Cerita Liberalisasi Ekonomi (3)

Posted: June 30th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Ekonomi, Semasa | 6 Comments »

Datuk Seri Najib Razak terus mengumumkan langkah liberalisasi ekonomi. Antaranya keperluan 30% ekuiti bumiputera untuk IPO tidak lagi diperlukan.

Kerajaan juga mengeluh kerana ekuiti Bumiputera cuma 19% sahaja walaupun pelbagai usaha dibuat. Bagi saham hari ini, esok sudah jual.

Orang Melayu di Singapura tiada perlindungan seperti di Malaysia. Mereka tahu mereka perlu hidup sendiri tanpa banyak bantuan. Jadi, apa yang ada pada mereka seperti tanah waqaf dibangunkan dengan sebaik mungkin melalui Warees Investment Pte Ltd dengan pelbagai pembangunan hartanah yang boleh memberikan manfaat berterusan.

Orang Melayu di Malaysia sudah hidup dalam perlindungan sebegitu lama. Tetapi banyak peluang dipersiakan sebegitu sahaja untuk mencari keuntungan singkat.

Adakah kita terlalu selesa atau tertipu dengan janji politik selama ini?

Share
6 Comments »

Tags: , , , , ,

6 Comments on “Cerita Liberalisasi Ekonomi (3)”

  1. 1 abu_muadz said at 11:45 pm on June 30th, 2009:

    Najib cakap orang kita bila diberi pemilikan saham hari ini, esok dah jual.. Memang ada benarnya.. Tapi puncanya sebab mereka tak paham akan kepentingan sebenar di sebaliknya..

    Sepatutnya kerajaan beri tumpuan kepada pendidikan ekonomi, kewangan, bisnes kepada bumiputera.. Bangkitkan kembali sejarah bumiputera dalam ekonomi.. Kepentingan menguasai ekonomi negara.. Barulah peluang-peluang macam ni tak disia-siakan..

    Tapi langkah-langkah tu tak diambil berat.. Lebih banyak melalaikan bumiputera dengan hiburan, hiburan dan hiburan..

    Sekarang ni.. dah lah langkah2 pendidikan tak dibuat.. peluang yang ada pulak ditarik balik.. Maka tunggu lah nanti akibatnya.. kita bakal merempat di tanah tumpah darah sendiri..

    Kalau cukup kuat kita akan survive.. Tapi dalam keadaan bumiputera yang sekarang ni, adakah harapan untuk kita survive?

  2. 2 asalipo said at 1:14 am on July 1st, 2009:

    Betul, dah sampai masanya orang melayu mula risau dan takut.

    Tapi beban dan tanggungjawab 100% bukan dibahu kerajaan semata mata.. Ada ramai lagi orang kaya melayu orang korporat yang patut turut serta

    Nampak macam najib tersepit, tapi kenapa tidak kita ambil ini sebagai satu amaran dan pengajaran?

  3. 3 omecool20 said at 9:22 am on July 1st, 2009:

    Salam pakdi.

    Dua2 salah … kata2 abu muadz dan asalipo ada benarnya. Aspek pendidikan ekonomi tidak ditekankan hanya diberi ’servis bibir’ .. bagaimana nak melahirkan usahawan jika agensi – agensi kerajaan yang terlibat bermentalitikan makan gaji.

    Pembela Melayu lebih gemar memomokkan orang Melayu dengan hiburan dan pembangunan materialistik tanpa membangunkan aspek rohani dan pendidikan. Nah, inilah hasilnya yang mula dilahirkan.

    Belum terlambat lagi untuk kita berubah. Syukurlah mentaliti lama semakin berubah terutama dengan golongan muda. Orang kita boleh berjaya cuma si ‘pembela’ perlu sedar dan akur yang orang Melayu mahu berubah dan tidak boleh disogokkan dengan idea2 lama !

  4. 4 zamz said at 10:20 pm on July 1st, 2009:

    takkan nak tunggu melayu malaysia jadi cam kat spore plak..urus harta wakaf je?

  5. 5 Insurans Kereta Tua | Pakdi.my said at 7:52 pm on July 5th, 2009:

    [...] ini sekiranya kita membaca akhbar-akhbar tentang komen langkah liberalisasi terbaru yang diumumkan baru-baru ini, ramai yang bercakap ia adalah satu model ekonomi [...]

  6. 6 beejan said at 1:10 pm on July 6th, 2009:

    anak kera di hutan, diberi susu enfagrow,
    anak sendiri diberi susu dumex je..


Leave a Reply