Cukai Perkhidmatan Kad Kredit
Posted: October 24th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Kad Kredit, Perancangan Kewangan, Semasa | 43 Comments »Saya tak terjumpa pula berita ini dalam akhbar berbahasa Melayu semasa membaca berita-berita belanjawan 2010. Hanya terbaca dalam berita berbahasa Inggeris.
Cukai perkhidmatan sebanyak RM 50 akan dikenakan untuk kad kredit prinsipal, dan RM 25 untuk kad kredit tambahan bermula 1 Januari 2010
Hm… Bijak kerajaan ni mengaburi mata rakyat. Gomen potong kadar cukai pendapatan menjadi 26%, tetapi pada masa yang sama mengenakan cukai perkhidmatan kad kredit yang mana saya rasa hampir semua pekerja di Malaysia mempunyai paling kurang 1 kad. Harus diingat bukan semua pekerja di Malaysia wajib membayar cukai, tetapi rata-rata pekerja berpendapatan lebih RM 1,500 sudah ada kad kredit.
Jadi pengiraannya, kalau anda mempunyai 3 kad kredit prinsipal dari 3 bank yang berlainan, 2 daripada kad kredit prinsipal itu pula ada 1 kad tambahan, maka anda akan membayar:
RM 50 x 3 = RM 150
RM 25 x 2 = RM 50
Jumlah cukai perkhidmatan kad kredit = RM 200
Hahaha…
RM50 service tax for card holders
A SERVICE tax of RM50 will be imposed on each principal credit card every year beginning Jan 1.
For every supplementary card, a RM25 service tax will be charged yearly.
The move to impose this tax is to promote prudent spending as the use of credit cards is extensive. The number of cards increased from two million in 1997 to 11 million as of August this year. They exclude the 285,000 charge cards already issued.
The Star: RM50 service tax for card holders
Share43 Comments »
Tags: bajet, bajet 2010, bank, belanjawan, Kad Kredit, najib
Banyak bank yg bg free annual fee..so ni mngkin cara dia org nk cover blek kut..
Pakdi: Cukai ni kerajaan yang kenakan. Bukan bank. Duit masuk poket gomen
Akan terjejaskah syarikat yang menyediakan perkhidmatan atas talian seperti AirAsia atau (atas angin) MyEg?
Adakah cukai perkhidmatan juga dikenakan terhadap kad debit?
klu ade 11m kad..dkat stgh bilion jgk la gomen dpat..masyuk…
Bagi saya, tak yah la kredit kad banyak2.. cukup satu.. RM50.. kalau gaji setakat RM1500.. tak perlu kad nak sampai 5.. ni macam menjerat dan menjerut diri nak buat hutang..
Saya tak pastilah betul ke kad tambahan yang dimaksudkan PM tu sama ke dengan supplementary card mentioned in the report above
Kad yang dikenakan hanyalah charge dan credit card.. Debit card tak kena..
Boleh baca lebih lanjut tentang Belanjawan di blog saya http://www.emasdantanah.com . Ada juga link ke laporan penuh.
Thank you.
dalam utusan ada pakdi..
Gali lubang tutup lubang. Pandai betui gomen bt duit.
debit kad tak kena.kad kredit yg kena, 50rm utk principal!! taktik kotor!!kekdang tak semestinya gaji bawah 1500rm tak bley pakai lebih 1 kad..ada yg pandai pusing duit..ghupanya kerajaan sudah pusing kita balik!!!
Hmm..mana-mana yang ada lebih daripada satu kad kredit tu cepat-cepatlah langsaikan hutang tertunggak dan tutup terus kad kredit tu..
Yang ada kad kredit …dan guna jarang-jarang tu, baik tamatkan sahaja…
Saya masih tak paham, ape significantnye kerajaan mengenakan cukai kad kredit.Bukan kite berhutang dgn kerajaan, kita berhutang dgn bank.Sudahla dikenakan interest tinggi oleh bank,nak kena lagi cukai oleh kerajaan?Pada pendapat saya, sekiranya kerajaan hendak mengenakan cukai sekalipun, yang patut dikenakn adalah pihak bank.Bukannye kita sebagai pengguna.
