Insurans Kereta Tua
Posted: July 5th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Perancangan Kewangan, Semasa | 31 Comments »Sekarang ini sekiranya kita membaca akhbar-akhbar tentang komen langkah liberalisasi terbaru yang diumumkan baru-baru ini, ramai yang bercakap ia adalah satu model ekonomi baru.
Adakah “liberalisasi” yang sebenarnya sedang berlaku atau ia cuma beberapa langkah tertentu untuk mengambil hati orang Cina atas sebab politik ?
Adakah ada liberalisasi untuk mereka yang memakai kereta tua ?
Baru-baru ini dilaporkan ada syarikat insurans yang tidak mahu memberikan perlindungan kepada kereta-kereta tua sebegini dan kalau ada pun, ia sudah ketat dan perlu membayar premium dengan bayaran lebih tinggi.
Sekiranya kita di Malaysia boleh mendapatkan new brand national car (Perodua dan Proton) serendah RM 5,000 , ok lah kalau ada syarikat insurans bertindak begitu.
Apakah yang dimaksudkan dengan liberalisasi sekiranya … pemilik kereta tua terpaksa membayar premium yang lebih tinggi, disusahkan ketika proses pembaharuan insurans, dan tidak ada pilihan lain, melainkan perlu membeli kereta baru dan seterusnya menambah bebanan hutang untuk satu tempoh yang baru.
Apakah ini langkah untuk menyuntik bisnes Proton, kerana dilaporkan ada 900,000 pengguna Proton tua di jalan raya dan Proton telah menjalankan program trade-in RM 5,000 kereta Proton lama untuk pembelian kereta Proton baru ?
Saya tunggu penjelasan BNM dan persatuan insurans berkaitan dalam hal ini.
Kalau keadaan ini berterusan, kerajaan patut hapuskan sahaja cukai-cukai tertentu ke atas kereta-kereta yang dijual di Malaysia untuk membolehkan kita semua membeli kereta dengan harga lebih murah! Cukai sebegitu bukanlah satu liberalisasi yang diwar-warkan!
Selaku pengguna kereta tua, saya sememangnya tidak berhasrat menukarnya dalam tempoh terdekat. Saya mahu aset-aset saya yang membayarkan bayaran bulanan kereta baru kelak, dan bukan saya bekerja macam nak mati setiap hari semata-mata nak membayar hutang kereta kepada pihak bank.
Tetapi tidak tahulah, sekiranya jumlah insurans yang bakal dikenakan ke atas kereta tua itu lebih tinggi dari jumlah bayar bulan-bulan selama satu tahun!
Share31 Comments »
Tags: insurans kereta lama, insurans kereta tua, takaful, trade in proton
Saya juga pengguna kereta tua, kerana berpendapat kereta hanyalah keperluan , tidak mahu terbeban dengan hutang 5-7 tahun atas aset yang tidak mungkin meningkat.
nak beli kereta baru..mahal..
nak guna kereta lama..insuran takdak..
abih tu camno..?
Jadi apakah langkah terbaik? Beli kereta baru atau kekal dengan kereta lama?
Adakah setelah diambil kira kos membaiki dan nilai premium insuran yang tinggi sudah cukup untuk membeli kereta baru?
Bagamana pula, jika mampu untuk membeli kereta baru secara tunai, wajarkah ditukar kereta lama?
Kalau tak salah insuran untuk motorsikal tua juga tinggi. Memandangkan harga motorsikal berkapasiti enjin kecil baru adalah di dalam lingkungan RM5000, wajarkah ditukar?
Terima kasih.
Pakdi: Ya, kena kira dan buat keputusan ikut keperluan dan kemampuan individu.
teringat lori hantu yg takdok roadtax insuran tewww.. uhuhu
saya sokong kak kujie. maintain guna kereta yang sedia ada walaupun dah sedikit tua (kereta 7 tahun tu dah tua ke agaknya ek?). drp beli kereta mahal2 sekadar utk berlagak kaya depan orang, lebih baik beli rumah ke tanah yg boleh diusahakan ke…
pakdi ber’metafora’ tu……
kereta tua mungkun maksudnya, ekuiti 30% pegangan bumiputra terhadap syarikat² yang tersenarai di BSKL, kata tok jib, “syarat 30% inilah yang menyusahkan ekonomi malaysia (sila baca: ekonomi cina, warga asing) terbantut perkembanganya. Maka, dengan terhapusya 30% ini, diharapkan kaum melayu dapat terus bersaing dengan bangsa lain²…
Pakdi: Tiada metafora. Memang ada isu ini.
ada kena mengena tak pengurangan tarif bagi sektor automotif(6-20%) dalam AFTA tahun depan,2010..
sebab tu kereta buruk (kereta aku le tu..) susah nak amek insuran sekarang nie ..
