Doodads (?)

Posted: March 21st, 2007 | Author: pakdi | Filed under: Game Cashflow, Perancangan Kewangan | 8 Comments »

Ada 2 sebab kenapa anda terperangkap dalam situasi kewangan anda sekarang.

1. Anda terlalu banyak liabiliti.

2. Perbelanjaan doodads yang terlalu banyak.

Anda akan mempelajari mengenai doodads kali ini. Doodads adalah istilah yang diguna pakai dalam set permainan Cashflow adalah bermaksud perbelanjaan yang tak berapa nak penting dari sudut kewangan.

Perbelanjaan yang sebegini adalah seperti anda melazimi minum kopi RM 10 secawan. Seminggu 7x. Ketagih barangkali. Perkara-perkara yang anda rasa high-class, mewah dan biar pape asal bergaye…

Anda tahu ke mana duit anda dibelanjakan?

Ia termasuk juga percutian keluarga, kenduri kendara, saman speed trap, bowling, baju baru, jersi bola Liverpool, kasut baru, emas intan berlian dan sebagainya. Melainkan anda sedang melatih anak anda menjadi Shalin Zulkifli yang kedua, barangkali ia adalah satu pelaburan. Tetapi kalau sekadar suka-suka, maka ia akan menjadi doodads.

Tak boleh ke beli doodads?

Boleh. Tapi beli aset dulu baru beli doodads. Senang cerita lah, anda perlu sediakan akaun doodads yang khas. Berapa banyak anda nak belanjakan untuk “kemewahan” selama sebulan. Dan jangan lupa buat active income dulu.

Apa yang selalu berlaku adalah, pendapatan dihabiskan dengan membeli doodads tanpa ada perancangan. Sudahlah tidak merancang, beli doodads pakai kad kredit pula. Aset entah ke mana, liabiliti menggunung pula.

Bukan susah untuk keluar dari Rat Race. Kalau sudah mula buat active income, kini kawal pula perbelanjaan doodads anda. Pilihan di tangan anda.

Share
8 Comments »


8 Comments on “Doodads (?)”

  1. 1 abu_muadz said at 5:09 am on March 22nd, 2007:

    kalau ketagih beli buku2 bisnes baru tu kira doodads gak ke? huhuhu..

    Pakdi: Untuk tambah ilmu pengetahuan boleh kira membazir ke? ;)

  2. 2 aku said at 8:30 pm on March 22nd, 2007:

    huhuhu.. doodads ni ler modal ntuk ajak memember main saham.

    1- memula aku suruh senaraikan doodads (rokok)
    2- kendian aku cakap, ‘aha, ntuk sebulan ni, amik duit tu sebagai jumlah kerugian yang sanggup ditanggung’.
    3- kendian aku cakap ler guna semua (actually aku guna 30% jer :P ) duit gaji ntuk main saham
    4- stop loss adalah bilamana budget doodads telah sampai limit.

    pengiraan:

    30% gaji – rm400
    doodads – rm5 x 30 = rm150 (maksimum beli rokok, ada perokok lebih tegar dari yang ini?)
    ntuk saham rm0.30/unit, beli 10 lot = rm300 tanpa fee
    harga kaunter jatuh rm0.15 baru berhenti.. quite rare, jadi secara tak langsung menambahkan keberanian main saham.

    2 benefit:
    1- belajar berhenti merokok
    2- belajar main saham

    tapi alasan yang aku dapat?
    - tak reti tengok papan saham.. adeh!

    Pakdi: Haha.. Menarik la kau punya cara..

  3. 3 abu_muadz said at 8:06 pm on March 23rd, 2007:

    masalahnya pakdi.. sebab beli je tak terbaca abih pun.. haha.. itu masalah aku sekarang.. :P

    tapi sekarang tengah cuba ubah sikit2 dengan cara membaca sikit2 semua buku.. barulah tak membazir..

    Pakdi: Itu fenomena cuaca biasa :D tapi jgn jadi bencana alam

  4. 4 abu_muadz said at 8:12 pm on March 23rd, 2007:

    masalahnya dalam cashflow doodads takleh dikawal.. sebab kalau dah dapat tu memang nasibla.. :)

    bila saya perhatikan konsep doodads tu dalam kehidupan sebenar.. memang didapati lebih kurang sama.. sebab kadang2 kita tak boleh nak tolak orang ajak pegi makan dsbgnya.. takpun bila kena repair kereta ke, anak nak kawin ke dll lagi..

    cumanya kalau dah masuk bab beli boat tu memang boleh ditolak dulu sebenarnya.. hehe.. tengok keadaan gakla doodads ni.. ada yang boleh kita tangguhkan dan ada yang tak boleh.. cuma dalam game tersebut semua takleh ditolak.. kalau anda dapat doodads beli boat.. bermakna beli bot lah anda walaupun anda tak mahu.. makanya jatuh bankruplah anda jika tidak bersedia..

    sekian wassalam

    Pakdi: Yup. Ada nya bot dalam Cashflow tu sebab dia nak tunjuk what is the effect if you’re not prepared! Nama pun simulasi :)

  5. 5 aku said at 11:13 pm on March 23rd, 2007:

    yerp, maybe boat tu bleh digantikan dengan bende yang betul2 tak dapat ditolak. pengajarannya, be prepared.

    the question is, HOW WELL do you prepared? huhuhu.. sesuatu ntuk difikirkan.

    Pakdi: Ramai orang sudah terantuk baru …

  6. 6 Esprit De Corps » Blog Archive » Rezeki Anak said at 9:39 pm on April 22nd, 2007:

    [...] sebab apabila pemain mendapat anak, secara automatik perbelanjaan (expenses) bertambah. Ada kad doodads tertentu perlu ditunaikan. Dan yang paling utama, cashflow bulanan anda berkurangan! Hoho. Jadi, [...]

  7. 7 BujangJutawan said at 3:39 pm on May 22nd, 2007:

    pada saya boleh kalau nak kawal doodads tu… cume kena disiplin dan tegas pada diri sendiri la.. (lain la kalau betul2 penting doodads tu..) :-)

    Pakdi: Memang kena kawal sangat-sangat :)

  8. 8 Entri edisi hujung minggu « Destinasi kumb@ng said at 10:40 pm on August 12th, 2007:

    [...] yang dihajati beserta hati yang gundah akibat budjet bulan ni lari sikit. Biasalah Doodads. Apa itu Doodads? Kena join bengkel Cashflow 101 baru [...]


Leave a Reply