Sekiranya kita, sebagai pengguna mengadakan boikot, dengan setiap seorang membatalkan kad kredit, pasti ekonomi kita akan kembali merudum.kerana kurang perbelanjaan dan aliran tunai.Mengapa mereka tidak mengambil kira hal2 ni semua?
http://jangkaan.name.my/blog/2009/06/kad-kredit-bank-rakyat/
tapi masalahnya kad kredit memudahkan bayaran tanpa tunai. banyak pulak syarikat yang ada alat untuk baca kad kredit dari kad debit
jadi …
aku sokong untuk ada cukai kad kredit.satu kad kredit cukuplaa…ini sampai 5-12 keping apa cerita.hahahaha at least dapat mengurangkan rakyat malaysia membuat lawatan ke AKPK.
masalahnya sekarang lebih ramai rakyat malaysia yang berhutang menggunakan kad kredit dr jadikannya sebagai medium pembayaran untuk cash yang sedia ada dalam simpanan.
yg ada 5 kad tu nak rempit OD kot…
Gua takder apa-apa kad kredit… gua cuma ader kat debit dan kad atm jer… hahahaha ..
kad smile tue kena caj jugak ker… hahahaha
Mula2 sy pon rs bengang juga bile dikenakan cukai kad kredit ni.tp bile pk balik secara positif, ok juga at least lepas ni ada la inisiatif sy utk meng’kansel’ kad kredit yg ada 10 keping digenggaman(x guna pon..buat buruk report ccris saje)..selama ni asik bertangguh aje. mana lah tahu, mungkin selepas ini bank akan ambil inisiatif supaya rm50 ini tidak dibebani oleh pengguna..seperti harapan penulis blog di entry ini:http://www.creditcard2u.net/news-update/service-tax-rm50-on-credit-cards-and-charge-cards
kerajaan buat cam gitu pasal konon nya nak promote prudent spending. memang betol. tapi rasa nye yang bersalah dalam hal nih ialah orang2 yang pakai kad kredit ikut suka hati. orang yang pakai kad kredit pasal tak nak bawak cash2 banyak2 yang jadik mangsa. patut nya 1st kad tak kene pape. kalo ada lebih dari 1 baru kene RM50 tuh. baru adil
IMHO, x rasional langsung tindakan mengenakan caj RM50 tu.
Q. takot lebih ramai org bankrap?
A. lebih rasional sekiranya dinaikkan had kelayakan gaji dari RM1,500 ke RM2,500.
Q. mengajar org ramai berbelanja?
A. lebih rasional sekiranya diadakan sesi “brainwash” utk mereka yg menghampiri tahap muflis (buat “bad debt” dan xleh bayar).
Q. menyusahkan rakyat yang bijak berbelanja?
A. memang. kami yang guna kad kredit sebagai salah satu tool, dan x pernah terlepas bayar hutang (bayaran penuh) rasa terbeban dengan caj RM50/thn tersebut.
dah banyak cukai2 lain kene bayar, ni nak tambah lagi cukai. adus, otak letak kat mane tah.
fuh..pakai kredit kad dah kena cukai ple. nasib baik sy tak ada pape kredit kad lagi wat masa ni. stakat debit kad je.
apa lagi? potong laa…
bukan senang2 nak potong.
kene buat analisis mendalam.
biasenye, bank akan anta surat ke rumah ke tentang caj RM50 tu?
atau kene paham2 sendiri, tiba2 terus masok bil?
*xpernah lagi, yelah, umur baru setahun jagung*
Pas nie.. takkan aku layan lagi da promoter2 cc yg cam langau mengimpit aku utk promote cc diorg… skang dah takde istilah ‘free for life’ lagi daa.. ‘taxed to death’ ader la!!
Assalamualaikum,
Saya rasa ada sudut yg positif akan mengelakkan ramai rakyat malaysia berhutang. Bila ada yg tak mampu tapi nak bergaya pergi mana-mana pakai kad kredit, sampai satu tahap tak mampu nak bayar then berhutang. Kalau pergi tengok statistik kat AKPK brape ramai golongan muda-muda yg diisytihar bankrap. Saya mmg tak pakai kad kredit. Mungkin kontroversi disini sebab semua mempersoal apa kaitan kerajaan dgn kad kredit sbb kad kredit antara pengguna dan bank. Seeloknya, kerajaan menerangkan rasionalnya. Tapi kalau sampai 5-6 kad kredit tu sebenarnya dah liabiliti bukan keperluan. Kalau pakai satu kad bayar RM50 setahun. Lepas ni yg tinggal pakai kad kredit ni good paymaster sahaja. Tapi yang dok berhutang tapi yg liat nak bayar ni maybe inilah masa untuk renung balik sebenarnya kita ni tak perlu pakai kad kredit sebab tak mampu nak control perbelanjaan.
ingat pakai kad kredit bukan kena caj sahaja cukai pun kena juga. caj dibuat untuk bank amik untung, manakala cukai pulak kerajaan nk untung supaya nk kurang defisit negara.rakyat sama kena kurangkn defisit negara.salah minta maaf.
