Duit Adalah Subjek Yang Mengelirukan ?

Posted: November 30th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi | 15 Comments »

Duit adalah satu subjek yang mengelirukan. Mungkin.

Satu:

Adakah ada berlaku supply-demand yang melampau menyebabkan teh tarik segelas dari 60 sen boleh menjadi RM 1 ?

Adakah supply teh tarik sangat kurang menyebabkan harga melonjak menjadi RM 1 segelas ?

Dua:

RM 50 kalau dibelanjakan di pusat membeli belah membeli belah dirasakan terlalu kecil.

RM 50 kalau didermakan pula dirasakan terlalu besar.

Tiga:

Kalau anda membeli Mercedes, anda sanggup mengeluarkan lagi lebih RM 10,000 lagi untuk full leather seat.

Tapi kalau anda membeli Kancil, anda rasa membelanjakan lagi RM 10,000 untuk full leather seat adalah sesuatu yang gila.

Share
15 Comments »


15 Comments on “Duit Adalah Subjek Yang Mengelirukan ?”

  1. 1 eezone said at 12:03 pm on November 30th, 2009:

    Ish, lepas baca posting pakdi ni, aku pun dah keliru dah..

    kat malaysia ni, faktor supply n demand bukan the single factor yang effect pricing. Ada banyak lagi seperti kawalan harga kerajaan, tindakan monopoli dan inflasi.

    tu setakat yang aku paham la. Kalau ada lagi, konpem aku akan terus keliru…

  2. 2 nozi said at 3:28 pm on November 30th, 2009:

    Itu tandanya nilai duit kita dah turun menjunam. Dulu 60 sen .skrg RM1.00 gelas sama besar jugak…sbb apa? sbb tak ada projek baru..tak boleh nak generate income..jd B.Negara pong cetak duit lagi..lepas slow-slow kat market …psl nak tampung ramai graduate tak ada kerja..Rakyat kita ni pula…hidup dah terlebih senang zaman che det..bila susah rasa kekok nak gostan..bagi bangla buat, bagi indon buat..tak payah kerja duk rumah , parti k’jaan kena jaga nanti tak bagi undi ..sebab2 inilah harga teh tarik naik kut Pakdi.

  3. 3 Amin007 said at 4:49 pm on November 30th, 2009:

    aku pun jadi pening selepas baca post ini.
    jadi apa yang tinggal pada duit???

    nilai duit ditentukan oleh apa???

  4. 4 sal said at 6:41 pm on November 30th, 2009:

    Kalau aku pakai baju RM 60 mesti nampak murah…

    Tapi kalau Chedet….or even Pakdi pakai baju RM 30 pun mesti nampak mahal… kan?

    heheh…

  5. 5 mrbapak said at 1:06 pm on December 1st, 2009:

    hehehe.nilai duit itu sendiri adalah subjektif.mengikut pada pandang kita.Sbb tu, nilai duit itu msti diikat pada sesuatu yang tidak berubah nilainya.Contoh, emas.
    Tapi sistem sekarang?Lu pikir la sendiri…

  6. 6 lunix said at 6:46 pm on December 1st, 2009:

    3 tahun lepas, spark plug modenas kriss (kapcai honda, suzuki, yamahal pun guna jenis sama) berharga rm5, sekarang pun rm5 juga. Spark Plug mesin potong pokok, mesin potong rumput, pam racun berinjin pun tetap rm5 juga sebiji.

    hard disk, usb flash drive, 3G mobile broadband semua turun harga.

    kadar panggilan digi prepaid menurun dari 36sen seminit jadi 12sen seminit. jadi 36sen boleh dapat panggilan untuk 3 minit.

  7. 7 bawangkecik said at 10:32 pm on December 1st, 2009:

    Yang no 2 tu aku amat bersetuju. Pasal tu note rm50 jarang ada dlm tbg surau/masjid, note rm1 byk la.

  8. 8 taj said at 10:46 am on December 2nd, 2009:

    wow..superb la, dalam x sedar ada kebenarnya..kalu kita melihat dr ‘duit’ itu compare to demand, memang keliru gak, tapi, bile tambah sket satisfaction fact, then, ia akan cover balik ‘duit’ tu.

  9. 9 faizal ehsan said at 1:24 pm on December 2nd, 2009:

    semua ketiga-tiga benda tentang suit tu betul. memang berlaku dan sentiasa ada perbincangan mengenai tajuk tersebut.

    alahai.. duit..duit.. kalau potong? ;)
    berbaloi ke?

  10. 10 Zuraidi Zainol said at 2:11 pm on December 2nd, 2009:

    Salam,

    SATU: Setakat yg aku ingat time belajar ekonomi dulu, pricing teh tarik berubah (RM0.60 kpd RM1) tu disebabkan inflasi. Tapi itu “Nominal price”. Mungkin kalau kira “Real / Constant Price” harganya tak berubah tp still ber’value’ RM0.60.

    DUA: sbb RM50 tu belanja membeli belah, orang nampak ‘barang’nya. Kalau derma, tak nampak pahala di akhirat. Itulah manusia, hanya nampak pada zahir. Kalau setiap kali solat boleh dapat cash reward RM50 bawah sejadah, sure semua tak tinggal solat.

    TIGA: Ini berkaitan dgn taraf hidup. Org yg membeli Mercedes sure mmg kaya, so lagi RM10k tu mcm kecil bg dia. Yang membeli kancil, orang yang berpendapatan rendah / sederhana, so besar sgt la RM10k tu. Tgk Ratio RM10k tu kepada harga Mercedes & kancil.

  11. 11 chop said at 8:51 pm on December 3rd, 2009:

    nak komen no 1 jer sebab no 2,3 aku punya idea sama jer dgn len2…

    1.Gaji pekerja kerajaan naik,naiklah harga teh tarik..ye la diorang kan pelanggan utama kedai kopi nih…hehe..gurau jer..

  12. 12 ashraflatif said at 8:52 pm on December 7th, 2009:

    maximum utility for the lowest expenditure

  13. 13 Acik fosilmitra said at 2:19 pm on December 10th, 2009:

    Masa utk berubah… jgn berbelanja pakai duit… pakailah kad… kad debit!

  14. 14 JiP said at 9:09 pm on December 10th, 2009:

    Emmm… satu persoalan yang bagus untuk difikirkan.
    Ape pn teruskan usaha memberi ilmu pengetahuan… ilmu tak seharusnya berbentuk fakta tapi BERFIKIR

  15. 15 Amin007 said at 11:47 pm on December 12th, 2009:

    kalau kita nak sesuatu barang biasanya orang akan mintak duit sebagai asas pertukaran.

    jadi berniaga adalah sebagai medium kepada pertukaran duit dengan barang. namun harga barang ditentukan juga cukai dan kos-kos lain.

    jabatan perangkaan ada buat survey terhadap syarikat2 di malaysia. antara salah satu benda yang aku kena ambil tahu adalah nilai tambah satu-satu syarikat. rupanya cukai dan gaji pekerja tak termasuk dalam kiraan nilai tambah.

    secara asas nilai tambah pendapatan (RM 40) tolak kos barangan (RM 20). jadi nilai tambah adalah RM 20. jadi nilai tambah ni akan diguna untuk bayar gaji dan kos-kos lain yang buka termasuk kos barang tadi.

    namun aku terfikir kalau syarikat pinjam duit kat bank, tu termasuk pendapatan atau apa???


Leave a Reply