal said at 1:23 am on July 24th, 2007:

    Hehe.. pak di sudah marah ma.. dia tidak faham apa yang patut dia faham la tu..

  13. 13 Azree MH said at 11:27 am on July 24th, 2007:

    Blog Pakdi dulu dipenuhi dengan dunia sebagai ‘law student’. :D

  14. 14 Sh said at 12:15 pm on July 24th, 2007:

    Hi, biasanya senyap sahaja but I felt the need to comment today.

    “Dalam Islam mana ada suruh umat dia jadi kaya!”

    Aduh, siapa orang itu ya? Perlu cuba berfikir lebih jauh.
    Bayangkan jika ramai umat Islam yang kaya. Mereka ini boleh membantu dari segi kewangan untuk membangunkan dan memajukan umat Islam. Bantu-membantu amalan suruhan agama. It is all related… it’s just HOW you look at it…

  15. 15 saharman said at 1:05 pm on July 24th, 2007:

    Kita perlu menjadi Kapitalis Muslim , baru la boleh menjadi Sosialis Muslim

  16. 16 afyan said at 4:53 pm on July 24th, 2007:

    Mungkin yang memeberi komen itu bermaksud tentang blog pakdi.com dahulu dengan sekarang pakdi.net.

    Dulu, entri-entri di pakdi.com adalah berkenaan tentang komentar sosial. Sehingga blog ini mendapat hits yang tinggi, terutama setelah dipromosi oleh idealismahasiswa.net dan akhbar mahasiswa.

    Pengalaman saya sendiri, suatu ketika dahulu saya seorang pembaca senyap di blog pakdi.com semenjak 2004/5 kalau tak silap. Masuk 2006, saya agak kurang online, dan apabila saya mencari pakdi.com pada hujung 2006 saya dapati ia telah “hilang’. Selepas itu, barulah saya mengetahui ia masih wujud dengan domain .net, dengan fokus kepada dunia kewangan, dan saya masih meminati pakdi.net.
    :)

  17. 17 Azree MH said at 9:22 pm on July 24th, 2007:

    Masa zaman Pakdi kat universiti dulu, habis semua SRC main futures. Sampai ke naib presiden pun turut serta.

  18. 18 pakdi said at 10:00 pm on July 24th, 2007:

    nak jadi philantropist kena buat habit, jgn tunggu jadi kaya dulu ;)

  19. 19 pakdi said at 10:01 pm on July 24th, 2007:

    haha… law orang tak baca nye…

  20. 20 pakdi said at 10:02 pm on July 24th, 2007:

    salam sh… ramai silent reader ni :)

  21. 21 pakdi said at 10:03 pm on July 24th, 2007:

    aduh… pecah rahsia :D takpe, diorang bulat gambar orang lain. kikiki…

  22. 22 pakdi said at 10:03 pm on July 24th, 2007:

    amboi… siapa cite ni….

  23. 23 al_qamaru said at 12:51 am on July 25th, 2007:

    haha.. awk dh jd geng yaser ek? ;p

  24. 24 zamrizain said at 11:13 am on July 25th, 2007:

    akal dok tang mana tah orang yang komen macam tu?

    miskin tu lebih dekat kepada kufur woo…. dont play-play. mana taknya dok fikir nasibnya malang last2 salahkan tuhan?

  25. 25 Robotys said at 11:49 am on July 25th, 2007:

    Heheh, melepas la saya merasa zaman pakdi. Zaman sekarang nih bosan giler universiti nih… terlalu stagnant dengan idea2 lama. Xder pembaharuan yg positive. Or mungkin saya tak perasan sebab sibuk kat lab sahaja kot…

    err, rasa cam nak kuar jalan2 laks.. ;)

  26. 26 abdfatah said at 3:20 pm on July 25th, 2007:

    hehee… kalo gitu baik takyah buat apa-apa. baik takyah jadi kaya.

    kalo dah suruh bayar zakat tu untuk jadikan kita kaya. suruh sedekah itu ini untuk jadi kaya. jangan jadi kedekut juga untuk menajdikan kita kaya… kalo tak kaya macam mana nak dapatkan dunia dan akhirat secara lebih berlipatkaliganda lagi…

    kaya duit aje memang takkan pernah berkecukupan… dah ada yang ini nak yang itu ini lagi… kaya mesti ada dalam diri kita…

  27. 27 kenapa nak lari? said at 8:42 pm on July 28th, 2007:

    [...] kekayaan itu boleh menjadi rakan kepada anda. Jika kekayaan itu akan membantu anda. Jika kekayaan itu adalah musuh anda. Anda perlu larikan ia dari istilah KAYA itu dari minda anda [...]

  28. 28 Studio Muslim » Blog Archive » Islam memang suruh umatnya jadi kaya said at 6:02 pm on July 30th, 2007:

    [...] Ini adalah kesinambungan daripada tulisan di blog Pakdi. [...]

  29. 29 Azree MH said at 6:06 pm on July 30th, 2007:

    Ok, sudah ditulis entri penerus untuk entri Pakdi ni di blog saya.

  30. 30 affuan said at 2:07 pm on August 1st, 2007:

    Ya ya. Kuat lah bangsa Melayu dan Islam. Jangan lagi ditindas.


Leave a Reply