Corporate Governance
Posted: October 29th, 2008 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Pelaburan, Saham, Semasa | 8 Comments »Warren Buffett, individu terkaya dunia, selain meneliti penyata kewangan syarikat, dia juga akan melihat kepada kepimpinan syarikat tersebut.
Adakah CEO, eksekutif tertinggi dan para pengarah syarikat mendapat gaji yang terlalu tinggi, opsyen saham dan apa-apa polisi yang tidak adil kepada para pemegang saham?
Apakah yang dibuat oleh syarikat dengan lebihan aliran tunai (cashflow) ? Adakah ia digunakan untuk memajukan bisnes ? Adakah digunakan untuk menaikkan gaji dan elaun eksekutif tertinggi? Adakah pemegang saham diberi dividen ? Dan seterusnya.
Adakah CEO nya jujur dan menerangkan keadaan sebenar kepada para pemegang saham sama ada ketika prestasi syarikat menaik atau pun menurun ?
Kerana skandal korporat Amerika seperti Enron berlaku apabila eksekutif tertinggi menyuruh para pekerja dan orang ramai terus membeli saham syarikat mereka manakala mereka pula menjual saham-saham mereka.
Ia juga berlaku di Malaysia apabila ada para eksekutif tertinggi syarikat lebih sibuk di padang golf dan sibuk menghabiskan duit syarikat dengan perkara tidak bermanfaat dan apabila berlaku krisis kewangan 1997, syarikat tersebut perlu dibail-out dengan dana awam seperti KWSP.
Dan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, maka seharusnya pengarah syarikat perlu bertindak tegas dengan mengutamakan kepentingan syarikat dan para pemegang saham. Itulah fungsi seorang pengarah syarikat, memastikan mereka memilih CEO yang betul dan menjaga kepentingan pemegang saham.
Kalau dengan memilih CEO dan eksekutif yang beramanah, banyak perkara boleh buruk boleh dielakkan, begitu juga lah hal yang sama dalam memilih kepimpinan negara.
Adakah Perdana Menteri, bakal Perdana Menteri dan barisan kabinet dan kaum keluarga mereka mendapat gaji, elaun, peluang perniagaan dan faedah-faedah yang terlalu banyak sehingga mengenepikan hak-hak rakyat?
Apakah yang dibuat dengan dana-dana awam seperti KWSP, Tabung Haji, keuntungan Petronas, FELDA dan lain-lain? Adakah untuk membuat bail out kepada syarikat kenalan dan kroni ? Atau membuat projek berfaedah untuk manfaat rakyat ?
Adakah para pemimpin sibuk bermain golf dan bersuka ria ke Taiwan pada bulan Ramadhan atau lebih memikirkan permasalah negara yang perlu tindakan segera?
Adakah para pemimpin menerangkan secara jujur apa yang berlaku terhadap negara tanpa perlu berselindung-selindung baik ketika ekonomi sedang menaik atau pun bermasalah ?
Di saat Menteri Kewangan menyatakan ekonomi Malaysia tidak mempunyai krisis dan masalah, tiba-tiba Perdana Menteri terus membatalkan projek Eurocopter atas alasan ekonomi.
Dan untuk mengelakkan perkara buruk berlaku, rakyat sebenarnya mempunyai hakim, Parlimen dan istana untuk memastikan eksekutif negara tidak menguruskan negara ini seperti “Ana yang punya!” Itulah fungsi badan kehakiman, Parlimen dan Majlis Raja-Raja.
Kalau syarikat tersebut baik, mempunyai nilai perniagaan yang baik, tetapi eksekutif tertingginya bermasalah, kita boleh memilih untuk tidak membeli saham syarikat tersebut. Dan ada banyak syarikat lain yang boleh dinilai dan dibeli.
Tetapi kalau negara tersebut baik, mempunyai banyak hasil negara, tetapi barisan eksekutifnya lebih mementingkan projek untuk diri sendiri dan mengutip komisyen, apakah pilihan yang ada ?
Share8 Comments »
ha ni la tajuk aku blajaq. ada pndpt kata yang sepatutnya retired senior goverment servant mcm KSN2 tu tak sepatutnya dilantek jd chairman GLC2 govt sbb mereka tidak adak economy background.. hanya menjadi proksi semata-mata.
yer betul.. majoriti yang jadi CEO tue semuanya proksi jer… bukannya boleh mentadbir sangat… yang penting jaga kepentingan pemilik proksi..
Macam kat Maybank dan Sime Darby la… semua tue proksi jer…
Majoriti GLC yang hampir terlungkup nak diselamatkan oleh KWSP nie semua proksi punya CEo…
CEO = Chief Entertainment Officer.
Corporate governance penting dalam organisasi untuk kawal pentadbiran dan pengurusan syarikat. Kalau tak sesuka hati je dibuatnya.
Cuma masalahnya ia tinggal on paper sahajalah kadang2 sebab CEO dan Chairman pun sekepala, langgar je Corporate Gorvenance yang ditetapkan.
Hanya organisasi yang betul2 besar dan serius tentang integriti yang betul-betul jaga corporate governance ni.
Namun sistem adalah sistem. Manusia penciptanya. Ada sahaja jalan keluar yang boleh dibuatnya.
Abahfateh
http://abahfateh.blogspot.com
lanjutan, lepas baca benda-benda camni, baru tau apakah perbezaan annual report (* chairman / ceo letter) yang cuba tunjuk bagus dan annual report yang sincere.
Tujukkan corporate governance yg baik bila kita jadi CEO nanti. Entertainment to penting….sbb most deal done kat padang golf… dan diendorse masa Board meeting.
SC/Bursamalaysia pun dah buat macam2, revised PN17, issue corporate govenance guidelines dan best practices, institutionalising IR dan its best practices, perketatkan/perjelaskan/widening roles dan accountabilities members of Board of Directors (sampai kena amik Directors Mandatory Accredation Programm). making internal and external audit mandatory, naikkan denda dan frequent surveillance, dsb
Walaubagaimanapun segala2 nya berpunya dari ‘underlying values’ embraced oleh individu itu. Segala2nya datang dari ‘dalam’… kalau baik…baiklah ia , kalau buruk.. buruk lah jadinya. Nilai2 integrity, amanah, tanggungjawab dan yg penting sekali taqwa….(Allah nampak dan tahu apa yg kita buat)…. kalau ada itu semua..insyaAllah ok.
corporate culture start with individuals…
tp kan goldfinger, tun daim pun tak main golf. hehe…
assalamualaikum klau dah tamak payah cakap duit depan mata banyak plak tu,kuasa dalam tangan macam2 bleh pusing…….bila isu dah kluag macam2 alasan plak,banyak dana nak korek kata nak selamat ekonomi negara……….klau tak amanah lingkup malaysia la…..
[...] Corporate Governance [...]