Falsafah Pengharaman Riba

Posted: June 10th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Muamalat | 6 Comments »

Dalam satu artikel yang memaparkan wawancara dengan Dr Azeemuddin Subhani, beliau ada sebut beberapa persoalan dan pandangan dari sudut yang baru mengenai riba, ia banyak dibuat dari sudut philosophical approach, antaranya:

1. Mencuri, merompak adalah satu jenayah bawah hudud, tetapi riba tidak. Kenapa? Sedangkan dua-duanya boleh disebut sebagai penipuan, atau mengambil harta orang lain dengan cara yang salah.

2. Dalam salah satu hadis dari riwayat Bukhari, ada disebut dosa riba itu seperti berzina dengan ibu sendiri.

3. Beliau juga memetik pandangan Aristole, seorang naturalist, yang menyatakan, riba sebagai money begetting money – duit memberanakkan duit. Dan duit sifat naturalnya tidak begitu.

4. Berdasarkan hadis tersebut, ia menunjukkan duit perlu “pasangan dan perbuatan yang sah” untuk berkembang dan beranak. Kalau tidak, ia sama seperti seorang lelaki yang berzina dengan ibunya sendiri sehingga ibunya melahirkan anak. Jadi, adakah si anak itu tadi perlu memanggil ibunya sebagai nenek, bapanya sebagai abang dan seterusnya. Kan dah jadi rosak masyarakat kalau seorang anak itu dibenarkan berzina dengan ibunya sendiri! Apatah lagi kalau perbuatan itu berulang berkali-kali seperti berleluasanya riba pada hari ini ? Self-generation adalah sesuatu yang dilarang.

5. Ini menunjukkan riba seperti satu perbuatan mensyirikkan Allah swt kerana hanya Allah swt sahaja yang tidak perlukan pasangan, dan bersifat Esa.

*(Dan hadis dari Ubadah b Samit itu ada menyebut pasangan (istilah yang lebih tepat, underlying asset) yang sah bagi duit adalah komoditi dan pertukaran kekayaan (barang / servis vs duit), penciptaan harta (wealth creation) perlu dibuat dengan kaedah perniagaan.)

*Point tambahan yang disimpulkan oleh saya sendiri.

Share
6 Comments »

Tags: , , ,

6 Comments on “Falsafah Pengharaman Riba”

  1. 1 Amin007 said at 12:37 am on June 13th, 2009:

    jadi kaedah terbaik nak beranakan duit dengan aktiviti perniagaan.
    tapi kita dah terbiasa dengan konsep bank adalah tempat simpan duit dan pinjam duit
    bank pulak guna duit untuk hasilkan duit

    walaupun ada perubahan konsep dalam bab nak pinjam duit untuk beli rumah dan kereta walaupun ada persoalan harga rumah dan kereta tu terlalu tinggi. tapi kan saya juga nak tahu siapa yang tentukan polisi kenapa kenakan harga demikian

    cuma bab pinjaman peribadi aje yang pening sikit. entah laa

    apapun bank bukan pemaju perumahan tapi agak-agaknya kalau bank terlibat dalam sektor perumahan mungkin dia bakal mendatangkan perubahan yang besar.

    paling tidak pun memudahkan dokumentasi dalam bab nak beli rumah.tu pun kalau peguam sanggup nak ubah cara perjanjian beli rumah tersebut

    namun jika ada peluang …

  2. 2 Amin007 said at 3:52 pm on June 14th, 2009:

    tapi kan kalau bab falsafah ni susah sikit orang nak komen :D
    atau kata lain pengayatan terhadap topik riba ni terlalu tinggi sehingga tak tercapai akal

  3. 3 Hidet said at 1:53 pm on June 15th, 2009:

    Salam.

    Kadang2 hukum akal sahaja tak boleh.
    Sebab apa?

    Lu fikir la sendiri – bak kata nabil

  4. 4 sal said at 3:38 pm on June 16th, 2009:

    KEBELAKANGAN ini kos pentadbiran yang dikenakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menjadi isu hangat sebagaimana yang selalu disiarkan dalam Forum Utusan Malaysia.