Mengikut perkiraan saya, jumlah pendapatan daripada caj kad kredit ialah RM412.5 juta.
to fahmy shuhaimi,
ape beze kalo kerajaan tetapkan had maximum 2 CC shj utk mereka yg layak, berbanding mengenakan caj RM50 tu?
utk mereka2 yg ade byk CC (ie 5 kad), tp x mampu nak settlekan hutang2 kad tu. maksudnye depa ade beban baru sebanyak RM50 x 5 = RM250.
membantu ka? IMHO, menyusahkan lg adelah. huhuhu.
tp kalo membantu mendapatkan pendapatan tambahan dari rakyat jelata, memang langkah yg tepat lah. huhuhuhu.
to treecool,
1.for sure la mereka yg tergolong dlm golongan >5 kad tak mampu nak bayar tu kena register nama kat AKPK. Diorg mmg tak mampu dari awal2 lagi.
2.Sy setuju kalau kerajaan kaji semula ttg perkara ni, better charge pada bank yg provide sbb diorg buat untung.
3.Betul. Lagi bagus kalau naikkan had gaji untuk apply cc tu tapi setelah ditolak semua bil/hutang yg perlu dibayar.
4.Semalam tengok ada wakil rakyat bangkit perkara ni dlm sidang parlimen. Semoga ada action la. Hehe.
5.Bagi mereka yg baru bekerja, tunggulah >2 tahun kalau nak pakai cc.
[...] Orang miskin tidak pakai kredit kad. Orang middle-class banyak pakai kredit kad. Orang kaya, mengeluarkan kredit kad. Siapa yang kena cukai perkhidmatan RM 50? [...]
Baru berbincang dgn bankers dan depa kata depa masih revise/re-structure policy depa berkenaan credit card yg dikeluarkan oleh mereka yg ada term “free-for-life”, or free if swipe beberapa per year.
Utk yg sudah ada bayaran tahunan, yg tu maybe bank akan absorb.
Kita tunggu …
Sigh! Malaysia is now getting “poorer”?
Imposing service tax Rm50-00 per credit card just like squeezing money from Rakyat. Imaging each credit card holder having more than 1 cards with them, government will generate revenue > RM550 million (11 million x Rm50) a year with effect from 1st Jan 2010. “Big profit” for the government.
Banks are planning to absorb these service tax?
If banks were to do so, indirectly “government” is “robbing the bank” also…. haha!
huhuhu.
wait-&-c policy :p
saya akan bertindak untuk membatalkan CC saya yg kedua.
Mula-mula ingat nak ambil sebagai back-up CC set yg pertama, takot kalo2 depa x nak waive dah annual fee.
Credit rating tu penting beb. Nak idop kat Malaysia la katekan.
Sekali, tool yg ni pon ade obstacle die yg tersendiri, hampeh.
mungkin terpakse cancel semua CC. adus.
This will causes lot of people cancel their credit card….Credit card agent lost the job…People bring cash on street create more criminal….
as i said before, this will create more chaos in economic environment.I still cant understand the way they were thinking.huhuhu
they never use their brand kot, hehehe.
depa ade bodyguard, depa mane penah jln2 sorg2.
mane la depa tau. huhuhu.
saye tertarik dgn satu cadangan dari org awam yg logik dan praktikal utk digunakan (sumbernye saye x igt di mana), seperti berikut,
“kad pertama tidak perlu dikenekan caj, hanya kad yg ke-2, ke-3, dan seterusnya yang perlu dikenekan caj. juga, kad yg ke-2, ke-3, dan seterusnya inilah yg patut diketatkan syarat utk dipohon.”
arap ada org “di atas” yg membaca cadangan tersebut dan membawanya ke dewan rakyat.
“they never use their brand kot, hehehe.”
sepatutnya
“they never use their BRAIN kot, hehehe.”