Mintak pandangan…
Pakdi: Adakah AFTA akan dilaksanakan tahun depan ?
terbayang time beli iswara 1997 dulu.. masa interest mahal… RM570@7tahun = 47,880 dari rega RM27K jek
.. tak sanggup mengulangi kesilapan dolo… takkan hidup just nak bayar hutang keta baru jek ishkkk..
Tua disini bermaksud 10 thn ke atas ke?… Pada acik, hanya org yg pandai menjaga enjin kereta shj akan memakai kereta yg berusia 10 thn ke atas.. yg tak pandai jaga, 9 thn lepas abis loan maka beli baru jelah… ehehe…
p/s: Tgh memikirkan nak beli kereta kedua, secondhand atau firsthand?
patutnya KERAjaan turunkan dulu harga kereta. baru la boleh diorang nak citer panjang lebar tentang keter lama n baru..
ini harga kereta punyalah tinggi..nak tunggu 7~9 tahun baru abih bayar hutang keter, dah nak kecoh pasal keter baru lama..aduhai..
oh my KERAjaan..
Ini semua “******” punya bisnes nih… dulu gua dah komen pasai industri insuran kat Malaysia nih kat laman pakdi nih…
Gua memang tak percaya sama insuran… sori la… tak kira la takaful ka… konvensional la…. samer jer…. takleh pakai….
Sori aaa…
Pakdi: Sori bro, nak kutuk wa tak kisah. Jangan mencarut ok.
haa???tak caye kat insurans semua tuh….macam ada muslihat je insurans ni….camna tu pak di ye??
Saudara Azhar Salleh…kalau ikut konsepnya..AFTA telah dilaksanakan semenjak tahun 2000 lagi, kalu tak silap..cuma Inclusion List (IL) yg dipersetujui di kalangan negara ASEAN hanya merangkumi 85% dari keseluruhan IL yg akan diliberalisasikan. Dalam konteks Malaysia, negara telah membayar penalti kerana meminta penangguhan IL ke atas sektor automatif pada tahun 2005 dan 2007 kerana negara dikatakan masih belum bersedia.
Walaupun IL bagi automatif akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2010, yg bermakna pengurangan cukai import 5% – 0%, namun banyak lagi kutipan lain yg boleh dilaksanakan, seperti eksais duti dan sales tax. So, takyah la berharap sangat harga akan murah. Yg pasti..kereta adalah satu liabiliti. Sorry Pakdi, terpanjang plak..:)
insuran pun satu hal la…
kalau risiko tinggi.. naikkan kan la premuim ke .. ape ke..
ni terus tak nak layan.. mana boleh camtu..
sumer pikir bisnes je… social obligation tah ke mane..
kadang kala aku terfikir kan best kalau kereta yang kita beli tu alih-alih robot transfomer
jadi kita boleh tukar bentuk kereta baru dari bentuk kereta lama hehehe
tapi kalau hapuskan cukai yang tak patut, berapa rendah kereta proton boleh jual???
boleh ker jual bawah 10,000 sahaja???
tapi takut orang lain tak dapat untung atas angin
patutnya sokong org yg bleh maintain guna kereta dgn baik biarpun kete tu dah berusia 12thn….(kete saye la tu)….sbbnya…tak nak berhutang….ingat senang ke nak beli kete baru..pastu hutang 5-9thn????
pihak insurans pun sengaja je naik kan premium…
ingat rakyat malaysia nih cap duit kot??
dah la jalan byk TOL…pastu macam2 cukai…
macam2 hal betul la skrg nih…
honda kap cai 125cc tahun 2006. tahun pertama first party. tahun kedua 3th party cuma rm40 lebih saja. tahun ketiga melambung jadi rm61. tahun ke4 mesti naik lagi. sekarang kena ambil 3th party all rider + loading motor lama.
tu motor baru 3 tahun, kalau motor 10 tahun tak payah bayar cukai terus.
p/s betul ka thailand tak payah bayar cukai jalan ?