    Secara umumnya, terdapat tiga isu yang ditimbulkan iaitu isu yang membawa kepada gesaan mengurangkan kos pentadbiran; isu yang membawa kepada gesaan menghapuskan kos pentadbiran; dan isu sama ada kos pentadbiran yang dikenakan PTPTN itu riba atau tidak.

    Pada pendapat saya, daripada ketiga- tiga isu tersebut, isu berkaitan dengan riba yang paling signifikan dan besar implikasinya.

    Sekiranya kos pentadbiran itu bukanlah berbentuk riba, ia tidak menjadi apa- apa masalah. Tetapi kalaulah jelas ia adalah riba, walaupun ia hanyalah empat peratus dan kini telah diturunkan menjadi tiga peratus, ia bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, tetapi membawa kepada implikasi yang cukup membimbangkan.

    Pertama, Rasulullah s.a.w. melaknat pemakan, pemberi, saksi dan penulis riba sebagaimana dalam sebuah hadis sahih, Jabir melaporkan bahawa: “Rasulullah s.a.w melaknat orang yang memakan riba, memberi (membayar) riba, kedua- dua saksi dan penulisnya, dan baginda bersabda, golongan ini semuanya adalah sama”. (Muslim).

    Kedua dan lebih berat lagi, Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. mengisytiharkan perang kepada sesiapa yang terlibat dengan riba. Ini dirakam di dalam al-Quran yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa-sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggal sisa-sisa riba), maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya memerangimu…” (al-Baqarah, 2: 278-279).

    Kalaulah Rasulullah s.a.w. melaknat malah Allah s.w.t. dan baginda s.a.w. mengisytiharkan perang kepada mereka yang terlibat dengan riba, apalah lagi yang tinggal pada mereka yang terlibat itu?

    Begitulah juga, kalaulah kos pentadbiran PTPTN itu merupakan riba, apalah lagi yang tinggal pada pelajar kita? Bolehkah generasi yang daripada awal-awal lagi terlibat dengan riba, kemudian memperoleh pekerjaan, menyara diri, menyara keluarga dan sebagainya diberkati dan dirahmati Allah s.w.t?

    Bolehkah generasi yang terlibat dengan riba ini mentadbir negara dengan aman damai sedangkan Allah s.w.t. dan Rasul-Nya telah mengisytiharkan perang kepada mereka?

    Inilah yang cukup membimbangkan.

    Tetapi apakah kos pentadbiran itu riba sebenarnya?

    Ada tiga syarat yang menjadikan sesuatu pinjaman itu berbentuk riba.

    Pertama, wujudnya lebihan daripada jumlah pokok pinjaman; kedua, penentuan lebihan ini berkaitan dengan tempoh masa; dan ketiga, persetujuan terhadap syarat lebihan ditentukan terlebih dahulu oleh pemberi pinjaman.

    Kaedah perkiraan kos pentadbiran yang dikenakan oleh PTPTN nampaknya memenuhi ketiga-tiga syarat ini. Pertama, tiga peratus kos pentadbiran itu merupakan lebihan daripada jumlah pokok pinjaman. Kedua, ia melibatkan satu tempoh masa. Dan ketiga, pemberi pinjaman, iaitu PTPTNlah yang menentukan lebihan tersebut.

    Demi keselamatan generasi dan negara, pihak berkuasa perlulah memandang serius dan meneliti persoalan ini dengan sewajarnya.

    – DR. ZAHRI HAMAT,

    Pusat Kajian Pengurusan

    Pembangunan Islam (ISDEV),

    Universiti Sains Malaysia.

  5. 5 beejan said at 6:26 pm on June 18th, 2009:

    saya salah sorang mangsa PTPTN, kata nak kurangkan kos pentadbiran pada 3%, sampai sekarang kos pentadbiran masih lagi 4%. ni yang konfius ni..

  6. 6 treec00l said at 11:25 am on June 19th, 2009:

    Bijan,

    saye bukan org PTPTN, tp ade org dah call PTPTN utk dptkan info tentang service charge.

    utk org2 yg xpenah miss baya, akan dpt further reduction jadi 1% service charge.

    kes xdapat 3% tu x pasti, cube call PTPTN.

    sebab PTPTN akan buat back calculation for the whole payment utk amik kire semue pengurangan SERVICE CHARGE tu :D

    payment anda ok x?


Leave a Reply