Sbg individu yg memiliki lebih 15 cc, saya agak kecewa dgn caj rm50 ini. Saya dapat berjimat (diskaun/rebet) dan rasa selamat (tanpa byk tunai dibawa) dgn menggunakan cc. Namun demikian, saya cukup memahami hasrat gomen secara fiskal menjadikan pelbagai alasan bagi tujuan mencapai matlamat bagi menampung perbelanjaan. So, bertambahlah koleksi ‘book marker’ dan ‘key chain’ saya..
kerajaan ibarat lintah darat yang hanya nak dapatkan sumber keewangan secara mudah walaupun menghisap darah rakyat yang tak kaya (kalau kaya tak yah CC).
untuk cancel kad mesti kena bayar habis hutang. ada yg tak mampu nak langsaikan hutang cc buat masa ni, sbb ekonomi yang tak menentu. maka terpaksa bayar rm50 utk 1 kad.
ini bukan 1 malaysia rakyat didahulukan…..tapi 1 malaysia yang kaya didahulukan.
ramai geng2 aku yang kuat umno dah mula perasan kerajaan BN menghisap darah.
ramai diantara mereka dengan nada kesal memberitahu akan menghukum dasar2 BN dengan mengundi pembangkang pada pilihanraya akan datang.
kalau BN masih tak sedar kuasa rakyat aku rasa ada harapan BN kalah pilihanraya akan datang….
untuk najib… fikirkan kepentingan rakyat sevagaimana slogan anda buat tu, BN akan hancur seluruhnya.
salam…
Takder sesape diantara kita yang ada hubungan baik dengan NGO-NGO yang terlibatker? kita tulis surat bagi kat diaorg lah.. alangkan kete lebih 15 taun bleh dapat pengecualian dari kene g inspection setiap tahun..
tolong la wei, ajukan kepada pihak berkenaan pasal kad kredit nih.. bank2 pun xkan nak senyap jer? ni kan jugak akan mengganggu keuntungan mereka tuh??
p/s: pasni kita mati kene korek kubur dendiri dulu la. bermula dengan kerajaan yang pentingkan diri sendiri, pasni akan beralih kepada masyarakat pula.. dan seterusnya???…… PIKIR-PIKIRkan lah sahabat
[...] 2010 antara cukai yang dikenakan adalah cukai kad kredit dan cukai penjualan hartanah. Dan tidak lama lagi goods and services tax (GST) akan menemui [...]
Hi
Kerajaan tidak sepatutnya mengambil jalan mudah untuk menambah pendapatan kerajaan dgn mengenakan cukai tersebut kerana rata-rata mereka yang menggunakan kad kredit sekarang adalah golongan sederhana. Ia lebih membebankan mereka dlm usaha mengurangkan beban kredit yang sedia ada dan usaha Bank Negara menurunkan kadar bunga dari 18% ke paras yang lebih rendah akan menjadi sia-sia. Jika kerajaan meneruskan niat ini, maka pengguna tidak lagi dapat berbelanja lebih dan kerajaan akan gagal mendapat lebih pendapatan melalui cukai-cukai perkhidmatan, restoren, barangan dan lain-lain. Sepatutnya, kerajaan membantu mereka yang menggunakan kad kredit dengan mendidik mereka melalui media massa atau mengurangkan lagi kadar bunga yang menjerat kesemua pengguna kad kredit, jika tidak pandai menguruskannya, bukannya memberi alasan-alasan yang kurang bijak.
yang ikhlas
1malaysia member
cancle memang senang tapi masalahnya bank senang2 je ke nak kasi cancle? kalau tak buat tindakan susulan memang le depa takkan potong… tgk aku dah 2 kad dari bank berlainan aku cuba cancle dah sebluan tak de response… masa tanya proses nak potong tempoh hari..nam[pak cam mudah je katanya selepas seminggu permohonan dibuat kami akan hantar surat memaklumkan pembatalan. tapi dah sebulan dah… yg satu bank tu pulak dgn fax tak jalan aku email dia..makluman dia kata akan maklumkan kepada mereka yg bertanggungjawab… tapi dah sebulan tak de benda pun… tak de pun depa call utk buat confirmation pembatalan… geram nyer…
nk tamat kena pegi bank sendiri jer….baru jalan
[...] anda mempunyai 5 kad kredit, anda akan mengeluarkan lebih banyak duit. Sedangkan anda sebenarnya masih boleh hidup dengan 1 kad [...]
besala tgk tema gov 1 malaysia rakyat didahulukan pencapaian di utamakan. rakyat kena pijak o gov pncapaian RM gov y rasa. jadi mailah kita pakat2 kalih 2012 ni. cuepacs, mtuc pa sume tu guna la kuasa lawan gov.
masalah: kad kredit akan kena caj rm50/year
penyelesaian: xpayah pakai kad kredit.tahu kemampuan diri.atau tukar jadi kad debit.hutang menyusahkan.
gov bijak.so jadi lagi bijak dari gov.