*p/s betul ka thailand tak payah bayar cukai jalan ?*
Kena cukai tapi sekali seumur hidup maa… Kat sana Vios pun boleh jadi teksi, kat mesia dok sibuk nak jimatkan minyak pakai NGV… aleh² meletop… umang… siann…
kita boleh,
insuran motor tu dah tolak NCD ke? *NCD=non-claimant discount*
awak letak coverage value tu menurun atau maintain atau menaik?
[...] dok di sebelah, saya memandu control ayu dan sopan santun. Lagi pun saya bawa Encik Pajero tua yang syarikat insurans pun tidak mahu memberikan perlindungan , kesian bergoyang melompat-lompat emak mertua saya di sepanajang jalan Kuala Selangor – [...]
aku dah guna keta berusia 27thn tap ok je xde mslah pun.aku th ad phk yg saja nak ambik kesempatan supaya anta kete lama g scrap kan.nak laris kan proton latuuu.ceh!!!! pasni aku nak bw kete antik aku tanpa cukai and insurans.
xde ke pihak yang nak perjuang kan nasib rakyat mcm aku ni. gn kete antik.aku pcy kalo ad mane phk termasuk parti politik yang tolong glgan mcm aku..kompen plhn raya nanti semua pemilik kete antik akan undi korang.hahahaha
huhu… pulok doh. habis tahun depan kete iswara gaban aku tak dapat lagi bayor insuran? kreta thn 97 tapi steady je.
kalu bkn kernamu roadtax, tak hingin aku jumpamu…..
[...] pakai motosikal baru! Kereta tua kena bayar lebih sikit tak pa! Tak kisah, dah ada pool system. Apa nak kisah tiap-tiap kali nak [...]
Sori la pakdi.. gua emo skit… hehehe
Asalamualakum,
Saya pakai kereta Proton tahun 1992 hanya untuk hantar anak sekolah aja dan pada Jun lalu road tax mati tak dapat bayar kerana takdok duit. Bagaimana hendak beli kereta baru nak bayar road tax pun takdok duit dan saya juga ada 1 motosikal (1995) 125cc tapi dah 2 tahun road tax mati, itu pun kerana takdok duit untuk bayar road tax. Kalau saya kaya saya beli yang baru aja jadi tak payah pening kepala.
Kalau saya orang muda no problem tapi sudah tua (60 tahun) apa boleh buat kalau takdok duit, anak yang bersekolah ada lagi 4 orang 2 U dan 2 Sek. Meng.
Nak bayar bil² pon susah hingga tertangoh 2 atau 3 bulan baru boleh bayar yang lama dulu. Makanan harian apa yang ada saja tidak lah berhidang seperti orang yang berada, nasi belauk pagi dan petang aja pun sudah bernasib baik.
Ada cadang terbaik untuk saya membolehkan bayar road tax 2 kenderaan yang sedia ada atau beli kenderaan baru?
Wassalam.
@ coba
Senang saja tok. tak payah bayar road tax, tak payah bayar saman. jangan langgar orang/melibatkan kecederaan atau kematian sudah.
kat jalan kampung selalu juga ada road block. tulah masalah bila jalan kampung di tar di naik taraf. radio car/polis peronda tu tak kisah pun penunggang tak pakai helmet atau kenderaan tiada cukai jalan. jangan cakap logat indo/bangla sudah.
Terima kasih @anonymous kerana memberi nasihat yang bergitu baik untuk meneruskan liku² hidup di zaman yang cangih bercyber ini, menyenangkan fikiran baut masa kini, thanks.
@ coba
kalau polis peronda boleh runding. nak saman warga emas pun buat apa. tapi kalau jpj jangan cari pasal.
@ melayu boleh
Dia orang ada kuasa, dia boleh buat apa aja, terserah lah pada nasib (nasib labu labi).
saya ada proton saga keluaran tahun 86.Saya ada masalah untuk perbaharui road tax dan insurans.Tolonglah saya.