Cerita Open Tender
Posted: April 21st, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Perniagaan, Politik, Semasa | 11 Comments »Saya dok baca dari satu blog ke satu blog, tersinggah blog Amin Iskandar.
Adakah berita pasal kerajaan persekutuan pun akan mengurangkan direct negotiation dan akan memperbanyakkan open tender ini tidak disiarkan dalam 2 akhbar utama berbahasa Melayu ? Tajuk berita tu macam ni …
Government wants more open tenders to cut down on graft
Saya ingat lagi apabila Pakatan Rakyat mula memerintah 5 negeri, isu open tender ini ada juga hangat dibualkan.
Sampai berdemo. Mempertahankan DEB katanya. PAS, PKR nama je Melayu / majoriti Melayu, tetapi dipergunakan oleh DAP. Begitulah kira-kiranya dakwa mereka.
Bila Tok Jib naik, antara yang dia buat pertama sekali adalah menghapuskan kementerian penting yang menjaga sepenuhnya hasrat DEB, iaitu MECD.
Dan kali ini, akan memperkenalkan open tender.
Saya tidak pasti sama ada orang-orang kampung saya macam Cikgu Jali terbaca berita sebegini. Atau berita sebegini ada disiarkan menerusi RTM.
Yelah, dulu bila jumpa masa kenduri tahlil doa selamat di kampung, itulah antara butir dan topik perbualannya, “Habis dah kontraktor Melayu. Sekarang zaman open tender.” Saya takdelah nak melawan cakap sangat. Orang tua. Angguk ajelah.
Dalam hal ini, saya perlu salute macam mana orang Cina berpolitik.
Dan sampai la ni saya masih susah nak paham gaya orang kita berpolitik.
Orang bukan Islam yang duduk Parlimen boleh bersatu rangka undang-undang semacam interfaith council (IFC), orang kita yang duduk Parlimen, cam hagham. Mahkamah Syariah sampai la ni dok macam tu je.
Share11 Comments »
Tags: MECD, open tender, tender terbuka
ok la open tender… salah satu cara nak kurangkan rasuah..
tapi lagi ok kalau buat kuota ikut kelas..
contohnya.. kalau projek bawah 1 juta… ada la kuota sket untuk orang melayu..
yang atas 1 juta.. 100% open tender..
baru la bernafas sket kontraktor melayu…
rasanya sudah sampai masanya orang melayu jangan bergantung kepada kerajaan sahaja
mula berdikari dan berdiri atas kaki sendiri
jika ada masalah, mengadulah kepada Allah
yang memberi rezeki
andai kata kepimpinan akan berubah
kita masih perlu teruskan kehidupan
jadi sebelum anda buat pilihan memilih calun
untuk memimpin anda
fikirkan dulu akan kesannya kepada anda dan anak-anak anda
jika pemimpin tak laksanakan tugas serta mungkir janji
apa yang anda buat
kalau dulu masa umar memimpin, dia mintak ditegur
adalah pemimpin sekarang berani ditegur walaupun hanya orang tu tukang sapu sampah
namun jika ada peluang ….
tapi kan aku ingat pakdi rujuk blog aku
rupanya blong orang lain
setuju pakdi setuju la nia taj nampak apa pun
open tender ke x open ke sm je diorg rasuah gak sebenarnya cuma kalau open tender ni x nmpk sgt la rasuahnya
walaupun open tender.. tapi tender committe masih berkuasa penuh… makanya… mana-mana tender yang depa tak suka.. akan masuk bakul sampah jer… yang ter”short list” cuma tender-tender kroni depa gak….
Open tender la konon… piiiirah…
Apa2 rancangan kerajaan pun, memang nampak gah semasa dibentangkan. Dulu, kini dan selamanya.
Masalah dan isu yang kurang menyenangkan hanya timbul semasa proses perlaksanaannya. Open tender ka, closed tender ka, e-Perolehan ka, orang yang diamanahkan tu mestilah menjaga etika kerja supaya berlaku adil kepada pihak kontraktor/pembekal dan pihak kerjaan itu sendiri (majikannya). Bukan perutnya sendiri!
Pada alaf ini, sebenarnya Melayu itu sendiri sudah tahu kebaikan & keburukan akan tabiat dan sikap mereka dalam hal2 ekonomi, ilmu, agama, keluarga dll. Soalannya, susah sangatkah nak bersatu-padu dalam semua hal tanpa menuntut kepentingan peribadi?
Ia patut dimulakan dengan ketua2 dlm hal ehwal Islam dan Melayu, PM, ahli kabinet, menteri2 besar, ketua2 menteri dan seterusnya.
episod yang menarik ini ada sambungannya dalam akhbar hari ini … 23 April 2009.
30% ekuiti bumi mula dihapuskan sedikit demi sedikit dalam sektor perkhidmatan terpilih
http://www.pakdi.my/blog/syarat-30-ekuiti-bumiputera-mula-dihapuskan/
dalam link berita harian yang pakdi bagi ada tertulia ayat ni
“Mengenai mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang kali pertama akan dipengerusikannya esok serta kemungkinan berlaku rombakan terhadap Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Najib berkata: “Saya tak fikir lagi… balik dari Indonesia baru nak fikir.”
”
kalau badan perhubungan umno negeri berubah, ada kesan kepada ekonomi ker pakdi???
jadi belacan la kita semua nanti….
hidup tok jib….
bila kita berjalan-jalan di dalam malaysia, rasa macam keliru, kita ni berada di malaysia ke di hong kong? ke india ke, jakarta ke…